Berita

Berita
Pekerja Diberhentikan Kerja Pada Januari Layak Tuntut Faedah SIP
Kuala Lumpur : Pekerja sektor swasta yang diberhentikan kerja bermula Januari lepas layak untuk menuntut faedah melalui peruntukan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bagi mendapatkan bantuan kewangan sementara dan bantuan pencarian kerja baharu serta faedah-faedah lain yang ditawarkan. Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata kementeriannya telah menguatkuasakan akta itu bagi memberi perlindungan insurans kepada pekerja […]
Berita
”Farah Atas Bot Di Sungai Sentuh Air, Tiba-Tiba..” Isteri Arwah Pitt Hanif Kongsi Saat Cemas ‘Pertemuan Terakhir’
Genap lima hari pemergian Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, isteri beliau, Farah Ahmad menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang usaha pencarian suaminya itu. Kenyataan yang dibuat di laman Instagram itu, turut mengundang rasa hiba ramai apabila pasukan menyelamat menemui arwah suaminya itu ketika dia bersama-sama […]
Berita
(Video) Tiada Lagi Makanan Pecuma, YouTuber Terkenal ‘Grandpa Kitchen’ Meninggal Dunia
Mempunyai jutaan pengikut daripada seluruh dunia, channel masakan di Youtube yang dikenali sebagai ‘Grandpa Kitchen’ tidak perlu diperkenalkan lagi. Kelincahan Narayana Reddy, warga emas yang berusia 73 tahun dari Telangana, India itu ketika memasak hidangan dengan jumlah untuk anak-anak yatim yang memerlukan sememangnya mengujakan ramai. Malah, cara masakan di luar rumah dengan menggunakan kayu api […]
Berita
Kumpulan Terakhir Malbatt 850-6 Di Tanah Air Hari Ini
SUBANG, 30 Okt (Bernama) — Kumpulan terakhir Batalion Malaysia 850-6 (Malbatt 850-6) tiba di tanah air hari ini selepas menamatkan misi pengaman selama setahun di Lubnan. Kumpulan seramai 221 pegawai dan anggota itu tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada 5 petang dan disambut Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), […]
Berita
Gajah Liar Buat ‘Penampilan Khas’ Sambut Pengunjung Di Taman Negara Thailand
BANGKOK, 30 Okt (Bernama) — Seekor gajah liar membuat ‘penampilan khas’ menyambut kedatangan pengunjung di Taman Negara Khao Yai, di sini, semalam. Rakaman foto dan video gajah jantan yang dikenali sebagai Duea, 35, kelihatan berjalan di sebelah sebuah kereta di Jalan Thanarat di Taman Negara Khao Yai, wilayah Nakhon Ratchasima kira-kira jam 4 petang, waktu tempatan semalam. Duea dilihat berjalan melepasi kereta sebelum berbaring di atas kenderaan […]
Berita
Tawaran Pembelian Kediaman Untuk Warga Asing Hanya Untuk Setahun
Kuala Lumpur : Cadangan menurunkan had harga kondominium dan pangsapuri di bandar yang boleh dibeli warga asing daripada RM1 juta kepada RM600,000 bakal dilaksana untuk tempoh satu tahun sahaja. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata ia hanya melibatkan 3,938 unit kediaman seumpama itu yang belum terjual. ”Ini merupakan cadangan untuk satu tahun sahaja, dari Januari […]
Berita
Banjir Di Johor Pulih Sepenuhnya
Johor Bahru : Seramai 16 orang daripada tiga keluarga di Batu Pahat yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak 23 Okt lepas, akibat ribut, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini. Perkembangan terbaru ini menunjukkan banjir pulih sepenuhnya di Johor. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata […]
Berita
(Video) Penculikan Tanpa Sengaja, Wanita ‘Ditelan’ Garaj Kereta
Seorang wanita mengalami detik cemas yang melucukan apabila dia ‘ditelan’ sebuah garaj dipercayai tempat menyimpan kenderaan. Kejadian tersebut yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh wanita berkenaan dianggap sebagai ‘kes penculikan secara tidak sengaja’. Insiden berkenaan berlaku apabila seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal keluar dari garaj tersebut sebelum menutup kembali pintu garaj secara automatik. Namun, dengan […]
Berita
Penjawat Awam Didakwa 111 Pertuduhan Seks Luar Tabii, Cabul Anak
Kuala Kangsar : Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 104 pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap isterinya sejak Mac lalu. Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu didakwa meliwat isterinya yang berusia 37 tahun antara 1 Mac 12.30 tengah malam hingga 3 Jun 11.30 malam, di rumah mereka di Sungai […]
Berita
“Mak, Ayah Curi Tabung Adik,” Isteri Runsing, Setahun Tanggung Suami Kaki Perempuan
Sesiapa saja sememangnya mengimpikan sebuah kehidupan yang sempurna tanpa ada sedikit pun cacat cela namun percaturan kehidupan tidak begitu, kita mungkin akan diuji dengan kehilangan orang yang tersayang, kesempitan hidup dan pelbagai lagi masalah yang tidak pernah disangka akan menduga kehidupan kita. Alam rumahtangga juga merupakan salah satu laluan kehidupan yang perlu dilalui tanpa mengharapkan […]
