Berita

Lebih 6,000 Kilogram Sisik Tenggiling Afrika Seludup Berjaya Dirampas Kastam
PIHAK Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup sisik tenggiling berjumlah kira-kira 6,160 kilogram, dianggarkan bernilai RM78 juta dalam satu operasi di Pelabuhan Klang pada Selasa. Menurut laporan TRAFFIC, rampasan sisik tenggiling tersebut adalah yang terbesar di Malaysia setakat ini, di mana rekod terdahulu, rampasan sisik haiwan yang sama sebanyak lebih dua tan pada […]
Berita
Harga Rumah Di Malaysia Masih Paras Sangat Tidak Mampu Milik
Harga rumah di Malaysia masih berada pada paras yang sangat tidak mampu milik jika dibandingkan dengan pendapatan berikutan ketidakpadanan yang ketara dan berlarutan antara permintaan dengan bekalan harta kediaman. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan (Separuh Kedua 2019) yang dikeluarkan hari ini berkata, namun begitu, risiko pembetulan yang ketara terhadap harga rumah […]
Kesihatan
COVID-19: Palestin Lanjut ‘Lockdown’ Sebulan Lagi
BAITULMAQDIS, 3 April — Palestin pada Jumaat mengumumkan melanjutkan perintah “lockdown” selama sebulan lagi untuk membendung penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu. Presiden Mahmoud Abbas melanjutkan tempoh lockdown selama sebulan, kata setiausaha agung Pertubuhan Pembebasan Palestin Saeb Erekat di Twitter. Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh sebelum ini berkata, tempoh lockdown bermula 10 pagi hingga 5 […]
Berita
(Video)Tidak Lagi Rasa Terancam, Ribuan Obor-Obor Merah Jambu Banjiri Persisir Pantai
Dikenali sebagai destinasi pelancongan, pantai-pantai di Palawan, Filipina kini sunyi tanpa jejak orang ramai yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang sedang melanda pada ketika ini. Namun, keadaan tersebut membolehkan alam semula jadi berkembang di sepanjang pantai itu. Ahli-ahli biologi telah menyaksikan ribuan obor-obor merah jambu di lautan itu yang dikatakan telah hilang bertahun lamanya disebabkan […]
Berita
Bantuan Untuk Warga Asing Terjejas PKP Tanggungjawab Kedutaan Negara Masing-Masing- Menteri
SEMUA warga asing di negara ini yang turut terkesan dengan wabak COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berada di bawah tanggungjawab kedutaan negara tersebut. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap kedutaan mesti bertanggungjawab untuk memastikan warga mereka menerima bantuan yang sewajarnya. “Bagaimanapun, mereka perlu melapor pada Jawatankuasa Pengurusan Bencana […]
Gaya hidup
(Video) “Jangan Keluar, Tak Berbaloi”, Dari Katil Hospital, Pesakit COVID-19 Beri Amaran Buat Orang Ramai
Biarpun kebanyakan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang mengingkarinya. Tindakan mementingkan diri ini boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain kerana virus boleh tersebar tanpa kita sedar, hatta tanpa sebarang simptom. Justeru, kita perlu sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan kerajaan serta menjaga kesihatan bagi mengelakkan diri dari […]
Kesihatan
(Video) Tiada Sekatan Untuk Pulang, Tetapi Pelajar Di Luar Negara Dinasihat Kekal Disana
Menteri Pertahanan menasihatkan pelajar Malaysia di luar negara agar terus berada di negara berkenaan dan mematuhi perintah negara itu “Kita menasihatkan, (tidak menyekat) pelajar-pelajar kita yang berada di luar negara supaya berada terus di negara tersebut. “Sesetengah negara mempunyai prosedur yang ketat untuk keluar dari negara itu,” katanya. Tambahnya, kerajaan pernah membawa pulang pelajar dari […]
Berita
Polis Boleh Guna Budi Bicara Untuk Benarkan Perjalanan Melebihi 10km – Ismail Sabri
Polis dibenar menggunakan budi bicara untuk membenarkan orang ramai yang ingin melakukan perjalanan lebih 10 km bagi mendapatkan barangan makanan mahupun perubatan sekiranya terdapat keperluan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk perjalanan merentasi negeri walaupun sebelum ini peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua mengehadkan perjalanan haruslah tidak melebihi 10 kilometer. “Semalam, […]
Kesihatan
(Video) Rakaman ‘Food Rider’ Lindungi Pesanan Pelanggan Dari Bahan Nyah Kuman Bikin Sebak
Satu video penghantar makanan yang melindungi makanan dari terkena semburan daripada lori penyembur nyah kuman telah menjadi tular di media sosial. Penghantar makanan tersebut telah bertindak menutup makanan itu dengan memeluknya agar makanan itu tidak tercemar dan basah. Menurut portal Tribunnews, pesanan yang didakapnya itu merupakan 2 kotak pizza yang dipesan oleh pelanggan. Dia berbuat […]
Berita
TERKINI: Semua Bank Kecualikan Caj RM 1 Di ATM MEPS, 6 April Hingga Tamat PKP- Ment. Pertahanan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua institusi perbankan akan mengecualikan caj RM1 di mesin ATM rangkaian MEPS. Pengecualian itu akan bermula pada 6 April sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua institusi perbankan mengecualikan caj RM1 di mesin ATM rangkaian MEPS bermula 6 April hingga tamat PKP-@IsmailSabri60 pic.twitter.com/wF2RyLxvK5 — BERNAMA (@bernamadotcom) April […]
