Berita

Harga Runcit Petrol RON97 Naik, RON95 Dan Diesel Kekal
Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 20 Julai 2019 sehingga 26 Julai 2019 adalah ditetapkan seperti berikut: harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.57 seliter kepada RM2.67 seliter; harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 […]

Sembilan Maut Termasuk Kanak-Kanak, Bas Menuju Ke Pesta Kebudayaan Kemalangan
Filipina – 9 kanak-kanak terbunuh dan 16 lagi cedera apabila lori yang dinaiki hilang kawalan dan akhirnya terbabas. Pemandu lori juga antara mangsa yang mengalami kecederaan ringan semasa kemalangan berlaku di bandar Boljoon, pusat wilayah Cebu. Polis penyelidik, Nelson Saquibal menerangkan bahawa rombongan lori itu berasal dari dua buah kampung yang sedang dalam perjalanan ke […]

Gaji Dibayar Beratus-Ratus Sehari, Pemuda Kongsi Keseronokan Kerja ”Offshore Medic”
Apabila berbicara tentang kerja di luar pesisir atau offshore, pasti ramai membayangkan kerja berisiko tinggi, jarang pulang ke rumah dan bergaji besar. Namun tak ramai yang tahu saluran untuk bekerja di sana. Bagi anda yang mengimpikan pengalaman bekerja di pelantar minyak dan bergaji lumayan, perkongsian oleh pegawai perubatan offshore, Bell Dakao ini akan menjawab persoalan anda […]

Tular Video Dakwaan Gadis Pijak Kitab Suci Al-Quran, Polis Tahan 4 Remaja
Tular di media sosial mengenai video seorang remaja perempuan bertindak memijak Al-Quran berwana hijau dan dirakam oleh sekumpuan remaja lagi dipercayai rakan kepada salah seorang yang memijak Al-Quran itu. Rakaman video dilihat telah tular di Twitter dan dikongsikan oleh warganet yang amat kesal dengan tindakan mereka tersebut. Semua orang tahu, naskah Al-Quran adalah satu kitab […]

Beringat Penduduk Dua Negeri Utara, Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalu satu tweet sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa buah kawasan di negeri-negeri Utara. Amaran yang dikeluarkan sehingga pukul 5 petang melibatkan dua buah negeri iaitu seluruh negeri Perlis dan Kedah. Di Kedah, amaran dikeluarkan bagi kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Star, Pokok Sena dan Padang Terap. pic.twitter.com/DVlUfBQSGK — […]

Lelaki Gigit Balik Ular Selepas Digigit, Dua-Dua Mati
Seorang warga emas meninggal dunia kerana terkena gigitan seekor ular di daerah berdekatan Mahisagar di Gujarat. Paling mengejutkan, sebelum mangsa meninggal dunia, dia sempat membunuh reptilia dengan mengigit semula ular tersebut. Kejadian ini berlaku di sebuah perkampungan Ajanwa di Santrampur Tehsil, jarak 120 kilometer daripada Vadodara Gujarat. Ketua Kampung tersebut mendakwa warga emas tersebut berada […]

Suspek Berteriak “Mati”, Sebelum Simbah Minyak Dan Bakar Studio Animasi Kyoto
Perisitiwa kebakaran studio animasi KyoAni di Kyoto, Jepun semalam telah meragut 33 nyawa. Menurut saksi, seorang lelaki sengaja membakar bangunan itu dengan alasan karyanya yang diplagiat. Menurut keterangan mangsa yang selamat, seorang lelaki masuk ke bangunan dan berada di tingkat tiga, kemudian menyimbah bahan bakar lalu menyalakan api. Pada masa itu suspek pelaku sempat berteriak […]

”Ma, Anak Ma Dah Bergraduasi”, Pemuda ‘Ajak’ Potret Mendiang Mak Teman Konvo
Kehilangan seorang ibu merupakan mimpi ngeri bagi setiap anak. Walaupun sudah berganti tahun, pasti ada kesedihan di sudut hati yang mampu menggugurkan air mata bila terkenangkan memori bersamanya. Detik-detik indah pun boleh mengundang kesedihan apabila mengenangkan insan tersayang yang sepatutnya meraikan kejayaan bersama tiada di sisi. Inilah yang dihadapi oleh Paulo John, seorang graduan bidang […]

Ketua Ditembak Mati, Mafia Itali Giat Kumpul Anggota Untuk ‘Bangkit’ Semula
‘Keluarga’, mafia Itali, Inzerillo, dilaporkan bekerjasama dengan puak Gambino di New York, Amerika Syarikat (AS) untuk membina semula pangkalan mereka di Sicily. Rantau ini dikenali sebagai pengasas mafia berjaya dan makmur di dunia hitam pada masa lalu. Polis Itali dan AS, bekerjasama untuk membasmi kejahatan besar puak yang dilaporkan sedang mengumpul anggota bagi membangun kembali […]

Jauhi Lokasi Penemuan Harimau – Polis
DUNGUN, Polis memohon kerjasama orang ramai supaya menjauhi lokasi penemuan harimau di Kampung Besul, Bukit Besi di sini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata keadaan pada masa ini belum selamat sepenuhnya, memandangkan harimau berkenaan masih belum ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Beliau […]

