Berita

Amanah Perak Sokong Kepimpinan Menteri Besar
IPOH, 26 Feb (Bernama) — Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam menerajui pentadbiran kerajaan negeri. Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata tiada sebab untuk Amanah Perak bertindak menongkah arus memandangkan Ahmad Faizal masih mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak. Beliau berkata, walaupun […]

Covid-19: Seorang Pekerja Hotel Disahkan Positif Selepas 8 Kali Disahkan Negatif
Seorang pekerja hotel di China telah didiagnosis dengan virus Covid-19 selepas lapan ujian yang dilakukan terhadapnya secara berturut-turut gagal untuk mengesan keadaannya semasa dia dikuarantin, lapor Daily Mail. Menurut Daily Mail, wanita yang berumur 56 tahun itu telah dimasukkan ke wad pengasingan awal bulan ini selepas salah seorang rakannya dijangkiti dengan virus maut tersebut. Dia telah disahkan […]

”Pendirian Saya Konsisten Sejak Dahulu Lagi Dan Hari Ini Saya…” – Hishammuddin Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan terbaharu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tersebar bahawa beliau akan keluar daripada UMNO. Ahli Parlimen Sembrong itu turut menegaskan, pendirian yang dipegangnya sejak dahulu tetap konsisten dan kesetiaannya kepada parti masih sama sehingga ke hari ini. ”Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya saya akan keluar parti – jangan sesekali […]
(Video) Hampir 800 Ribu Pengikut Dalam Sehari, ‘Debut’ Pertama Cristiano Jr Di IG Tarik Perhatian Dunia
Anak lelaki sulung Cristiano Ronaldo telah mengumpulkan hampir 800,000 pengikut Instagram kurang dari 24 jam selepas menyertai platform perkongsian foto tersebut. Dikenali juga dengan Cristiano Ronaldo Jr, dia yang berumur sembilan tahun itu memikat hati peminat dengan memperkenalkan dirinya dalam empat bahasa sekaligus membuktikan dirinya sebagai ‘ahli’ linguistik yang mahir dengan memperkenalkan dirinya dalam bahasa […]

”Kalau Ada Umur Yang Panjang, Boleh Kita Berjumpa Lagi..” – Dr Wan Azizah
”Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya,” demikian kata-kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu posting terbaru yang dimuat naik di Instagram rasminya semalam. Tidak lagi menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat susulan pembatalan pelantikan semua menteri, Dr Wan Azizah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah […]

Buat Laporan Palsu Disamun Untuk Elak Didenda, Tukang Masak Ditahan
Bukit Mertajam: Seorang lelaki ditahan selepas dikesan membuat laporan palsu kononnya beg mengandungi kad pengenalan, pasport dan wang tunai miliknya disamun tiga lelaki dalam kejadian Jumaat lepas. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Mohd Mustafa Bidin berkata tindakan tukang masak berusia 24 tahun itu berjaya dikesan polis selepas dia hadir memberi keterangan di […]

Hutan Bukit Bendera Terbakar Lagi
George Town: Lebih 0.8 hektar kawasan hutan berhampiran stesen bawah keretapi funikular Bukit Bendera di sini dilaporkan terbakar pada tengah malam tadi iaitu kejadian kedua sejak Ahad lalu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jm 12.15 tengah malam tadi dan sebuah […]

Agong Temu Bual Ahli Parlimen Dapatkan Maklum Balas Situasi Politik
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Berikutan kemelut politik negara sejak dua hari lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Ahli Parlimen untuk menilai sendiri situasi itu. Bermula 2.30 hingga 6 petang, Seri Paduka menemu bual 90 daripada 222 Ahli Parlimen dan akan bertemu yang lain esok. Sementara itu, […]

Algeria Rekod Kes Pertama COVID-19, Seorang Lelaki Dari Itali Dikuarantin
Kementerian Kesihatan Algeria mengesahkan kes pertama COVID-19 telah direkodkan pada Selasa semalam yang membabitkan seorang lelaki Itali yang tiba di negara itu pada 17 Februari lalu. Menteri Kesihatan, Shamsuddin Shitor berkata bahawa pihak berkuasa dapat mengesan kes ini disebabkan oleh sistem kewaspadaaan yang diguna pakai di semua pintu masuk udara dan maritim di negara itu. […]

Tujuh Beranak Rentung Dalam Kebakaran Di Membakut
Beaufort: Tujuh sekeluarga rentung selepas rumah kayu didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Bandau, Membakut, dekat sini, awal pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan, ketika di hubungi Bernama, berkata tujuh mangsa itu terdiri daripada ibu bersama tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan rentung dalam kejadian jam 1.16 […]

COVID-19 : Pesawat Khas Misi Kedua Bawa Balik Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Mendarat
SEPANG, 26 Feb – Pesawat khas misi kedua membawa pulang rakyat Malaysia, pasangan dan anak-anak mereka dari Wuhan, China, susulan wabak COVID-19, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal hari ini. Pesawat AirAsia dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada jam 6.50 pagi. Seramai 66 orang […]

