Berita

(Video) Terpisah Disebalik Pintu Kaca, Warga Emas Alunkan Harmonika Luah Rasa Cinta Buat Isteri
Seorang veteran tentera berusia 97 tahun terpaksa berpisah dengan isterinya kerana pandemik Covid-19 namun dia tetap mempunyai cara yang romantis untuk bersama isteri kesayangannya. Warga emas yang bernama Lou itu telah melawat isterinya, Jackie, di Rumah Tentera dan Pelaut DMVA di Erie, Pennsylvania. Duduk di luar tingkap, Lou meniup lagu yang indah menggunakan harmonika sambil […]

Walau PKP Tamat, Perhimpunan Melibatkan Ramai Orang Tidak Dibenarkan – Ismail Sabri
Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan pada 14 April ini, rakyat masih tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan melibatkan ramai orang serentak dalam satu masa. (Rujuk video minit 20.38) Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media Perkembangan PKP sebentar tadi. Kata Ismail, terdapat SOP yang […]
Perintah Kawalan Pergerakan Perlu Dilanjutkan – Kumpulan Perubatan
KUALA LUMPUR, 9 April – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan perlu dilanjutkan sehingga selepas Aidilfitri yang akan disambut pada Mei, gesa kumpulan perubatan. Akademi Perubatan Malaysia (AMM) dalam kenyataan di sini, hari ini berkata pandemik COVID-19 telah menjadikan jarak sosial satu kemestian baharu yang perlu dipatuhi sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu sehingga keadaan terkawal sepenuhnya. “Risiko penyebaran […]

Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Sambung Bela Diri 16 April 2020
KUALA LUMPUR, 9 April – Tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain akan menyambung keterangan membela diri mereka di Mahkamah Tinggi di sini pada 16 April ini. Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memberitahu Bernama bahawa prosiding membela diri oleh tertuduh dalam kes itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah sepatutnya bersambung esok dan 13 April . […]

Chiang Mai Sedang ‘Dijilat’ Api, Banyak Haiwan Liar Jadi Mangsa Maut Dalam Kebakaran
Tanpa kita sedar, di negara jiran sedang mengalami musibah kebakaran hutan di Chiang Mai, Thailand. Habis ribuan haiwan liar terbunuh dan cedera akibat terkena percikan api yang membara di kawasan hutan tersebut. Susulan daripada itu, menurut ahli kerajaan di negara tersebut, Chatchawan Thongdeelert berkata jika ramai pihak tidak membantu menangani masalah ini, keadaan ini mungkin […]
Kesan COVID-19: Hampir Separuh Responden Bekerja Sendiri Hilang Pekerjaan – Jabatan Perangkaan
PUTRAJAYA, 9 April — Hampir separuh atau 46.6 peratus responden yang bekerja sendiri menyatakan kehilangan pekerjaan dan dianggarkan 9 daripada 10 responden yang masih bekerja mengalami pengurangan pendapatan daripada biasa, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin. Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata dapatan itu adalah hasil kaji selidik khas Kesan COVID-19 terhadap […]
Selangor Kecualikan Sewa Empat PPR Untuk April
Seramai 2,632 penyewa di empat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor, boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri memberi pengecualian bayaran sewa untuk bulan April, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar negeri Haniza Mohamed Talha berkata, kerajaan Selangor juga membenarkan semua penghuni PPR berkenaan, menangguhkan pembayaran sewa bagi bulan Mei dan Jun ini. […]

JPJ Bersetuju Bantu Pihak Polis Dalam Sekatan Jalan Raya – Menteri Kanan
Sidang media perkembangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri pada hari ini berkaitan dengan sikap sebilangan rakyat yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Susulan daripada itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju bersama-sama berganding bahu membantu pihak polis dalam sekatan jalan raya Ops Covid yang dijalankan […]

COVID-19: AS Rekod 1,965 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam, Terburuk Setakat Ini
WASHINGTON, 9 April — Angka korban akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat sebanyak 1,965 orang, jumlah kematian terburuk sejak wabak mula menular, lapor agensi berita Sputnik memetik Johns Hopkins University. Ia menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini mencecah 14,768 orang. Bilangan kes pula 431,838, dengan lebih 23,000 pesakit pulih. […]

“Dia Cerita Dari Kecil Sampai Sekarang,” Ebit Lew Sebak Dengar Luahan Wanita Ini
Semalam, telah tular satu video seorang warga emas yang berkerusi roda keluar untuk membeli barangan keperluannya seorang diri. Video tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya tersentuh apabila melihat keadaan wanita tersebut. Menyedari akan video yang tular tersebut, ustaz Ebit Lew mencari rumah wanita itu untuk menjenguk serta menghulurkan bantuan kepadanya. Untuk mengetahui dengan lebih […]

