Berita

Berita
Derita ‘Ain’ Satu Badan Jadi Merah, Gadis Serik ‘Upload’ Gambar Di Media Sosial
Media sosial boleh menjadi pelbagai medium. Sama ada ia digunakan dengan baik atau tidak terserah kepada penggunanya namun jika tidak dikawal akan memberi kesan kepada kehidupan orang lain juga. Jika dilihat, media sosial menjadi medium untuk orang ramai mengekpresikan diri mereka dengan memuat naik gambar, video dan sebagainya. Pun begitu, tak semua orang akan suka […]
Luar Negara
(Video) Detik-Detik Api ‘Serang’ Belukar Berhampiran Kawasan Rumah Di Australia
Kebakaran di Australia masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti dan ia semakin membimbangkan walaupun hujan telah turun beberapa hari yang lalu. Pelbagai pihak termasuk artis dan selebriti terkenal telah bersama-sama membantu penduduk di Australia untuk meneruskan kehidupan dan memberikan sokongan moral kepada mereka dalam menghadapi bencana yang tidak diingini itu. Media sosial menjadi medium […]
Berita
“Darah Melimpah Keluar”, Lidah ‘Terbelah’ Gara-Gara Tersembam Pijak Selimut
Ibu mana yang tidak sayangkan anak, pengorbanan mereka bukan sahaja dalam mendidik namun juga dalam menjaga keselamatan dan kesihatan kita. Setiap ibu pasti akan sedaya upaya untuk melindungi anak-anaknya walau sebesar manapun halangan yang mendatang. Pun begitu, terkadang ada perkara yang tidak mampu dielakkan dan terjadi kerana ia sebahagian daripada ujian untuk kita. Seperti seorang […]
Berita
Semua Penumpang, Anak Kapal Pesawat Terhempas Di Tehran Disahkan Maut
ANKARA, 8 Jan (Bernama) — Semua 170 penumpang dan 10 anak kapal sebuah pesawat penumbang Ukraine yang terhempas berhampiran ibu kota Tehran pada awal pagi Rabu telah disahkan terkorban, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai. Pesawat jenis Boeing 737 milik sebuah syarikat penerbangan Ukraine itu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini sejurus selepas […]
Berita
Pesawat Malaysian Airlines Dilapor Elak Ruang Udara Iran
Kuala Lumpur, 8 Jan – Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan ruang udara Iran lantaran konflik yang berlaku. Tindakan ini berikutan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) yang sedang berlaku di negara tersebut. Terbaru, Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan AS di Iraq sebagai tindak balas pembunuhan komander […]
Berita
Iran Dilanda Dua Gempa Bumi Kuat Berhampiran Loji Kuasa Nuklear
Terkini, gempa bumi kuat dilaporkan melanda negara Iran. A 4.9 magnitude earthquake struck near #Iran's #Bushehr Nuclear Power Plant. The depth and epicenter indicate it was a natural event and unrelated to this evenings events. A similar earthquake struck in late December. USGS report enclosed. https://t.co/WcfNffwSOm — Strategic Sentinel (@StratSentinel) January 8, 2020 Difahamkan sebanyak […]
Berita
Harga Minyak Dilaporkan Naik Selepas Iran Serang Pangkalan AS Di Iraq
New York, 8 Jan – Harga minyak naik semalam selepas Iran menyerang dua pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Iraq. Serangan itu menyebabkan harga minyak mentah AS meningkat lebih 4% kepada AS$65.48 setong pada petang semalam berbanding AS$62.70 sebelumnya. Menurut CNN, Pentagon mendakwa Iran menggunakan peluru berpandu balistik ke atas pangkalan tentera Amerika di Iraq. Serangan […]
Gaya hidup
KKM Sahkan 37 Kosmetik Ini Dibatalkan Notifikasi Pada 2019 Kerana Mengandungi Racun Berjadual Tak Dibenarkan
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) telah membatalkan notifikasi ke atas 37 produk kosmetik atas isu campur palsu. Antara bahan kimia yang didapati dalam produk terlibat adalah merkuri, hyrdoquinone dan tretinoin. ”Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.”, kata kenyataan tersebut. Lantaran itu, […]
Berita
Pesawat Penumpang Ukraine Bawa 180 Penumpang Terhempas Di Iran
Terkini, pesawat penumpang milik Ukraine dipercayai terhempas di Iran. Pesawat penumpang yang dilaporkan membawa sekurang-kurangnya 180 orang penumpang dan anak kapal itu dikatakan dalam perjalanan dari Tehran menuju ke Kiev. Pesawat tersebut dilaporkan terhempas berdekatan dengan lapangan terbang Imam Khomeini. Tiada maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan. Menurut laporan China Daily yang memetik laporan berita tempatan, […]
Berita
Perang AS-Iran Masuk Gelombang Kedua, Malaysia Dijangka Terkena ‘Tempias’ – Laporan
Sejak awal pagi tadi, kita digemparkan dengan berita pangkalan udara tentara Iran yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) telah diserang. Serangan peluru berpandu itu dilaporkan dilancarkan dari Iran bagi mensasarkan dua pangkalan tentera Iraq yang menempatkan tentera AS dan sekutunya. Konflik yang dialami oleh AS dan Iran dilihat telah menjadi kebimbangan bagi komuniti setempat dan […]
Berita
35 Maut, 48 Cedera Semasa Majlis Pengebumian Soleimani Di Iran
