Berita

Terkini: 3 Lagi Kes Kematian Disahkan Hari Ini, Jumlah 76 Mangsa Telah Terkorban
Menerusi sidang media situasi terkini Covid-19 yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa seramai 3 orang meninggal dunia pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 76 orang daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19. Maklumat mangsa terkorban mengikut kes. Mangsa ke 74 merupakan seorang lelaki, kes ke 4531 yang berusia 54 tahun […]

TERKINI: KKM Sahkan 113 Kes Positif Telah Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini
Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa sebanyak 113 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 2108 orang atau 45 % daripada jumlah keseluruhan. Sidang media oleh YBhg. […]

41 Pelajar Tahfiz Positif Covid-19 Sudah Sembuh Dan Dibenarkan Pulang – KKM
Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seramai 41 orang pelajar Tahfiz Madrasah Miftahlul Ulum, Sri Petaling yang positif Covid-19 telah sembuh dan discaj dari Hospital Canselor Tuanku Mukhriz hari ini. Pelajar yang berumur 14 hingga 29 tahun itu terdedah ketika menghadiri perhimpunan dan juga persekitaran masjid selepas perhimpunan. Semalam, Datuk dr Noor Hisham mengesahkan 1995 […]

Covid-19: Bahrain Ubah Suai Tempat Letak Kereta Jadi Pusat Rawatan Sementara
MANAMA, 12 April — Bahrain mengubah suai tempat letak kereta menjadi pusat rawatan sementara untuk pesakit COVID-19, menempatkan unit rawatan rapi (ICU), dilengkapi alat bantuan pernafasan, siap dalam masa seminggu, lapor agensi berita Bahrain (BNA). Tempat letak kereta yang terletak di tingkat tiga Hospital Tentera Bahrain itu dilengkapi 130 katil. “Unit itu dilengkapi peralatan terbaik […]
Pengusaha Kedai Gunting Rambut Tidak Mahu Jadi Pencipta ‘Kluster’ Penyebar Baharu
TANAH MERAH, 12 April – Rata-rata pengusaha kedai gunting rambut tidak mahu menjadi pencipta ‘kluster’ baharu penularan wabak pandemik COVID-19 walaupun sektor itu dibenarkan kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga. Pengusaha kedai gunting rambut di Jalan Wan Rahmat di sini, Tuan Syafiq Izat Tuan Zaib, 24, berkata, hakikatnya memang terdapat permintaan yang tinggi […]
Polis Cedera Ditumbuk Warga Indonesia Ketika Buat Sekatan Jalan Raya PKP
Putrajaya: Seorang anggota polis cedera dipercayai dipukul seorang warga Indonesia ketika sedang membuat sekatan jalan raya bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Presint 14, hari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata kejadian berlaku ketika anggota polis berkenaan memanggil suspek yang berjalan kaki melalui sekatan jalan raya. “Semasa suspek mendekati pegawai […]

Indonesia Catat 327 Kes Kematian Covid-19, Paling Tinggi Di Asia Tenggara
Indonesia terus mencatatkan pertambahan jumlah kematian akibat wabak Covid-19 apabila kes keseluruhan meningkat kepada 327. Ini menjadikan Indonesia negara di benua Asia Tenggara yang merekodkan kematian tertinggi setakat ini. Menerusi kemaskini di laman web rasmi Covid-19 Indonesia, sebanyak 21 lagi kematian berlaku pada Sabtu (11 April 2020) setakat 12 tengah hari. Manakala, keseluruhan kes positif […]

WHO Sahkan 1 Kes Ebola Terbaru Di Congo, Selepas 52 Hari Tiada Kes Dilaporkan
Belum sempat Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan secara rasmi pengakhiran wabak Ebola Isnin ini di Cango Timur, kes terbaru telah dicatatkan. Kes terbaru Ebola di negara tersebut telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tedros Ghebreyesus. Selepas 52 hari tanpa ada kes baharu yang direkodkan satu kes telah disahkan merebak dan mereka dalam persediaan jika ia […]

Selepas 240 Tahun Hilang, Helang Ekor Putih Kembali Terbang ‘Gagah’ Di Langit England
Helang Ekor Putih (White-Tailed Eagles) yang kali terakhir dilihat lebih 240 tahun lalu, kini kembali terbang di langit England selepas membuat perjalanan luar biasa sejauh 300 kilometer (km). Burung yang juga dikenali sebagai Helang Laut ini, merupakan burung pemangsa terbesar di UK dengan sayap lebar sehingga 2.5 meter. Ianya telah pupus di England pada awal […]

