Berita

Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun Hilang
Seorang kanak-kanak, berusia 11 tahun, Intan Nuralyssa Qaseh dipercayai hilang sejak Jumaat (18/10/2019). Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang mengeluarkan notis kanak-kanak hilang bagi hebahan orang ramai. Menerusi laporan yang dikeluarkan pihak polis, lokasi kejadian atau tempat kali terakhir keberadaan adik Intan dipercayai di Sekolah Kebangsaan Sungai Choh, Rawang. Diminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan […]

(Video) Satu Dunia Tengok, Bekas Polis NYPD Puji ‘Skill’ Parking Bot Polis Marin
Setiap pasukan keselamatan di Malaysia mempunyai kemahiran dan juga kepakaran yang tersendiri sehingga boleh mengagumkan ramai orang. Malah, aksi yang dipamerkan oleh pasukan tertentu juga menarik perhatian dan mendapat pujian dunia. Menerusi satu potongan video yang tular, kecekapan Pasukan Polis Marin Malaysia yang melakukan aksi ‘boat maneuvering’ telah mendapat pujian rata-rata rakyat Malaysia, malah turut […]

Wong Yan Ke Boleh Ambil Transkrip Ijazah – UM
Kuala Lumpur : Graduan kejuruteraan Wong Yan Ke yang membawa plakad bantahan ke pentas semasa istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM) pada 14 Okt lepas telah dimaklumkan yang beliau boleh mengambil transkrip ijazahnya pada bila-bila masa bermula semalam (18 Okt). Pengerusi Lembaga UM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim hari ini dalam satu kenyataan […]

Alahai Sayang Punya Pasal, Lepas Selamatkan Kucing, Bomba Pula Terpaksa Selamatkan Kanak-Kanak Ini
Kerana sayang, seorang kanak-kanak lelaki sanggup memanjat bangunan melalui jejantas dipercayai bagi menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di atas bumbung. Malangnya, tindakan murni mangsa berusia 12 tahun itu membawa masalah apabila dia pula terperangkap dan gagal untuk turun semula dari atas bumbung bangunan Pasar Besar Kuantan tengah malam tadi. Menurut laporan, Pegawai Perhubungan Awam […]

Netizen Teruja Karya Anak Malaysia Dimuat Naik Dalam ‘Webtoon’, Jadi Tontonan Global
Bagi peminat komik digital, anda pasti tahu mengenai aplikasi Webtoon yang begitu popular dengan pelbagai jenis genre dan ia boleh diakses secara percuma. Webtoon juga menjadi base kepada pencipta dan penulis komik dari seluruh dunia untuk mengekpresikan karya mereka kepada orang ramai. Negara kita juga tidak terkecuali dengan penghasilan komik dalam aplikasi ini dan baru-baru […]

Tanah Runtuh Laluan Simpang Pulai-Cameron Highland
Tanah runtuh dilaporkan berlaku di lorong laluan Simpang Pulai-Cameron Highland dan terpaksa ditutup ekoran berlaku tanah runtuh pada lewat malam semalam. Menurut laporan Bernama, laluan yang terjejas adalah pada sebelah lorong utara iaitu Jalan Persekutuan FT 185. Runtuhan itu dilaporkan pada tahap kedalaman 20 meter. Lorong arah utara Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands sepanjang 100 meter […]
(Video) Lagi Kes Langgar Lari, ‘Rider’ Foodpanda Tergolek Tengah Jalan Dirempuh Kereta
Satu video tular di media sosial di mana seorang penunggang motorsikal penghantar makanan terlibat dalam satu kemalangan langgar lari oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Berdasarkan video tersebut, kereta berwarna putih tersebut melanggar dan merempuh dari belakang ketika sedang bertugas menghantar makanan. https://www.facebook.com/paanvVie/videos/pcb.3332886013450242/3332885920116918/?type=3&theater Namun, dalam video kamera depan kereta saksi berkenaan, kereta yang terlibat dalam kemalangan […]

Tragedi Bom Masjid: Setakat Ini 62 Orang Disahkan Terkorban
Menurut jurucakap Wilayah Nangarhar, Afganistan sekurang-kurangnya 62 orang dilaporkan terbunuh dan ratusan mangsa cedera dalam insiden pengeboman masjid di selatan Afghanistan Saksi menjelaskan bahawa bumbung masjid itu runtuh akibat letupan tersebut. Walaubagaimanapun, tiada individu mahupun kumpulan yang didakwa bertanggungjawab dalam kejadian ini. “Sungguh memilukan apabila menyaksikan sendiri kejadian menyayat hati itu di depan mata” “Bila […]
(Video) Ingatkan Pemandu Lemas Lepas Kemalangan, Rupanya Balik Mandi Siap Tukar Baju Buat Abang Bomba Cemas
Pencarian yang dilakukan oleh anggota bomba selama hampir 20 minit untuk mengesan seorang mangsa kemalangan yang dipercayai lemas di sebuah tali air berakhir dengan insiden lucu apabila mengetahui bahawa individu berkenaan sebenarnya telah pulang ke rumah untuk menukar bajunya yang basah. Detik cemas pencarian itu sempat dirakam oleh orang awam di Ladang Kelompang, Kuala Gula, […]
Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Hina Agama Islam
GEORGE TOWN, 18 Oktober (Bernama) – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata polis menahan lelaki berkenaan selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Selasa lepas, dan […]
Tular Isu Komik Propaganda Politik, PM Nafi Hadiahkan Komik Yang Sama Kepada Presiden China
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa mereka akan mengambil keterangan pihak yang terbabit berkaitan dengan pengedaran komik propaganda yang didakwa diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di seluruh negara. Malah Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberi kebenaran dan kelulusan […]
(Video) Lelaki Rebah Tertolak Wanita Jatuh Atas Landasan Keretapi, Mujur Sempat ‘Brake’
Keadaan di sebuah platform keretapi bawah tanah Buenos Aires menjadi kecoh apabila seorang wanita terjatuh ke landasan. Rakaman kamera keselamatan memaparkan seorang lelaki tiba-tiba pengsan dan secara tidak sengaja ‘menolak’ wanita berkenaan jatuh. Orang ramai yang cemas terlihat melambaikan tangan dan beg mereka untuk menarik perhatian pemandu supaya menghentikan keretapi bawah tanah itu. Sebaik sahaja […]

