Berita

Berita
Kenderaan WHO Bawa Sampel COVID-19 Diserang Di Myanmar
YANGON, 21 April – Sebuah kenderaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membawa sampel COVID-19 diserang Tentera Arakan di Rakhine, Myanmar, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa. Memetik laporan media tempatan kenderaan itu – dalam perjalanan untuk menghantar sampel ke makmal di Yangon, diserang kumpulan bersenjata berhampiran jambatan Yarmaung di bandar Rakhine di Minbya pada Isnin […]
Berita
Singapura Lanjutkan ‘Pemutus Rantaian’ Covid-19 4 Minggu Lagi, Hingga 1 Jun 2020 – PM Lee
Sejak 20 April 2020, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan tambahan 1,111 jangkitan kes COVID-19 di republik itu yang menjadikan keseluruhan kes kepada 9,152. Susulan daripada itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah memutuskan bahawa Singapura akan melanjutkan Pemutus Rantaian ke empat minggu lagi iaitu hingga 1 Jun 2020. Langkah-langkah yang lebih ketat dititikberatkan […]
Kesihatan
Terkini: 9 Negeri ‘Sifar’ Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mnegeluarkan jumlah keseluruhan taburan kes Covid-19 di Malaysia mengikut negeri-negeri. Berdasarkan infografik yang dimuat naik di laman twitter KKM Putrajaya, terdapat 9 negeri sifar kes baharu. Dalam pada itu juga, hari ini 3 kematian direkodkan dan 54 pesakit disahkan sembuh dan dibenarkan discaj dari wad. Hanya 43 pesakit dirawat di […]
Berita
Lebih 34,000 Kes Denggi Dilaporkan Sejak 29 Disember 2019, 63 Kes Kematian
Pada minggu ke-16 pada tahun 2020, sebanyak 1,172 kes Denggi telah dilaporkan dimana jumlah itu meningkat 4.5% berbanding minggu lalu. Secara keseluruhan, jumlah kes yang telah dilaporkan adalah sebanyak 37,701 daripada 29 Disember 2019 sehingga 8 April 2020. Tiga kes denggi dilaporkan pada minggu ke-16 dengan jumlah keseluruhan 63 kes kematian berbanding 65 kes kematian […]
Berita
Pasar Borong Kuala Lumpur Ditutup Empat Hari Untuk Sanitasi
PUTRAJAYA, 21 April — Penutupan Pasar Borong Kuala Lumpur selama empat hari bermula hari ini adalah untuk proses sanitasi di kawasan berkenaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata tujuan sanitasi dilakukan di pasar berkenaan adalah bagi memastikan peniaga, pemborong mahupun pelanggan tidak dijangkiti COVID-19 sewaktu melakukan urus niaga di situ. […]
Berita
TERKINI: 3 Kematian Dan 57 Kes Baharu Covid-19 Disahkan Hari Ini
Sebanyak 57 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 5,482 kes setakat Selasa (21 April 2020), jam 12 tengahari. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi. Daripada jumlah tersebut, 43 kes sedang menerima […]
Berita
Tiga Kementerian Bekerjasama Pastikan Malaysia Proaktif Dapatkan Vaksin COVID-19
PUTRAJAYA, 21 April — Tiga kementerian iaitu Kementerian Luar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bekerjasama untuk memastikan Malaysia mengambil langkah proaktif dalam mendapatkan vaksin bagi pandemik COVID-19. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerjasama itu bertujuan memastikan Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk mendapat akses kepada pembangunan vaksin COVID-19 serta mampu terus mendapatkan vaksin […]
Berita
TERKINI: 54 Kes Pulih Dan Dibenarkan Discaj Dari Wad, Jumlah Keseluruhan 3,349
Menerusi sidang media perkembangan terkini yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham Abdulllah pada hari ini mengumumkan bahawa seramai 54 kes dilaporkan sudah pulih dan dibenarkan keluar dari wad. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang sudah pulih adalah 3,349 kes atau 61.1% daripada jumlah keseluruhan kes sehingga hari ini, 21 April 2020. Kadar kesembuhan adalah tertinggi […]
Gaya hidup
19 Jam Baru Habis Makan, Bapa Buat Karipap Sebesar Saiz Anak Untuk Rai Kelahiran Anak
Setiap ibu bapa mempunyai pelbagai cara untuk menyambut kelahiran bayi mereka. Bagi seorang bapa di England, dia mempunyai cara yang unik iaitu dengan membuat karipap gergasi yang sesuai dengan berat dan ukuran bayinya. Menurut laporan Metro Uk, Tim Fuge, mengambil keputusan untuk membuat pastri itu selepas melihat posting di laman media sosial yang memperlihatkan seorang […]
Kesihatan
COVID-19: Kes Positif Turun Bukan Bermakna Boleh Ingkar PKP – Ismail Sabri
Kes positif COVID-19 dalam negara yang terus menunjukkan penurunan bukan bermakna orang ramai boleh melanggar segala peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan, segala peraturan selama ini masih terus kekal dan pematuhan kepada peraturan berkenaan perlu menjadi tanggungjawab semua pihak. “Polis […]
Kesihatan
