Berita

Berita
Amanah Sokong Penuh Tun M Kekal Perdana Menteri – Mat Sabu
Susulan isu hangat yang melanda politik di negara ini, Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara mengeluarkan kenyataan bahawa menyatakan sokongan penuh kepada YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga turut mendoakan Allah memberi kekuatan kepada Tun Mahathir untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini. KENYATAAN MEDIA SEGERA PRESIDEN PARTI […]
Berita
”Tweet Terakhir Saya Sebagai Menteri Kesihatan..” – Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memuat naik satu kenyataan di laman Twitter mengenai dua lagi pesakit COVID-19 yang berjaya pulih. Namun, apa yang menarik perhatian ramai, tweet tersebut adalah kemaskini terakhir beliau sebagai Menteri Kesihatan. ”Alhamdulillah! Dua lagi kes COVID-19 pulih sepenuhnya dan discaj hari ini. TIADA kes +ve baru. ”Kes-14 dan kes-19 […]
Berita
Keadaan Masih Aman, PDRM Siap Sedia Pantau Perkembangan Politik – Ketua Polis Negara
Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau perkembangan politik tanah air di negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM sentiasa bersiap-sedia untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara ini. Beliau berkata, semua pihak dan orang ramai perlu menghayati dan menghormati sepenuhnya proses demokrasi negara ini. “Ini adalah untuk […]
Berita
Tun Mahathir Sah Letak Jawatan Pengerusi Bersatu
Kuala Lumpur : Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). “Surat tersebut telah dihantar kepada Ibu Pejabat Bersatu hari ini,” demikian menurut satu kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu di sini. Laporan lanjut menyusul Sumber : Bernama
Berita
Azmin Dan 10 Lagi Ahli Parlimen Isytihar Keluar Dari PKR
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan terkini, mengisytiharkan keluar dari Keadilan dan muafakat Pakatan Harapan bersama 10 lagi Ahli Parlimen. Sepuluh anggota lain yang keluar ialah Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Ja’afar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor […]
Berita
Muhyiddin Yassin Umum Bersatu Keluar Pakatan Harapan
Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan. Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir […]
Berita
Zuraidah Dan Azmin Dipecat Dari PKR Serta-Merta
Bahang politik negara semakin panas apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin didakwa dipecat daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta. Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Fahmi Zainol, Ketua AMK Pulau Pinang dalam satu hantaran di Twitter sebentar tadi. Memetik laporan Bernama, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution […]
Berita
Tun Mahathir Sah Letak Jawatan Perdana Menteri
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jam 1 tengahari, sebentar tadi. Menurut sumber, tindakan ini dipercayai diambil susulan desas-desus perubahan baharu pentadbiran kerajaan yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini. Kenyataan Akhbar : Peletakan Jawatan sebagai Perdana […]
Berita
”Saya Puas Hati Dengan Pendirian Dr Mahathir..” – Anwar Ibrahim
Petaling Jaya : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau berpuas hati dengan pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai prinsip yang diambil pemimpin itu susulan perkembangan politik semasa tanah air. Tanpa menjelaskan butiran lanjut, Anwar berkata beliau telah berjumpa dengan Dr Mahathir di kediamannya dan telah berbincang beberapa perkara. “…dan […]
Berita
Covid 19: Lebih 760 Orang Dijangkiti, Tujuh Kematian Dilaporkan Di Korea Selatan
Seoul : Jumlah yang dijangkiti COVID-19 meningkat kepada 763 orang di Korea Selatan, dengan tujuh kematian dicatatkan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC). Menurut agensi berita Sputnik, KCDC menyenaraikan 161 kes baharu dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin, 18 lagi pesakit pulih. Seramai 8,720 sedang menjalani ujian untuk mengesan sebarang jangkitan. Berikutan perkembangan […]
Berita
Yakinlah Allah Akan Bersama Dengan Orang-orang Yang Sabar – Wan Azizah
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini memuatnaik satu petikan ayat al-Quran ke laman Facebook miliknya. “Manusia merancang, Allah yang akan menentukan. Yakinlah bahawa Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar. InsyaAllah,” tulisnya. Manusia merancang, Allah yang akan menentukan. Yakinlah bahawa Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar. InsyaAllah. Posted by Dr Wan […]