Kematian Pesakit Di Perak Mungkin Akibat Virus Tempatan
Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan kes kematian seorang lelaki di Manjung akibat Zika berpunca daripada jangkitan virus tempatan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata siasatan dan tindakan susulan sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan. “Besar kemungkinan penyakit Zika (jangkitan) itu adalah asal dari tempatan berdasarkan siasatan. Siasatan lanjut sedang dijalankan. “Untuk […]
Tular Video Dakwa Tahanan Muslim Uighur Ditutup Mata, Diikat Dan Dicukur Kepala Di China
Tular sebuah video memaparkan beratus-ratus orang didakwa merupakan tahanan Muslim Uighur di China. Lebih memilukan apabila melihat keadaan para tahanan yang ditutup mata, diikat tangan sambil diawasi oleh anggota keselamatan berpakaian SWAT. Walaubagaimanapun, ketika ditanya oleh CNN, Pegawai Kementerian Luar Negeri China tidak memberikan sebarang komen mengenai video yang tersebar itu. Pihak berkuasa Xingjiang pula […]

Pulang Dari Solat Jumaat, Ayah Maut, Anak Cedera Disambar Petir
Menurut laporan berita, seorang lelaki meninggal dunia dipercayai disambar petir ketika pulang daripada solat Jumaat bersama anaknya di Alor Setar, hari ini. Kejadian yang berlaku pada 2.30 petang tadi, lelaki bekenaan baru sahaja pulang usai solat Jumaat menaiki motorsikal dijumpai terbaring bersama anaknya oleh penduduk di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut dilaporkan dalam keadaan tidak […]
Gambar Je Dah 40GB, Ini Cara Nak Simpan Gambar Dalam iPhone Sampai 10,000 Keping Yang Ramai Tak Tahu
Tidak kira telefon pintar jenis apa pun sampai satu tahap pasti akan berhadapan dengan masalah internal memory tidak cukup ataupun gambar terlalu banyak seihingga storage tidak mencukupi. Ya, tambah-tambah kalau orang yang jenis suka simpan foto-foto katanya sebagai tatapan bila rindu. Tetapi tak sampai setahun telefon pintar dah penuh. Pemilik akaun Twitter, Eldre Raffe berkongsi solusi […]
Terkini: 29 Jemaah Maut, Masjid Di Bom Sebelum Dirikan Solat Jumaat
Sebuah masjid diletupkan di timur Afghanistan semasa solat Jumaat dan membunuh sekurang-kurangnya 29 orang yang berada di sana untuk menunaikan ibadah. Menurut Ahli Majlis Waliyah Nangarhar, Sohrab Qaderi, dilaporkan sebanyak 29 orang terbunuh dan lebih daripada 100 mangsa tercedera dalam insiden berkenaan. “Jumlah mangsa mungkin meningkat apabila pasukan penyelamat dan orang ramai berusaha mengeluarkan mayat dari […]

‘Marah’ Motif Dua Beranak Dikerat – Polis
Melaka : Polis percaya kes bunuh di Kampung Ladang, Krubong di sini pada 10 Okt lepas berpunca daripada perasaan marah, yang mendorong suspek membunuh dua beranak dan bertindak di luar kawalan mengerat anggota badan mereka. Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shahrul Laili Masduki berkata berdasarkan siasatan awal, polis mendapati ada isu yang dibangkit atau ditimbulkan isteri suspek warga Singapura itu sehingga menyebabkan […]

RON97 Naik Satu sen, RON95 Dan Diesel Kekal
Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.68 seliter manakala petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 25 Okt. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pengekalan harga runcit bagi RON95 dan diesel bermakna anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh […]

“Bini Kau Meneran Kau Masuklah Tengok Bro, Aku Gerenti Korang Rasa Insaf,” Pesanan ‘Deep’ Lelaki Ni Buat Menitik Air Mata
Hidup berumah tangga bukan hanya sekadar hubungan suami dan isteri tetapi terdapat tanggungjawab dan beban yang harus digalas. Jika tiada toleransi dan kerjasama antara pasangan maka timbullah perselisihan faham. Seperti suami yang hanya mengharapkan isteri melakukan segala tugas menguruskan rumah tangga termasuk anak-anak tanpa memberi bantuan. Perkongsian oleh seorang lelaki ini mungkin boleh membuka mata […]