Berita
Lima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid-19, Anak Rayu Doakan Ayah Kini Dirawat Di ICU
Penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan apabila lebih 3000 individu dilaporkan telah dijangkiti di negara ini. Manakala sehingga semalam, 61 kes kematian secara keseluruhan telah dicatatkan. Antara kes kematian Covid-19 yang paling meruntun hati melibatkan lima ahli keluarga dalam sebuah keluarga besar dari Sarawak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada Ahad turut mengumumkan bahawa 5 kematian tersebut dan […]
Sekatan Di Kawasan “Red Zone” Akan Menyebabkan Bungkusan Sampai Sedikit Lewat – J&T Express
Baru-baru ini berlaku sedikit salah faham yang berlaku antara pelanggan dan syarikat penghantaran barang J&T yang dikatakan barang tidak sampai ke ‘kawasan merah’ (Red Zone) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Terbaru, pihak J&T Express melalui laman Facebook rasminya memberi penjelasan sebenar untuk mengelakkan daripada terus dibelenggu kekeliruan bagi kalangan masyarakat. Pelanggan yang dihormati, Kami […]
Kelulusan Operasi Yang Diberikan Kepada Kilang Arak Sebelum Ini Telah Dibatalkan – Ismail Sabri
Semalam, kecoh dengan isu Kilang Arak yang didakwa mendapat kelulusan dari Kementerian untuk beroperasi semula ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan. Hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media mengesahkan bahawa kelulusan operasi itu telah dibatalkan. Sidang Media itu dibuat untuk memberi laporan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan […]
Covid-19: Singapura Kenal Pasti Sebuah Asrama Pekerja Asing Sebagai Kluster Baharu
SINGAPURA, 6 April – Singapura yang mewartakan dua asrama pekerja asing sebagai kawasan isolasi pada hari Ahad, telah mengenal pasti sebuah asrama lain sebagai satu kluster baharu COVID-19. Kluster baharu asrama Tampines Dormitory di Tampines Place, sehingga kini dilaporkan terdapat tiga kes yang disahkan, menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan lewat malam tadi. Menurutnya selain Tampines Dormitory, dua […]

“Finally Covid-19 Free,” Keluarga Dr. Samsu Ambia Disahkan Sembuh Sepenuhnya
KUALA LUMPUR, 6 April – Keluarga Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif COVID-19, kini disahkan telah sembuh. Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter malam ini. Dalam satu kiriman, beliau berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga dengan […]

Uji Ubat Rawat Covid-19, WHO Pilih 9 Hospital Di Malaysia Sertai Kaji Selidik
Malaysia terlibat dalam Kajiselidik Solidariti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menguji ubat yang berpotensi merawat Covid-19. Perkara tersebut diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Twitter rasmi KKM Putrajaya sebentar tadi. Sebanyak 9 hospital terpilih dalam kajiselidik tersebut bagi mengumpul data keberkesanan rawatan dengan menggunakan empat ubat. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor […]
Harimau Bernama ‘Nadia’ Diuji Positif Coronavirus Di New York
Seekor Harimau betina yang berusia 4 tahun di Zoo Bronx telah disahkan positif Coronavirus. Menurut Zoo Bronx di New York City berkata keputusan ujian tersebut disahkan oleh Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan di Lowa. Harimau yang bernama Nadia serta dua ekor harimau yang lain serta tiga ekor singa Afrika telah mengalami batuk kering dan semuanya dijangka […]
Tiada Tanda Covid-19 Merebak Melalui Makanan – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 6 April – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa setakat ini tiada tanda menyatakan bahawa wabak COVID-19 merebak menerusi makanan. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kebimbangan orang ramai sekiranya terdapat pekerja restoran yang menyediakan perkhidmatan makanan bawa pulang didapati positif jangkitan itu. “Kita belum dengar yang virus ini merebak menerusi […]

PKP: Henti Salahkan Polis Buat Sekatan Jalan Raya – Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 6 April – Orang awam diminta agar berhenti menyalahkan anggota polis ekoran berlaku kesesakan lalu lintas ketika sekatan jalan raya, kerana tugas pasukan keselamatan itu adalah bagi memastikan individu berkenaan tidak keluar rumah tanpa alasan munasabah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata orang ramai seharusnya mematuhi setiap arahan PKP yang dikuatkuasakan bagi membataskan pergerakan keluar rumah […]
Bekas Pesakit Covid-19 Kongsikan Pengalaman Dan Keadaan Di Dalam Wad Kuarantin
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid-19. Tiap-tiap hari, ada saja kes serta angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia meningkat. Virus ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang ringan kerana sehingga kini tiada lagi vaksin yang mampu melawan ancaman yang dibawa virus ini. Justeru daripada kegusaran itu, banyak negara yang […]

