Berita

Satu Kluster Baru Di Sendayan, 39 Positif Dan Satu Kematian
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah ada memuatnaikkan satu status di laman Twitternya tentang satu kluster baharu di Sendayan, Negeri Sembilan. Kluster ini telah menyebabkan 39 kes positif Covid-19 dan satu kematian direkodkan di sebuah tahfiz di daerah itu. Katanya lagi, tindakan bersepadu oleh anggota kesihatan sedang dijalankan di lapangan dan semoga jangkitan dapat […]
TERKINI: KDN Wartakan 13 Akademi Penjara Sebagai Pusat Tahanan Baru Pesalah Ingkar PKP
Putrajaya, 15 April – Kerajaan akan mewartakan 13 lagi akademi penjara untuk dijadikan pusat tahanan baru buat mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pusat itu bagi mengelakkan berlaku kesesakan dalam penjara sedia ada sekaligus mengelakkan risiko penularan COVID-19 dalam penjara. “Mesyuarat semalam memutuskan supaya Kementerian Dalam […]
Gempa Berkekuatan 5.0 Pada Skala Richter Gegar Uyugan, Filipina
HONG KONG, 15 April — Gempa bumi dengan kekuatan 5.0 pada skala Richter menggegar Uyugan, Filipina pada 2020-04-15 02:01:06 GMT Rabu, menurut pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat. Agensi berita Xinhua melaporkan pusat gempa pada kedalaman 10.0 kilometer, di 19.9735 darjah utara dan 122.0737 darjah timur. #Earthquake M5.0 Philippine Islands Region (Philippines) 8mins ago 15 Apr […]
‘Uncle’ Kelaparan Meninggal Dunia Sehari Selepas Dibantu Seorang Lelaki Dan Anggota Polis
Ramai individu yang hidup dalam kesempitan dan terpaksa mengikat perut di luar sana. Ditambah dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pastinya keadaan menjadi lebih sukar buat mereka. Seperti perkongsian oleh seorang individu di Facebook, Che Amierus Shafiq mengenai seorang warga emas yang ditemuinya dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan, ketika dia dalam perjalanan ketempat […]
PKP Fasa Ketiga Bermula, Petugas PERHILITAN Kekal Setia Berkhidmat Untuk Haiwan
Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki fasa ketiga yang dilanjutkan sehingga 28 April, itu tidak menjadi penghalang buat petugas-petugas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) untuk terus berkhidmat pada haiwan. Menurut satu perkongsian PERHILITAN melalui Facebook, kakitangan PERHILITAN di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai, Perak masih meneruskan tugasan mereka […]
”Sebak Di Dada Bila Tahu..” Ashraf Muslim Sah Positif Covid-19
Pelakon, Ashraf Muslim, mengesahkan bahawa dia dijangkiti wabak Covid-19 berdasarkan keputusan yang dikeluarkan Ahad lalu. Menerusi muat naik di Instagram sebentar tadi, beliau meluahkan rasa sedih sewaktu menerima keputusan tersebut dan meminta peminat dan semua mendoakan yang terbaik untuk beliau. Difahamkan, Ashraf Muslim bersama beberapa pelakon lain berserta kru telah berangkat ke Scotland bagi menjalani […]

Covid-19: KKM Sahkan Daerah Muar Sebagai Zon Merah
Terdapat pertambahan zon merah menjadi kepada 27 mengikut statistik terbaharu sehingga 12 tengah hari, 14 April. Daerah terbaharu zon merah ialah Muar. Daerah ini mencatatkan 44 kes positif Covid-19. Ini menjadikan pertambahan zon merah di Johor selain daripada Batu Pahat, Johor Bharu dan Kluang. Manakala, di daerah Kulai, kes positif Covid-19 berada pada tahap jingga […]
COVID-19: Amalan Penjarakan Sosial Mungkin Perlu Diteruskan Sehingga 2022- Kajian Saintis
Pelaksanaan perintah lockdown untuk tempoh sekali dalam satu masa tidak akan menghentikan penularan wabak COVID-19. Malah langkah penjarakan sosial untuk mengekang pandemik itu dalam tempoh berulang kali secara berselang mungkin diperlukan sehingga 2022 bagi mengelakkan hospital daripada terus ‘dibanjiri’ pesakit, kata penyelidik Harvard yang merangka trajektori pandemik pada Selasa. Kajian itu dijalankan ekoran kadar jangkitan […]

