Berita

Berita
Zulfarhan Kata “Jangan” Semasa Ditekap Seterika Wap Di Paha
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — “Jangan” kata Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain semasa tertuduh keempat menekap seterika wap yang panas dan berasap sebanyak dua kali di bahagian pahanya. Tertuduh keempat itu, Muhammad Afif Najmudin Azahat, 23, memberitahu di Mahkamah Tinggi di sini bahawa Zulfarhan berkata demikian dengan suara yang kuat semasa […]
Luar Negara
Dua Individu Didenda 25 Juta Baht Di Thailand Kerana Langgar Peraturan Hak Cipta Liga Premier
BANGKOK, 3 Dis (Bernama) — Dua pengendali penstriman haram diperintahkan membayar ganti rugi lebih 25 juta baht kerana melanggar peraturan hak cipta Liga Premier Inggeris di Thailand. Kedua-dua mereka seorang lelaki warganegara British berusia 42 tahun dan seorang wanita rakyat Thai berumur 36 tahun, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan di Mahkamah Tinggi Thailand, Jumaat lepas. Mereka […]
Berita
Pencapaian Malaysia Dalam PISA 2018 Hampiri Skor OECD
PUTRAJAYA, 3 Dis (Bernama) — Pencapaian Malaysia dalam laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 semakin menghampiri purata skor Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebanyak 500 mata dalam tiga literasi – bacaan, matematik dan saintifik. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata berdasarkan laporan PISA 2018, Malaysia mencatat skor 415 mata bagi literasi […]
Berita
(Video) Viral Aksi ”Tak Sporting” Pemain Filipina Selepas Tamat Perlawanan, Bikin Pemain Malaysia Tak Puas Hati
Pemain Filipina tak ‘sporting’ Insiden tindakan bersalaman yang tidak ‘sporting’ ditunjukkan oleh pemain Filipina ke atas pemain negara menjadi tular di media sosial. Perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Filipina yang berlangsung di Stadium Rizal Memorial, Manila dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2019 berakhir dengan kekalahan tipis sebanyak 1-0 di tangan tuan […]
Gaya hidup
(Video) Trend “Challenge” Didakwa Hanya Perempuan Boleh Buat, Kalau Lelaki ”Try” Tak Jadi, Saintis Beri Penjelasan
Warga maya tak pernah ketandusan idea untuk menarik perhatian orang ramai dengan cabaran-cabaran tertentu. Ada cabaran yang sekadar hiburan dan ada pula yang mengajak orang ramai untuk melakukan kebaikan. Terbaru, tular di media sosial luar negara cabaran ‘mengangkat kerusi’ dengan postur tubuh tertentu. Cabarannya adalah peserta perlu berdiri dengan jarak dua tapak dari dinding, tunduk […]
Berita
Ada Luka Tapi ‘Main’ Banjir, Anda Berisiko Dijangkiti Kencing Tikus
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak bermain air ketika musim banjir yang melanda negara pada ketika ini bagi mencegah penyakit-penyakit berjangkit seperti Leptospirosis (kencing tikus) dan Melioidosis melalui air tercemar. Penyakit-penyakit berjangkit ini boleh mendatangkan risiko yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit mahupun luka daripada terkena penyakit ini. Menerusi kenyataan […]
Berita
(Video) Riak Wajah Lelaki Dipercayai ‘Istimewa’ Teruja Dijamu Makan Buat ‘Berkaca’ Air Mata Netizen
Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Oleh itu, di saat kita sedap menjamah nasi, ingatlah bahawa masih ramai di luar sana yang belum pasti rezeki mereka pada hari ini. “Nak tambah nasi, empat hari tak makan,” kata seorang lelaki istimewa sambil tersenyum dalam sebuah video yang tular di Twitter hari ini. Gelagat lelaki ini […]
Berita
(Video) Detik-Detik Pesilat Negara Disepak Dimuka Tapi Pengadil Teruskan Pertarungan, Emas Jadi Milik Tuan Rumah
Pesilat elit negara, Muhammad Faizul M Nasir ditimpa malang selepas mengalami kecederaan ketika berlawan dengan seorang pesilat tuan rumah, Dines Dumaan pada pusingan kedua Kelas Putra B (50-55kg) di Pusat Konvensyen dan Pameran Teluk Subic hari ini. Pesilat negara, Muhammad Faizul Mohd Nasir dikejarkan ke pusat perubatan di Subic selepas mengalami kecederaan sewaktu bertempur dengan […]
Berita
Tiada Rekod Tarikh Keluar Lebih 95 Peratus Pelancong China, India Dari Malaysia -Laporan Ketua Audit Negara
Laporan Ketua audit 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih daripada 95 peratus pelancong warga China dan India dari Malaysia. Laporan mengenai aktiviti kementerian, jabatan kerajaan dan badan persekutuan itu menyatakan, dari 79,799 warganegara tersebut yang melancong ke Malaysia, seramai 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar antara 2016 sehingga tahun lalu […]
Berita
Tular Foto Tak Senonoh, Penganjur Ekspo Tatoo 2019 Mohon Maaf
Pihak penganjur Ekspo Tatoo Malaysia 2019 mengemukakan satu kenyataan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas apa yang berlaku. Menurut pengasas Balckout Trading Carlos atau Benny berkata, insiden yang berlaku tidak disengajakan sepanjang ekspo ini berlangsung. Menerusi kenyataan tersebut, mereka memohon maaf keikhlas hati atas tentang insiden tersebut yang berlangsung pada 29 Nov hingga 1 […]
