Berita
(Video) Viral Kereta Audi Langgar Palang Tol Sampai Tercabut, Didakwa Elak Bayar Bayar Tol
Tular, satu rakaman video dashcam memaparkan sebuah kereta yang didakwa melanggar palang plaza tol kerana mengelak untuk membayarnya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di plaza tol Pantai Dalam kira-kira pukul 2.59 tengah hari semalam. Sebuah kereta yang dipercayai jenis Audi A7 itu datang dari arah belah kanan. Kereta tersebut kemudiannya kelihatan menuju ke arah lorong ‘Smart Tag’ […]
Operasi Besar-Besaran Banteras Mat Rempit Akan Dilaksana
PETALING JAYA, 14 Jan (Bernama) — Polis akan melaksanakan operasi besar-besaran bagi membanteras kegiatan samseng jalanan atau ‘mat rempit’ yang dilihat semakin berleluasa. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata polis menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman telah mengenal pasti beberapa lokasi tumpuan kumpulan itu. Beliau berkata pihaknya menerima banyak laporan berhubung kumpulan […]
(Video) Penulis Watak ‘Superhero’ Ultraman, Shozo Uehara Meninggal Dunia
Sehingga kini, ramai diantara kita yang pastinya pernah mendambakan watak adiwira dari Jepun yang dikenali sebagai Ultraman. Walaupun rata-ratanya dari kita sudah meningkat dewasa kini, namun pasti ada diantara kita yang pasti meminati Ultraman sehingga ke hari ini. Baru-baru ini, kita telah dikhabarkan dengan satu berita sedih dari Jepun yang pastinya memberi kesan kepada peminat-peminat […]
Pakar Kongsi Teknik Betul Guna ”Hand Sanitizer” & Sabun Tangan Elak Jangkitan Influenza
Ramai yang berfikir pencuci tangan atau hand sanitizer amat berkesan untuk membunuh kebanyakan kuman serta menjadikannya item wajib dibawa ke mana-mana. Namun tahukah anda, sebenarnya mencuci tangan dengan hand sanitizer sahaja tidak mencukupi. Sebaliknya anda perlu membersihkan tangan menggunakan air dan sabun untuk mengelakkan jangkitan influenza. Hal ini dikongsikan seorang pakar perubatan, Dr. Ryohei Hirose dan penyelidik penyakit […]
Foto Pengantin Bersanding & ”Photoshoot” Dalam Kebun Getah Tular, Ramai Puji Cantik
Pasti ramai pasangan yang sedang menuju ke mahligai perkahwinan sedang berpecah peluh mengatur segala persiapan bagi memastikan semua yang dirancang bakal terlaksana dengan jayanya. Sungguhpun lazimnya ramai yang memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan di dewan, tasik, taman dan hotel-hotel mewah, lain pula ceritanya untuk pasangan dari Thailand ini. Kedua-dua mempelai dari Thailand ini membuat keputusan […]
“Allah Amanahkan Saya Jaga…” Diperli Bela 3 Anak Tiri, Issey Bidas Komen ‘Pedas’ Netizen
Hidup di zaman media sosial, ada saja mulut-mulut yang tidak berpuas hati dengan orang lain. Apatah lagi jika individu berkenaan merupakan selebriti yang diikuti ribuan peminat. Baru-baru ini, selebriti dan pelawak terkenal tanah air, Issey Fazlisham meluahkan kekesalannya terhadap individu yang menyindirnya kerana menanggung tiga orang anak tiri. Menurutnya, ada individu yang meninggalkan komen sinis […]
Jumlah Pelajar Dijangkiti Influenza A Di Selangor Meningkat Kepada 245 Orang
Jumlah pelajar yang disyaki menghidap Influenza A di Selangor dilaporkan terus meningkat hari ini kepada 245 orang berbanding 231 orang yang dicatatkan semalam. Menurut Pengarah Pendidikan Selangor, Dr Mahanom Mat Sam, kawasan Klang mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 97 kes membabitkan 35 sekolah setakat 9 pagi tadi. Sebanyak 53 kes membabitkan 27 sekolah melibatkan kawasan […]
“Tentera AS Kuat, Memang Boleh Hapuskan Semua Manusia, Tapi… ”- ‘A Reminder’ Dari Tun Mahathir
Krisis antara Ameria Syarikat (AS) dengan Iran membuatkan banyak pemimpin negara sekitar mengambil sikap berkecuali termasuklah Arab Saudi. Terkini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuatnaik kenyataan ‘menegur’ AS agar tidak mengapi-apikan peperangan dengan Iran sebagaimana telah dilakukan negara itu terhadap Iraq. “AS merupakan kuasa terbesar dalam sejarah manusia. Tidak dinafikan lagi ia adalah kuasa […]

Difitnah Nak Merompak Di Media Sosial, KKM Jelaskan 2 Orang Staf Memang Sedang Jalankan Tugas
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah dua orang anggota daripada pejabat kesihatan yang dikatakan ‘difitnah’ sebagai perompak oleh invidu yang tidak bertangungjawab. Tampil menjelaskan ‘tuduhan’ tidak berasas yang dilakukan oleh individu tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memberi penjelasan yang sebenar kepada masyarakat supaya tidak disalah ertikan. Penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Kesihatan […]
Mencegah Lebih Baik Dari Merawat, Ini 3 Tips Untuk Elak Jangkitan Influenza Dari Merebak
