Berita

Berita
“Dia Selalu Ketawa Terus”, Baim Wong Hiba Pemergian Sahabat
Berita pemergian Ashraf Sinclair mengejutkan semua orang termasuk rakan-rakan artis serta netizen yang tidak menyangka bahawa pelakon berusia 40 tahun itu meninggal dunia kerana masalah jantung. Ramai rakan-rakan artis di Malaysia dan Indonesia yang menzahirkan ucapan takziah termasuk Baim Wong yang mengenang kembali saat-saat bersama dengan Ashraf. Memuatnaik gambar dirinya bersama arwah, Baim Wong menulis […]
Berita
“Terpaksa Buang Rahim Dia,” Sedih Kucing Mati Akibat Virus Tiada Ubat
Keletah kucing yang comel boleh menambat hati sesiapa sahaja yang melihat mereka. Bagi penggemar dan pemilik haiwan tersebut, ia dianggap seperti kawan dan ahli keluarga mereka sendiri. Tidak dapat digambarkan bagaimana rasanya jika terpaksa kehilangan haiwan comel itu. Namun, itu yang dialami oleh seorang pengguna Twitter, Muazz_t, yang menceritakan detik-detik kucing kesayangan meninggalkannya. Kucing yang […]
Berita
‘Dicampak’ Dalam Semak Lepas Dirogol, Kematian Gadis Cetus Kemarahan
Seorang kanak-kanak perempuan telah dirogol, dibunuh dan dibuang ke dalam semak di Pakistan sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai di seluruh negara. Mayat kanak-kanak itu ditemui pada hari Ahad selepas hilang daripada rumahnya di Saro Khel, sebuah kampung di rantau barat laut Khyber Pakhtunkhwa. Kanak-kanak perempuan itu juga dikatakan berusia dalam lingkungan tujuh hingga ke sembilan […]
Berita
“Tiada Rekod Penyakit, Dia Paling Sihat Di Antara Kami”- Doddy
Ashraf Sinclair disahkan telah meninggal dunia pada awal pagi ini. Berita tersebut telah mengejutkan ramai pihak terutamanya dari Indonesia dan juga Malaysia. Pelakon tersebut dikatakan meninggal dunia selepas mengalami masalah jantung. Namun, menurut pengurus kepada Bunga Citra Lestari, Doddy, keluarga dan saudara mara tidak menyangka Ashraf mempunyai masalah jantung kerana arwah tidak mempunyai sebarang rekod […]
Berita
Dua Rakyat Malaysia Di Atas “Diamond Princess” Disahkan Positif Covid-19
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Dua rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess, yang berlabuh dan sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun, disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di negara tersebut. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebook rasmi miliknya hari ini berkata, selain itu terdapat dua lagi rakyat Malaysia yang masih menunggu […]
Berita
Pegawai Di China Guna ‘Kuasa’ Bawa Keluar Anak Ketika Larangan Perjalanan Undang Kemarahan
Seorang pegawai di China dilaporkan telah digantung tugas selepas anaknya muat naik perkongsian di sosial media yang menyatakan bahawa dia telah berjaya keluar dari wilayah Hubei dengan menggunakan satu ‘bantuan’. Walaupun, beberapa bandar serta jalan di China telah ditutup dan dikuarantin bagi mencegah penularan virus Covid-19, seorang lelaki telah berjaya meloloskan diri daripada sekatan itu […]
Berita
Dua Hektar Kawasan Bukit Tunjong Dan Bukit Temiang Terbakar
PADANG BESAR, 18 Feb (Bernama) — Lebih dua hektar kawasan hutan dan kebun di antara Bukit Tunjong dan Bukit Temiang yang terbakar mulai 4 petang semalam berjaya dikawal dan dipadamkan kira-kira 12 tengah malam tadi. Komander (Operasi) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kangar Mohd Faizal Abu Shahid berkata api marak begitu cepat berikutan angin kuat dan […]
Berita
Covid-19: Angka Kematian Meningkat Melebihi 1800 Di Seluruh Dunia
Jumlah kes terkini bagi COVID-19 dilaporkan meningkat kepada 73, 332 kes dengan angka kematian terbaharu yang dicatatkan adalah sebanyak 1,873 orang iaitu dengan tambahan kematian sebanyak 98 orang. Menurut CNN, tambahan lima kematian di China memperlihatkan angka kematian adalah sebanyak 1,868. Lima lagi kematian dilaporkan berlaku di luar China iaitu satu di Hong Kong, Taiwan, […]
Berita
Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia
Pelakon, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi. Menurut Kompas.com, pelakon yang juga merupakan suami kepada Bunga Citra Lestari itu meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung. Berita sedih ini juga telah disahkan oleh pengurus isterinya, Bunga Citra Lestari, Doddy, kepada Kompas.com menerusi kiriman […]
Berita
Juruukur Dihanyut Arus Sungai Puchong
Puchong : Seorang juruukur sungai dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras, ketika bertugas menyukat keluasan Sungai Puchong berhampiran Taman Angkasa di sini, pagi tadi. Dalam kejadian 11.28 pagi, enjin bot yang dinaiki Ahmad Firdaus Muhammad, 24, dari Jeli, Kelantan dilaporkan rosak, menyebabkan mangsa bersama seorang lagi rakan setugasnya bertindak terjun daripada bot berkenaan, untuk menundanya ke […]
