Berita

Kesihatan
Koronavirus: KKM Nasihat Wanita Mengandung & 4 Lagi Golongan Berisiko Ini Hadkan Kunjungan Ke Hospital
Golongan yang berisiko tinggi dinasihatkan untuk mengehadkan lawatan ke hospital bagi mengelakkan diri daripada terkena jangkitan 2019-nCoV. Menerusi satu Tweet yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara golongan berisiko yang dimaksudkan ialah kanak-kanak, wanita hamil, warga emas berumur 65 tahun ke atas, pesakit kronik serta pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah. “Jika golongan […]
Berita
Harga RON95, RON97 Dan Diesel Turun Bermula Esok Hingga 14 Februari
Kemeterian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 8 Februari sehingga 14 Februari 2020. Menerusi perkongsian yang dikeluarkan melalui Twitter Bernama, harga RON95 turun empat sen kepada RM2.04 seliter serta RON97 turun tujuh sen kepada RM2.34 manakala diesel turun 10 sen kepada RM2.08. Menurut menteri Kewangan Malaysia, Lim […]
Berita
Terkini: Lagi Warga China Disahkan Positif Koronavirus Di Malaysia
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kesihatan Malaysia telah mengesahkan satu lagi kes novel Koronavirus yang berlaku di Malaysia. Mangsa yang dipercayai berumur 59 tahun bersama suami, anak lelaki dan menantu memasuki negara ini pada 21 januari lalu dari Singapura. Mangsa kini masih di rawat di wad isolasi Hospital Permai dan dalam keadaan stabil. Ini […]
Berita
Koronavirus: Tiada Cadangan Nak Sekat Kapal Persiaran Masuk Malaysia – Anthony Loke
KUALA LUMPUR, 7 Feb – Kementerian Pengangkutan belum berhasrat menyekat kemasukan kapal persiaran yang berlabuh di negara ini berikutan penularan Novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV). Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan sekatan itu hanya akan dibuat selepas mendapat saranan daripada Kementerian Kesihatan berdasarkan bukti tertentu. “Kita hanya sekat kepada warganegara China dari wilayah Hubei atau pun mana-mana […]
Berita
Waktu Subuh Di Pulau Pinang Ditambah Lapan Minit Mulai Esok
GEORGE TOWN, 7 Feb (Bernama) — Waktu solat subuh di Pulau Pinang ditambah lapan minit daripada waktu solat sedia ada berkuat kuasa esok, 8 Feb, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. Beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada Rabu dan semalam telah bersetuju mengenai penetapan […]
Berita
Rapid Ambil Langkah Tambahan Minimunkan Risiko Jangkitan Koronavirus
KUALA LUMPUR, 7 Feb – Rapid KL mengambil langkah tambahan bagi mengurangkan risiko jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) kepada lebih satu juta penumpang bas dan kereta api harian di seluruh negara. Dalam menjaga kesejahteraan kakitangannya, syarikat itu telah menyediakan pemeriksaan kesihatan untuk kapten atau pemandu bas mereka sebelum memulakan tugas masing-masing. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid […]
Luar Negara
Arab Saudi Ancam Koyak Pasport Rakyat Yang Berniat Nak Ke China
Ekoran wabak global Koronavirus yang semakin membimbangkan, Arab Saudi pula mengenakan sekatan penerbangan ke negara China. Kejaraan Arab Saudi telah menghalang rakyatnya daripada pergi ke China dan memberi amaran akan mengoyak pasport sesiapa sahaja yang melanggar arahan tersebut. Jabatan Imigresen Arab Saudi akan menggunakan ‘peruntukan peraturan mengenai dokumen perjalanan’ kepada warganegara yang mengembara ke negara […]
Luar Negara
Koronavirus: Peningkatan 41 Kes Dilaporkan Dalam Kapal Mewah Jepun
Kapal persiaran mewah ‘Diamond Princess Cruises’ telah dikuarantin beberapa hari lalu selepas salah seorang daripada 3,700 penumpang dan anak kapal disahkan mengalami jangkitan koronavirus. Melalui laporan terkini, sehingga kini 41 kes koronavirus terbaharu ditemui di dalam kapal persiaran tersebut. Peningkatan kes jangkitan itu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 61 kes di dalam kapal yang sedang di […]
Luar Negara
Singapura Rancang Satu Lagi Penerbangan Membawa Pulang Rakyatnya Dari Wuhan
SINGAPURA, 7 Feb (Bernama) — Singapura merancang untuk mengadakan satu lagi penerbangan bagi membawa pulang rakyatnya dari Wuhan, pusat wabak Novel Koronavirus 2019. Penerbangan pertama sebelum ini berjaya memindahkan 92 rakyat Singapura dari Wuhan pada 30 Jan. Menurut jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik itu, kementerian akan meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa yang berkenaan […]
Gaya hidup
Etnik Uighur Risau, China Guna Alasan Koronavirus Atas Kematian Dalam Kem Tahanan
Etnik Uighur dan saudara mara yang dipenjarakan di kem-kem tahanan berkata hidup mereka dalam ketakutan dan mendakwa kerajaan China menutup kematian Uighur dengan wabak Koronavirus. Lebih dari satu juta etnik Uighur dikatakan ditahan tanpa perbicaraan atau tuduhan di pusat tahanan Xinjiang. Tindakan kerajaan China untuk menyekat populasi etnik itu di negara tersebut. Kerajaan China menegaskan […]
Berita
Polis Trafik Ucap Terima Kasih Pemberi Misteri Letak Set ‘Breakfast’ Dengan Surat Atas Motor