KKM Sahkan 29 Daerah Masih Zon Hijau, Sifar Kes Positif Covid-19
Sehingga 11 April jam 12 tengah hari, tiada pertambahan zon merah yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kawasan yang ditanda zon merah kekal di 26 daerah setakat ini. Sebanyak 29 daerah juga masih kekal berada di zon hijau. Penduduk yang berada di daerah zon hijau ini adalah amat penting untuk memastikan daerah anda terus […]

Covid-19: Tiada Tambahan Zon Merah, Kekal 26 Daerah
KUALA LUMPUR, 12 April – Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah, setakat 12 tengah hari semalam, dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes. Selain […]
AS Kini Catat Korban Covid-19 Paling Tinggi Di Dunia, 19,882 Sudah Disahkan Maut
ANKARA, 12 April – Jumlah korban COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) kini paling tinggi di dunia, mengatasi Itali, lapor agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University. Setakat Sabtu seramai 19,882 orang maut dan 514,415 lagi dijangkiti virus itu di tengah-tengah AS berjuang menghentikan rantaian jangkitan. Sementara 29,347 pesakit lagi pulih. Diikuti Itali yang mencatatkan korban […]
Raja Permaisuri Berkenan Sumbangkan 150 Katil Lipat Kepada Hospital Sg Buloh Dan HKL
KUALA LUMPUR, 12 April – Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur. Tidak lepaskan peluang, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbangkan 42 alat bantuan pernafasan untuk kegunaan hospital di seluruh Johor. Merafak sembah […]

Pasar Sesak Setiap Hari, Sabah Arah Operasi Pasar Foh Sang Ditutup Serta-Merta
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri hari ini mengambil keputusan tidak membenarkan Pasar Foh Sang di Luyang di sini beroperasi berkuat kuasa serta-merta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu diambil berikutan kesesakan yang berlaku di pasar itu pada setiap hari. “Oleh itu kerajaan negeri […]

KKM Senaraikan Pecahan Kes Mengikut Negeri, KL Catat Hampir 50 Kes Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan infografik statistik terkini wabak Covid-19 mengikut pecahan kes dan tambahan kes baharu di setiap negeri, setakat hari ini. Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi positif jangkitan pada hari ini dengan 46 kes baharu dan merekodkan 759 kes secara keseluruhan. Kes kedua tertinggi pada hari ini adalah Selangor dengan […]

Kita Sedang Berjuang Dan Kita Masih Belum Menang – Dr Noor Hisham
”Apa yang penting kita sedang berjuang memerangi Covid-19 dan kita masih belum menang,” demikian kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media sebentar tadi. (Rujuk minit video 27:12) Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat tanda-tanda kejayaan penurunan kes jangkitan melalui perlaksanaan fasa pertama dan kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara dua […]

Premis Gunting Rambut Tidak Boleh Beroperasi Sepanjang PKP Di Pulau Pinang – Ketua Menteri
GEORGE TOWN, 11 April — Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk tidak membenarkan premis gunting rambut dibuka atau beroperasi di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang yang dipengerusikannya hari ini. “Bagi sektor perkhidmatan gunting rambut asas yang […]
Kawalan Fasa Ketiga PKP Perlu Diperketatkan Supaya Kes Menurun – Dr Noor Hisham
Kawalan pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dipeketatkan agar penularan Covid-19 dapat dikawal sekaligus menurunkan kes positif jangkitan. (Rujuk minit video 27:12) Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, fasa ketiga PKP yang akan bermula pada 15 April ini merupakan fasa yang penting dan mungkin bakal membuahkan kejayaan. ”Memandangkan kita memasuki […]

KKM Nasihatkan Semua Industri Tangguhkan Operasi, Termasuk Kedai Gunting Rambut
Dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi, Dr Noor Hisham telah menasihatkan semua industri menangguhkan terlebih dahulu operasi termasuk kedai gunting rambut dalam tempoh seminggu ini sehingga data-data menunjukkan kita berada dalam pemulihan. Memandangkan keadaan semasa di negara kita belum pulih sepenuhnya lagi. Sebagai langkah pencegahan, beliau menasihatkan untuk semua sektor industri untuk menangguhkan dahulu […]

TERKINI: Tiga Kematian Dicatatkan, Jumlah Keseluruhan Cecah 73 Kes Kematian
Tiga lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 73 kes kematian di negara ini setakat jam 12 tenghari tadi, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi sidang media KKM, kes kematian ke-71 (kes ke-3091) merupakan lelaki berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout. Beliau […]