PKP Kemungkinan Besar Akan Diteruskan Hingga Jun Jika Rakyat Masih Degil – Ketua Polis Negara
Menerusi kiriman daripada laman Twitter rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN), satu pemberitahuan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa berkemungkinan besar Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan hingga bulan Jun 2020 nanti. Utusan ini disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PKP berkemungkinan akan dilanjutkan hingga Jun jika rakyat masih berdegil dan menyebabkan kes […]
Siapa Sangka Rezeki Terpijak, Dapat Toyota C-HR, Melancong Jepun Tahun Depan Dengan Isi Minyak RM40
Dalam banyak-banyak negara, negara apa yang korang rasa teringin sangat nak pergi? Kalau aku, semestinya Jepun. Walaupun rasa macam mustahil dalam keadaan pandemik sekarang ni, tapi mungkin akan datang. Selalu aku dengar orang cakap Jepun ni bersih, budaya menghormati dan disiplin dekat sana sangat tinggi. Benda nilah buat aku teringin sangat nak ke Jepun. Tapi, […]
(Video) Ahli Keluarga Serang Staf Hospital Selepas Dihalang Melawat Saudara Yang Meninggal Akibat COVID-19
Seorang jururawat di sebuah hospital di Mexico City menghadapi detik cemas apabila diserang oleh ahli keluarga seorang pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19. Dalam kejadian pada Rabu lalu, ahli keluarga pesakit dikatakan tidak berpuas hati apabila dihalang untuk melawat mangsa yang telah meninggal dunia. Mereka menyerang petugas kesihatan yang bertugas sebelum cuba dileraikan oleh staf […]
Hampir 7,000 Kematian Akibat COVID-19 Dalam Tempoh 24 Jam Di Seluruh Dunia
Sebanyak 6,979 kes kematian akibat COVID-19 telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam di seluruh dunia. Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu setakat ini adalah 126,597 kes secara global. Menurut data Worldometer, sebanyak 2,407 kematian dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat semalam, menjadikannya negara yang mempunyai kematian tertinggi melebihi 2,000 kes sehari. Amerika […]
MP Sepang Senaraikan Kawasan-Kawasan Ops Sanitasi Awam
Menerusi kiriman daripada laman Facebook Majlis Perbandaran Sepang telah berkongsi beberapa daerah di Sepang yang akan disanitasikan bermula pada 15 April hingga 22 April 2020. Berikutan penularan wabak Covid-19, satu Ops Sanitasi Awam akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Sepang bersama beberapa agensi utama iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Sepang (PKD), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan […]
Trump Arah Amerika Syarikat Henti Salur Dana Kepada WHO
Presiden Amerika Syarikat (US), Donald Trump dilapor telah mengarahkan pentadbirannya untuk menghentikan pembiayaan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam tweet oleh White House, kerajaan negara tersebut turut akan menilai semula peranan yang dimainkan oleh WHO dalam mengurus perebakan COVID-19. “Satu kajian akan dijalankan untuk menilai peranan WHO yang silap dalam percaturan serta menutup penyebaran […]
Amerika Syarikat Pulangkan AS$300 Juta Daripada Dana 1MDB Kepada Malaysia -PM
Putrajaya, 15 April – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemulangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Malaysia. Menurutnya, kerajaan Amerika telah memulangkan dana berjumlah AS$300 juta (AS$ 1 = RM 4.33) kepada Malaysia. “Kerajaan Malaysia ingin mengumumkan bahawa AS$300 juta daripada Dana 1MDB telah dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat,” katanya dalam […]
Fasa Ketiga PKP Bermula, Rakyat Perlu Beri Komitmen Atau Hadapi Fasa PKP Seterusnya
KUALA LUMPUR, 15 April – Hari ini bermulanya fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menuntut komitmen lebih jitu setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini. Sudah 29 hari sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan rakyat perlu terus kuat dan berdisiplin untuk melalui tempoh PKP fasa ketiga, lebih-lebih lagi […]
Beli Keperluan Ramadan, Perayaan Guna Platform e-Dagang Baharu
Platform e-dagang baharu diperkenal bagi memudahkan urusan jual beli barangan keperluan bagi menyambut Ramadan terutama ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). MY E.G Services Berhad (MYEG) memperkenalkan platform ‘Nak Makan’ yang berkonsepkan bazar Ramadan secara dalam talian bagi membantu vendor makanan serta usahawan memasarkan makanan dan produk masing-masing. Syarikat itu dalam kenyataan menyebut bagi fasa pertama ‘Nak […]

Orang Ramai Sudah Mula Keluar Membeli-Belah, Negara-Negara Di Eropah ‘Longgarkan’ Perintah Berkurung
Penduduk di Austria dan Itali sudah mula keluar membeli-belah dan bekerja apabila Eropah telah mengambil pendekatan untuk ‘melonggarkan’ perintah berkurung. Itali telah membuka beberapa kedai termasuk kedai buku dan alat tulis dalam percubaan untuk melihat bagaimana langkah-langkah penjarakan sosial mampu berfungsi selepas perintah berkurung. Perintah berkurung di negara tersebut dilanjutkan sehingga 3 Mei namun kedai-kedai […]

“Terpaksa Letak Di Ruang Kosong,” Mayat Pesakit Covid-19 Diletak Bertindih Satu Sama Lain
Dua keping gambar yang mengejutkan memperlihatkan mayat pesakit yang meninggal kerana Covid-19 ‘ditimbun’ di sebuah bilik kosong di hospital. Gambar-gambar yang dirakam oleh petugas di dalam bilik kecemasan itu berlaku di Hospital Sinai-Grace, Detroit dan dikongsikan kepada agensi berita CNN. Menerusi gambar itu, dapat dilihat dua mayat dibungkus dalam beg putih dan dibaringkan saling menyebelah […]
Remaja Dipercayai ‘Seludup’ Rakannya Dalam Bagasi Ke Rumahnya
Disebabkan penguatkuasaan perintah berkurung dan kompleks pangsapurinya tidak membenarkan orang luar untuk memasukinya, seorang remaja 17 tahun didakwa nekad menyeludup rakannya menggunakan sebuah bagasi pada awal pagi Ahad di Mangaluru, India. Menurut polis, remaja tersebut didakwa hanya mahu bertemu dengan rakannya itu sahaja, namun rayuannya untuk membawa masuk rakannya itu ke rumahnya mendapat tentangan daripada […]