Berita

Korban COVID-19 Seluruh Dunia Melebihi 90,000, PBB Seru Semua Negara Bersatu Lawan COVID-19
BEIJING, 10 April — Dunia kini umpama berada di medan peperangan untuk melawan COVID-19 yang semakin mengganas, virus maut itu sudah merebak ke lebih 200 negara dan wilayah, lapor agensi berita Xinhua. Di WASHINGTON, ujian klinikal untuk menilai keselamatan dan keberkesanan hydroxychloroquine, ubat antimalaria sudah bermula, dalam usaha mencari penawar penyakit COVID-19, menurut Institut Kesihatan […]

Atlet Boling Jadikan Ruang Tamu Sebagai ‘Lane Boling’
KANGAR, 10 April — Mendapat ilham daripada filem animasi ‘The Flintstones’, seorang atlet tenpin boling Perlis mengunakan kreativiti menjadikan ruang tamu rumahnya sebagai ‘lane’ untuk berlatih boling sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP). Muhammad Ekmal Hakim Abdullah, pemenang pingat emas kategori TPB 5-6-7 (Celebral Palsy) Para Sukan Malaysia (SUKMA) edisi Perak 2018, dan Sukan Paralimpiad […]

FRU Bantu Polis PJ Untuk Sekatan Jalan Raya
PETALING JAYA, 10 April — Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima bantuan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk penugasan sekatan jalan raya Op COVID-19. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata seramai 80 anggota dan empat pegawai FRU ditempatkan di daerah itu bermula hari ini. “Kami telah menggunakan kekuatan maksimum melibatkan 930 anggota […]

Gunung Merapi Meletus Lagi, ‘Muntahkan’ Debu Setinggi 3 Kilometer Dari Puncak
Gunung Merapi di Indonesia dilaporkan telah meletus pada pagi ini. Menurut laporan BPPTKG, letusan dicatatkan pada seismogram dengan amplitud 75mm dengan tempoh 103 saat. Ketinggian lajur letusan pula adalah setinggi 3,000 meter dari puncak dengan arah angin ke Barat Laut. Sebelum ini, gunung Merapi telah meletus sebanyak enam kali pada akhir bulan lepas. Pada 27 […]
Korban Masa, Tenaga Dan Keluarga Demi Pastikan Masyarakat Patuhi PKP
Ketika masyarakat menikmati pelbagai rancangan menarik di televisyen dan telefon, serta menjamu selera dengan hidangan yang enak di kediaman masing-masing pada sebelah malam, ada insan perlu berkorban nikmat itu untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi sepenuhnya. Malah, insan berkenaan juga terpaksa meninggalkan keluarga tercinta demi menunaikan amanah yang diberikan untuk memastikan usaha kerajaan memutuskan […]
“Itu Yang Budak Senang Sakit,” Doktor Ini Jelaskan Kesan ‘Aircond’ Tidak Diselenggara
Pasti ramai diantara kita yang mempunyai pendingin hawa di rumah. Dan pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, mesti ramai yang akan menggunakannya kerana masing-masing terpaksa duduk di rumah. Namun begitu, tahukah anda bahawa alat pendingin hawa ini sebenarnya juga boleh memudaratkan kesihatan kita sekiranya ianya tidak diselenggara mengikut waktunya. Seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari […]

(Video) “Untuk Keselesaan Mereka,” Permaisuri Agong Hadiahkan Katil Lipat Buat ‘Frontliner’
Ujian yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini sememangnya sangat perit untuk dihadapi terutama bagi golongan petugas barisan hadapan yang terpaksa berkorban masa dan tenaga demi menyelamatkan mangsa Covid-19. Pun begitu, pelbagai hikmah yang boleh dilihat daripada ujian ini termasuk sikap kemurahan hati rakyat dan pemimpin tertinggi di Malaysia dalam membantu golongan yang memerlukan serta […]
Hulu Selangor Kini Zon Merah Baru Covid-19, Kawasan Zon Merah Bertambah Jadi 25
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi telah mengeluarkan jumlah pecahan kes Covid-19 terbaru mengikut negeri dan daerah. Menerusi satu ciapan di Twitter yang baru sahaja dikongsikan KKM, bilangan zon merah yang dicatatkan sebelum ini telah meningkat kepada 25 mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan sehingga pukul 12 tengahari semalam (9 April). Zon merah terbaru yang disenaraikan […]

COVID-19: 81 Individu Tiba Dari Itali Dikuarantin Dibenar Pulang
NILAI, 10 April — Seramai 81 individu terdiri daripada rakyat Malaysia dan tanggungan serta enam individu bukan warganegara yang tiba di tanah air dari Itali pada 26 Mac lepas, hari ini dibenarkan pulang selepas menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) di Bandar Enstek, di sini. Kesemua mereka yang terdiri daripada 75 rakyat […]
(Video) Pemilik Lamborghini ‘Hadiahkan’ Kereta Myvi Sebagai Ganti Kepada Mangsa Kemalangan
Kemalangan adalah suatu perkara yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan. Mana tidaknya, setiap kemalangan berpotensi menyebabkan kerosakan pada kenderaan, kecederaan pada diri malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang. Menerusi satu rakaman yang berlegar di media sosial, satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta supercar dan sebuah kereta Viva dipercayai telah berlaku. Kejadian tersebut […]
China Lapor 42 Kes Baharu Positif Covid-19 Dan Sahkan Satu Kematian
Negara China melaporkan 42 kes positif Covid-19 termasuklah sejumlah 38 kes adalah daripada pelancong yang datang ke negara tersebut pada 9 April 2020 dan disahkan seorang maut. Jumlah ini telah disahkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC), justeru itu, jumlah keseluruhan di negara tersebut adalah 81,907 kes manakala angka kematian meningkat kepada 3,336 mangsa. Menurut […]

