Berita

Koronavirus : China Sahkan Kematian Meningkat Kepada 106 Orang
Wabak penyakit berjangkit koronavirus dari Wuhan telah mengorbankan 106 nyawa dan merekodkan lebih 4,000 kes disahkan di seluruh negara setakat jam 10 pagi, hari ini. Menerusi statistik rasmi yang dikeluarkan oleh media China, kadar kematian meningkat seramai 26 orang dan 1,400 kes baru jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Kebanyakan kes berlaku dari wilayah Hubei […]
Keluarga Nafi Kematian Disebabkan Virus, Mohon Netizen Padam Video Tular
Tular di media sosial mengenai satu rakaman yang memaparkan seorang gadis yang tiba-tiba rebah ketika mengunjungi sebuah kedai baru-baru ini. Rakaman yang berlegar di media sosial itu telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai spekulasi timbul. Susulan rakaman tular berkenaan, terdapat segelintir netizen yang mendakwa bahawa kematian gadis berkenaan dikaitkan dengan wabak penyakit, Koronavirus. Ekoran penularan […]

Dua Perodua Axia Bertembung, Seorang Maut, Suami Isteri Parah
Beaufort : Seorang lelaki maut manakala sepasang suami isteri parah selepas dua kenderaan jenis Perodua Axia bertembung dalam satu nahas di Kampung Mempagar, KM5 Jalan Beaufort/Menumbok, pukul 3.30 petang semalam. Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Azmir Abd Razak berkata Lusim Conolius@Hilarion, 55, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Beaufort manakala isterinya hanya mengalami cedera […]
Koronavirus : Agong Titah Semua Masjid Negara Ini Lakukan Solat Hajat
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan agar kesemua masjid di negara ini mengadakan solat hajat dan doa selamat berikutan penularan wabak Novel Koronavirus (2019-nCOV) di China dan negara-negara lain termasuk Malaysia. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Seri Paduka Baginda menyeru kepada rakyat untuk memperbanyakkan doa agar Malaysia […]

Koronavirus Boleh Membunuh 65 Juta Orang Dalam Tempoh 18 Bulan – Pakar
Pakar menjangkakan puluhan juta orang boleh terkorban sekiranya koronavirus tersebar ke skala yang lebih besar. Seorang pakar di John Hopkins Center for Health Security telah menjalankan simulasi apabila koronavirus mencapai skala yang lebih besar di mana hasilnya 65 juta orang boleh mati dalam tempoh 18 bulan. Malah, tiga bulan sebelum virus melanda, mereka telah melakukan […]

Taman Tema Maps Ditutup Berkuat Kuasa Hari Ini
IPOH, 28 Jan — Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young. Segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat […]
Datuk Bandar Wuhan Sedia Letak Jawatan Selepas Dikatakan Lambat Bertindak
Ekoran penyebaran wabak koronavirus yang bermula dari Wuhan, Datuk Bandar kawasan tersebut telah menawarkan perletakkan jawatannya. Tindakan itu bakal dibuat sekiranya dapat membantu kerajaan untuk mencegah penyebaran virus itu daripada terus berlaku. Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang juga mengakui bahawa bandar tersebut gagal untuk mendedahkan maklumat mengenai wabak k0ronavirus pada waktu yang tepat. Wabak penyakit […]

Koronavirus: Aktiviti Saringan Kesihatan Di Pintu Masuk Negara Diperkukuh
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara sebagai langkah kesiapsagaan dalam menangani jangkitan kluster 2019 novel koronavirus. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara usaha yang diambil termasuk menempatkan pengimbas haba di ‘entry points’ bagi mengesan kehadiran mereka yang mempunyai gejala demam. Jelasnya bagi daerah […]
Terkini: German Catat Kes Pertama, Singapura Sahkan Kes Kelima Koronavirus
Terbaru, Jerman telah mengesahkan kes pertama bagi virus Wuhan, wabak coronavirus yang telah menyerang ribuan orang dan membunuh puluhan orang setakat ini. Berita ini menjadikan German sebagai negara kedua Eropah yang telah terlibat dalam wabak ini selepas Perancis. Kes pertama di negara itu adalah melibatkan seorang lelaki dari daerah Starnberg di Bavaria yang disahkan oleh […]
“Kami Dah Tawarkan China Apa Saja Bantuan, Pakar Kami Luar Biasa” – Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menawarkan sebarang bantuan yang diperlukan oleh China untuk memerangi wabak maut telah telah membunuh sekurang-kurangnya 80 orang setakat ini. Dalam kenyataannya di Twitter, Trump berkata bahawa mereka (Amerika Syarikat) mempunyai hubungan yang baik dengan China. We are in very close communication with China concerning the virus. Very few cases […]
Thailand Rancang Bawa Pulang Rakyat Dari Wuhan, Hubei
Thailand merancang membawa pulang rakyatnya dari bandar Wuhan, China, tempat penularan wabak 2019 novel koronavirus. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Thailand, Thana Weskosith berkata terdapat 64 warga Thailand di Wuhan dan 18 lagi menetap di Wilayah Hubei. Pada masa ini, beliau berkata Wuhan dan Wilayah Hubei yang dilanda wabak itu, masih dikenakan perintah kuarantin. “Tiada negara yang dibenarkan membawa keluar warganegaranya. “Bagaimanapun, kami bersedia untuk membawa pulang warga Thailand, jika pihak berkuasa China memberi […]
“Kita Harus Ingat Rezeki Daripada Perniagaan, Berniaga Boleh Jadi Jutawan” – Tun M
“Kita harus ingat bahawa rezeki datang daripada perniagaan. Kalau makan gaji, (pendapatan) setakat itu saja. Kalau berniaga, boleh (sehingga) jadi jutawan.” Memetik kata Tun Dr Mahathir ketika menghadiri program terbesar, Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 kelolaan Pakar Pemasaran No.1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman. Program yang dihadiri belasan ribu peserta pada setiap kali […]

