Berita

Halang Tugas Penjawat Awam, Ingkar PKP, Pasangan Kekasih Dipenjara Enam Bulan
Alor Gajah: Sepasang kekasih dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghalang tugas penjawat awam dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Sabtu lepas. Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Haikal Faaiz Ramlan, 25, dan Nur Aisyah Zakaria, 19, kedua-duanya penganggur selepas mereka mengaku bersalah […]

(Video) Jemaah Tabligh Tunjuk Akhlak Terpuji, Staf Hospital Thailand Berbaris Beri Penghormatan Ketika Discaj
Penularan wabak Covid-19 berlaku dalam tempoh yang singkat di mana boleh menyebabkan ramai dijangkiti hingga membawa kepada banyak kematian dalam satu masa. Di Malaysia, salah satu kluster wabak ini adalah daripada jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Sri Petaling di Selangor. Perhimpunan yang diadakan setiap tahun ini dihadiri ribuan jemaah dari rakyat tempatan mahupun […]
Tiada Bukti “Disinfectant Box” Atau “Tunnel” Berkesan Kurangkan Jangkitan Covid-19- KP Kesihatan
Menerusi perkongsian daripada laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham telah mengumumkan bahawa penggunaan disinfectant box atau Tunnel tidak menunjukkan bukti ia berkesan untuk mengurangkan jangkitan Covid-19. Susulan daripada itu, pihak KKM telah melakukan beberapa penilaian yang dijalankan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM. Hasil penilaian Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM mendapati: 1. […]

Tidak Menjadi Kesalahan Tak Pakai Topeng Muka Jika Tidak Bergejala- Ismail Sabri
Tidak menjadi sebarang kesalahan sekiranya individu tidak memakai topeng muka, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. (Rujuk video minit 15:00) Beliau berkata, mereka yang mempunyai gejala sahaja perlu memakai topeng muka, manakala yang tidak bergejala adalah terpulang kepada pilihan masing-masing. ”Ketua Pengarah Kesihatan hampir setiap masa mengatakan di dalam sidang media bahawa […]
NGO Hantar Bantuan Perlu Daftar Dengan JKM – Menteri
Setiap badan bukan kerajaan (NGO) yang menghantar bantuan kepada penerima perlu mendaftar dan memaklumkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendaftaran tersebut bertujuan untuk pihak JKM mengesan atau mengenal pasti maklumat sekiranya berlaku sebarang masalah, seperti jangkitan COVID-19. “Bila mereka menghantar makanan, mereka akan bertemu dengan […]

Tarikh Lihat Anak Bulan & Isytihar Permulaan Puasa Pada 23 April 2020
KUALA LUMPUR, 17 April – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada Khamis, 23 April ini bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan di sini, hari ini menyatakan tempat melihat anak bulan Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan di 15 […]

PM Brazil Pecat Menteri Kesihatan, Dipercayai Tak Bersefahaman Cara Cegah COVID-19
BOGOTA, 17 April (Bernama) — Presiden Brazil Jair Bolsonaro memecat Menteri Kesihatan Luiz Henrique Mandetta, berikutan pertikaian mengenai langkah pencegahan berhubung pandemik COVID-19, lapor agensi berita Anadolu. Kedua-duanya, sejak beberapa minggu lalu sering berbalah mengenai langkah isolasi yang perlu diambil negara itu. “Saya baru dimaklumkan Presiden Jair Bolsonaro mengenai pemecatan saya dari Kementerian Kesihatan. Saya […]

Johor Akan Agih 3.5 Juta Penutup Mulut Dan Hidung Kepada Ketua Isi Rumah Secepat Mungkin
JOHOR BAHRU, 17 April (Bernama) — Kerajaan Negeri Johor akan mengagihkan kira-kira 3.5 juta topeng muka yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan kepada semua ketua isi rumah di negeri ini secepat mungkin, dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan berkata pengagihan empat penutup mulut dan hidung untuk setiap isi rumah […]
“Runner” Persendirian Boleh Beroperasi Tetapi Diminta Berdaftar Dengan PBT- Menteri
Semua penghantar makanan (runner) di bandar-bandar kecil mahupun secara persendirian (individu) diminta berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menjalankan operasi mereka. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut termasuk dalam keputusan dasar mesyuarat untuk membenarkan operasi penghantaran diteruskan. Bagaimanapun, semua syarikat e-hailing termasuk runner di bandar-bandar kecil mahupun secara individu, […]

Covid-19: Kota Kinabalu Daerah Baru Diisytihar Sebagai Zon Merah – KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menerusi laman Facebook rasmi mereka memberitahu bahawa terdapat satu penambahan zon merah setakat ini. Berdasarkan statistik yang dikongsi, Kota Kinabalu merupakan penambahan baharu zon merah yang mempunyai kes positif Covid-19 lebih daripada 40 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif untuk zon merah adalah sebanyak 28 daerah. Bagaimanapun, Lembah Pantai masih […]