Umum sudah mengetahui bahawa tugas polis adalah memastikan ketenteraman awam sentiasa terjamin agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Namun begitu, di sebalik kesenangan yang dikecapi pada hari ini, terdapat anggota polis yang berkorban nyawa, masa dan tenaga bagi memastikan keselamatan masyarakat terpelihara. Disebabkan pengorbanan tersebut, terdapat segelintir masyarakat yang mengambil keputusan untuk menghargai […]
Luar Negara
(Video) Pak Cik ‘Cleaner’ Tinggalkan RM7,000 Dekat Balai Polis Mohon Hantarkan Ke Pusat Rawatan Wuhan
Wabak Koronavirus yang membimbangkan dunia pada hari ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 565 orang. Disebabkan itu, pelbagai langkah pencegahan diambil daripada terkena virus berkenaan, antaranya pemakaian topeng muka supaya dapat mengurangkan risiko berjangkit. Menerusi perkongsian video di halaman South China Morning Post, seorang pekerja lelaki melakukan tindakan yang sangat murni sehingga menarik perhatian ramai. Daripada rakaman […]
Kesihatan
Saintis China Bimbang Virus Mungkin Boleh Berpindah Dari Ibu Hamil Positif Koronavirus Kepada Bayi Dalam Kandungan
Virus maut yang dijangkiti oleh golongan ibu mengandung berkemungkinan berpotensi dipindahkan kepada bayi dalam kandungan mereka sekali gus menyebabkan bayi mereka turut dijangkiti, kata saintis di China yang bimbang dengan kes bayi yang baru lahir dilaporkan positif koronavirus sebelum ini. Angka kematian akibat daripada virus tersebut dilaporkan terus meningkat sejak wabak itu mula dikesan pada […]
Berita
Polis Dedah Dadah 3M Jadi Pilihan Anak Muda
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Dikenali sebagai dadah 3M, dadah ‘Molly’, ‘Mcdonald’ dan ‘Magic Mushroom’ dikenal pasti menjadi pilihan anak muda terutamanya di mana-mana penganjuran parti atau premis hiburan sejak awal tahun lepas, demikian didedahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. Beliau berkata ‘Molly’ dengan nama saintifiknya Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) juga dikenali sebagai ekstasi dikesan dalam […]
Berita
Sekatan Perjalanan Diperluas Meliputi Wilayah Lain Di China Dikenakan ‘Lockdown’
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan meliputi wilayah lain setelah dikenakan sekatan pergerakan keluar masuk (lockdown) oleh kerajaan China. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan malam ini, berkata, langkah itu diputuskan setelah mengambil kira […]
Berita
Suspek Lepas Kira-Kira Lima Das Tembakan Dalam Kes Di Pulau Gaya
KOTA KINABALU, 6 Feb (Bernama) — Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata suspek telah melepaskan kira-kira lima hingga enam das tembakan menggunakan senapang laras panjang dalam insiden yang menyebabkan tiga orang, termasuk dua kanak-kanak, cedera di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, semalam. Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek seorang lelaki berusia 30-an yang menaiki bot […]
Berita
Doktor Yang Cuba Beri Amaran Awal Koronavirus Tetapi Dituduh Sebar Berita Palsu Dilaporkan Meninggal Dunia
Seorang doktor China yang diangkat sebagai hero kerana cuba untuk memberi amaran berkenaan koronavirus pada awal-awal penularan virus itu telah meninggal dunia, lapor media tempatan. Doktor Li Wenliang, 34, cuba untuk memberitahu kepada rakan-rakan doktornya berkenaan dengan wabak tersebut pada akhir Disember lalu. 3 Hari kemudian, pihak polis datang berjumpa dengannya dan menyuruhnya untuk berhenti […]
Berita
Gambar Hutan Australia Yang Hitam Mula Menghijau Beri ‘Sinar’ Baru
Kebakaran hutan di Australia yang dipercayai tercetus penghujung tahun lepas telah menyaksikan berjuta-juta ekar kawasan hutan musnah dijilat api. Kebakaran yang telah membunuh lebih 480 juta hidupan liar yang tinggal di hutan sekitar New South Wales itu bukan sahaja memberi impak negatif kepada hidupan liar, malahan ianya juga turut memberi kesan yang buruk kepada manusia. […]
Berita
Dua Kesilapan Ini Ramai Ibubapa Buat Yang Sebenarnya Wajib Dielak Ketika Besarkan Anak
Anak-anak diibaratkan seperti kain putih. Ibubapalah yang akan mencorakkan kehidupan mereka. Oleh itu, ibubapa perlulah mendidik anak-anak dengan cara yang betul supaya mereka tidak tersilap langkah apabila meningkat dewasa. Kasih sayang dan didikan yang terbaik akan menjadikan setiap anak berjaya dalam kehidupan mereka. Tiada ibubapa yang mahu melihat anak-anaknya gagal dalam kehidupan mereka. Namun begitu, […]
Berita
Koronavirus: Filipina Mungkin Tangguh Sukan Paralimpik ASEAN
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Filipina mungkin menangguhkan penganjuran Sukan Paralimpik ASEAN ke-10 (APG) buat kali kedua susulan penularan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV). Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC) telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Paralimpik Filipina (PPC) untuk menjadualkan semula APG ke tarikh seterusnya, selepas menangguhkan temasya dua tahun sekali itu dari Januari kepada 20 hingga 28 Mac, susulan kekangan […]