Berita

Doktor Buang Satu ‘Keluarga’ Lipas Lepas Tak Tahan Ada ‘Benda’ Menyucuk Dalam Telinga
Satu insiden mengejutkan berlaku apabila doktor mengesan sebuah keluarga lipas yang ‘menginap’ di dalam telinga seorang lelaki. Semuanya bermula ketika lelaki berkenaan mengadu telinganya berasa sangat sakit ketika sedang tidur. Keadaan tersebut telah membuatkan dirinya berasa tidak selesa. Selepas pemeriksaan dibuat, terdapat serangga lipas yang dikesan di dalam telinga kanan lelaki berkenaan. Malah, menurut pakar […]

Kanak-Kanak Berusia Lima Tahun Mangsa Terbaharu Rabies
Kuching : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari Kampung Mambong, Jalan Penrissen menjadi mangsa terbaharu akibat jangkitan wabak rabies. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada Sabtu lepas semasa menjalani rawatan rapi di Hospital Umum Sarawak (HUS). ”Sampel untuk ujian rabies yang telah dihantar ke Institut […]
Mufti Jelaskan Hukum ‘Wedding Photoshoot’ Di Tanah Perkuburan
Islam amat mengutamakan adab dalam setiap aspek kehidupan, bahkan ia dianggap lebih penting berbanding ilmu. Kenapa? Hal ini kerana adab merupakan asas untuk mendapatkan ilmu yang diberkati. Jika kita lihat akhlak ulama terdahulu, mereka sangat menitikberatkan soal adab seperti Syeikh Abdullah bin Mubarak yang mempelajari adab selama 30 tahun sebelum menuntut ilmu (Al-Kafi #862). Begitu […]

Awas, Hampir Seluruh Negeri Bakal Dibadai Ribut Petir Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi telah mengeluarkan notis amaran ribut petir yang dijangka melanda melibatkan hampir semua negeri di Malaysia. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 10 negeri dijangkakan terlibat dengan ribut petir iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Labuan. #ributpetirmetmalaysia pic.twitter.com/JbmYCQHE0J — […]
Suspek Didakwa Mati Dalam Penjara Lepas Ditahan ‘Suap’ Anak Dengan Heroin
Seorang lelaki yang sebelum ini didakwa melakukan cubaan membunuh bekas teman wanita dan menyuntik dadah jenis heroin ke mulut bayi perempuannya sendiri disahkan meninggal dunia semasa masih lagi berada dalam tahanan penjara. Roger Weir, 52, dipenjarakan di HMP Berwyn di Wrexham telah dikejarkan ke hospital yang terletak di bandar Maelor setelah mengalami kesakitan di bahagian […]
(Video) Remaja Kerja ‘Part Time’ Hantar Pizza, Maut Dirempuh Bas Didakwa Hilang Kawalan
Seorang pelajar tingkatan empat dilaporkan maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah bas persiaran dalam kelangan di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle Bayan Lepas, petang semalam. Selain daripada mangsa yang maut, dua orang lagi dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 6.30 petang itu. Mangsa yang maut ialah Muhammad Saifullah Muhammad […]
Pelajar Tahfiz Maut Dengan Kesan Lebam Dipercayai Dipukul Rakan
KUANTAN, 8 Nov – Seorang pelajar tahfiz berusia tujuh tahun maut dengan kesan lebam pada tubuh badannya dipercayai akibat dipukul rakan di Temerloh, semalam. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan, warden pusat tahfiz berkenaan telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Lanchang sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1 petang semalam ketika […]
(Video) Rakaman Detik Cemas, Gempa 5.8 Magnitud Landa Iran
Menurut Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat, satu gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda barat laut Iran pada awal pagi tadi. Gempa itu dilaporkan berlaku pada jam 2.17 pagi waktu tempatan dan dilaporkan mempunyai gegaran yang sangat kuat. Ekoran itu, ramai yang panik dan bergegas keluar daripada rumah mereka. Pada awalnya, gempa itu dilaporkan berukuran 6.0 oleh […]
Suami Didakwa Bunuh Diri Lepas Dipercayai Penggal Kepala Isteri, Kelar Leher Anak
Seorang lelaki telah didakwa bertindak memenggal kepala isteri serta mengelar leher anaknya yang berusia 5 tahun sebelum menggantung dirinya beberapa jam sebelum perbicaraan kes perceraiannya dijalankan, lapor pihak polis. Menurut New York Daily News, Pihak polis telah menjumpai kepala, Jennifer Schlecht, 42, diletakkan di atas pangkuannya di bilik mandi sebuah pangsapuri di New York pada […]

Zulfarhan Menjerit Semasa Saya Pegang Seterika Wap – Tertuduh Ketiga
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa mangsa menjerit semasa dia memegang seterika wap. Muhammad Najib Mohd Razi, 23, berkata kejadian itu bermula semasa dia menuju ke katil di biliknya di 4-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, […]
Basikal Lajak: Bimbing Bukan Hukum – Syed Saddiq
MUAR, 7 Nov – Golongan generasi muda yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak perlu diberi bimbingan bagi menjadikan mereka insan yang berjaya dan bukan dihukum, kerana terlibat dengan kegiatan tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau yang juga Anggota Parlimen Muar berkata segelintir daripada masyarakat di negara ini suka menghukum […]

