Berita

Berita
Covid-19: UUM Laksana Kuliah Secara Dalam Talian Mulai 5 April
Alor Setar: Selepas Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) pula mengumumkan bahawa ia juga akan menjalankan semua kuliah secara dalam talian apabila semester baharu bermula 5 April ini dalam usaha membendung penularan virus COVID-19. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof Dr Yusnidah Ibrahim berkata pelaksanaan itu membenarkan semua pelajar untiversiti itu […]
Berita
Covid-19: Tukar Laungan Azan Di Masjid ‘Tunaikanlah Solat Di Rumah Kalian’ Tidak Salah – Dr Zulkifli
Laungan azan diubah sedikit dari ‘Marilah menunaikan solat’ kepada ‘Tunaikan solat di rumah anda’ tidak salah kerana membawa maksud yang sama, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu sidang media. Ianya bagi menggalakan umat Islam supaya tidak berjemaah di masjid dan hanya menunaikan solat […]
Berita
Empat Rentung, Seorang Masih Hilang Dalam Kebakaran Di Pengerang
Johor Bahru: Empat ditemui rentung manakala seorang masih hilang dalam kebakaran di Diesel Hydro Treater unit di Pengerang, dekat Kota Tinggi, malam tadi. Sementara itu, seorang mangsa selamat manakala seorang lagi didapati 70 peratus melecur dalam kebakaran kira-kira 10.50 malam, kata Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pauzan Ahmad. “Terdapat tujuh orang mangsa yang […]
Berita
Sehingga Ahad Kes Covid-19 Di Iran Mencecah 14,000, 724 Orang Maut
Kaherah: Kes jangkitan COVID-19 di Iran pada Ahad meningkat kepada 13,938 orang, dengan 724 pesakit meninggal dunia, ketika virus maut terus mengancam negara di Timur Tengah itu, lapor agensi berita Xinhua. Jumlah kes meningkat 1,209 berbanding hari sebelumnya, manakala angka korban bertambah kepada 113 orang. Sementara itu, 451 pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan seramai 4,790. […]
Berita
Perancis Catat 900 Kes Covid-19 Dalam Sehari, Jumlah Keseluruhan 5,423
PARIS, 16 Mac – Perancis mengesahkan sejumlah 5,423 kes jangkitan novel koronavirus (COVID-19), peningkatan sebanyak 923 berbanding sebelumnya, tertinggi sejak virus itu dikesan di negara ini, kata pihak berkuasa pada Ahad. Setakat ini seramai 127 pesakit maut, daripada jumlah itu 91 kematian didaftarkan pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua. Pada Sabtu, Perancis meningkatkan paras amaran […]
Berita
Muzakarah Berpandangan Semua Aktiviti Masjid & Surau Termasuk Solat Jumaat Ditangguh 10 Hari – Mufti N.Sembilan
Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dalam satu kenyataan media di Facebook rasmi Jabatan Mufti negeri Sembilan menyatakan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan tentang Covid-19. Berdasarkan situasi gelombang kedua Covid-19 di Malaysia dan terdapat peserta yang menghadiri Majlis Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling disahkan positif, Muzakarah berpandangan semua aktiviti masjid dan surau termasuk […]
Berita
Covid-19: 368 Lagi Kematian Dicatatkan Di Itali
ROM, 16 Mac – Wabak novel koronavirus (COVID-19) kini meragut 368 nyawa di Itali pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua memetik data terkini Jabatan Perlindungan Awam. Ketua Jabatan Perlindungan Awam, Angelo Borrelli mengesahkan seramai 20,603 orang telah dijangkiti dan 1,809 meninggal dunia sejak epidemik pertama berlaku di utara Itali pada 21 Februari. Jumlah itu meningkat […]
Berita
Warga Malaysia Di Iran Dan Itali Dijangka Pulang Dalam Masa Seminggu – Timbalan Menteri Luar
Menerusi persidangan media oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar mengatakan bahawa warga Malaysia dari Iran dan Itali dijangka dibawa pulang dalam masa seminggu. Katanya lagi, kesemua 48 orang Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan Iran akan dibawa pulang ke Malaysia. Bagaimanapun, jumlah rakyat Malaysia yang berada di Itali adalah 323 orang dan hanya 79 orang […]
Berita
Covid-19: Pusat Sains Negara Dan Planetarium Negara Ditutup Bermula Hari Ini
Ramai pihak yang bertindak untuk menangani kes ini termasuk Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Susulan daripada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Invasi, Yb Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya hari ini berkata sebagai mencegah wabak Covid-19 Menerusi laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa Pusat Sains Negara dan Planetarium […]
Berita
Tiga Kematian Covid-19, Lubnan Umum Darurat Dua Minggu
Lubnan memerintahkan semua rakyatnya untuk berada di rumah selama dua minggu bagi menghalang penyebaran Covid-19 berikutan virus itu telah membunuh tiga mangsa dan menyebabkan 100 lagi dijangkiti. ”Rakyat diwajibkan untuk berada di rumah masing-masing kecuali terdapat ‘keperluan melampau’, lapangan terbang, sempadan dan pelabuhan ditutup mulai Ahad (15 Mac 2020) sehingga Ahad (29 Mac 2020),” kata […]
Berita
Penjawat Awam Wajib Dapatkan Kebenaran Bertulis Ke Luar Negara Atau Terima Tindakan Tatatertib
