Berita
Koronavirus: Agong, Raja Permaisuri Titah Rakyat Malaysia Jaga Keselamatan, Kesihatan Diri
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia, ketika ini. Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang menzahirkan kebimbangan berikutan […]
Koronavirus: Situasi Di Malaysia Tidak Kritikal Buat Masa Ini- Tun Mahathir
KLANG, 26 Jan (Bernama) — Keadaan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia belum lagi sampai di peringkat kritikal, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Buat masa sekarang ia belum lagi kritikal hingga kita perlu menghalang pelancong, contohnya. Kita perlu menilai bila peringkatnya kritikal. Namun kita akan terus melakukan pemeriksaan ke atas pelancong, apabila terdapat […]
Agensi Pelancongan Nafi Gambar Tular Adalah Warga China Yang Lari Ke Langkawi
LANGKAWI, 26 Jan (Bernama) — Sebuah agensi pelancongan menafikan dakwaan kononnya gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan ratusan warga China tiba di pulau ini kerana lari daripada wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang dialami di negara itu. Pengurus Pemasaran Fantastic Tour Sdn Bhd Mohd Fadhil Kamaruddin berkata, gambar yang tular itu sebenarnya adalah ketibaan penumpang dari Nanjing, China pada 17 […]
TH Tanggung Kos Bayaran Visa Bakal Jemaah Haji
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (SAR) (bersamaan kira-kira RM326) yang perlu dibayar 31,600 bakal jemaah haji selepas kerajaan Arab Saudi memperkenalkan caj berkenaan bermula musim Haji 1441H/2020M. Pengurus Besar Kanan Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ia merupakan […]
Tiga Maut Motosikal Bergesel Di LPT
KUANTAN, 26 Jan (Bernama) — Tiga lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri dipercayai ketika berkonvoi di Kilometer 201 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Barat di sini, malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kemalangan pada 9.05 malam berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang itu turut […]
Staf Hospital Wuhan Dilapor Terpaksa Pakai ”Pampers”, Sibuk Urus Pesakit Koronavirus & Tak Sempat Ke Tandas
Wuhan, China – Susulan hospital dipenuhi pesakit koronavirus dan orang ramai yang khuatir dijangkiti virus berkenaan, ada antara staf hospital dikatakan terpaksa memakai lampin dewasa. Menurut Business Insider, staf hospital memakai lampin ketika bekerja gara-gara tidak mempunyai masa untuk menggunakan tandas kerana sibuk merawat pesakit koronavirus. Di samping itu, mereka juga ingin mengelakkan dari terpaksa […]
Pasangan Kekasih Ditahan Disyaki Sembunyikan Kelahiran, Buang Mayat Bayi
IPOH, 25 Jan (Bernama) — Sepasang kekasih ditahan di Seri Iskandar dekat sini hari ini kerana disyaki menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi berkenaan ke dalam Sungai Perak, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso. Beliau berkata wanita berusia 22 tahun ditahan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung bau kurang menyenangkan dari rumah suspek di Seri Iskandar kira-kira […]
Koronavirus: Singapura Sahkan Kes Import Keempat
SINGAPURA, 26 Jan (Bernama) — Singapura mengesahkan kes import keempat jangkitan koronavirus Wuhan di republik itu. Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam kenyataan berkata kes keempat yang disahkan itu melibatkan seorang lelaki warga China berumur 36 tahun dari Wuhan yang tiba bersama keluarganya di Singapura pada 22 Jan. Beliau ketika ini dirawat di wad isolasi Sengkang General Hospital (SKH) dan […]
Koronavirus: Kerajaan Hong Kong Isytihar Darurat Virus, Batal Semua Acara Rasmi Tahun Baru Cina
Hong Kong telah bertindak mengisytiharkan darurat virus serta membatalkan semua sambutan Tahun Baru Cina susulan penularan wabak koronavirus dari Wuhan. “Pada hari ini, saya mengisytiharkan darurat di negara ini,” ujar pemimpin eksekutif Hong Kong, Carrie Lam. Lam berkata semua lawatan rasmi ke tanah besar China dan sambutan rasmi Tahun Baru Cina akan dibatalkan serta merta. […]
Koronavirus: Pakar Dakwa Jangkitan Mungkin Boleh Merebak Melalui Mata
Saintis mendakwa koronavirus mungkin boleh tersebar melalui mata. Seorang doktor pakar paru-paru, Wang Guangfa khuatir dia mungkin terjangkiti virus berkenaan kerana tidak memakai kaca mata pelindung. Pakar virus di Kolej Imperial London, Profesor Paul Kellam berkata hal ini sememangnya boleh berlaku. “Jika anda terkena titisan bersin, ia akan tersebar dari hidung ke mata,” katanya. “Mata […]
Staf KKM Siap Siaga, Pertaruh ‘Nyawa’ Demi Nak Saring & Kekang Koronavirus Dari Merebak