Lelaki Didakwa Bunuh Diri Selepas Dipercayai Tersepit Dengan Masalah Kewangan
Seorang lelaki berumur 32 tahun yang didakwa bunuh diri selepas dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kewangan yang dihadapinya. Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan nekad terjun dari bangunan rumahnya selepas dikatakan putus asa dengan hidupnya. Dimana, dia dipercayai hanya mendapat gaji kasar bulanan RM 1,000 selepas penat bekerja lebih masa. Hasil yang diperoleh tidak memuaskan baginya […]

Dekati Dan Bantu Budak Basikal Lajak, Mungkin Mereka Juara Masa Depan
Kuala Terengganu : Ramai jaguh sukan berbasikal tanah air termasuk Azizulhasni Awang, Anuar Manan dan Mohd Harrif Saleh, lahir daripada ‘geng basikal nyamuk’ atau basikal lajak dan meskipun hakikat itu ‘tidak manis’ dikenang, tetapi sejarah permulaan jaguh-jaguh tersebut di era kanak-kanak, wajar diteliti dan diperhalusi. Nasiruddin Wan Idrus, 53, yang menjadi pencari bakat dan insan […]
Percutian Bertukar Tragedi, Lelaki Dikhuatiri Maut, Tangan Dan Cincin Kahwin Ditemui Dalam Perut Jerung
Seorang perenang berusia 44 tahun dikhuatiri maut setelah dilaporkan hilang ketika berenang bersendirian di Hermitage Lagoon di Pulau Reunion, Sabtu lalu. Menurut media antarabangsa, isteri mangsa telah melaporkan kehilangan suaminya apabila dia didapati tidak pulang ke rumah. “Apabila dia tidak pulang, isterinya membuat laporan dan misi pencarian dijalankan melibatkan bot dan helikopter. “Penyelam mencari mangsa […]

“Bahaya Untuk Kapal, Nelayan,” MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika, Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan satu kenyataan nasihat Ribut Tropika (NAKRI) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah. Dalam kenyataan yang keluarkan tersebut, Met Malaysia memaklumkan ribut tropika (NAKRI) ini menyebabkan berlakunya angin kencang berkelajuan 108km/j dan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 908 kilometer ke Timur Laut dari Beaufort Sabah, Malaysia. […]
Negara Islam Dibangunkan Melalui Sifat Ummah Bukan Penjenamaan Nama Negara – Sultan Nazrin
PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah negara Islam dibangunkan oleh ummahnya melalui sifat dan tingkah laku dan bukan menerusi penjenamaan nama negara. Titah baginda, negara dan organisasi tidak dapat mendakwa diri masing-masing sebagai Islam jika warga dan ahlinya tidak mengamalkan sifat-sifat seorang Muslim yang sejati. “Setiap organisasi Islam […]

Kaji Semula Penutupan Khidmat Tambah Nilai Kad Touch ‘n Go – Azmin
Kuala Lumpur : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) digesa mengkaji semula keputusan menutup perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG) di lorong keluar plaza tol milik syarikat itu. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PLUS perlu mengambil kira pandangan pengguna yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan tindakan itu. Katanya, langkah menutup lorong tambah nilai TnG […]

‘Comfirm’ Dah Tak Nak Kongsi Lagi Tuala Lepas Baca Perkongsian Ini
Banyak perkara yang kita kongsikan dalam hidup ini. Tambahan lagi apabila bersama pasangan, ahli keluarga atau pun teman rapat. Baik dari segi rahsia, makanan, barangan peribadi, semuanya sedia untuk dikongsikan. Namun, konsep ‘sharing is caring’ nampaknya tidak boleh diguna pakai dalam penggunaan tuala anda. Ianya hanya boleh digunakan untuk anda seorang sahaja secara peribadi tanpa […]
Dipercayai Malu Lahir Anak Luar Nikah, Bayi Ditemui Mati Didakwa Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Oleh Ibu Sendiri
Seorang pengasuh di Palembang, Indonesia didakwa memasukkan bayinya yang dipercayai baru sahaja lahir ke dalam mesin basuh gara-gara malu kerana bayi itu merupakan anak luar nikah. Bayi itu kemudiannya ditemui sudah tidak bernyawa. Wanita tersebut dipercayai melakukan perbuatan keji itu pada hari isnin (4/11) di rumah majikannya yang juga merupakan tempat kerjanya. “Saya hanya memasukkan […]

Rugi RM35,000 Tuntut Hadiah Hari Jadi
Kuantan : Seorang kerani wanita mendakwa kerugian RM35,000 selepas mahu menuntut kiriman hadiah hari jadi daripada kenalan laman sosial, yang kononnya berada di luar negara. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 32 tahun mendakwa berkenalan dengan suspek menerusi aplikasi WeChat pada 29 Sept lalu. Selepas seminggu […]