Berita

“Jujur Je, Siapa Yang Dah Rasa ‘Burnout’,” Luahan Doktor Tangani Wabak Covid-19
Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasakan sejak semalam telah banyak mendapat reaksi positif daripada masyarakat. Sebahagian besar masyarakat menerima arahan tersebut dengan hati yang terbuka bagi membendung penularan wabak yang membawa maut ini. Walau bagaimanapun, masih ada segelintir lagi yang mengingkari perintah dikeluarkan kerajaan itu. Tindakan tersebut bukan sahaja berisiko menambah jumlah kes, malahan […]
Bantuan JKM Bagi Bulan April Disegerakan
PUTRAJAYA, 19 Mac – Bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bulan April disegerakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, dengan bayaran dibuat bermula 25 Mac ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata bantuan titu melibatkan 500,000 penerima membabitkan kos berjumlah RM150 juta. “Bantuan ini akan diterima 15 hari lebih awal dari tarikh yang […]
Kedutaan Kesan Rakyat Malaysia Di Sulawesi, 411 Warga Asing Hadir Perhimpunan Tabligh Dikuarantin
JAKARTA, 19 Mac – Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Sulawesi bagi mengenal pasti rakyat Malaysia yang menyertai acara Ijtima of Asia 2020. Susulan pemerintah Indonesia membatalkan acara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar berkata kedutaan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Sulawesi bagi memastikan rakyat Malaysia […]

ATM Nafi Helikopter Tentera Khas Buat Semburan Disinfeksi COVID-19
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Tiada helikopter tentera khas yang digunakan untuk membuat semburan disinfeksi COVID-19 di udara di seluruh negara seperti yang tular di media sosial, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Affendi Buang. Ketika dihubungi Bernama beliau berkata berita yang tular di media sosial itu adalah palsu serta tidak tepat sama sekali. Sementara […]

Covid-19: Indonesia Catat 19 Kematian Setakat Ini, Paling Tinggi Di Asia Tenggara
Indonesia kini merekodkan kematian tertinggi di Asean dengan 19 kematian diikuti Filipina 14 kematian dan Malaysia dua kematian. Perkara itu disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menerusi statistik terbaharu Covid-19 di seluruh dunia setakat Khamis (19 Mac 2020). Pada masa sama, Itali mencatatkan jumlah kematian tertinggi di peringkat global selepas China dengan 2,978 kes kematian […]
Malaysia, Singapura Bincang Benarkan Rakyat Malaysia Bekerja Jika Tempat Tinggal Disediakan
PUTRAJAYA, 19 Mac (Bernama) — Malaysia dan Singapura sedang berbincang mengenai nasib hampir 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu bagi membenarkan mereka meneruskan pekerjaan masing-masing berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata idea itu dicadangkan Malaysia dengan syarat Singapura menyediakan tempat tinggal kepada […]
Perintah Kawalan: Bekalan Makanan, Barangan Keperluan Mencukupi – Menteri Kanan Ismail
Barangan makanan dan keperluan harian masih mencukupi dan rakyat tidak perlu panik semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau, yang juga Menteri Pertahanan berkata, rakyat tidak perlu panik dengan membeli barangan secara pukal kerana premis-premis yang menjual barangan keperluan masih dibuka. “Saya dimaklumkan Kementerian Pertanian dan […]
WHO: Harapan Masih Ada Andai Kawalan Pergerakan Dipatuhi, Ujian Vaksin Bermula
Ujian klinikal vaksin pertama novel koronavirus (COVID-19) telah bermula, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu. Agensi berita Anadolu melaporkan, ujian itu bermula “60 hari selepas virus itu dikongsi oleh China”. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lokasi ujian klinikal itu dijalankan. Pegawai kesihatan mengatakan tempoh sekurang-kurangnya 12 hingga 18 bulan diperlukan […]

Polis Tegur Sikap Orang Ramai Tidak Endah Perintah Kawalan Pergerakan
Kuantan: Polis menegur sikap orang ramai di daerah ini yang masih kurang mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di tempat awam tanpa sebab munasabah. Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata rata-rata yang ditemui dalam sekatan jalan raya memberikan alasan tidak kukuh untuk masih berada di tempat awam. ”Ada antara mereka memberikan alasan ingin melihat […]

Tak Tolak Kemungkinan Kerah Tentera Supaya Rakyat Patuh Perintah Kawalan Pergerakan – Menteri Pertahanan
Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerah bagi memastikan semua rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam sehingga 31 Mac 2020. Beliau memberikan kenyataan tersebut kepada Bernama pada hari ini. Tindakan ini disebabkan oleh segelintir rakyat yang masih tidak mematuhi perintah dan masih […]

