Berita
(Video) Kucing Dihukum ‘Penjara’, Dituduh Sering Subahat Tolong Kucing Lain Keluar Dari Sangkar
Seekor kucing yang bernama Quilty telah dijatuhkan hukuman ‘penjara’ bersendirian kerana dikatakan sering melepaskan kucing lain keluar dari sangkar mereka walaupun sudah beberapa kali diberikan amaran. Pesalah bersiri itu telah dicekup oleh seorang staf di Friends For Life Animal Rescue kerana menolong kucing lain keluar daripada sangkar mereka beberapa kali dalam sehari. Quilty juga ‘didakwa’ […]
Geng-Geng Mat Motor ‘Ride’ Sambil Beramal, Kumpul Ribuan Ringgit Bantu Bapa Tunggal
Ramai yang menganggap budak-budak motor banyak mendatangkan masalah kepada masyarakat. Namun, tidak semua yang bersifat sedemikian. Masih ramai yang mempunyai belas ehsan kepada insan yang memerlukan. Menurut satu perkongsian daripada Aresif Pok Are, sekumpulan geng permotoran berusaha mengumpulkan derma bagi membantu seorang bapa yang menjaga tiga anak istimewanya yang telah tular baru-baru ini. Geng permotoran […]
Ditendang Macam Tunggul Kayu, Peguam Ingatkan Jangan Jadi ‘Pak Sanggup’ Walau Untuk Keluarga Sendiri
Urusan kewangan merupakan perkara yang memerlukan pertimbangan teliti terutamanya apabila ia melibatkan orang terdekat seperti rakan-rakan dan keluarga. Silap haribulan, niat untuk berbuat baik menjadi titik perselisihan yang mengeruhkan hubungan dengan orang tersayang. Ya, kita digalakkan membantu orang lain, tapi dalam masa yang sama kita perlu melihat kemampuan sendiri agar tidak tersepit di kemudian hari. […]
(Video) Kemalangan Ngeri Di Jalan Loke Yew, Seorang Maut Lori Dipercayai Terbabas Rempuh Kenderaan Dari Depan
Cheras, Kuala Lumpur – Sebuah lori didakwa lori hantu serta beberapa buah kenderaan termasuk motosikal rosak teruk dalam satu kemalangan di Jalan Loke Yew, berdekatan simpang berhampiran Bandar Tun Razak menghala ke arah Kajang pada tengah hari tadi. Menurut video yang dimuat naik oleh pemilik akaun fb Zack Santero, lori berkenaan dikatakan hilang kawalan dan […]
Pecah Amanah: Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara Empat Tahun, 146 Sebatan
MELAKA, 13 Nov (Bernama) — Seorang bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem), dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan 146 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana melakukan pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta. Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Hanafi Ismail, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah atas […]
Ribut Tropika Kalmaegi Bergerak Menjauhi Malaysia
KUALA LUMPUR, 13 Nov : Ribut tropika Kalmaegi bergerak menjauhi Malaysia daripada lokasi terakhirnya pagi ini di Timur Laut Samar Island, Filipina. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata ia kini bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 15km/j dengan kelajuan maksimum boleh mencapai 65km/j. Lokasi terdekat di Malaysia bagi ribut itu adalah timur laut Sandakan di Sabah, […]

Pengawai Polis Sertai Konvoi Maut Kemalangan
KUANTAN, 13 Nov – Seorang pegawai polis yang menyertai Konvoi Kursus Asas Menunggang Motosikal Berat Kelas B (KAMMB) maut akibat kemalangan di Km 51, Jalan Kuantan-Segamat, Pekan dekat sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kejadian pada 11.05 pagi itu menyebabkan mangsa Inspektor Muhammad Hilmie Quzaimi Rosli, 26, maut […]

Remaja Palestin Maut Dalam Serangan Udara Israel Di Semenanjung Gaza
Ramallah : Seorang remaja Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, memetik Kementerian Kesihatan Palestin pada Rabu,lapor agensi berita Sputnik. “Remaja Palestin itu terbunuh akibat serangan Israel di tengah Semenanjung Gaza. Mangsa dikejarkan ke Hospital Al-Aqsa Martyrs, tetapi disahkan meninggal dunia kemudian,” menurut kenyataan kementerian. Pertempuran antara Israel dan Hamas semakin memuncak pada Selasa selepas serangan […]
Selendang Tersangkut Pada Mesin Pengadun, Ibu Dipercayai Maut Akibat Tercekik
Seorang ibu dilaporkan telah meninggal dunia ekoran selendang yang dipakainya tersangkut pada mesin pengadun menyebabkannya tercekik. Ketika kejadian itu, wanita berstatus ibu itu sedang membuat kek bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun. Wanita yang berusia 58 tahun itu meninggal pada hari Ahad lepas kira-kira jam 10.30 pagi, ketika selendang yang dipakainya terikat pada mesin […]
Boleh Sebabkan Kematian, Tular Gambar Anjing, Kucing Dipercayai Disembur Pewarna
Kes penganiayaan terhadap haiwan dilihat semakin parah dalam masyarakat kita pada hari ini. Apa tidaknya, semakin banyak dilaporkan mengenai kes-kes menyiksa haiwan peliharaan ataupun haiwan terbiar yang tular di media sosial. Sejak kebelakangan ini, ‘trend’ mewarnakan haiwan dilihat semakin rancak dipercayai dilakukan oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Entah apa tujuan pelaku yang terbabit melakukan perkara […]
“Saya Ingat Anak Dah Tiada,” Ibu Terkejut Dakwa Anak Tercekik Mainan ‘Kecil’ Waktu Tidur
Seorang ibu yang sedang meletakkan anak kecilnya tidur terkejut mendengar bunyi seakan-akan sedang berkumur yang pelik. Dia merasakan ada yang tidak kena dengan anaknya itu. Dia terus melihat ke dalam mulut anaknya dan ternampak satu mainan kecil tersekat di belakang tekak. Ibunya baru-baru ini berkongsi pengalaman menakutkannya itu di Facebook, “Saya masih merasa bersalah gementar […]
Guru Luah Rasa Hati, Terpaksa Bergegas Dari Cheras Ke Shah Alam Hari-Hari Sampai Kemalangan Demi Tugas Dan Anak-Anak
Guru ada di mana-mana namun untuk menjadi seorang pendidik haruslah cekal mental dan fizikal. Bukan mudah untuk mendidik anak bangsa untuk mencapai kejayaan. Sebagai masyarakat yang harmoni kita haruslah memahami tugas seorang guru dan percaya mereka juga seorang insan biasa. Di laman Facebook, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai seorang guru rasa terkilan dengan apa […]