Berita
Penumpang Kapal Persiaran Westerdam Dilarang Memasuki Thailand
Bangkok : Thailand telah melarang penumpang rakyat asing kapal persiaran MS Westerdam yang berlabuh di Kemboja minggu lalu memasuki negara itu selepas seorang rakyat Amerika diuji positif bagi COVID-19 di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata penumpang MS Westerdam tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke Thailand atau mengambil penerbangan transit di negara itu sehinggalah […]
Berita
Anggota Polis Cedera Ditumbuk Ketika Bertugas
BUTTERWORTH, 17 Feb – Seorang anggota polis mengalami keretakan tulang hidung selepas ditumbuk seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Jalan Raja Uda, di sini dua hari lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari Sabtu itu, anggota polis berpangkat konstabel dari Balai […]
Berita
“Kita Jugak Kena Jaga Anak?,” Suami Tengking Isteri Depan Orang Ramai, Tak Nak Bagi Duit Beli Barang Dapur
Dalam kehidupan berumah-tangga, pastinya suami isteri akan diuji dengan pelbagai cabaran yang kadang-kala boleh menggoyahkan hubungan. Salah satunya, adalah perubahan sikap suami atau isteri yang baran sehingga menyebabkan pasangan makan hati. Seperti kisah realiti yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad melalui facebook, mengenai seorang suami yang tergamak mengherdik isterinya di kaunter ketika mereka sedang berbaris […]
Berita
Suka Di Perairan Cuaca Panas, Kenali Obor-Obor ‘Berbisa’ Yang Ditemui Di Pantai Pulau Kekabu
Baru-baru ini digemparkan tentang penemuan sejenis obor-obor di Pantai Pulau Kekabu yang katanya boleh memudaratkan anda jika terkena sengatan daripada haiwan tersebut. Walaupun ianya kelihatan cantik dan menarik perhatian sesiapa saja yang menemuinya. Namun, sekiranya tersentuh ia amat berbisa dan menyakitkan. Portugues Man-of-War bersifat karnivor Dikenali sebagai Portugues Man-of-War atau nama saintifiknya adalah Physalia physalis. Haiwan ini […]
Berita
Singapura Sahkan Dua Lagi Kes Positif COVID-19
Singapura : Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan dua lagi kes positif jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 77. Satu daripada kes itu melibatkan seorang kanak lelaki berusia setahun yang merupakan antara kumpulan rakyat Singapura yang dibawa pulang dari Wuhan pada 9 Feb, menurut MOH dalam satu kenyataan. […]
Berita
14 Penumpang Kapal Diamond Princess Dijangkiti COVID-19 – Jabatan Negara AS
Moscow : Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengumumkan 14 rakyatnya yang dipindahkan dari kapal persiaran Diamond Princess diuji positif COVID-19. Jumlah itu tambahan kepada 40 rakyat Amerika yang berada di Jepun selepas didapati positif dijangkiti virus itu sebelum proses penghantaran balik. “Semasa proses pemindahan, selepas penumpang turun dan dibawa ke lapangan terbang, pegawai […]
Berita
Ayah Terlupa Hantar Anak Ke Taska, Bayi 9 Bulan Maut Dalam Kereta
Kuantan : Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut, dipercayai selepas bapanya terlupa mangsa berada dalam kereta semasa keluar bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa ditemukan bapanya yang berusia 38 tahun dalam keadaan terbaring di kerusi bayi di tempat duduk belakang kereta […]
Berita
(Video) Banduan Akhir Peluk Islam Ketika Sedang Menanti Hukuman Ke Tali Gantung
Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara. Jika Dia mengkehendaki-Nya, sesiapa pun tidak akan terkecuali mendapat rahmat dari Allah. Terbaharu, menerusi perkongsian Ustaz Ebit di laman Facebook, beliau berkongsi mengenai kisah bagaimana seorang lelaki warga asing yang terbuka hati untuk memeluk agama Islam ketika sedang menanti hukuman tali gantung. Lelaki tersebut merupakan banduan di sel akhir, […]
Berita
217 Pekerja Taman Tema MAPS Terima Pampasan RM 1.2 Juta Akhir Februari
IPOH, 17 Feb – Sebanyak 217 pekerja Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) yang diberhentikan serta-merta susulan penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) pada Januari lepas akan menerima bayaran pampasan pada akhir Februari ini, menurut Kementerian Sumber Manusia. Kementerian itu dalam kenyataan di sini, hari ini menyatakan bayaran keseluruhan yang dianggarkan RM1.2 juta itu meliputi bayaran gaji tertunggak, bayaran pampasan gaji […]
Berita
Matthew Davies Sah Sertai JDT
Iskandar Puteri : Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Matthew Davies kini sah menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah pemilihan bekas pemain pertahanan Pahang itu merupakan satu pelaburan jangka panjang buat kelabnya itu. ”Ia satu pelaburan terbaik kerana beliau baru berusia […]