Baki 132 Ahli Parlimen Menghadap Agong Hari Ini
KUALA LUMPUR, 26 Feb – Sesi kedua Ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual berlangsung hari ini, sekali gus menjadi antara tumpuan utama hal berkaitan perkembangan terkini situasi politik semasa di Malaysia. Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap dan mendengar sendiri pendirian baki 132 daripada 222 ahli Dewan Rakyat bagi mencari penyelesaian […]
Khabar Angin Dakwa Jackie Chan Mungkin Dikuarantin, Bimbang Dijangkiti Covid-19?
Sebelum ini, tular video didakwa pelakon stunt popular, Jackie Chan menghadiri sebuah majlis bersama pasukan polis Hong Kong di sebuah restoran tempatan. Video tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai susulan salah seorang anggota polis yang dipercayai menghadiri acara itu disahkan positif koronavirus, lapor Today Online. Pada 21 Februari lalu, polis Hong Kong telah mengesahkan seramai 59 […]
12 Perkara Isteri Wajib Tahu Berkaitan Harta Jika Suami Meninggal Dunia
Urusan keluarga selepas seseorang meninggal dunia tidak terhenti di perkuburan. Waris perlu mengetahui tindakan seterusnya bagi menunaikan hak si mati seperti membayar hutang; memenuhi hak anak yatim serta menguruskan harta dengan cara terbaik bagi mengelakkan pertelingkahan sesama ahli keluarga. Berikut merupakan 12 perkara yang wajib para isteri tahu berkenaan peninggalan arwah suami dikongsikan Majlis Agama […]
Dr MAZA Kongsi Kisah 3 Khalifah Islam Berdoa Minta Nyawa Dicabut Kerana Rakyat
Mufti Perlis yang mesra dipanggi Dr.MAZA melalui laman facebooknya telah berkongsi kisah mengenai 3 orang khalifah pemenrintahan kerajaan Islam suatu ketika dalulu. Ketiga-tiga khalifah berkenaan adalah Saidina Umar bin al-Khttab, Saidina Ali bin Abi Talib serta Umar bin Abdul Azizi. Menurut Dr. MAZA, ketiga-tiga pemimpin ini pernah berdoa supaya nyawa diambil ketika mereka merasakan sudah […]
Terima Pingat Panglima Gagah Berani, Ini Kisah Salah Seorang Komando 69 Wira Lahad Datu
Tugas menjaga keamanan negara memerlukan keberanian yang tinggi. Hal ini kerana mereka sering dijadikan sasaran dan boleh dibunuh penjenayah pada bila-bila masa dalam situasi yang tidak terjangka. Kisah keberanian mereka sewajarnya dipateri kukuh dalam ingatan rakyat yang terhutang budi dengan setiap pengorbanan mereka yang jarang kita sedari tatkala nyenyak terbuai mimpi. Hari ini, Polis Diraja […]

Saintis Dakwa Bukan Hanya Batuk dan Bersin, Tapi Coronavirus Boleh Tersebar Melalui Cirit-Birit
Wabak koronavirus yang semakin tular di seluruh dunia yang sebelumnya dipanggil sebagai koronavirus 2019-nCov dan terbaru ialah COVID-19. Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, membeli topeng untuk melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus, kajian terbaru mendakwa bahawa wabak Covid-19 baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral. Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. […]
ARMADA Tolak Kerjasama Dengan UMNO, Anggap Pengkhianatan Kepada Mandat Rakyat
Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) menyuarakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad agar terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, namun menolak kerjasama dengan parti UMNO. Menurut Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kerjasama dengan UMNO pimpinan Zahid Hamidi adalah satu pengkhianatan terhadap mandat rakyat. “ARMADA Bersatu Malaysia menyambut baik perpaduan Melayu namun, atas dasar […]
Covid-19: Singapura Bakal Sekat Pelancong Dari Dua Kawasan Di Korea Selatan
SINGAPURA, 25 Feb (Bernama) — Singapura bakal melarang kemasukan pelancong dari Daegu dan Cheongdo susulan peningkatan bilangan kes positif COVID-19 dari kedua-dua bandar Korea Selatan itu, kata Kementerian Kesihatan Singapura (MOH). Menurut satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu berkata semua pelancong baharu yang mempunyai sejarah perjalanan ke kedua-dua bandar dalam tempoh 14 hari […]
Bubar Parlimen, Kembali Kepada Rakyat Untuk Dapatkan Mandat- Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menyifatkan cadangan pembubaran parlimen sebagai wajar berdasarkan situasi semasa. Menurutnya, pembubaran parlimen sesuai dilakukan bagi memberi ruang kepada pilihanraya umum ke-15 di Malaysia. Pendapat beliau telah dikongsikan di laman Facebook miliknya sebentar tadi. Umno/BN dan Pas sebagai mewakili Muafakat Nasional menyarankan Parlimen di bubar bagi […]