Hidap Penyakit ‘Luar Biasa’, Wanita Tak Sedar Kandung Bayi, Mengeras Dalam Perut Selama 15 Tahun
Seorang wanita berumur 60 tahun di Sudan didapati telah hamil seorang bayi yang ‘mengeras’ di dalam perutnya selama 15 tahun. Menerusi posting di Twitter Wedo, wanita berkenaan dikejarkan ke sebuah hospital di Khartoum selepas mengadu sakit dan bengkak pada bahagian perut. Doktor melakukan ultrasound dan CT scan ke atas wanita itu dan terkejut setelah menemui […]

(Video) Lori Tangki Terbakar Berdekatan Terowong Menora, Semua Lorong Arah Utara Ditutup
Sebuah lori tangki disahkan terbakar dalam kemalangan di kilometer 265.8 NB dari arah Jelapang ke Terowong Menora menurut ciapan Twitter rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM). Menurut LLM Trafik, keadaan trafik sesak dari sebelum persimpangan Jelapang ke Terowong dikedua-dua arah berikutan kemalangan lori tangki tersebut. Semua lorong diarah tutp. Bagi individu yang ingin meneruskan perjalanan, […]

(Video) Sesuatu Yang Tak Mungkin Korang Lihat Hingga Tahun 2032, Planet Utarid Dirakam Melintas Depan Matahari
Mungkin ada yang perasan kejadian unik yang berlaku di angkasa lepas pada tanggal 11 November lepas. Satu imej video yang menunjukkan satu peristiwa lintasan planet Utarid dihadapan Matahari. Menurut kajian, peristiwa ini dapat dilihat dari pandangan Bumi. Peristiwa ini juga dikatakan sangat jarang berlaku dan tidak akan dilihat lagi sehingga menjelang tahun 2032. This is […]

Bekas ‘Drummer’ Ukays Disahkan Maut Bersama Isteri Dan Anak Dalam Serangan Udara Di Syria
Bekas anggota kumpulan rock terkenal pada era 90-an Ukays, Akel Zainal atau nama sebenar Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin disahkan terbunuh dalam serangan udara Rusia di Syria pada awal tahun 2019. Perkara ini disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang turut memaklumkan […]
Suami Nyaris Terjun Bangunan, Isteri Didakwa Berbelanja Lebih RM100,000 Ketika ‘Sale 11.11’
Kalau dah tarikh pun cantik, 11.11 mesti akan ada jenama yang akan buat sales murah-murah belaka. Pantang saja dengar diskaun, kita semua sudah ‘gatal tangan’ menekan jualan murah online di sebuah apps atas talian yang menjadi ‘buah hati’ ramai orang diseluruh dunia. Lain pula ceritanya di negara China, seorang suami tertekan sehingga ingin terjun dari […]
Hanya Dua Maut Kemalangan Dekat Tapah
Tapah : Polis mengesahkan hanya dua maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di KM317 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) dekat Tapah, malam tadi. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan pada 11.15 malam itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu, kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, Perodua Myvi dan Axia, Honda Accord serta […]

Tengah Sedap Kunyah, Wanita Terkejut Dakwa Tergigit Cebisan Kuku Yang Disangka Boba
Sangat jijik dan meloyakan. Begitulah gambaran mengenai kejadian yang menimpa seorang wanita apabila dia mendakwa tergigit cebisan kuku yang terdapat di dalam air jenama minuman terkenal. Menurut sumber, mangsa menyedari kejadian tersebut setelah mengunyah sesuatu yang keras di dalam air teh susu hijau (green milk tea) yang dibelinya di sebuah pusat membeli-belah pada 5 November […]
Diminta Datang Bersihkan Rumah, Gadis Didakwa Diperkosa Bapa Tiri Hingga Hamil Lima Bulan
Seorang pelajar mahasiswa semester ketiga menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab si bapa tiri yang didakwa merogol mangsa sehingga dia disahkan hamil. Perbuatan keji bapa tiri itu diberitakan berlaku di Makassar, Sulawesi Selatan. Mangsa yang baru berusia 18 tahun dikatakan diperkosa oleh bapa tirinya sejak bulan Mei tahun ini lagi. Disebabkan mangsa sering di diancam nyawa […]