“Sampai Je Rumah Terpaksa Larikan Diri Dari Anak-Anak, Tak Nak Risikokan Mereka” – Petugas Kesihatan
SEREMBAN (Bernama) — “Yang paling sedih apabila sampai ke rumah (pulang dari kerja), Affan, anak bongsu berumur lapan bulan merangkak ke arah saya, minta didukung. Begitu juga kalau isteri saya balik, Affan akan buat yang sama. “Kami terpaksa ‘melarikan diri’ terlebih dahulu kerana perlu mandi dan memastikan semuanya selamat agar tidak merisikokan anak-anak. “Tapi selalunya […]

Wanita Di Wuhan Pesan 76 Jenis Makanan Lepas Selesai Jalani Tempoh Berkurung
Seorang wanita di Wuhan telah memesan 76 jenis sarapan pagi sekaligus bagi memuaskan keinginannya selepas menjalani tempoh perintah berkurung selama beberapa bulan kerana Covid-19. Wanita itu ingin ‘menebus’ kembali makanan pagi yang terlepas semasa perintah berkurung selama 76 hari. Satu rakaman yang dimuatnaik di media sosial memperlihatkan seorang penghantar makanan mengambil makanan yang dipesan di […]

Lebih 350,000 Orang Di Seluruh Dunia Berjaya Sembuh Dari COVID-19
Data mendedahkan bahawa lebih daripada 350,000 orang telah disahkan sembuh dari Covid-19 di seluruh dunia. Menurut worldometer, secara keseluruhannya, sebanyak 1,603, 428 kes Covid-19 telah disahkan di seluruh dunia dengan 356, 440 orang telah sembuh. Manakala, 95, 714 orang direkodkan telah meninggal dunia kerana virus tersebut. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi disebabkan oleh […]
Sejak Kerja Dari Rumah, Baru Tahu Kucing Kesayangan Pandai Buka Pili Air Sendiri
KUALA LUMPUR, 10 April – Perlu diakui, bekerja dari rumah (WFH) bukan sesuatu yang mudah, terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan haiwan peliharaan. Ya, haiwan peliharaan. Kedengarannya agak remeh tetapi melihat daripada perkongsian netizen, pencinta haiwan di laman sosial Facebook dan Twitter, satu persamaan yang boleh disimpulkan ialah, masing-masing ‘bergelut’ antara menyiapkan tugasan dan melayan kerenah […]
Tak Kuarantin Lepas Pulang Dari Luar Negara, Gadis Dipercayai Jangkiti Ibunya Covid-19
Seorang yang tidak tahu dijangkiti Covid-19 telah menyebarkan virus tersebut kepada ibunya di Thailand. Wanita itu juga dikatakan gagal mengkuarantinkan diri selepas pulang dari luar negara, lapor National Thailand. Ketua Pusat Klinik Penyakit Berjangkit di Universiti Chulalongkorn , Dr Opass Putcharoen, berkata bahawa kebanyakan orang yang dijangkiti Covid-19 tidak menunjukkan gejala awal atau tanda-tanda jangkitan. […]

Teka-Teki Status Tempoh PKP Dijangka Terjawab Hari Ini
Teka-teki status penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 14 April ini dilanjutkan atau tidak, dijangka terjawab hari ini. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman mengenai langkah berikutnya bagi membendung penularan COVID-19. Kemungkinan juga berkaitan dengan […]
Jabatan Imigresen Hantar Pulang 1,044 PATI Warga Indonesia
Jabatan Imegresen Malaysia telah menghantar pulang 1,044 pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia ke Jakarta dan Medan, Indonesia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penghantaran pulang tersebut dijalankan secara berperingkat pada 9 dan 10 April 2020. Perkara berkenaan dikongsikan oleh agensi kerajaan tersebut dalam satu hantaran facebook. Beberapa keping gambar turut dimuat naik oleh […]
Kem Pelarian Rohingya Di Cox’s Bazar, Bangladesh Dikenakan Perintah Berkurung
Kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung ke atas wilayah selatan negara itu yang menjadi pusat jutaan pelarian warga Rohingya bagi mengelakkan penularan COVID-19 berlaku di kem pelarian Cox’s Bazar. “Urusan keluar dan masuk ke kem ini sudah dilarang bermula sekarang,” kata ketua pentadbiran wilayah, Kamal Hossain dalam satu kenyataan pada Rabu selepas negara tersebut mencatatkan 218 […]
Lelaki Hilang Ketika Dalam Misi Hantar Bantuan Makanan Ditemui Lemas
SIBU, 9 April (Bernama) — Seorang daripada tiga lelaki yang menghantar bantuan makanan kepada penduduk rumah panjang yang terputus bekalan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sepanjang Sungai Ensiring, Julau, ditemukan lemas hari ini, selepas perahu mereka karam akibat arus deras dua hari lepas. Ketua Polis Daerah Julau, DSP Ismuni Umar berkata mayat Mazian Seliong, […]