Berita

Covid-19: Bilik Mayat Penuh, Mangsa ‘Mungkin’ Dikebumikan Sementara di Taman Awam New York
Menerusi laman Twitter Ahli Majlis Manhattan, Mark Levine mengatakan bahawa seramai 130,000 warga New York telah diuji positif virus Covid-19. Daripada jumlah itu seramai 16,000 telah ditempatkan di hospital. Petik daripada laporan NZ Herald mengatakan bahawa mayat-mayat jangkitan Covid-19 mungkin dikebumikan di taman-taman awam di New York. Hal ini kerana julah kematian yang meningkat di negara […]
Netizen Kagum Wajah Dr Noor Hisham Dikatakan Persis ‘Remus Lupin’ Dalam Harry Potter
Setiap kali menonton televisyen ataupun di media sosial acap kita lihat sosok wajah ini. Lebih-lebih lagi ketika wabak COVID-19 yang sedang melanda Malaysia, wajah inilah yang sentiasa memberikan maklumat terbaru dan menitip pesanan buat seluruh rakyat. Individu yang dimaksudkan ialah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Pengumuman beliau setiap hari mengenai […]
COVID-19: Satu Lagi Asrama Pekerja Asing Disahkan Kluster Baharu di Singapura
SINGAPURA, 7 April — Singapura mengenalpasti satu lagi kluster baharu COVID-19 melibatkan sebuah asrama pekerja asing yang terletak di Kranji Road, pada lewat Isnin. Tiga kes yang disahkan COCID-19 itu kini melibatkan Kranji Lodge, kata Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan semalam. Selain Kranji Lodge, terdapat enam lagi asrama yang dikenalpasti sebagai kluster dengan dua telah […]
Pusat Giat Mara Diwartakan Sebagai Pusat Kuarantin Kedua Di Labuan
LABUAN, April 7 — Pusat Giat Mara di Kampung Rancha-Rancha di sini yang diwartakan sebagai pusat kuarantin kedua bagi menempatkan pesakit dalam siasatan COVID-19, akan mula beroperasi hari ini. Pusat kemahiran itu dipilih selepas penilaian dibuat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Labuan, baru-baru ini. Pegawai APM Labuan Leftenan Marinus […]
Individu Rakam Anggota Polis Bertugas Semasa ‘Roadblock’ Hadapi Tindakan Tegas – Ketua Polis Negara
Individu yang membuat rakaman video atau mengambil gambar anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya dengan tujuan memberikan persepsi negatif terhadap media sosial akan menghadapi tindakan tegas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. “Mereka melakukan misi yang mulia dengan matlamat mehentikan rantaian COVID-19 untuk menyelamatkan rakyat,” katanya kepada Bernama di Bukit […]

“Welcome Home & Stay At Home Safely,” Foto Rakyat Malaysia Pulang Dari Singapura Tarik Perhatian
Facebook Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar, Johor berkongsi gambar kepulangan ratusan rakyat Malaysia yang dipercayai bekerja di Singapura malam tadi (6 April). Gambar diambil oleh jurugambar, Kyahizee Mohd bertempat di CIQ Checkpoint, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor. Melalui posting tersebut, terdapat seperti meja pendaftaran, bilik saringan dan ‘thermal screening’ disediakan bagi memastikan […]

Covid-19: China Pertama Kali Catat Sejarah Tiada Kematian Baharu Dilaporkan
China mencatat sejarah buat pertama kalinya pada Selasa, tiada kematian baharu akibat wabak Covid-19 dilaporkan di negara itu sejak kematian diumumkan bermula Januari lalu. Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, kes di Tanah Besar China semakin pulih sejak Mac, tetapi negara menghadapi gelombang kedua jangkitan yang dibawa dari luar negara di mana angka keseluruhan kes import hampir […]
Polis Di India Pakai Seragam ‘Coronavirus’ Demi Kawal Penduduk Keluar Rumah
Beberapa anggota polis berpakaian seragam polis dan tema ‘coronavirus’ di Gujarat sempena menggesa rakyat untuk tinggal di rumah dan menjalankan aktiviti sosial semasa wabak yang telah menyerang di seluruh dunia. Seorang anggota polis memberitahu media tempatan, “Kami telah melakukan ini untuk menyebarkan kesedaran di kalangan orang ramai. Kami cuba untuk pergi sebanyak mungkin tempat untuk […]

Mayat Lelaki Ditemukan Berlumuran Darah Di Tepi Tangga Pangsapuri
PETALING JAYA, 7 April — Seorang lelaki ditemukan mati disyaki dibunuh di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, dekat sini, awal hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tepi tangga di tingkat dua pangsapuri itu kira-kira pukul 1 pagi. “Hasil siasatan polis mendapati kesan kecederaan di […]

Guru Dakwa Jadi Mangsa Penjual Penutup Hidung dan Mulut Di Laman Sosial
KUANTAN, 7 April — Seorang guru wanita membuat laporan polis dan mendakwa kerugian RM5,992 selepas diperdayakan dalam urusan pembelian penutup hidung dan mulut serta sarung tangan getah di laman sosial Facebook, awal bulan ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 24 tahun mendakwa berurusan dengan seorang suspek […]