Gaya hidup
Penyelidik Dapati Perut Boroi Mungkin Boleh Menyebabkan Otak Jadi Kecil- Kajian
Saintis mendapati lemak perut berlebihan menjadi tanda pengurangan jisim kelabu di dalam otak, menjurus kepada pengecutan otak. Menurut kajian yang diterbitkan jurnal perubatan ‘Neurology’, individu yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) dan nisbah pinggang-ke-pinggul yang tinggi memiliki isipadu otak di bawah paras normal. Kajian ke atas 9,652 individu dengan purata umur 55 tahun itu mendapati […]
Gaya hidup
(Video) Hikmah Banjir, Tak Perlu Ke Pasar Ikan Berenang-Renang Datang Ke Rumah
Seperti yang umum ketahui, banyak kawasan-kawasan di sebelah pantai timur yang ditengggelami banjir. Ramai yang terkesan dengan musibah yang menimpa diri dan keluarga. Namun disebalik musibah yang datang, turut hadirnya rezeki yang tak disangka-sangka. Satu akaun Twitter telah berkongsi satu video ikan berenang masuk ke dalam kawasan rumahnya. Kenapa perlu pergi ke pasar andai ikan […]
Berita
Pulangkan Duit Tercicir, Apa Yang Dibeli “Homeless” Ini Selepas Terima ‘Hadiah’ Sungguh Tak Disangka
Seorang Youtubers terkenal iaitu Waqas Shah cuba menjatuhkan dompetnya di hadapan gelandangan yang tiada tempat tinggal. Paling mengejutkan gelandangan tersebut melakukan sesuatu yang tidak dijangka olehnya. Menerusi video tersebut, selang beberapa minit kemudian, gelandangan tersebut hampiri Waqas Shah dan pulangkan dompetnya. Hasil daripada kejujuran gelandangan itu, Waqas menghulurkan sedikit wang untuk kegunaan lelaki terbabit. “Are […]
Gaya hidup
Jangan Main Air Banjir, Ada Risiko Terkena Jangkitan Kencing Tikus – KKM
Ketika ini keadaan banjir khususnya di Pantai Timur masih lagi berlarutan. Menurut laporan berita, jumlah mangsa di Kelantan dan Terengganu lebih 15,000 orang. Dalam pada itu, menerusi Bernama TV, Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan kesemua mangsa agar tidak bermain dengan air banjir terutama seklai jika ada luka atau masalah kulit. Ini kerana, bagi mencegah risiko jangkitan […]
Luar Negara
Bintang K-pop Dan Ahli Kumpulan ‘Surprise U’, Cha In Ha Ditemui Mati
Pelakon Cha In ha yang juga merupakan anggota kumpulan SUPRISE U ditemui mati. Sehingga kini, polis sedang menyiasat sebab serta punca kematian. Tiada sebarang maklumat didedahkan termasuk, lokasi, masa ia berlaku dan sebagainya. Syarikat pengurusan mendiang, Fantagio memaklumkan bahawa mereka sudah diberitahu dan sekarang sedang menyiasat perkara itu. Cha In Ha memulakan kerjaya sebagai anggota […]
Gaya hidup
18 Kali Saya Minta Nak Baby, Wawa Tolak. Kali ke 19 Ni, Wawa Tak Da Kekuatan Nak Tolak – Aeril Zafrel
Pada 1 Disember yang lepas, Wawa Zainal dan Airel Zafrel telah menimang cahaya mata mereka yang ketiga. Wawa melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama AyyaSoffya di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Andorra, Selangor. Selepas itu, menerusi laman Instagram miliknya Aeril ada memuat naik satu post dirinya sedang menggendong bayinya itu. View this post on Instagram […]
Kesihatan
Jantung Terhenti Boleh Terjadi Bila-Bila Masa, Walau Anda Sedang Bersukan, Ini Sebabnya
Kejadian pemain bola sepak profesional liga Inggeris Fabrice Muamba, 23, yang tiba-tiba rebah di tengah padang semasa perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Mac 2012, benar-benar mengejutkan. Jantung pemain muda yang sihat itu terhenti berdegup selama 78 minit sebelum ia berfungsi semula. Mujurlah tindakan pantas pasukan perubatan dan pakar kardiologi yang berada di […]
Berita
Hati-Hati Buat ‘Peace Sign’ Ketika Bergambar, Cap Jari Tangan Boleh ‘Diklon’ – PDRM
Orang sekarang ramai yang suka memuat naik foto-foto menarik di dalam media sosial hanya untuk berkongsi dengan ramai. Tapi ramai di antara kita masih belum tahu kesan ‘Peace Sign’ sebenarnya dalam keadaan bahaya. Kenapa bahaya? Simbol saja, bukan apa-apa pun. Itulah ayat yang sering menjadi alasan kepada orang ramai yang tidak tahu bahaya simbol ini. […]
Berita
Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15,000 Orang
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah terkini adalah 15,126 orang melibatkan 4,901 keluarga pagi ini. Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10,207 orang melibatkan 3,480 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 10,078 mangsa (3,437 keluarga) malam tadi. Aplikasi InfoBencanaJKM menunjukkan Pasir Mas kekal sebagai jajahan paling ramai mangsa […]
Tragedi
Rantau Panjang Dah Jadi Macam ‘Taman Tema Air’
Kawasan di sepanjang simpang empat lampu isyarat di Kampung Banggol Kulim ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang bertukar menjadi ‘taman tema air’ terbuka sejurus selepas kawasan itu ditenggelami banjir sejak semalam. Ramai penduduk sekita situ yang tidak emlepaskan peluang untuk bermain air. Keadaan di situ seolah-oleh sudah menjadi satu pesta. Tambahan […]