Berita

Covid-19: Lebih 2,000 Kematian Direkodkan Dalam Tempoh 24 Jam Di Amerika
Terkini, Amerika Syarikat mencatatkan lebih 2,000 kematian akibat wabak Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Menurut rekod yang dilaporkan oleh Johns Hopkins Unversity, jumlah ini telah direkodkan dalam tiga hari berturut-turut. Sehingga hari ini, seramai 62, 902 mangsa korban di Amerika. Semua sedia maklum bahawa negara tersebut paling teruk dilanda wabak Covid-19 dan melebihi catatan daripada […]
Isu Moratorium: Saya Tak Tengok Ini Sebagai “U-turn”, Kerana Dari Mula Perkara Ini Dah Dimaklumkan – Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan memberikan pendapat mengenai isu Bank Negara Malaysia (BNM) yang didakwa melakukan u-turn dalam isu pemberian moratorium atau penangguhan bayaran selama enam bulan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau yang tampil mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh BNM itu berkata, daripada awal pakej ini diumumkan, perkara ini […]
“Nyawa Bayi Boleh Melayang,” 7 Perkara Perlu Diteliti Ibu Bapa Untuk Elak Jangkitan Kuman Pada Tali Pusat Bayi
Pasti ramai ibu bapa di luar sana yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata mereka yang pertama. Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa, perkara-perkara berkenaan kesihatan bayi sememangnya perlu di ambil tahu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. Justeru daripada itu, doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan tentang salah satu perkara penting yang […]
Tanpa Ibu Dan Ahli Keluarga Lain, Hanya Datuk Dan Imam Kampung Iringi Jenazah Bayi Baru Lahir
Saban hari, media sosial sentiasa dihujani dengan pelbagai kisah kebaikan yang boleh memberi inspirasi dan teladan yang baik kepada umum. Abam Botak juga tidak terlepas dalam berkongsi segala bantuan yang diberikannya kepada orang ramai yang tidak berkemampuan menguruskan jenazah ahli-ahli keluarga. Menerusi kiriman terbarunya, beliau berkongsi mengenai jenazah seorang bayi yang baru dilahirkan. Lebih sayu, […]
Hari Pekerja Dalam Keadaan Normal Baharu
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Hari ini tenaga kerja Malaysia meraikan sambutan Hari Pekerja dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan suasana berbeza selepas menempuhi pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19. Tidak ada perhimpunan hari pekerja seperti kebiasaannya baik yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan mahupun negeri dan ini adalah sebahagian dari normal baharu yang perlu dilalui masyarakat […]
Pasar Indonesia Mula Dibuka Dengan SOP Baru, Wajib Topeng Muka Dan ‘Social Distancing’
Jika di Malaysia, banyak premis perniagaan seperti pasar malam dan bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi kerana risiko wabak COVID-19 yang akan mudah menular. Namun, lain pula bagi sebuah pasar pagi di kota Jawa Tengah, Indonesia yang dibenarkan beroperasi seperti biasa, tapi masih mengamalkan penjarakan sosial. Pentadbiran Salatiga telah membenarkan para peniaga untuk membuka gerai masing-masing […]
Isu Hangat Moratorium, Ini Pandangan Peguam Apa Yang Sebenarnya Rakyat Malaysia Perlu Tahu
Banyak perkara yang tidak dijangka berlaku akhir-akhir ini sejak penularan COVID-19. Hal ini pastinya memberi sedikit sebanyak rasa panik dan tidak senang dalam kalangan orang ramai. Terbaru, kita menerima berita perubahan dalam isu moratarium. Jika anda masih keliru dengan isu ini, mari baca penerangan seorang peguam, Nor Zabetha seperti di bawah untuk lebih faham. Dan […]
Operasi Terpaksa Dihentikan, Ribuan Haiwan Di Zoo Di Indonesia Dilapor Diancam Kebuluran
Ribuan haiwan termasuk spesis terancam; Harimau Sumatra dan Orangutan Borneo di zoo di Indonesia diancam kebuluran ketika pandemik COVID-19 ‘menekan’ operasinya hingga berisiko untuk ‘musnah’. Memetik laporan Daily Mail. kira-kira 60 taman haiwan merangkumi 70,000 hidupan di sekitar negara kepulauan itu telah ditutup operasinya bermula pertengahan Mac lalu dan difahamkan, stok bekalan makanan haiwan hanya […]

Ayuh Nyalakan Lampu Biru Tanda Terima Kasih ‘Frontliner’ Mulai Hari Ini Hingga 3 Mei
Kempen ‘Light it Blue’ di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan akan diterangi dengan lampu biru bermula hari ini 30 April sehingga 3 Mei sebagai tanda menghargai petugas barisan hadapan yang berkhidmat dalam mengekang wabak koronavirus (Covid-19). Beberapa bangunan kerajaan, bangunan komersial dan jalan-jalan tertentu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diterangi dengan lampu biru […]
Singapura Mungkin Longgarkan Pemutus Rantaian Dan Mulakan Semula Ekonomi – PM Lee
SINGAPURA, 30 April — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata selepas berjaya mengurangkan bilangan kes baharu pandemik COVID-19 negara itu boleh melonggarkan langkah sekatan pergerakan separanya atau dipanggil ‘pemutus rantaian’ dan membuka semula ekonominya dengan progresif. “Ia bukan mudah. Kita perlu meningkatkan pengujian COVID-19 dan mempercepatkan pengesanan kontak. Dan kita perlu lakukannya dengan penuh berhati-hati agar jangkitan tidak […]