Tiada Penerbangan Antarabangsa Di Pulau Pinang- Chow
GEORGE TOWN, 5 April — Pulau Pinang tidak lagi menerima penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) buat masa ini apabila semua syarikat penerbangan membatalkan penerbangan mereka berikutan wabak COVID-19. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pembatalan penerbangan antarabangsa ke LTAPP itu adalah sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. “Menurut Pengurus Kanan […]
Cuba Nasihat Agar Penduduk Tidak Berkumpul, Ketua Kampung Cedera Ditumbuk
Ketua kampung di Pesisir Selatan, Sumatera Barat, Indonesia dilaporkan telah dipukul kerana menghalang orang ramai daripada berkumpul. Kejadian tersebut dilaporkan terjadi selepas dia bertindak menegur orang ramai supaya tidak berkumpul dengan tujuan untuk mencegah penularan virus Covid-19 yang kian merebak di negara itu. Ketua Polis Lengayung, Iptu Beni Hari M berkata, ketika mangsa sedang memberi […]

Trend Pematuhan PKP Semakin Baik – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 5 April — Trend pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua bagi membendung penularan wabak COVID-19 semakin baik apabila jumlah penahanan terhadap individu ingkar kepada arahan itu menunjukkan penurunan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berdasarkan data polis semalam, seramai 368 individu ditahan di sekatan jalan raya serta rondaan berbanding 413 tangkapan pada […]

Pekerja Positif COVID-19: Ikea Tebrau Tutup Jualan Makanan
Perkhidmatan jualan makanan IKEA Tebrau ditutup sementara, sehingga diberitahu kelak, apabila seorang daripada pekerjanya didapati positif Covid-19. Dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka, IKEA Tebrau memberitahu mereka telah dimaklumkan hasil ujian yang telah diadakan pada 1 April, dan telah memberikan kerjasama kepada pegawai dari jabatan kesihatan. “Kami akan mengambil tindakan mengikut nasihat mereka, kerja membersih […]
KKM Sahkan Terdapat Satu Kluster Daripada Kes Positif Ada Sejarah Perjalanan Ke Itali
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa terdapat satu kluster daripada kes positif yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali. Menurut Dr Noor Hisham, kluster ini adalah merupakan kes yang ke 1,580. Difahamkan, seramai 37 orang telah disahkan positif dijangkiti daripada kluster tersebut serta satu yang sedang kritikal dan memerlukan alat bantuan […]

TERKINI: 4 Kematian Baharu Dilaporkan, Jadikan 61 Kematian Secara Keseluruhan
Menerusi sidang media hari ini, Dr Noor Hisham mengumumkan bahawa terdapat 4 lagi kes kematian baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 61 atau 1.67% daripada keseluruhan kes. 4 kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan 61 kematian atau 1.67% daripada keseluruhan kes.#COVID19Malaysia pic.twitter.com/7iYMPZtiLE — KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) […]

TERKINI: 90 Kes Baharu Sembuh Dicatatkan, Jumlah Kumulatif Kes 1,005
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham, memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah sembuh adalah sebanyak 1,005 kes. TERKINI #COVID19Malaysia5 April 2020 (Ahad) Bilangan pesakit yang telah sembuh adalah seramai 90 kesIni menjadikan 1005 kes telah sembuh atau 27.44% daripada […]
TERKINI: 179 Kes Baharu Covid-19, Jumlah Keseluruhan Meningkat Kepada 3662 Kes
Sebanyak 179 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara hari ini. Angka tersebut sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang dicatatkan di Malaysia meningkat kepada 3,662 kes setakat Ahad (5 April 2020) Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media perkembangan Covid-19 yang diadakan sebentar tadi. […]

Ketua Hakim Negara Gesa Pertimbang Risiko Covid-19 Di Penjara Sebelum Jatuhkan Hukuman
Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pegawai kehakiman untuk mengambil pertimbangan berkenaan masalah risiko penularan wabak Covid-19 dihadapi penjara dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), Tengku Maimun berkata dengan mengambil kira peruntukan undang-undang sedia ada dalam menjatuhkan hukuman terhadap […]
Penderma Plasma Pertama Rawat Covid-19: “Allah Ganti Sedih Saya Dengan Berita Gembira”
Tiada yang lebih menggembirakan seorang bekas pesakit COVID-19 apabila mengetahui plasma darahnya boleh membantu merawat pesakit lain yang dijangkiti pandemik yang mencetuskan keresahan masyarakat di seluruh dunia. Bagi Reza Huzairi Zainudin, 41, mengetahui plasma darahnya boleh membantu menyembuhkan pesakit COVID-19 yang lain, disambut dengan rasa syukur dan bangga kerana tidak semua plasma bekas pesakit boleh digunakan. […]