Berita
Wanita Maki Polis ‘Idiot’ Didakwa
Seorang pengurus jualan wanita yang tular di media sosial kerana memaki anggota polis dalam satu sekatan jalan raya Ops COVID-19 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan berkelakuan kurang sopan dan menghalang tugas anggota polis. Tong Poh Kim, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret […]
Berita
TERKINI: Semua Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP- Ment. Pertahanan
Putrajaya, 3 April-Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan. “Mesyuarat pagi tadi memutuskan bahawa selagi PKP dilaksanakan, semua pasar Ramadhan tidak dibenarkan,” jelasnya dalam sidang media Kementerian Pertahanan sebentar tadi. Bagaimanapun katanya, jika PKP ini ditamatkan, pihak MKN akan menyediakan satu […]
Gaya hidup
Kongsi Rezeki Ketika COVID-19, Usahawan Pemurah Sedekah 1,500 Ayam Segar Untuk Orang Kampung
DALAM tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua ini, sudah tentu masyarakat agak terkekang untuk bergerak ke mana-mana, lebih-lebih lagi jika mahu membeli barang dapur dan makanan harian. Namun, bagi seorang pengusaha ayam segar, tempoh pelaksanaan PKP ini sebaliknya dijadikan peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat di sekitarnya yang memerlukan. Pemilik sebuah syarikat pembekal ayam segar, […]
Berita
Isu Haji: Zulkifli Adakan Pertemuan Dengan Kedutaan Arab Saudi Selasa Ini
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan minggu hadapan bagi membincangkan mengenai perjalanan haji tahun ini. Zulkifli berkata, beliau akan membuat kunjungan hormat itu pada 7 April bagi membincangkan situasi terkini isu […]
Kesihatan
“Abah Pesan Kami Kena Bersedia…,” Wanita Kongsikan Pengalaman 15 Hari Dalam Wad Sebagai Pesakit Covid-19
Umum telah mengetahui bahawa negara kita kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid-19. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah pencegahan telah dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi membendung wabak ini daripada terus menular. Sungguhpun begitu, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang dilihat tidak memandang serius akan wabak yang sedang melanda satu dunia ini. Tiap-tiap hari ada sahaja […]
Kesihatan
Hotel Di Cyberjaya Dijadikan Pusat Kuarantin, Tempatkan Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara
Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarantin di pusat kuarantin yang telah dikhaskan bermula pada hari ini bagi mengambil langkah berjaga-jaga berkaitan penularan Covid-19. Menerusi laman Twitter Cyberjaya Info, dapat disahkan bahawa Fox Hotel di Dpulze, Cyberjaya telah dijadikan […]
Kesihatan
Pelaksanaan Solat Tarawih, Tunggu Pengumuman Mengenai PKP – Dr Zulkifli
Keputusan mengenai pelaksanaan solat Tarawih bulan Ramadan tahun ini bergantung sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK) dilanjutkan atau tidak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. “Sama ada PKP yang ketiga ada atau tidak, itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan selepas itu […]
Kesihatan
COVID-19: Arab Saudi Kuat Kuasa Perintah Berkurung 24 Jam Di Makkah, Madinah
Arab Saudi pada Khamis mengenakan perintah berkurung 24 jam di Makkah dan Madinah sehingga diberitahu kelak, sebagai langkah terbaru memerangi penularan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Mengikut sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri, hanya orang dewasa dibenarkan keluar rumah untuk tujuan mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan, dari 6 pagi hingga 3 petang. […]
Kesihatan
China Dedah Lebih 1,300 Kes COVID-19 Tanpa Sebarang Gejala Di Negaranya
China pada Rabu mendedahkan negara itu mempunyai kira-kira lebih 1,300 kes COVID-19 tanpa bergejala, kali pertama data itu dikeluarkan berikutan kebimbangan orang awam yang disahkan positif tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom. Pihak kesihatan juga melaporkan kes import pertama dari luar negeri di Wuhan – lokasi pusat penularan virus tersebut bermula pada hujung tahun lalu – […]
Kesihatan
WHO Jangka Kes COVID-19 Di Malaysia Memuncak Di Pertengahan Bulan Ini
Putrajaya, 3 April- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan bilangan kes COVID-19 di Malaysia akan memuncak pada pertengahan bulan ini. Malaysia merupakan negara Asia Tenggara dengan jumlah jangkitan diketahui paling tinggi, iaitu 3,116 kes buat masa ini. “Berdasarkan data, WHO menjangkakan Malaysia akan melihat peningkatan kes pada pertengahan April,” kata ketua misi WHO di Malaysia, Brunei […]