Seperti yang kita sedia maklum, wabak Influenza A merebak dengan teruk di negara kita. Ramai juga kana-kanak yang maut disebakan oleh wabak ini. Keadaan ini amat membimbangkan kerana jika tidak dibendung dan lakukan hal yang boleh mencegah influenza itu, mungkin ramai lagi yang akan terkorban. Kementerian Kesihatan Malaysia telah memuat naik satu posting di akaun […]
(Video) 6 Maut, Lubang 10 Meter ‘Telan’ Sebuah Bas Dan Pejalan Kaki
Seramai enam orang telah terbunuh dan 16 orang cedera selepas lubang jerlus besar menelan bas dan beberapa pejalan kaki di China tengah. Kejadian itu berlaku pada petang Isnin di luar hospital di Xining, ibu kota wilayah Qinghai. Beberapa lubang jerlus telah dilaporkan sering berlaku di China dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Rakaman CCTV menunjukkan bas […]
Mata Tak Boleh Buka, Hidung Keluar Air Tak Berhenti, Rupanya Positif Virus Influenza
Seperti yang ramai sudah ketahui, negara kita kini sedang mengalami wabak virus influenza. Sehingga ke hari ini, gejala tersebut makin merebak di seluruh negara. Influenza merupakan satu jangkitan virus yang menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru-paru. Kita semua maklum bahawa penyakit virus influenza ini mampu memberi impak kepada seseorang. Menerusi perkongsian Anizon Hussin di […]
Virus Misteri Dipercayai Dari China Mampu Bawa Wabak SARS Sudah Dikesan Di Thailand
Satu virus baru yang terdiri daripada kumpulan virus sama yang mencetuskan Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) telah tersebar di luar sempadan China untuk pertama kalinya dengan satu kes muncul di Thailand. Seorang doktor Thailand telah mendiagnos seorang pelancong dari China denga pneumonia ringan pada 8 Januari lalu, sebelum ia disahkan berpunca daripada koronavirus baharu […]
PDRM Beri Diskaun 50%, Bayar Saman Secara ‘Online’ Dari 18 Jan – 1 Feb 2020
Pembayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara dalam talian akan dilaksanakan dengan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bermula dari 18 Jan hingga 1 Feb ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias. Beliau berkata tahun ini pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini. […]
Polis Trafik Eskot Dilaporkan Berlanggar Dengan Kereta Pengiring Raja Puan Besar Pesar
Satu kemalangan langgar belakang melibatkan anggota BSPTD Kampar dengan kereta pengiring Raja Puan Besar Perak di lampu isyarat Lawan Kuda Kampar, perak. Kejadian berlaku ketika penugasan eskot Raja Puan Besar Perak sempena program Lawatan ke Makam Teja. Menurut laporan anggota BSPTD telah mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Kampar […]
15 Juta Rakyat Malaysia Terima Manfaat E-Tunai Mulai Esok – Lim Guan Eng
PUTRAJAYA, 14 Jan – Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go, mulai 8.00 pagi esok. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat. Setiap rakyat Malaysia berumur […]
PLUS Guna Teknologi Dron Pantau Pergerakan Trafik Sempena Tahun Baharu Cina
PETALING JAYA, 14 Jan – Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan menggunakan teknologi dron bagi memantau pergerakan trafik di beberapa lokasi yang dikenalpasti di lebuh raya kendaliannya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina kali ini. Pengerusinya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata penggunaan teknologi dron itu bertujuan memberi maklumat semasa pergerakan dan kelancaran trafik di lebuh raya selain mengoptimumkan penggunaan […]
Polis Perak Sedia Untuk Hantar Anggota Dan Pegawai Ikuti Kelas Bahasa Inggeris
Polis Kontinjen Perak bersedia menghantar pegawai dan anggota terutama yang bekerja di lapangan mengikuti kelas Bahasa Inggeris sebagai usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020). Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata bagi tujuan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan rakan strategik seperti pihak universiti dan badan bukan kerajaan (NGO). […]
Kaki Gajah Besar Dan Kuat, Tapi Kenapa Tak Boleh Melompat? Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu
Mesti anda pernah terfikir kenapa gajah tidak boleh melompat. Jawapan yang pastinya selalu diberikan ialah kerana berat badannya yang mengehadkan pergerakan gajah tersebut. Namun itu adalah salah sama sekali. Hal ini kerana gajah mempunyai otot kaki yang sangat kuat dan boleh menampung keseluruhan tubuh badannya. tapi kenapa gajah masih juga tidak dapat melompat? Sebenarnya untuk […]
Letusan Gunung Berapi Taal : 8,000 Mangsa Dipindahkan
Susulan dengan ledakan debu Gunung Berapi Taal yang terletak 65 kilometer di selatan Manila yang kembali aktif. Hampir 8,000 mangsa telah dipindahkan ke 38 pusat pemindahan di wilayah Batangas dan Cavite. Malah Lapangan Terbang Antarabangsa Aquino, Manila juga terpaksa ditutup sementara malam tadi susulan selepas kawasan tersebut diselubungi debu letusan gunung berlaku sejak kelmarin. Menurut […]