Berita

Gaya hidup
Sejauh Mana Khidmat Penghantaran Barang Selamat, Bebas COVID-19
KUALA LUMPUR, 21 April — Kecenderungan terhadap penggunaan platform dalam talian kian rancak sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19, dan menjadi kaedah selamat untuk membeli barangan serta perkhidmatan yang diperlukan tanpa perlu keluar rumah. Lantaran itu, petugas yang ‘diambil bekerja’ melalui platform digital berdasarkan setiap perkhidmatan, dikenal pasti sebagai ‘pekerja utama’ semasa PKP, […]
Gaya hidup
Hujan Meteor Tertua ‘Muncul’ Di Langit Malaysia Malam Ini
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan hujan meteor yang dinamakan meteor Lyrid pada hari Selasa. Pertunjukan meteor tersebut akan mencapai kemuncaknya pada hari Selasa, 21 April dengan 10 hingga 15 meteor sejam dan waktu terbaik untuk melihatnya adalah antara waktu tengah malam dan Subuh. Walaupun persembahannya agak tenang, ianya adalah hujan meteor pertama sejak awal Januari. Menurut […]
Berita
PKP: Sektor Pelancongan Langkawi Terjejas, Pantai Chenang Sepi
LANGKAWI, 21 April — Tidak terjangkau oleh akal, Pantai Chenang yang menjadi lokasi tumpuan pelbagai kegiatan sukan air, bersantai, serta merakam gambar kenangan di sini boleh ‘terkubur’ begitu sahaja, apabila suasana menjadi lengang tiba-tiba, tanpa kehadiran pelancong atau sebarang aktiviti. Lokasi yang sentiasa meriah dengan hiruk-pikuk pelancong kini kelihatan ‘kosong’ berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi […]
Kesihatan
(Video) Kekal Duduk Di Rumah, Hadiah Hari Lahir Paling Istimewa Buat Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) — “Sempena hari jadi saya, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi.” Demikian ungkap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sambil tersenyum. Ketua Pengarah Kesihatan itu, yang menjadi tumpuan media dan rakyat Malaysia sejak wabak COVID-19 melanda dunia, genap […]
Kesihatan
Selagi Tiada Vaksin, Jangan Berhenti Perangi COVID-19, Patuhi PKP
Sejak dua minggu lepas, penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten telah memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pemulihan wabak itu di negara ini semakin memberangsangkan. Perkembangan ini jelas menunjukkan petugas barisan hadapan kesihatan dan penguat kuasa telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang, namun matlamat itu tidak akan dicapai sepenuhnya sekiranya rakyat masih lagi mengingkari Perintah Kawalan […]
Berita
Lebih 2.4 Juta Orang Dijangkiti Covid-19 Seluruh Dunia, Amerika Syarikat Paling Ramai
Angka jangkitan Covid-19 seluruh dunia kini mencecah 2.4 juta melalui perkongsian daripada laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam pada itu, jumlah kematian akibat wabak pandemik ini juga telah melebihi 160,000 atau jumlah peratusan iaitu 6.87% mangsa daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19. Menurut jadual yang dikongsikan, Amerika Syarikat antara yang paling tinggi jumlah kematian […]
Berita
Sayu, Anggota Polis Maut Kemalangan Selepas Tamat Tugas PKP
Ipoh: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang setelah tamat tugas di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kilometer 55, Jalan Ipoh Taiping dekat sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan yang memaklumkan mengenai kemalangan membabitkan A Rahman Yeob, 59, […]
Berita
Perlu Atau Tidak Pakaikan Bayi Topeng Muka Untuk Elak Covid-19? Ini Ibu Bapa Kena Tahu
Perbuatan mencuci tangan dengan air dan sabun serta menjaga jarak sosial adalah langkah utama bagi mencegah wabak COVID-19 yang sedang melanda negara dan dunia ketika ini. Namun begitu, tidak cukup andai kata tidak mempunyai perisai seperti topeng muka, sebagai langkah berjaga-jaga untuk dipakai setiap kali keluar dari rumah dan berada dalam komuniti. Persoalannya, bagaimana pula […]
Berita
Diundang Ke Istana Ketika “Birthday” Tengku Hassanal, Lelaki Kongsi Pengalaman Sekelas Dengan Anak Raja
Memori pada zaman kanak-kanak merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Pastinya setiap dari kita mempunyai pengalaman indah dan hanya datang sekali dalam seumur hidup. Seperti perkongsian oleh seorang pemuda, Raja Mohd Faiz yang menjadi tular di media sosial. Manakan tidak, lelaki ini dikategorikan sebagai ‘bertuah’ apabila merasai alam persekolahan sewaktu kecil bersama kerabat diraja. […]
Berita
PKP Fasa 3: Makin Ramai Dihukum Penjara, Didenda Kerana Ingkar
KUALA LUMPUR, 20 April — Semakin ramai didakwa dan dihukum penjara serta denda maksimum kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hari ini sejumlah 185 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen di beberapa negeri atas kesalahan itu dengan pelbagai perbuatan yang mengingkari PKP dan bermacam-macam alasan diberi. Di PAHANG, 14 individu didakwa di Mahkamah Majistret […]