(Video) Jangan Bangga & Tayang Bila Buat Salah, Individu Kongsi Tips ‘Balik KL’ Sudah Dikenalpasti- Menteri
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis telah mengenalpasti individu yang melanggar dan berkongsi tips melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di media sosial. “Semalam tular di media sosial seorang lelaki dan keluarga menunjukkan mereka balik ke Kuala Lumpur dan memberi tips kepada orang ramai untuk menipu polis. “Jangan berbangga apabila melakukan kesalahan […]

TERKINI: Penghantar Makanan Mesti Menjalani Saringan Kesihatan Di Klinik – Ismail Sabri
Kerajaan memutuskan semua penghantar makanan mesti menjalani saringan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan atau swasta di daerah masing-masing. (Rujuk video minit 10:35) Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan ini diambil demi menjaga keselamatan semua penghantar makanan. ”Kita mahu menjaga kesihatan mereka sebab kita tahu mereka adalah orang yang akan menghantar makanan […]

Carian ‘Google Classroom’ Di Malaysia Paling Tinggi Di Dunia
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan sekolah dan semua institut pengajian terpaksa ditutup. Hal ini membuatkan ramai guru beralih kepada platform atas talian untuk memberi latihan kepada para pelajar. Menurut data Google Trends, Malaysia menjadi antara negara paling kerap menggunakan Google Classroom, perkhidmatan web percuma untuk kegunaan sekolah. Dalam tempoh sebulan iaitu kira-kira sejak bermulanya PKP […]

Hukum Baca Al-Quran Guna Telefon Bimbit Tanpa Berwuduk
Kini, semua orang boleh mendapatkan akses kepada Al-Quran tidak kira di mana pun kita berada melalui telefon pintar. Kemudahan ini membuatkan amalan membaca Al-Quran lebih mudah dilakukan pada bila-bila masa, hatta ketika mempunyai ruang masa sewaktu bekerja. Baru-baru ini, salah seorang pegawai perubatan berkongsi kemusykilannya mengenai hukum membaca Al-Quran tanpa wuduk melalui telefon pintar. Berikut […]

Mahkamah Tetapkan 14 Mei Pengurusan Kes Bunuh Zulfarhan
KUALA LUMPUR, 17 April — Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 Mei ini untuk pengurusan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dengan kesan melecur di beberapa bahagian anggota badan, pada tiga tahun lepas. Prosiding bela diri tertuduh dalam kes itu yang sepatutnya bersambung semalam (16 […]
Kedai Dobi, Kedai Elektrik, Kedai Barangan Logam Dibenar Beroperasi – KPDNHEP
PUTRAJAYA, 17 April — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengumumkan tiga subsektor tambahan dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang berakhir 28 April ini. Menterinya, Datuk Alexander Nanti Linggi, berkata tiga subsektor berkenaan ialah kedai barangan logam, kedai barangan elektrik dan elektronik (tidak termasuk kedai peralatan telekomunikasi dan […]
Dah 9 Tahun Tunggu Nak Dapat Anak, Suami Kongsi Ikhtiar Yang Dilakukan Pasangan Ini Hingga Dikurniakan Dua Zuriat
Kehadiran cahaya mata umpama menjadi pelengkap kepada setiap hidup pasangan yang berkahwin. Tetapi tidak semua melalui proses yang mudah dalam mendapatkan zuriat. Ada yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama, malah ada yang langsung tidak dikurniakan anak. Seperti perkongsian oleh seorang individu di Facebook, Eddie Dieana, mengenai pengalamannya dan isteri selama hampir 10 tahun menanti […]
(Video) Gelagat Lucu Monyet Dirakam ‘Seronok’ Main Layang-Layang Ketika Manusia Berkurung
Ketika perintah lockdown dilaksanakan di seluruh dunia, sering kali kita terbaca berita mengenai haiwan-haiwan yang berkelakuan agak ‘pelik’. Ada kawanan kambing masuk ke bandar, ada burung merak ‘bersiar-siar’ di kaki lima bangunan dan sebagainya, semuanya berlaku ketika manusia sedang ‘berkurung’ di rumah. Baru-baru ini, satu kejadian agak melucukan dilaporkan berlaku di India. Satu rakaman video […]
Aduan Bekas Suami, Suami Tak Beri Nafkah Semasa PKP Meningkat
KUALA LUMPUR, 17 April – Aduan berhubung suami atau bekas suami tidak memberi nafkah kepada isteri atau bekas isteri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), meningkat berbanding sebelumnya. Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata sebelum ini, hanya lima aduan sebulan diterima oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah melalui laman […]
Dua Hospital Dikenal Pasti Jadi Kluster Jangkitan COVID-19 Di Sabah- Pengarah Kesihatan Negeri
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dan Hospital Keningau dikenal pasti sebagai kluster jangkitan COVID-19. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Christina Rundi berkata, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah menyiasat dengan lebih terperinci mengenai jangkitan wabak tersebut dalam kalangan anggota kesihatan sejak dua minggu lalu. “Kluster kes di HWKKS turut menyumbang kepada peningkatan kes […]