MOSCOW, (Bernama) — Tiga puluh lima orang maut manakala 48 lagi cedera dalam insiden rempuhan membabitkan orang ramai yang bersesak di jalan-jalan di bandar Kerman, Iran bagi mengikuti majlis pengebumian Qasem Soleimani, komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang terbunuh dalam serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lepas. Agensi berita […]
Berita
40 Bomba Malaysia Dijangka Ke Australia Bantu Padam Kebakaran
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti 40 orang anggotanya untuk ditugaskan membantu memadam kebakaran hutan di Australia sekiranya diarah berbuat demikian. Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata pemilihan anggota itu dibuat selepas mesyuarat penyelarasan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) semalam. “Saya percaya kita cukup bersedia kerana pemilihan anggota yang […]
Berita
(Video) Dakwa Serangan Pertama Ragut Lebih 30 Nyawa Warga AS, Iran Mulakan Serangan Gelombang Kedua
Terbaru, tentera Iran mendakwa bahawa kira-kira 30 nyawa warga AS telah terbunuh dalam serangan pertama peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan dengan jumlah kerosakan serta bilangan nyawa yang terkorban susulan daripada serangan tersebut. Reckless for MSNBC to mention Iran claiming 30 US service members […]
Berita
(Video) Ikuti Siaran Langsung SPRM, Dedah 9 Rakaman Didakwa Pembocoran Rahsia Kerajaan & Konspirasi Jenayah Terancang Peringkat Tertinggi
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan sidang media khas mengenai pembocoran rahsia kerajaan dan konspirasi jenayah profil tinggi. Sidang khas itu mendedahkan 9 set rakaman audio berdurasi 45 minit didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didakwa melibatkan individu penting antaranya berpangkat Tan Sri. Berikut merupakan siaran berkenaan. Sidang media khas SPRM [LANGSUNG] Sidang media khas berhubung […]
Berita
Individu Pertikai Keturunan Agong Dan Permaisuri, Ini Respon Balas Tuanku
Sejak beberapa hari lalu, Twitter Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dihiasi dengan beberapa tweet berkaitan tulisan Jawi. Walaupun ianya mendapat sokongan positif daripada majoriti warganet, namun masih juga ada yang mempertikaikan pendapat yang diutarakan oleh Tunku Azizah. Malah, lebih teruk lagi apabila terdapat individu yang mempersoalkan keturunan Raja Agong dan juga […]
Berita
“Bila Tiba Perayaan Tahun Baru Cina, Pandai Pula Tuntut Cuti.” – Syed Saddiq
Toleransi di antara kaum di Malaysia sentiasa menjadi lambang keharmonian dan kemegahan yang perlu dipupuk serta dijaga selalu agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang anasir yang boleh memusnahkan ikatan tersebut. Pun begitu, sejak kebelakangan ini kita sering ‘dihidangkan’ dengan pelbagai isu yang boleh mendatangkan ketegangan di antara semua kaum di Malaysia. Terbaru, aduan ibu bapa […]
Luar Negara
TERKINI: Iran Beri Amaran Serang Israel & UAE Jika AS Balas Serangan Peluru Berpandu
Iran memberi amaran keras bakal menyerang Haifa (Israel) dan Dubai (UAE) jika AS membalas serangan misil mereka di dua pangkalan tentera AS di Iraq baru-baru ini. “Kami beri amaran kepada AS yang dahagakan darah, tindakan jahat atau agresif terhadap Iran akan menyebabkan tindak balas yang lebih menyakitkan,” kata wakil Pengawal Revolusi Iran (IRGC). Iran menyerang […]
Berita
(Video) TERKINI: Jet Pejuang Iran Dan AS Dilapor Telah Berlepas Dari Pangkalan Tentera Masing-Masing
Susulan daripada hubungan yang menjadi tegang diantara Amerika Syarikat (AS) dan Iran sejak daripada pembunuhan komander tertinggi Iran yang berlaku tempoh hari, Iran pada hari telah dilaporkan bertindak balas dengan melancarkan puluhan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera yang menempatkan tentera AS di Iraq. Berikutan dengan itu, menerusi satu Tweet yang dimuat naik oleh Ranj […]
Berita
Warga Malaysia Di Rantau Teluk Dinasihat Daftar Diri Di Kedutaan Terdekat
PUTRAJAYA, (Bernama) — Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau dalam perjalanan ke Timur Tengah dan rantau Teluk supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka. Beliau juga menggesa mereka yang masih belum mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia supaya berbuat demikian di kedutaan terdekat atau konsulat jeneral […]
Berita
“Sudah Tahun 2020, Masih Ada Hantar Gambar ‘Private Parts’ Kepada Saya” – Dr Amalina
Dr Amalina sememangya terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tambahan lagi beliau sering mencuri tumpuan umum melalui ruangan Twitter miliknya. Beliau yang berpengkalan di luar negara itu sering berkongsikan pendapat mengenai kesihatan kepada orang ramai. Mungkin disebabkan itu jugalah terdapat segelintir warganet yang menghantar gambar ‘private parts’ kepadanya untuk mendapatkan rawatan dan juga nasihat. Sudah tahun […]