Berita
”Kejayaan Hari Ini Adalah Hasil Daripada Barisan Hadapan Negara..” – Dr Noor Hisham
Kejayaan mengekang penularan wabak Covid-19 pada hari ini adalah hasil daripada barisan hadapan negara dan juga perancangan rapi yang dilakukan. (Rujuk minit video 23:28) Oleh itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham mengucapkan terima kasih atas usaha semua petugas barisan hadapan terdiri daripada pelbagai agensi seperti kesihatan, polis, tentera, imigresen dan sebagainya. ”Saya juga […]
Gaya hidup
Jalan TAR, Masjid India Lengang Tanpa Jualan Ramadan Dan Aidilfitri
Bagi pengunjung setia Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India di sini, persiapan Aidilfitri tahun ini tentunya membawa perbezaan apabila kawasan itu kini lengang susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Tiada lagi warna-warni pelbagai fesyen pakaian dan aneka kuih muih yang dijual menghiasi lokasi ‘wajib kunjung’ warga kota dalam membeli persiapan Aidilfitri seperti kebiasaannya. Suri rumah, Fathiah […]
Berita
Beri Alasan Bosan Di Rumah, 16 Warga Nepal Ditahan Bermain Futsal
Kepala Batas: Bosan terlalu lama duduk di rumah. Itu alasan diberikan 16 lelaki warga Nepal yang ditahan ketika sedang leka bermain futsal dalam sebuah gudang terbuka di Pekan Darat, di sini semalam. Kesemua mereka yang leka bermain futsal tidak menyedari kehadiran anggota polis yang sedang melakukan rondaan pemantauan Ops COVID-19 sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada […]
Berita
Tersangkut Dalam Sekatan Jalan Raya, Ibu Selamat Bersalin Dalam Kereta
Tawau: Seorang wanita melalui pengalaman cemas apabila terpaksa melahirkan bayinya dalam kereta kerana tidak sempat sampai ke hospital akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya dalam perjalanan ke Hospital Tawau, Sabtu lepas. Dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, Noziee Abdul Asa, 37, yang dalam perjalanan ke hospital bersama bapanya Abdul Asa Mohd Salleh, 65, dan anak sulungnya […]
Berita
Pembuangan Haiwan Peliharaan Meningkat Semasa PKP – Persatuan Haiwan
Kuala Lumpur: Pembuangan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing meningkat tiga kali ganda di sekitar Kuala Lumpur ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurut Persatuan Haiwan Malaysia. Presidennya Arie Dwi Andika berkata perkara itu dikesan berdasarkan maklumat terdapat kucing dan anjing baharu dalam satu-satu kawasan yang dijaga Pemberi Makan Haiwan Jalanan. “Misalnya, sesuatu kawasan itu selalu ada lima […]
Berita
Mungkin Kita Boleh Capai Kes Baharu ‘Satu Digit’ Dalam Tempoh Seminggu – Dr Noor Hisham
Kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini berkemungkinan mencapai kes baharu satu digit dalam tempoh sekurang-kurangnya satu minggu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham. (Rujuk minit video 20:20) Menurut beliau, walaupun kes positif hari ini mencatatkan jumlah yang paling rendah, namun amalan yang dipraktiskan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu terus dilakukan […]
Berita
WHO Jangka Kita Mungkin Akan ‘Berperang’ Dengan Covid-19 Sehingga Tahun Depan – KP Kesihatan
“WHO jangkakan kita mungkin akan ‘berperang’ dengan COVID-19 sehingga tahun depan,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media yang berlangsung hari ini. (Rujuk video ke 27:03) “Jadi, masalah sekarang ini bagaimana kita kena rancangkan strategi untuk tahun hadapan. Dan paling penting sekarang ini, kita dapat kurangkan kes tapi kita bukan tamatkan kes. Mungkin akan terjadi […]
Berita
COVID-19: Kes Positif Dan Kematian Di Indonesia Terus Meningkat
JAKARTA, 20 April — Jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 590 kes, dengan lapan lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata kes positif juga terus meningkat kepada 6,760 kes. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, berlaku lapan lagi kematian, dan kes […]
Berita
New Zealand Dijangka Turunkan Tahap Amaran COVID-19
WELLINGTON, 20 April — New Zealand akan menurunkan tahap amaran COVID-19 kepada Tahap Tiga, mulai 11.59 malam 27 April, berbanding sebelum ini iaitu Tahap Empat, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Isnin. Tahap Tiga akan dikuat kuasa selama dua minggu, lapor agensi berita Xinhua. Selepas itu penilaian lanjut akan dibuat untuk menentukan tahap seterusnya yang […]
Berita
Kluster Pasar Borong Catat 28 Kes Dan Satu Kematian Setakat Ini
Sebanyak 28 kes positif termasuk satu kes baharu dan satu kematian direkodkan di Kluster Pasar Borong setakat hari ini. Pekrara tersebut diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Twitter rasmi sebentar tadi. Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaporkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam telah dilaksanakan di Pusat […]