Berita

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara SHAH ALAM, 23 Dis (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ismanira Abdul Manaf untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya kerana mengabaikan anak lelakinya, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lepas. Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas […]

Pencipta “Call of Duty” Maut, Terlibat Kemalangan
Pencipta “Call of Duty” Maut, Terlibat Kemalangan Pencipta bersama permainan video popular Call of Duty, Vince Zampella, 55, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan kereta di California, lapor BBC News. Perkhabaran duka itu disahkan oleh Electronic Arts (EA), syarikat yang memiliki Respawn Entertainment, studio permainan yang turut diasaskannya. Jurucakap EA menyifatkan pemergian Zampella sebagai satu […]

KPM Teruskan Pemberian BAP, Mula Disalurkan Januari 2026
KPM Teruskan Pemberian BAP, Mula Disalurkan Januari 2026 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penerusan pemberian bantuan kewangan kepada murid sekolah bagi tahun 2026 yang bakal disalurkan bermula 11 Januari 2026. Menerusi pengumuman yang dimuat naik di laman Facebook, KPM memaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 akan diteruskan dengan pemberian RM150 bagi setiap murid. Bantuan […]

Sekalipun Ada Pihak Yang Pilih Tak Zahir Simpati Kepada Najib, Tak Wajar Keruhkan Suasana – PMX
Sekalipun Ada Pihak Yang Pilih Tak Zahir Simpati Kepada Najib, Tak Wajar Keruhkan Suasana – PMX KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan nasihat kepada semua pihak agar menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim atas prinsip kedaulatan undang-undang. Ia termasuk ruang dan saluran perundangan yang masih tersedia untuk mengemukakan rayuan, selain […]

Susulan Kejadian Pokok Tumbang, ETS Kembali Beroperasi
Susulan Kejadian Pokok Tumbang, ETS Kembali Beroperasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan semua perkhidmatan tren elektrik (ETS) telah kembali beroperasi dengan menggunakan satu landasan susulan kejadian pokok tumbang antara Sungkai – Slim River. Menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Facebook KTMB, kelewatan perjalanan dimaklumkan masih berlaku sepanjang tempoh pengoperasian menggunakan satu landasan. […]

Titah Adendum: Kerajaan Kekal Pegang Teguh Kepada Prinsip Penegakan Negara Hukum, Pengasingan Kuasa
Titah Adendum: Kerajaan Kekal Pegang Teguh Kepada Prinsip Penegakan Negara Hukum, Pengasingan Kuasa KUALA LUMPUR — Kerajaan MADANI kekal berpegang teguh kepada prinsip penegakan negara hukum serta pengasingan kuasa susulan berhubung keputusan titah adendum Datuk Seri Najib Razak pada Isnin. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran menegaskan bahawa badan kehakiman mesti dan […]

China Umum Penemuan Deposit Emas Bawah Laut Terbesar Di Asia
China Umum Penemuan Deposit Emas Bawah Laut Terbesar Di Asia China mengumumkan penemuan satu deposit emas bawah laut yang didakwa sebagai yang terbesar di Asia, sekali gus menambah kepada siri penemuan sumber emas baharu negara itu sejak awal tahun ini. Penemuan terbaharu itu terletak di perairan Laizhou, Yantai, di wilayah Shandong, lapor VnExpress International. Menurut […]

Lapan Cedera Dalam Kemalangan Dengan Ambulans
Lapan Cedera Dalam Kemalangan Dengan Ambulans KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun antara lapan individu cedera dalam kemalangan melibatkan beberapa kenderaan dengan sebuah ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di persimpangan lampu isyarat Jalan Usahawan 6, Setapak di sini pagi ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ACP Mohd Zamzuri Mohd […]

Tiga Bahan Letupan IED Ditemui Di Nilai
Tiga Bahan Letupan IED Ditemui Di Nilai NILAI, 22 Dis (Bernama) — Polis mengesahkan penemuan tiga objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvise Explosive Device (IED) susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma di sini pagi tadi. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.08 pagi selepas orang awam memaklumkan […]

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC
Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk memohon melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi […]

Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan
Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan BUKIT MERTAJAM, 22 Dis (Bernama) — Empat kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran sebuah kompleks makanan di Jalan Song Ban Kheng di sini, musnah dalam kebakaran petang ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun […]

MetMalaysia Keluarkan Amaran Luruan Monsun
MetMalaysia Keluarkan Amaran Luruan Monsun Jabatan Meoteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran luruan monsun yang dijangka berlaku pada 25 Disember hingga 29 Disember ini. Menurut kenyataan itu, fenomena ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung Malaysia. “Analisis terhadap model-model cuaca terkini juga menunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Disember 2025 bergelora dijangka […]

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan Awal Mac 2026
Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan Awal Mac 2026 KUALA LUMPUR — Semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM500 yang akan disalurkan pada awal Mac tahun hadapan. Manakala semua pesara kerajaan pula bakal menerima RM250, bersempena dengan sambutan Adilfitri. Perkara itu dikongsikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia […]

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Berhubung Isu Tahanan Rumah Dalam Titah Adendum
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Berhubung Isu Tahanan Rumah Dalam Titah Adendum KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum yang didakwa membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara beliau di bawahan tahanan rumah. Hakim Alice Loke Yee Ching […]

Titah Adendum: Enam Bas Bawa Penyokong Najib ‘Berkampung’ Di Mahkamah Tinggi
Titah Adendum: Enam Bas Bawa Penyokong Najib ‘Berkampung’ Di Mahkamah Tinggi KUALA LUMPUR — Sebanyak enam buah bas dari Pekan, Pahang yang membawa ratusan penyokong setia bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, lapor Astro AWANI. Ia bagi memberi sokongan menjelang keputusan penting semakan kehakiman beliau […]

AFC Perkenal Nations League Setara Eropah
AFC Perkenal Nations League Setara Eropah Format pertandingan dan kaedah pelaksanaannya akan diumumkan dalam masa terdekat, dengan dua kejohanan besar bakal dianjurkan selepas Piala Asia. Bola sepak Asia dijangka melangkah ke fasa kemajuan baharu apabila satu kejohanan baharu akan diperkenalkan, menyerupai format Liga Negara-Negara Eropah (UNL). Lapor Stadium Astro, kejohanan ini akan melibatkan pasukan-pasukan gergasi […]

BUDI95: Jimat RM800 Juta Sebulan, Ke Mana Perginya? – PM Anwar
BUDI95: Jimat RM800 Juta Sebulan, Ke Mana Perginya? – PM Anwar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha penyasaran subsidi minyak yang dilaksanakan melalui inisiatif BUDI95 membuktikan keberanian serta komitmen Kerajaan MADANI demi kepentingan rakyat. Beliau berkata, isu penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan sejak lebih dua dekad lalu oleh kerajaan-kerajaan yang memerintah. Namun, […]

BN Sedia Lakukan Penjenamaan Parti Seiring Perkembangan Semasa – Ahmad Zahid
BN Sedia Lakukan Penjenamaan Parti Seiring Perkembangan Semasa – Ahmad Zahid BUTTERWORTH, 21 Dis (Bernama) — Barisan Nasional (BN) bersedia untuk melakukan penjenamaan semula atau membentuk satu entiti baharu selaras dengan perkembangan landskap politik semasa dan kekangan peruntukan perlembagaan gabungan itu. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibincangkan dalam […]

Mbappe Samai Rekod Gol Ronaldo
Mbappe Samai Rekod Gol Ronaldo Real Madrid menewaskan Sevilla 2-0 dalam aksi La Liga, dengan Kylian Mbappe menyamai rekod jaringan Cristiano Ronaldo bagi jumlah gol kelab dalam satu tahun kalendar. Bintang Perancis itu menyamai rekod 59 gol yang dilakukan Ronaldo pada tahun 2013 selepas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti. Sebelum itu, Jude Bellingham turut meletakkan […]

Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Indonesia
Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Indonesia Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia, pada jam 12:02 tengah hari, sebentar tadi. Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 6.9° Selatan dan 131.6° Timur, dengan magnitud 5.2 pada skala Richter. Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 515 kilometer […]