Kanak-Kanak Dua Tahun Dilaporkan Maut Lepas Dipercayai Terminum Cecair Pembasmi Kuman Yang Disangka Air Minum
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas dikatakan terminum cecair pembasmi kuman. Kanak-kanak lelaki tersebut dilaporkan dalam keadaan kritikal dan telah dirawat di unit rawatan rapi RSUD Palabuhanratu sebelum disahkan meninggal dunia pada malam Isnin (20/4/2020). Ketika kejadian, ayah kepada kanak-kanak itu yang bertugas sebagai sukarelawan sterilisasi baru […]
Berita
Keluar Hadiri Pengebumian, Sekitar 100,000 Orang Ingkari Perintah Berkurung Di Bangladesh
Lebih daripada 100,000 orang mengingkari perintah berkurung di Bangladesh pada Sabtu lalu untuk menghadiri pengebumian seorang pemimpin kanan parti Islam di daerah Brahmanbaria, lapor CNN. Anggaran jumlah orang ramai itu telah disahkan oleh pembantu khas Perdana Menteri, Shah Ali Farhad dan jurucakap polis Brahmanbaria, Imtiaz Ahmed. Pengebumian seorang guru Islam, Maulana Zubayer Ahmad Ansari itu […]
Kesihatan
Waktu Operasi Imigresen Di Tambak Johor Dihadkan – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 21 April — Waktu operasi Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi berkaitan di Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor akan dihadkan kepada 7 pagi hingga 7 malam mulai Jumaat ini, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata rakyat Malaysia dari Singapura boleh terus menggunakan pintu masuk ke dalam negara […]
Berita
Bapa Mengaku Salah Tumbuk Muka, Cekik Leher Anak Perempuan
KUALA LUMPUR, 21 April — Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menumbuk muka dan kepala serta mencekik leher anak perempuannya yang berumur 13 tahun minggu lepas. Bapa berusia 52 tahun itu, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai […]
Kesihatan
“Kita Adalah Antara Yang Terbaik Di Dunia,” PM Zahir Penghargaan Buat ‘Frontliners’
Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya memaklumkan bahawa satu sidang video bersama petugas kesihatan dari Hospital Sungai Buloh telah diadakan pada pagi tadi. Dalam perkongsiannya itu, beliau menyatakan bahawa petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh bersama ribuan petugas di seluruh negara adalah wira negara yang tak didendang. Selain daripada itu, […]
Berita
Polis Veteran Tak Hirau Hujan, Panas Demi Tugas Nak Putuskan Rantaian Covid-19
Pelbagai dugaan yang harus dihadapi oleh para frontliner dalam menjalankan tugas bagi membendung penularan COVID-19. Tidak kiralah sama ada jururawat, doktor ataupun polis. Banyak cabaran yang mereka tempuh ketika menjalankan tugas seperti faktor cuaca, kesihatan diri mahupun kerenah masyarakat. Namu, mereka tetap gigih dalam menjalankan tugasan mereka itu. Usia juga tidak menjadi halangan bagi seseorang […]
Berita
Elaun Petugas Kesihatan Hanya Perlu Pengesahan Ketua Jabatan – Laporan Pencapaian Pakej PRIHATIN
Sebentar tadi, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz telah berkongsi berkenaan Laporan Ke-2 Pencapaian Pelaksanaan Pakej PRIHATIN. Berikut ialah perkongsian oleh beliau: Kemudahan Bantuan Khas Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS): Menurut Tengku Zafrul, sehingga 15 April 2020, sebanyak RM2.7 bilion diluluskan untuk 5,000 PKS oleh bank-bank domestik. Subsidi Upah PERKESO: Sehingga 19 April 2020, […]
Kesihatan
Singapura Catat 1,111 Kes Baru Covid-19, Jumlah Keseluruhan Melebihi 9000
Kementerian Kesihatan Singapura(MOH) dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan bagi peringkat awal bahawa terdapat 1, 111 pertambahan kes jangkitan Covid-19 di negara itu setakat 12 tengah hari tadi. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi, majoriti yang dijangkiti adalah pemegang Permit Kerja yang tinggal di asrama pekerja asing. Manakala, 20 kes lagi adalah warga Singapura […]
Berita
Mahkamah Tetapkan Tarikh Baharu Untuk Penghujahan Penutup Kes Pembunuhan Kevin Morais
KUALA LUMPUR, 21 April — Tarikh penghujahan penutup pihak pembelaan dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya, Datuk Anthony Kevin Morais, yang mayatnya ditemui dalam tong berisi konkrit lima tahun lepas, ditangguhkan berikutan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah sebelum ini menetapkan 17 April sebagai tarikh mendengar penghujahan lisan dari kedua-dua pihak. Timbalan pendakwa […]
Berita
MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan hari ini antaranya melibatkan, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah. Menurut kenyataan itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah, Kedah (Kulim dan Bandar Baharu). Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, […]