Politik
(Video) Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim Dijangka ‘Berdepan’ Dengan Tun Mahathir Di Pejabat PM
Isu politik negara yang menjadi tanda tanya ketika ini menjadi semakin hangat apabila kereta Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memasuki Pejabat perdana Menteri sebentar tadi Kedua-dua mereka dijangka bakal bertemu dengan Perdana Menteri, Tun mahathir Mohamad bagi membincangkan isu peralihan kuasa yang menjadi topik hangat sejak semalam. Kereta @anwaribrahim tiba di […]
Berita
(Video) Israel ‘Seret’ Mayat Dipercayai Warga Palestin Dengan ‘Bulldozer’
Gaza, 24 Feb – Israel didakwa menyeret tubuh dipercayai seorang warga Palestin menggunakan ‘bulldozer’ dalam satu video yang tular semalam. Dalam kejadian didakwa berlaku di sempadan Israel-Gaza itu, sebuah ‘bulldozer’ dilihat mara ke arah jasad seorang lelaki. Beberapa saksi yang berada di tempat kejadian dilihat tergesa-gesa cuba menyelamatkan individu berkenaan, namun tidak sempat menarik tubuh […]
Berita
Covid-19: Iran Catat 8 Kematian, Paling Tinggi Yang Berlaku Di Luar Negara China
Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan, Iran mencatat 8 kematian yang berpunca dari Covid-19 dan sekaligus menjadikan kematian tertinggi di luar negara China. Pekerja dari China yang berkhidmat di Iran telah disyaki menjadi punca wabak itu menular dalam negara Iran. Dalam pada itu, Turki, Pakistan dan Iraq telah menutup pintu sempadan dengan Iran dan menghentikan […]
Berita
Mohon Keamanan Dan Kesejahteraan Kepada Allah, Mufti WP Adakan Solat Hajat Malam tadi
Desas-desus pertukaran landskap politik baharu negara dalam masa terdekat telah berlegar sejak beberapa hari ini. Dakwaan tersebut dikuatkan lagi dengan pertemuan beberapa parti politik dan pembangkang dalam mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya sejak pagi semalam. Namun, semuanya belum terjawab sehingga ke hari ini sekaligus menimbulkan pertanyaan rakyat yang ternanti-nantikan adakah […]
Berita
Anwar Menghadap YDP Agong, Sejarah Apa Bakal Dicipta Malaysia Hari Ini?
Kuala Lumpur : Desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula politik yang menggemparkan negara semalam masih belum berakhir dan isu itu dijangka berterusan hari ini. Ini berikutan beberapa program yang dijadual berlangsung hari ini, antaranya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan […]
Berita
(Video) ”Satu ‘Pengkhianatan’ Kerana Sudah Janji..” – Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan berlakunya ‘pengkhianatan’ terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mungkin menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan dalam masa terdekat. Menerusi tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebook Parti Keadilan Rakyat, Anwar yang berada di kediamannya di Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur berkata, menerusi maklumat yang diterima beliau, perubahan tersebut berkemungkinan berlaku esok. ”Jangan […]
Berita
“Doaku Semoga Allah Kurniakan Malaysia Keamanan, Pemimpin Diberi Taufiq, Hidayah & Sabar”- Dr. Zulkifli
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga Mufti Wilayah Persekutuan sebentar tadi memuatnaik satu doa bertulisan tangan khusus memohon kesejahteraan untuk Malaysia dan pemimpinnya. “Kepada Malaysia, rakyatnya dan para pemimpinnya. Ya Allah, kepada-Mu kami berserah dan berharap,” tulisnya pada kapsyen kiriman dimuatnaik beliau. “Bismillahirrahmanirrahim “Doaku semoga Allah SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, […]
Berita
Kronologi Desas-Desus Pengaturan Semula Politik Negara
KUALA LUMPUR, 23 Feb — Hari ini perhatian media tertumpu pada desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara yang mana beberapa mesyuarat penting dilihat berjalan di beberapa lokasi berbeza. Berikut adalah kronologinya: 9 pagi : Pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia berkumpul di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya 9.10 […]
Berita
Johor Peruntuk RM1 Juta Baik Pulih Tebing Sungai Muar
MUAR, 23 Feb (Bernama) — Kerajaan negeri Johor memperuntukkan RM1 juta bagi membaik pulih tebing Sungai Muar yang terletak berhampiran Galeri Darurat Bukit Kepong di sini ekoran hakisan sekali gus berisiko runtuh. Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata kerja baik pulih tebing sepanjang kira-kira 100 meter itu bertujuan memastikan keselamatan orang ramai, terutama pengunjung galeri berkenaan. “Kerja baik pulih ini selain […]