Penduduk Kampung Masih Trauma Dengan Kemunculan Harimau
Dungun : Kehadiran dua ekor harimau yang berkeliaran di sekitar kawasan Kampung Besul Lama, Bukit Besi di sini pagi semalam, menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penduduk terutama tentang keselamatan diri dan keluarga terutama anak-anak kecil dan orang tua. Walaupun Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu memberi jaminan haiwan itu telah kembali ke habitatnya di […]

Keracunan Racun Serangga : Enam Murid Dibenarkan Pulang, Seorang Masih Dipantau
Seremban : Enam daripada tujuh murid dari Sekolah Kebangsaan Linggi yang dimasukkan ke Wad Kanak-Kanak di Hospital Port Dickson (HPD) akibat keracunan racun serangga jenis Organophosphaste dibenarkan pulang, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainudin Mohd Ali. Beliau berkata sehingga tengah hari ini, hanya seorang murid sahaja yang masih ditempatkan di hospital berkenaan bagi […]

“Hari Lahir Suami Rupanya Hari Akhir Hayatnya,” Seolah Dah Tahu Mahu ‘Pergi’ Jauh, Isteri Titip Ucapan Terakhir Ulang Tahun Buat Suami
Kehilangan insan tersayang seperti pasangan hidup perit untuk diterima apatah lagi jika pemergiannya secara tiba-tiba. Bukan sahaja separuh jiwa pergi, tetapi segala yang dirancang demi masa depan bersama seakan musnah sekelip mata. Begitulah susun atur Tuhan yang sudah tertulis kerana Dia tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan. Itu apa yang dapat digambarkan mengenai kisah […]

“Bagai Bulan Jatuh Ke Riba”, Hanya Kerana Videonya Tular, Raja Arab Saudi Undang Datuk 94 Tahun Tunaikan Haji
Bagai bulan jatuh ke riba, seorang datuk bersama beberapa ahli keluarganya mendapat tuah apabila diundang sendiri oleh pemerintah Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci pada tahun ini. Sebelum ini, Uhi, 94 bersama keluarganya telah membuat satu video meminta kedua-dua pemimpin negara itu, Raja Salman bin Abdulaziz dan Putera Mahkota, Muhammad bin Salman […]

Akta Kebebasan Maklumat Akan Digubal Ganti Akta Rahsia Rasmi -Perdana Menteri
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Akta Kebebasan Maklumat akan digubal bagi menggantikan Akta Rahsia Rasmi. Proses penggubalan tersebut memerlukan masa yang mencukupi bagi memfokuskan kepada sesi libat urus dan memastikan jangkauan yang meluas kepada masyarakat, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) di sini semalam. Menurutnya lagi, Malaysia […]

Lelaki Maut Kereta Honda Accord Terbabas Di Jalan Syed Putra
Kuala Lumpur : Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Syed Putra di sini, awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata mangsa G. Arulkumar, 23, yang memandu kereta Honda Accord dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan pada kira-kira pukul 4.20 pagi. “Mangsa […]

Muka Merah, Hingus Meleleh, Badan Berpeluh Bila Makan Makanan Pedas? Ini Puncanya
Bagi penggemar makanan pedas, anda mungkin sudah terbiasa dengan kehangatan makanan yang boleh membuatkan orang lain meleleh hidung. Asal ada cabaran makanan pedas yang baru, pasti anda ingin cuba. Tomyam kaw, sambal belacan dan ayam penyet pasti pernah menjadi kegemaran anda. Kalau tak ada cili, tak sah. Tapi tahukah anda, antara elemen yang menentukan tahap […]

Trump Dakwa Kapal Perang Amerika Tembak Jatuh Dron Milik Iran
Trump mendakwa bahawa Tentera Laut Amerika Syarikat menembak jatuh dron milik iran di Selat Hormuz semalam ketika berucap di White House. Katanya lagi, dron tersebut seakan memberi ancaman kepada Boxer iaitu kapal perang US. Mereka mengambil tindakan untuk memusnahkan dengan segera kerana sebelum itu pihak mereka telah memberi amaran kepada Dron tersebut supaya berpatah balik […]

IG Sorok Jumlah ”Like” Setiap ”Post”, 7 Buah Negara Terlibat Untuk Atasi Masalah Mental
Instagram baru-baru telah menjalankan satu ujian dengan menyembunyikan jumlah Like untuk setiap perkongsian di platformnya dari pandangan awam di 7 buah negara. Menurut laporan Vox, ujian awal berkenaan dijalankan di Kanada, Ireland, Itali, Jepun, Brazil, Australia dan New Zealand. Walaupun begitu, pemilik akaun Instagram yang memuat naik gambar masih boleh melihat jumlah Like secara peribadi. […]

Mufti Nafi Dakwaan Kononnya Perlis Sembahyang Sembah Bulan
Kangar : Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya Perlis menganjurkan solat sunat gerhana bulan pada Rabu lepas untuk menyembah bulan. Beliau berkata solat sunat gerhana bulan itu bukan bermakna menyembah bulan tetapi melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai mengagumi kekuasaan Allah […]