Berita
(Video) Meremang Bulu Roma, ‘Hantu Korea’ Tepi Jalan Pegang Payung
Memandu pada tengah malam di atas jalan raya pastinya satu pengalaman yang sangat ditakuti oleh kebanyakan orang. Apa tidaknya, laluan yang sunyi membuatkan pemikiran seseorang terjerumus kepada unsur mistik. Begitulah yang dialami oleh seorang pemandu apabila mendapati susuk tubuh seorang wanita berpakaian serba merah berdiri di bahu jalan. Malah, wanita tersebut itu turut memegang payung […]
Berita
Pemakaian Patuh Syariat Bukan Sesuatu Yang Aneh – MBM
Kuala Lumpur : Majlis Belia Malaysia (MBM) menyifatkan pemakaian atlet mengikut syariah bukan lagi sesuatu yang aneh, malah melihat langkah ini perlu dirai kerana berjaya mencipta fenomena baharu dalam persada sukan negara. Perkara ini dibuktikan dengan penampilan atlet lawan pedang pertama dari Amerika Ibtihaj Muhammad dan peluncur ais dari Arab Saudi Zahra Lari, yang pernah […]
Berita
(Video) Hutan Dipanah Petir, Ratusan Koala Dikhuatiri Mati Terbakar
Beratus-ratus beruang koala dikhuatiri mati terbakar dalam kejadian kebakaran hutan belantara di pantai timur Australia. Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada panahan petir pada Sabtu yang lalu, kira-kira 400 km di utara Sydney dan telah menjejaskan seluas lebih 2000 hektar. Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengawalnya agar tidak menjadi lebih parah. Penyelamat hidupan liar di utara […]
Berita
Syarikat Keluar Produk Kosmetik Mengandungi Bahan Terlarang Dikenakan Kompaun
Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan sedang pertimbang untuk mewartakan tindakan kompaun terhadap syarikat yang mengeluarkan produk kosmetik mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu dijangka dilaksanakan pada awal atau suku pertama tahun hadapan di bawah tindakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). ”Kadar kompaun sedang dipertimbangkan dan […]
Berita
Mahkamah Persekutuan Tangguh Pendengaran Rayuan Utusan Melayu Dan Bekas Wartawan
PUTRAJAYA, Oct 30 (Bernama) — Mahkamah Persekutuan di sini menangguhkan pendengaran rayuan oleh Utusan Melayu (M) Berhad dan bekas wartawannya dalam dakwaan fitnah yang difailkan oleh peguam veteran, Manjeet Singh Dhillon. Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon penangguhan pendengaran rayuan di hadapan panel lima anggota yang dipimpin oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun […]
Berita
Lelaki Maut Tertimbus Ketika Gali Perigi
Kota Bharu : Seorang lelaki mati tertimbus di dalam perigi yang digalinya berhampiran Rumah Anak Yatim Bukit Peraksi, Pasir Puteh di sini. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku pada 10.46 pagi apabila mangsa, Terrance Dunstan Anak Peter, 36, masuk ke dalam lubang sedalam 3 meter itu untuk […]
Berita
Lembu Terpelanting Tinggi, Netizen Seru Cari Pemilik
Satu kejadian yang mengejutkan telah tular di Facebook sejak beberapa hari yang lalu yang menunjukkan seekor lembu telah dilanggar oleh sebuah kereta. Video yang berdurasi selama 56 minit itu dimuat naik oleh page Info Roadblock JPJ/POLIS dan mendapat sebanyak 2.4 ribu likes serta 540 shares Lembu tersebut dilihat melintasi jalan dan dilanggar oleh sebuah kereta […]
Berita
(Video) Kejam, Viral Rakaman Lelaki Aniaya Beruk Bagi Minum Arak, Netizen Desak Diambil Tindakan
Baru-baru ini telah tular satu video yang mempamerkan tindakan seorang pemilik akaun Instagram memberi arak kepada seekor beruk. Tindakan zalim yang dilakukan pengguna Instagram itu telah mencetuskan rasa tidak senang dari orang ramai yang melihat video tersebut. Persatuan Haiwan Malaysia yang menerima aduan berkenaan dengan perkara itu dari orang ramai telah menyatakan menerusi perkongsiannya di […]
Berita
Mahkamah Rayuan Kekalkan Penjara 15 Tahun Terhadap Ibu Sebabkan Kematian Anak
PUTRAJAYA, 30 Okt (Bernama) — Mahkamah Rayuan di sini, hari ini mengekalkan hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang ibu muda kerana menyebabkan kematian anak perempuannya berusia dua tahun, pada 2016. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebulat suara menolak rayuan Aida […]
Berita
Sengsara Parut ‘Czer’ Lama Kena Jangkitan Kuman, Wanita Nasihat Ibu ‘Caesarean’ Jaga Kebersihan & Pemakanan
Kita sering mendengar ibu selepas melahirkan perlu berpantang sekurang-kurangnya 40 hari bagi menjaga pemakanan dan gaya hidup demi mengelakkan berlakunya komplikasi selepas bersalin. Bagi kebanyakan pengamal perubatan pula, penjagaan kesihatan bukan hanya tertumpu pada tempoh berkenaan sahaja, tetapi sepanjang masa baik sebelum, semasa dan selepas melahirkan bagi mengelakkan sebarang penyakit dalam jangka masa panjang. Apapun […]