(Kemaskini) Semua Penumpang Bas Telah Menghubungi Bilik Gerakan PKD Kuantan, Terima Kasih Atas Kerjasama Netizen
Kemaskini (3.01 Petang): Kes ini sudah selesai dan semua penumpang telah menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kuatan. Terima kasih kepada semua yang membantu ‘share’ post kami pagi tadi, Semua penumpang telah pun menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan Terima kasih semua kerana prihatin Jangan lupa amalkan langkah pencegahan Virus COVID-19 Patuhi Arahan Kawalan […]
Satu Kes Positif COVID-19 Di Anak Syarikat DRB-HICOM Di Pekan
DRB-HICOM Bhd memaklumkan bahawa seorang kakitangan anak syarikatnya, DRB-HICOM Auto Solutions Sdn Bhd (DHAS) di Pekan, Pahang telah diuji positif dengan COVID-19. “Kakitangan tersebut dijangkiti virus itu daripada suaminya, yang berada dalam kitaran hubungan pegawai atasannya di tempat kerja. Pegawai tersebut telah menghadiri program tabligh pada akhir Februari di Seri Petaling, Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini. DRB-HICOM […]

20 Ribu Askar Bersedia Ditempatkan Sekitar Britain, Kawal Penularan Wabak Covid-19
Ketua-ketua tentera meletakkan 20,000 askar bersiap sedia untuk ditempatkan di jalan-jalan, hospital dan laman utama lain di Britain untuk membantu mengatasi pandemik. Sebagai sebahagian daripada pakej sokongan, beribu-ribu tentera akan digerakkan atau diterbangkan ke rumah dari program luar negara dan bersedia untuk bergerak sebagai sebahagian daripada Pasukan Sokongan Covid yang baru. Orang yang paling penting […]
Tiga Bayi Di UK Dijangkiti Covid-19 Setakat Ini, Dua Antaranya Baru Lahir
Tiga bayi, termasuk dua yang baru lahir di UK telah disahkan dijangkiti dengan virus Covid-19, lapor Metro. Bayi kedua yang baru sahaja dilahirkan di Norfolk telah disahkan dijangkiti dengan virus maut itu pada Rabu. Difahamkan, seorang ibu bersama bayinya yang baru lahir telah diuji positif virus tersebut pada hujung minggu lalu. Bayi tersebut dipercayai merupakan […]

“Action Without Delay,” China Hantar Bantuan Ubat-Ubatan Untuk Malaysia
Bagi menangani wabak Covid-19 ini, pihak kedutaan dari China bertindak menghantar bekalan ubat dari China ke Malaysia untuk sama-sama mencegah wabak Covid-19 ini. Menerusi laman Facebook rasmi Kedutaan China di Malaysia yang berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan bekalan ubat yang di hantar ke Hospital Sungai Buloh sudah selamat mendarat. “Action without delay” Action without delay!The […]
Covid-19 Tidak Menjangkiti Melalui Susu Ibu, Teruskan Menyusu Bayi Anda – Pusat Laktasi Kebangsaan
Kita semua tahu bahawa susu ibu mempunyai banyak manfaat sehinggakan wabak Covid-19 tidak boleh menjangkitinya. Ya, pasti ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka ada perasaan takut untuk menyusukan. Namun, anda jangan risau kerana melalui perkongsian daripada Pusat Laktasi Kebangsaan menyatakan bahawa Covid-19 tidak menjangkiti melalui susu ibu. Pihak Laktasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru kepada […]

China Laporkan Tiada Kes Covid-19 Domestik Buat Pertama Kali
Tanah Besar China telah melaporkan sifar jangkitan Covid-19 dalam negeri buat pertama kali sejak wabak itu bermula. Suruhanjaya Kesihatan Nasional berkata ia juga merupakan kali pertama di wilayah Hubei di mana jangkitan pertama kali muncul dan tidak merekodkan sebarang kes baru sama ada di dalam negeri atau dari luar negara. Di seluruh negara, terdapat 34 […]
“Seakan Sedang Rentas Medan Perang,” Jururawat Gambarkan Keadaan ‘Genting’ Di Itali
Itali merupakan negara yang mempunyai salah satu fasiliti kesihatan terbaik di dunia barat. Dengan memiliki kepakaran dalam perubatan serta doktor-doktor yang terlatih, mereka merasakan bahawa mereka telah bersedia untuk menghadapi ancaman wabak Covid-19 ini di negara mereka sebelum wabak tersebut melanda negara mereka. Namun begitu, selepas virus ini sampai ke negara mereka, keadaan berubah apabila […]

Tiada Pelan B, Doktor Di Itali Berharap ‘Lockdown’ Jadi Penyelesaian Tangani Covid-19
Lebih daripada 60 juta orang hidup di bawah perintah berkurung yang semakin tidak tertanggung dan semakin ketat di Itali. Kedai-kedai yang masih terbuka ditutup sebelum ini dan polis sedang melakukan rondaan dalam jumlah yang lebih besar, mengejar keluarga yang keluar dan ‘menghalau’ mereka untuk kembali pulang ke rumah serta memastikan tiada siapa yang berada di […]
Covid-19: Singapura Batalkan Bazaar Ramadhan Dan Bazaar Aidilfitri
Bazaar Ramadan yang popular di Singapura iaitu Bazaar Di Geylang Serai, Woodland tidak akan beroperasi seperti tahun yang lepas sebagai langkah berjaga-jaga berikutan dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Dalam satu kenyataan Persatuan Rakyat (PA) berkata mereka tidak akan menganjurkan apa-apa jenis bazaar perayaan serta pameran perdagangan yang berkuat kuasa ada 18 […]