Kerajaan Gantung Sementara Semua Kemudahan Imigresen Bagi Rakyat China Dari Wuhan, Hubei
Kuala Lumpur : Kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di kelilingnya berkuat kuasa serta merta. Menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri semua kemudahan imigresen itu meliputi eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan, e-visa dan visa manual. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira […]
”Doakan Keselamatan Kami..” Warga Hospital Sg Buloh Pohon Doa Rakyat Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan empat kes novel koronavirus telah dikesan di Malaysia setakat hari ini. Seperti sedia maklum, Hospital Sungai Buloh menjadi tempat rawatan untuk prosedur dan pemeriksaan sepatutnya di mana menjadi makmal kawalan penyakit berjangkit berbahaya di negara ini. Susulan itu, ramai kakitangan perubatan termasuklah doktor dan jururawat mengharapkan doa rakyat Malaysia demi […]

Semua Masjid Di Negeri Sembilan Akan Adakan Solat Hajat Serentak
Seremban : Seluruh masjid di Negeri Sembilan akan menganjurkan solat hajat serentak bagi memohon agar Malaysia dilindungi oleh Allah SWT, daripada penularan penyakit 2019 Novel Koronavirus. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata perkara itu sedang diselaraskan dan menunggu tarikh yang sesuai untuk ia diadakan. ”Kita nak buat solat hajat bukan sahaja mengenai masalah virus ini, […]
“Bukan Semua Koronavirus Adalah Wuhan Koronavirus,” Dikenal Pasti Sejak 60-an, Doktor Perjelas Asal Usul Wabak Ini
Virus yang telah membunuh 80 orang penduduk di Wuhan terus menjangkiti lebih ramai mangsa sehingga beberapa bandar di wilayah itu dikuarantin menyebabkan kenderaan tidak dibenarkan keluar masuk dan pergerakan dibataskan. Virus ini dikatakan telah tersebar ke 14 buah negara dari pelbagai benua termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan Malaysia. Terbaru, seorang indvidu bergelar doktor melalui […]

Koronavirus : SKMM Diminta Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Berita Palsu
Alor Setar : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan berita palsu berkaitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV), sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, selain itu, orang ramai juga digesa tidak […]

Tiada Pelancong Wuhan, China Ke Malaysia Sejak 23 Januari
Sepang : Tidak ada pelancong dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia sejak 23 Jan lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata, pada tarikh yang sama pihak berkuasa China mengisytiharkan ‘lockdown’ dan menghalang penduduk di Wuhan meninggalkan kawasan berkenaan berikutan wabak 2019 Novel Koronavirus. ”Bagi jumlah warga China yang masuk ke Malaysia […]
(Video) NASA Dedah Kesan Kebakaran Dahsyat Australia Kepada Dunia
Kebakaran hutan di Australia sangat ‘merosakkan’ sehingga ianya dapat dilihat daripada ruang angkasa. Animasi daripada NASA menunjukkan kesan kebakaran dan pergerakan bencana yang melampau di seluruh dunia sejak tahun lalu. Selain kebakaran di Australia, rajah itu menunjukkan pergerakan Tau Dorian yang terjadi dari bulan Ogos hingga September 2019 dan satu siri kebakaran besar yang berlaku […]

Dakwaan Kononnya 2019 Novel Koronavirus Terhasil Dari Makmal Adalah Tidak Benar
Kuala Lumpur : Dakwaan oleh sesetengah netizen bahawa 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) dihasilkan dalam makmal dengan vaksinnya telahpun tersedia ada, adalah tidak tepat, demikian menurut Factcheck.org. Malahan sehingga hari ini tidak ada vaksin bagi virus baharu itu dan tidak ada paten berkaitan dengan virus berkenaan, demikian menurut pertubuhan bukan-keuntungan yang bekerjasama dengan Facebook untuk membongkar maklumat […]