Penyebaran Virus Covid-19 Melalui Bawaan Udara Masih Dalam Kajian – Dr. Shahrul
KUALA LUMPUR, 7 April – Dalam sebarang kejadian jangkitan wabak virus, adalah penting untuk mengenal pasti laluan pendedahan atau pergerakan virus berkenaan kepada manusia. Dalam kes wabak COVID-19 yang sedang melanda negara dan meragut puluhan ribuan nyawa manusia di seluruh dunia, Coronavirus diketahui disebarkan melalui penyedutan (inhalation) dan penyerapan (absorption). Virus ini boleh dijangkiti dari […]
Kerajaan Larang Jual Topeng Muka Di Turki, Beri Percuma Kepada Semua Orang Awam
Negara Turki mula mengedarkan topeng muka secara percuma kepada rakyatnya untuk membendung penyebaran Covid-19 di negara tersebut. Paling menariknya, pemberian topeng melalui laman web e-dagang untuk perkhidmatan pos negara tersebut. Presiden Recep Tayyip Ergodan mengumumkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan masuk kedai dan pasar tanpa memakai topeng muka. Kementerian Kesihatan Turki dan Kementerian Pengangkutan dan […]
PKP: Polis Tutup Lapan Jalan Di Kajang
KUALA LUMPUR, 7 April – Polis daerah Kajang akan melaksanakan penutupan lapan jalan di beberapa lokasi dan penambahan sekatan jalan raya bermula Rabu (8 April). Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussoff berkata penutupan jalan itu membabitkan laluan ke Pekan Kajang yang bertujuan mengehadkan perjalanan orang ramai agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan fasa […]
BPN Legakan Golongan Penjaja Dan Peniaga B40
MELAKA, 7 April (Bernama) — Kebimbangan golongan peniaga dan penjaja yang terjejas dan kehilangan sumber pendapatan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan ketika ini, sedikit sebanyak dapat diredakan dengan adanya Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disediakan kerajaan. Bagi mereka, BPN yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lepas penting untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama […]
Teruslah Berada Di Rumah, Bantu Barisan Hadapan Kekang Covid-19 – Bernama
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Selepas pengumuman berita baik Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin PKS (Tambahan) bernilai RM10 bilion khusus untuk membantu meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh kerajaan semalam, kini hampir semua golongan boleh menarik nafas lega. Pakej yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu antara lain bagi menjamin dua […]
Pelakon The Avengers, Honor Blackman Meninggal Dunia Pada Usia 94 Tahun
PELAKON Inggeris, Honor Blackman yang pernah memegang watak sebagai Cathy Gale dalam filem The Avengers (1960) dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 94 tahun. Mendiang yang juga pernah membintangi filem James Bond (sebagai Pussy Galore) dipercayai meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya di Lewes, Sussex, selatan England, umum ahli keluarganya dalam satu kenyataan kepada […]
Seekor Ikan Lumba-Lumba Ditemui Mati, Punca Kematian Masih Disiasat
BANGKAI seekor ikan lumba-lumba dipercayai spesies Bottlenose ditemukan terdampar di atas batu di Pantai Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak tengah hari tadi. Ketua Pangkalan, Jabatan Perikanan Kuala Kurau, Nazri Mohd Noh berkata, empat anggota dari Cawangan Kawal Selia dan Penguatkuasaan Kuala Kurau bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu dari nelayan setempat pada pukul […]
Polis Patahkan Usaha Seludup Ribuan Burung Hutan Dilindungi
SEBANYAK 1,218 ekor burung dilindungi daripada pelbagai jenis yang diseludup dari Riau ke Jambi, Indonesia berjaya dirampas pihak berkuasa, baru-baru ini. Ketua Polis Tanjung Jabung Barat Jambi AKBP, Guntur Saputro berkata, pada awal kejadian, anggota polis dari Balai Polis Tungkal Ulu menjalankan operasi di sebuah jalan di Pelabuhan Dagang. “Tiba-tiba anggotanya curiga akan sebuah kereta […]
Kegiatan Judi ”Online” Semakin Berleluasa, Meningkat Semasa PKP- KPN
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Kegiatan judi dalam talian semakin berleluasa dan meningkat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Tanpa mendedahkan butiran lanjut tangkapan, beliau berkata pihaknya mendapati sindiket terbabit menyasarkan orang ramai yang berada di rumah sepanjang PKP. “Saya difahamkan kegiatan judi dalam talian […]
Astro Sahkan Staf Positif COVID-19, Tutup Pejabat Bukit Jalil Selama Dua Hari
Astro Malaysia mengesahkan seorang staf mereka di ibu pejabat Bukit Jalil positif COVID-19 hari ini. Menurut Astro, pekerja tersebut merupakan sebahagian dari pasukan pengangkutan jurutera siaran luar di pejabat berkenaan. Dia disahkan positif pada 5 April lalu dan kini sedang menerima rawatan di hospital kerajaan. Susulan itu, syarikat berkenaan bakal menutup sementara pusat penyiaran di […]