Bookdoc, KBS Jalin Kerjasama Tawar Khidmat Tele-Kesihatan Percuma
KUALA LUMPUR, 30 April — BookDoc, bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), menyediakan perkhidmatan tele-kesihatan percuma bernilai RM1 juta untuk mengembangkan jangkauan perkhidmatannya dan kesedaran COVID-19. Pengasas BookDoc Datuk Chevy Beh berkata perkhidmatan yang disediakan adalah tele-kesihatan percuma mengenai COVID-19 atau isu kesihatan yang lain seperti kesihatan mental, untuk menyokong para atlet yang duduk di rumah ekoran […]
Dipercayai Ada Masalah Kewangan, Lelaki Tikam Isteri & Bapa Mentua Sebelum Bunuh Diri
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Akibat berselisih faham, seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung selepas menikam isteri dan bapa mentuanya dalam kejadian di sebuah rumah di Bangi, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis sebelum itu, menerima laporan berkaitan kes perselisihan faham pasangan suami isteri berumur lingkungan […]
(Video) Suara Merdu Kejut Bangun Sahur Di Bandar Aceh Ditunggu Setiap Hari
Amalan kejut sahur merupakan amalan yang sudah dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi. Ia ibarat sebagai penggera kepada penduduk kampung seluruhnya. Tapi, selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, amalan ini makin ditinggalkan. Walau bagaimanapun, satu video dipercayai berlaku di Bandar Acheh membuatkan penghuni penempatan di kawasan itu berasa kagum. Suara lunak seorang individu kejut sahur menjadi […]

“Jika Syarat Moratorium Diubah, Mak Cik Kiah Dan Keluarga Akan Bertambah Susah” – Syed Saddiq
Berita keputusan Bank Negara Malaysia menukar syarat moratorium menjadi buah mulut netizen pada saat ini. Sebelum ini BNM menawarkan penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran balik pinjaman/pembiayaan untuk jangka masa yang terhad. Dalam tempoh ini, peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman/pembiayaan yang memenuhi syaratsyarat tidak perlu membuat apa-apa pembayaran balik, dan tiada caj bayaran lewat akan dikenakan. […]
(Video) Tak Dapat Berkumpul Di Masjid, Tazkirah Ramadan Kini Dihebah Menggunakan Van
Ramadan tahun ini sungguh berbeza suasananya berbanding biasa, di mana kita tidak lagi merasai ‘kemeriahan’ mengimarahkannya dengan aktiviti-aktiviti ibadah. Namun, kekangan yang disebabkan pematuhan pada pelaksaaan Peritah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah alasan untuk kita tidak boleh menghidupkan Ramadan dengan amalan kebaikan. Selagi mana ianya bernama ibadah, Allah sendiri tidak pernah meletakkan sesuatu limitasi bagi hamba-hambaNya […]
Ibu Tunjuk ‘Skill Coding’ Anak Dekat Page Offline Google Buat Netizen Kagum
Pada waktu dahulu semasa kita berumur 10 tahun, apa agaknya aktiviti yang kita sering lakukan? Bila terkenang zaman kanak-kanak, jauh berbeza dengan apa yang ada pada masa ini. Segalanya lebih digital berbanding baju comot dengan pasir, dan selipar putus kerana main kejar-kejar. Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang kanak-kanak mempamerkan ‘skill coding’. My kid […]
Amaran Ribut Petir Di Beberapa Kawasan Seluruh Negara Hingga 1 Pagi Ini
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 1.00 pagi, esok. MetMalaysia dalam kenyataan setakat 8.30 malam ini memaklumkan, negeri yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka. Kawasan lain yang diramal […]

Moratorium Pinjaman Kereta Dan Pinjam Islamik, Apa Yang Anda Perlu Tahu Setakat Ini
Menurut siaran media, BNM memberitahu bahawa mulai 1 Mei 2020, moratorium 6 bulan tidak lagi menjadi pilihan automatik untuk semua pelanggan. Seorang individu, Khairi melalui Twitter miliknya menjelaskan sedikit-sebanyak mengenai perkara ini. Masih ingat Moratorium (Penangguhan Bayaran) yang Muhyiddin umumkan bulan lepas? Tiba-tiba tadi BNM kata kena bayar juga? Apa benda ni? ini thread untuk […]
(Video) ‘Long Tiger’ Sah Ditangkap Polis 2 Hari Lepas – Polis Johor
Putrajaya, 30 April – Seorang individu yang hanya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ disahkan ditangkap semalam. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, lelaki itu ditahan di rumahnya di Muar atas kesalahan memfitnah polis. “Memang kita ada buat tangkapan pada 28 April, dua hari lepas. Dia ditangkap atas kesalahan memfitnah seorang pegawai polis yang […]
Mak Cik Tolong Jahitkan Tali Beg “Runner” Hantar Martabak Hampir Putus Raih Pujian Netizen
Jika anda pernah atau sedang bekerja sebagai runner penghantar makanan, apa perasaan anda jika tiba-tiba tali beg anda putus, makanan pula banyak lagi belum dihantar dan dalam masa sama, masa semakin suntuk? Mesti anda takut, bukan? Sebab kita tahu, biasanya pelanggan yang memesan makanan daripada servis penghantaran ini, sebahagian mereka memang sangat ‘tegas’ dengan masa. […]