Berita
OPS Selamat: 171 Kematian Direkodkan Dalam Tempoh 11 Hari
KUALA LUMPUR, 29 Jan – Sebanyak 171 kematian dan 155 nahas jalan raya yang mengakibatkan kematian direkodkan sepanjang 11 hari Op Selamat 16/2020 sempena perayaan Tahun Baharu Cina, sehingga semalam. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 112 kematian. Katanya Selangor […]

Lelaki Tua Baru Balik Dari Menoreh Getah Terduduk Lihat Rumah Hangus Terbakar
Siapa sangka hanya dalam sekelip mata seseorang itu hilang tempat untuk berteduh. Namun apakan daya, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Sangat menyayat hati, sebuah kiriman yang dimuat naik memperlihatkan gambar seorang penoreh getah yang sayu melihat rumah beliau habis dijilat api. Gambar ini telah tular di laman media sosial Facebook dan mendapat perhatian ramai […]

Abubacarr Jadi ‘Hero’ Etnik Rohingya, Berjaya Heret Aung San Suu Kyi Ke Mahkamah Dunia
Tindakan Menteri Keadilan Gambia, Abubacarr Tambadou membawa Aung San Suu Kyi ke Den Haag yang menafikan bahawa ketenteraan di negara tersebut telah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai. Memandangkan perintah mahkahmah tertinggi PBB mengambil langkah untuk mencegah perbuatan tersebut. Walaupun Gambia disifatkan sebagai sebuah negara kecil dengan misi yang besar apabila berani menfailkan kes di Mahkamah Keadilan […]
Jack Ma Derma RM57 Juta Untuk Hasilkan Vaksin Koronavirus
Jack Ma, pengasas Ali Baba dan lelaki terkaya di China telah mendermakan RM57 juta ($14 juta) melalui organisasinya untuk membantu mencari vaksin bagi coronavirus Wuhan. Jutawan itu telah memperuntukkan sebanyak 40 juta Yuan bagi dua organisasi penyelidikan kerajaan China menurut kiriman yang telah dimuat naik di laman media sosial Organisasi Jack Ma. Selain itu, menurut […]
Bangladesh Akan Beri Pendidikan Formal Buat Anak-Anak Etnik Rohingya
Berita gembira bagi pelarian Rohingya apabila Bangladesh akan menyediakan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Perkara tersebut menjadi kejutan dan kegembiraan buat mereka selepas dua setengah tahun terpaksa melarikan diri dari Myanmar. Sebuah kumpulan hak asasi manusia yang memperjuangkan untuk hampir setengah juta kanak-kanak Rohingya untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Pihak mereka akan menyediakan persekolahan sehingga […]
Kes Pertama Di UAE, 4 Warga China Dipercayai Dijangkiti Koronavirus
Menurut Kementerian Kesihatan UAE, Empat anggota keluarga yang tiba dari Wuhan telah dijangkiti koronavirus dan menjadikan ia kes pertama di Timur Tengah. Keluarga tersebut dikatakan telah tiba di negara itu pada 16 Januari. Menurut pegawai kementerian kesihatan, salah seorang daripada mereka dikatakan berasa tidak sihat dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Hasil pemeriksaan didapati […]
Diserang Peluru Berpandu Balistik Iran, 50 Tentera AS Alami Kecederaan Otak
WASHINGTON, 29 Jan – Jumlah tentera yang didiagnosis dengan kecederaan otak disebabkan serangan peluru berpandu balistik Iran, semakin bertambah, kata Pentagon pada Selasa lapor agensi berita Anadolu. Serangan ke atas pangkalan udara Iraq itu berlaku pada 8 Jan lalu. “Setakat hari ini, 50 anggota telah didiagnosis dengan TBI,” kata jurucakap Jabatan Pertahanan Leftenan Kolonel Thomas […]
“Bilik On Call Jadi Riuh Dan Bising,” Doktor Kongsi Kisah Seram Di Hospital Lepas Jam 12 Malam
Keadaan badan yang penat serta letih oleh kerana bekerja sepanjang hari membuatkan seseorang itu senang atau mudah diganggu oleh ‘makhluk’ lain. Begitu lah juga dengan apa yang dialami oleh seorang doktor ini. Ikuti perkongsian Doktor Nurul Yaqeen yang menceritakan tentang pengalaman seram yang dialami di bilik oncall beberapa tahun dahulu. Saya ingin berkongsi suatu kisah […]
Masjid Putra Dibuka Semula Kepada Pelawat
PUTRAJAYA, 29 Jan — Masjid Putra, di sini, yang ditutup kepada lawatan pelancong asing sejak Ahad lepas berikutan kebimbangan terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus, dibuka semula pada kira-kira 2 petang tadi. Jurucakap pengurusan masjid itu berkata, para petugas masjid akan mengamalkan garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah keselamatan terhadap jangkitan koronavirus. “Sebelum […]
Korea Selatan, UK, Prancis Tawar Bantuan Kepada China Perangi Koronavirus
Korea Selatan, United Kingdom (UK) dan Perancis menyuarakan kesediaan mereka untuk menghulurkan bantuan barangan perubatan kepada China bagi memerangi ancaman wabak baharu, kata Kementerian Luar China pada Rabu. Agensi berita Sputnik melaporkan kenyataan itu dibuat selepas perbualan telefon antara Menteri Luar China Wang Yi dengan rakan sejawatannya dari ketiga-tiga negara itu. “Ketika berdepan dengan detik […]