Seseorang yang bergelar penjawat awam yang ingin ke luar negara atas urusan rasmi atau urusan peribadi wajib mendapatkan kebenaran bertulis. Mengupas tentang isu ini, Jabatan Penerangan meningatkan semula tentang surat pekeliling am bil.3 tahun 2012, surat pekeliling KSU, KMMM-bil.2 tahun 2004 dan surat ederna TKSU (P) bertarikh 3 Disember 2012. Kegagalan mendapatkan kelulusan daripada Ketua […]
Berita
Dr Adham Nafi Khabar Angin Perintah ‘Lockdown’ Hari Ini
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menafikan mesej yang tular dalam media sosial hari ini bahawa Malaysia akan dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) esok ekoran penularan COVID-19. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, dalam sebuah hantaran menerusi akaun Facebook rasminya, berkata penyebaran infografik mengenai ‘lockdown’ di negara ini esok adalah palsu. “Tiada sebarang perintah […]
Berita
Covid-19: Sabah Mungkin Lanjutkan Cuti Sekolah
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah sedang mempertimbangkan kemungkinan melanjutkan cuti sekolah sekarang ini dan mendapatkan kerjasama sektor swasta supaya membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah untuk membendung penularan COVID-19. Dalam rayuannya kepada rakyat untuk meminimumkan pergerakan mereka, termasuk mengelakkan daripada melakukan perjalanan yang tidak perlu , Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata […]
Berita
Covid-19: UTHM Tutup Kampus Pagoh Untuk Proses Dekontaminasi
JOHOR BAHRU, 16 Mac – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengumumkan penutupan seluruh premis universiti itu bagi kampus cawangan Pagoh untuk proses dekontaminasi mulai hari ini bagi membendung penularan COVID-19. Menurut pekeliling rasmi Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly, pihak universiti akan menjalankan proses dekontaminasi melibatkan keseluruhan premis di kampus berkenaan yang akan dijalankan secara menyeluruh. […]
Berita
Keputusan Pandangan Hukum Covid-19 Akan Dipersembahkan Kepada Agong – Menteri Agama
Keputusan pandangan hukum berikutan penularan wabak COVID-19 akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja di negeri-negeri bagi mendapat perkenan untuk tindakan selanjutnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pandangan itu hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal […]
Berita
Pengurusan Masjid, Surau Di Terengganu Digalak Ambil Inisiatif Sendiri Cegah Covid-19
KUALA TERENGGANU, 15 Mac (Bernama) — Semua pengurusan masjid dan surau di Terengganu digalakkan mengambil inisiatif sendiri dalam melakukan proses pembersihan dan nyah kuman bagi mengekang penularan virus COVID-19. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad berkata walaupun Terengganu masih belum merekodkan sebarang kes positif COVID-19, langkah pencegahan adalah sangat penting dilakukan. “Selain itu, […]
Berita
Isu kekurangan Penutup Mulut Dan Hidung, Pembasmi Kuman Tangan Dibawa Ke Kabinet Rabu Ini
KUALA TERENGGANU, 15 Mac (Bernama) — Masalah kekurangan bekalan penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan pembasmi kuman berikutan penularan jangkitan COVID-19 akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata ia bagi memastikan masalah kekurangan kedua-dua barangan itu, yang menjadi keresahan rakyat, akan dapat diatasi. “Menteri (Datuk […]
Berita
Diarahkan Kuarantin, Ebit Lew Dedahkan Kumpulan Pelajar Habiskan 30 Juzuk Al-Quran Berulang Kali
Penularan Covid-19 di Malaysia semakin meruncing apabila laporan terbaharu mencatatkan kes meningkat kepada 428 kes. Keadaan ini menyebabkan pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga termasuk melakukan pemeriksaan terhadap ribuan individu dari beberapa negeri yang menyertai program keagamaan di Masjid Sri Petaling kerana dibimbangi dijangkiti wabak koronavirus. Penceramah bebas, Ebit Lew, menerusi laman Facebook miliknya berkongsi foto […]
Luar Negara
Bayi Baru Lahir Mangsa Covid-19 Termuda Dilaporkan Pulih Dengan Baik
Bayi yang baru lahir di London yang menjadi mangsa koronavirus paling muda di dunia dilaporkan telah pulih. Menurut The Sun, bayi itu kini ‘keluar dari bahaya’ dan pulih dengan baik. Adalah dipercayai bayi itu dijangkiti selepas dilahirkan dan ia diuji dalam beberapa minit selepas kelahirannya. Kolej Obstetrik dan Ginekologi Diraja telah menasihatkan supaya bayi yang […]
Berita
TERKINI: 190 Lagi Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Malaysia
Sebanyak 190 kes baharu positif jangkitan virus Covid-19 dilaporkan di Malaysia pada hari ini sekaligus menjadikan keseluruhan 428 kes termasuk yang telah sembuh dan discaj di negara ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menerusi makluman yang dimuat naik melalui akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, sebahagian besar kes baharu ini berkait dengan kes kluster perhimpunan […]