“Sentiasa Dengar Azan Dalam Wad,” Doktor Rindu Pada Abang-Abang Tabligh Yang Sentiasa Berzikir
Petugas kesihatan antara barisan harapan negara dalam memerangi wabak Covid-19. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit. Jika pesakit memberikan kerjasama yang baik pasti memudahkan perawat namun sebaiknya pula berlaku. Dr Mohd Afiq menerusi status yang dimuatnaik di Facebook, menyatakan kerinduan kepada pesakit Covid-19 daripada kluster Tabligh yang dikatakan sangat baik dan merendah diri. Namun, […]
COVID-19: Abadikan Pengorbanan Barisan Hadapan Menerusi Diorama
JOHOR BAHRU, 9 April — Melihatkan pengorbanan ‘wira-wira negara’ berkorban nyawa, masa dan tenaga, demi memastikan keselamatan rakyat di negara ini berikutan penularan wabak COVID-19, seorang ‘insan kreatif’ terdetik untuk mengabadikan ‘pengorbanan’ itu dalam bentuk model panorama miniatur atau lebih dikenali sebagai seni diorama. Mohd Shahrin Md Yunus, 53, berkata, idea dan ilham untuk menghasilkan diorama situasi […]
Kanak-Kanak Kantoi Menyamar Jadi ‘Baby Shark’ Untuk Curi-Curi Keluar Rumah
Seorang budak lelaki menggunakan taktik penyamaran dengan memakai kostum baby shark untuk curi-curi keluar dari rumahnya bagi bertemu dengan kawannya. Kanak-kanak yang bernama Jalen Feimster itu memutuskan untuk mengenakan kostum tersebut bagi mengaburi mata ibunya bernama Christine yang berada di luar rumahnya di Ponchatoula, Louisiana pada ketika itu. Taktik licik kanak-kanak itu hampir berjaya sebelum ibunya […]

Kisah Suami Dengar ‘Voice Note’ Dari Isteri Yang Dah 4 Tahun Meninggal Dunia Berulang Kali Tanpa Jemu
Kehilangan pasangan hidup suami atau isteri pasti meninggalkan kesan yang besar dalam diri seseorang. Ditambah pula di usia emas, ketiadaan insan yang telah berpuluh tahun menemani kehidupan, sakitnya pasti lebih terasa. Seperti perkongsian oleh seorang individu menerusi akaun Facebook Eddie Dieana yang dipertemukan dengan seorang warga emas ketika mahu membeli makanan. Dia yang menyapa lelaki […]

“Dia Selalu Sediakan Makanan Bila….” Petugas Kebersihan Kongsi Kisah Kebaikan Glenn Fredly
Berita pemergian penyanyi Indonesia, Glenn Fredly yang dilaporkan meninggal dunia kerana meningitis mengejutkan peminatnya bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia juga. Beliau yang popular dengan lagu ‘Januari’ itu meninggal dunia pada usia 44 tahun di Hospital Setia Mitra, Jakarta Selatan. Selepas sehari pemergiannya, pelbagai kisah menarik yang diceritakan oleh orang sekeliling mengenai kebaikannya. Seorang […]

Lebih 20 Daerah Direkod Sebagai Zon Merah Setakat Ini, Hulu Langat Paling Ramai Positif
Menerusi perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai jumlah pecahan kes positif Covid-19 mengikut negeri dan daerah setakat jam 12 tengah malam 8 April. Seperti kita sedia maklum, negeri Selangor mempunyai bilangan kes yang tinggi iaitu dengan jumlah 1078 kes positif. Dalam negeri ini, terdapat 5 buah daerah di negeri […]
Lelaki Kongsikan Kronologi Perjalanan Individu ‘Menapak’ 120 KM Lepas Pulang Dari Jepun
Seorang lelaki yang baru sahaja pulang daripada Jepun nekad untuk meredah sejauh 120km balik ke kampungnya kerana risau dia akan menjangkiti orang lain dengan virus Covid-19. Kisah perjalanannya itu telah menjadi tular di media sosial. Menariknya, dalam perjalanan dia telah ditemani oleh seekor anjing jalanan yang setia. Seorang individu yang bernama Deon Anthony mula tertarik […]

Lelaki Dipercayai Tergamak ‘Junam’ Anjing Berulang Kali Dalam Terusan
Satu rakaman menunjukkan seekor anjing dipercayai telah dianiayai oleh seorang individu dengan berulang kali dicampak ke dalam terusan. Menurut The Sun, kejadian yang dikatakan berlaku di Southall, West London itu memperlihatkan seorang lelaki ‘mengerah’ haiwan peliharaannya masuk ke dalam air terusan tersebut. Pada permulaan klip yang dimuatnaik di dalam Instagram itu, lelaki tersebut dilihat merentap […]

KKM Tegaskan Tiada Anggotanya Dijangkiti Semasa Rawat Pesakit Di Wad Covid-19
Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa sehingga kini, tidak ada anggotanya yang dijangkiti COVID-19 ketika berkhidmat di wad atau unit rawatan rapi (ICU) hospital rawatan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana anggota kesihatan KKM mengamalkan langkah pencegahan dan memakai alat pelindung diri (PPE) semasa menjalankan tugas. “Apabila kita lihat barisan […]

(Video) Tamat Perintah Berkurung, Penduduk Wuhan Mengalukan Pesawat Dan Kereta Api Pertama Di Bandar Itu
Penduduk-penduduk Wuhan telah mengalu-alukan penerbangan dan kereta api pertama yang tiba di bandar itu selepas mereka dikenakan perintah berkurung selama 76 hari bagi mengekang pandemik Covid-19. China sebelum ini mengenakan sekatan perjalanan yang ketat di bandar yang pernah menjadi epicentre pandemik tersebut pada 23 Januari lalu yang memperlihatkan sebanyak 75 tempat kemasukan ditutup. Namun, semalam […]