Koronavirus: Suami Terpaksa Tinggalkan Isteri Di Wuhan, Kerajaan China Tak Benarkan Tinggalkan Negara
Seorang lelaki Inggeris dan anak perempuannya telah ditawarkan penerbangan ke UK dari Wuhan, pusat wabak koronavirus, tetapi isterinya yang berbangsa Cina telah diberitahu yang dia tidak boleh mengikuti mereka untuk pulang ke UK. Seramai 200 orang Britain akan diterbangkan dari China pada hari Khamis, dan akan dikuarantinkan selama dua minggu di UK. Jeff Siddle, dari Northumberland, […]
Mungkin Risau Dijangkiti Koronavirus, Penumpang Pakai Topi Keledar Dalam Pesawat
Seorang penumpang bertindak memakai topi keledar sepanjang penerbangannya dari China ke Australia kerana dikatakan bimbang dijangkiti koronavirus. Penerbangan yang tiba di Australia dari China, setiap penumpang akan diberikan pendedahan pencegahan untuk mencegah diri dari virus tersebut. Pihak berkuasa China telah mengesahkan pada hari Rabu angka kematian telah meningkat kepada 16 orang dan kes jangkitan secara […]
Hukuman Lebih Berat Untuk Pemandu Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah
PUTRAJAYA, 29 Jan – Kabinet hari ini bersetuju untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah; serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula […]
Kes Koronavirus Di Kedah Terkawal, Jangan Sebar Berita Palsu – Mukhriz
ALOR SETAR, 29 Jan – Kerajaan Kedah menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu mengenai jangkitan 2019 novel koronavirus, kononnya ia kian merebak di negeri ini, berikutan seorang kanak-kanak disahkan positif penyakit itu di Langkawi. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata setakat ini situasi di Kedah masih terkawal dan hanya seorang kanak-kanak perempuan warga China […]
Apple Mengehadkan Perjalanan Pekerjanya Ke China
MOSCOW, 29 Jan (Bernama) — Syarikat Apple mengehadkan perjalanan pekerjanya ke China berikutan wabak koronavirus, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tim Cook dalam satu wawancara dengan penyiar CNBC, lapor agensi berita Sputnik. “Kami hadkan pekerja melakukan perjalanan ke negara itu,” kata Cook pada Selasa sambil menambah syarikat turut menyediakan kit penjagaan kepada pekerja yang bertugas berdekatan […]
Garisan Sebagai Sutrah Sudah Memadai? Ini Penjelasan Mufti Wilayah
Umum sedia maklum yang setiap surau dan masjid kini mempunyai karpet diseluruh ruangan solat dan terdapat garisan pembahagi yang sudah tersedia. Begitu juga jika solat sendirian, seseorang itu akan menggunakan sejadah. Namun, timbul pula persoalan adakah memadai hujung sejadah atau garis saf dijadikan sutrah bagi mencegah orang lain melintas di hadapan orang yang sedang solat. […]

(Video) Tengku Hasanal ‘Sanggup’ Meredah Hujan Bantu Mangsa Kemalangan
Tidak hairanlah kisah keluarga kerabat Yang Dipertuan Agong sememangnya menjadi perhatian rakyat di Malaysia. Sifat yang ditunjukkan sangat merendah diri dan sentiasa mengutamakan rakyat cukup menawan hati rakyat jelata. Hujan lebat yang melanda hari ini bukan penghalang untuk Pemangku Raja Pahang, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ‘turun padang’ […]

(Video) Gembira Tak Terhingga, Diberi Sejambak Bunga Lepas Dipercayai Sembuh Dari Koronavirus
Pihak perubatan China telah mengumumkan beberapa orang pesakit sudah mula dikeluarkan daripada wad kuarantin kerana berjaya melawan penyakit Koronavirus ini. Menurut video yang mula tular di media sosial beberapa hari lalu menunjukkan beberapa pesakit pulih daripada Koronavirus ini. Laporan perubatan China mengatakan bahawa ramai di antara mereka menerima rawatan untuk radang paru-paru Koronavirus berkesan. Bagaimanapun, […]
Bawa Pelancong Dari Wuhan, Pemandu Bas Jadi Kes Pertama Jangkitan Antara Manusia Di Jepun
Jepun, 29 Jan – Seorang pemandu bas disahkan positif koronavirus selepas dia dipercayai membawa pelancong dari Wuhan pada awal bulan ini. Kes ketujuh di Jepun ini merupakan jangkitan antara manusia yang pertama berlaku di sana melibatkan mangsa yang tidak pernah pergi ke Wuhan, pusat penularan wabak itu. Mangsa dilaporkan membawa pelancong dari Wuhan sebanyak dua […]
Virus Koronavirus Mungkin Boleh Merebak Sebelum Simptom Timbul- Menteri China
China, 29 Jan – Menteri Kesihatan China, Ma Xiaowei mendakwa novel koronavirus boleh tersebar sebelum pembawa menunjukkan simptom. Pembendungan jangkitan berada pada tahap yang mustahak, katanya. Hal ini dipersetujui Dr. William Schaffner, penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat. “Ini bermakna jangkitan ini lebih mudah berjangkit berbanding yang kita fikirkan sebelum ini,” katanya […]