Baru-baru ini, negara kita telah dikejutkan dengan kedatangan virus maut dari Wuhan yang dikesan ke atas 4 orang warga China itu telah menyebabkan 41 kematian dan ratusan orang yang dijangkiti di seluruh dunia telah dikuarantin. Kesemua yang disahkan positif dijangkiti dengan virus itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dikuarantin dan mendapatkan rawatan. Sudah […]
Polis Tahan Semula Pesakit Disyaki Dijangkiti Koronavirus Didakwa Lari Dari Hospital, Mengelak Dari Dikuarantin
Kuala Lumpur, 26 Jan: Polis menahan semula kanak-kanak warga China bersama ibubapanya yang didakwa cuba melarikan diri ke luar negara kerana enggan dikuarantin akibat disyaki dijangkit koronavirus. Mereka sekeluarga ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai malam tadi, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din. Dalam satu gambar dipercayai laporan polis yang tular di […]
Satu Lagi Pelancong China Dijangkiti Koronavirus Di Johor, 17 Rakan Lain Dijejaki
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan mengenai pengesanan satu lagi kes yang disahkan dijangkiti 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) malam ini, menjadikan jumlah individu disahkan positif 2019-nCoV, kepada empat setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kes yang disahkan petang tadi […]
(Video) Tular Rakaman Pesakit Dipercayai Demam Menggelupur Teruk, Didakwa Dari Hospital Di Wuhan
Satu video didakwa pesakit koronavirus sedang mengalami kekejangan dan sawan di atas katil hospital tular di laman Twitter semalam. Dalam video itu, seorang pesakit menggelupur di bawah selimut tebal sementara seorang wanita memegang kepala pesakit berkenaan diperhatikan orang ramai yang ketakutan. Melalui kapsyen yang dimuat naik bersama video berkenaan, pemilik akaun Twitter itu mendakwa ia […]
Koronavirus: China Kuatkuasa Sekatan Halang Rakyatnya Melancong Ke Luar Negara
Kerajaan China bertindak menghalang rakyatnya daripada melancong ke luar negara bagi mengelakkan penyebaran koronavirus. Menurut The New York Times, kerajaan China pada Sabtu menyatakan bahawa mereka akan menggantung semua kumpulan pelancongan dan penjualan tiket penerbangan serta pakej hotel bagi rakyatnya yang menuju ke luar negara, berkuatkuasa mulai Isnin. Persatuan agensi pelancongan China memaklumkan bahawa kumpulan […]
Koronavirus Sampai Ke Xinjiang, Kem Tahanan Uighur Didakwa Daif Cetus Kebimbangan Malapetaka Besar-Besaran
Dua lelaki dari Xinjiang dilaporkan dijangkiti koronavirus selepas pulang dari Wuhan, lapor Business Insider. Kes melibatkan pesakit berusia masing-masing 47 dan 52 tahun, lapor Radio Free Asia. Penyebaran virus ke daerah ini ditakuti menyebabkankan kira-kira 1 juta tahanan Muslim Uighur terdedah kepada jangkitan berikutan keadaan kem tahanan yang didakwa dalam kondisi teruk. Keadaan kem yang […]

Koronavirus: Netizen Lancar Petisyen Atas Talian Minta Kerajaan Halang Pelancong China Masuk Malaysia
Susulan kes pertama koronavirus melibatan 3 warga China yang masuk ke Malaysia, segelintir netizen menggesa kerajaan untuk menyekat kemasukan pelancong negara itu buat masa ini. Satu petisyen dimulakan individu bernama Muhammad Zaim Yusran Mohd Zaidy untuk mengumpul tanda tangan 25,000 rakyat Malaysia untuk meminta kerajaan menghalang kemasukan pelancong China ke negara ini. “Kerajaan perlu mengutamakan […]
Penumpang Antarabangsa, Kru Pesawat Diimbas Untuk Koronavirus Di Lapangan Terbang – MAHB
KUALA LUMPUR, 25 Jan — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memeriksa penumpang antarabangsa di lapangan terbang pintu masuk utama di seluruh negara susulan penularan wabak coronavirus di Wuhan, China. Sebagai pengendali lapangan terbang, MAHB bersama-sama agensi dan syarikat penerbangan berkaitan telah mengambil langkah tambahan bagi memastikan risiko pendedahan diminimumkan […]
Tiada Campur Tangan Politik Dalam Urusan Jual Beli THP – Mujahid
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menegaskan bahawa beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada agensi di bawah portfolionya termasuk Lembaga Tabung Haji (TH) menjalankan urusan mereka tanpa campur tangan politik. Katanya TH Plantations Berhad (THP), yang merupakan anak syarikat TH, turut diberi kepercayaan […]
(Gambar) Ini Antara Simptom-Simptom Jangkitan Koronavirus Perlu Anda Tahu
Virus koronavirus telah meragut 41 nyawa pada hari ini. Angka ini menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 16 kes berbanding 25 kematian semalam. Sementara itu, jumlah pesakit yang dijangkiti juga telah mencecah sebanyak 1,287 kes berbanding 830 kes dalam tempoh 24 jam. Mempunyai ciri seakan flu biasa, simptom koronavirus Wuhan mungkin agak sukar dibezakan. Menurut Medical News […]