Berita
Malukan Fizikal Seseorang Guna Aplikasi Boleh Didenda Dan Dipenjara – KKM
Seperti yang diketahui, body shaming merupakan perilaku negatif di mana seorang individu mengejek, memalukan dan mengkritik orang lain berkenaan tubuh badannya. Jika dahulu perbuatan ini hanya dilakukan secara fizikal (berhadapan) namun seiiring dengan kemajuan teknologi, ramai yang menggunakan medium ini untuk melakukan perkara tidak sepatutnya. Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia ada memuatnaik ciapan di laman twitter tentang […]

MBM Cadangkan Supaya Ijazah Graduan Protes Ketika Graduasi Ditahan Sehingga Mohon Maaf
SEREMBAN, 16 Okt (Bernama) — Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mencadangkan pihak pentadbiran Universiti Malaya (UM) menahan ijazah seorang graduannya yang melakukan protes di atas pentas sewaktu Istiadat Konvokesyen UM Ke-59, Isnin lepas. Ketua Penerangannya, Wan Mohd Husni Abdullah berkata ijazah Wong Yan Ke perlu ditahan sehingga dia membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Naib Canselor UM, Datuk […]
Tak Setuju Petisyen Tarik Balik Ijazah Graduan, ‘Tweet’ Gadis Dikecam Teruk Netizen
Tindakan yang dilakukan oleh seorang graduan yang melancarkan protes ketika Majlis Istiadat Konvokesyen di Universiti Malaya dilihat sebagai satu tindakan yang tidak menghormati protokol majlis dan juga tetamu yang hadir. Susulan itu, pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan media yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut malah pihak universiti juga telah membuat laporan polis. Dalam pada itu, […]

Kerajaan Beri Pelepasan Cukai RM2,000 Jika Hantar Anak Ke Taska, Pra-sekolah JKM
Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat buat pertama kali semalam menyaksikan setiap ibu bapa yang mempunyai anak berusia enam tahun boleh menuntut pelepasan cukai jika menghantar anak mereka ke taska atau pra-sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pelepasan cukai yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menunjukkan jumlah […]
“Isha Macam Kurang Selera Makan Kak”, Kanak-Kanak Alami Bengkak Pada Leher, Susah Bernafas Dan Telan Makanan
Ibu bapa mana yang tak gelisah apabila anak yang disayangi jatuh sakit. Inilah dugaan yang dihadapi oleh ibu bapa kepada adik Nur Falisha Mardina bt Fahme Rezuan, 1 tahun 9 bulan yang menghidap penyakit Cyst hygroma sejak dilahirkan. Cyst hygroma merupakan pembesaran abnormal pada leher dan kepala bayi yang membesar dari masa ke masa. Menurut […]
(Video) “Cantik Pukulan Tuanku”, Netizen Kagum Hayunan Sempurna Permaisuri
Permainan Golf sememangnya sering dikaitkan dengan golongan elite ataupun bangsawan yang menjadikannya sebagai hobi. Apa tidaknya, kos untuk memiliki set lengkap Golf pun sudah mencecah ribuan ringgit. Pun begitu, ada juga golongan yang mengambil kesempatan untuk bermain golf di pusat-pusat golf dengan harga yang jauh lebih rendah. Tidak terkecuali dengan permainan ini, Raja Permaisuri Agong, […]

(Video) Lebih 100 Ribu Tontonan, Kerana Risau Punya Pasal Kucing Ni Berlari Laju Kejar Tuan Buat Netizen Terhibur
Mungkin disebabkan rasa panik melihat kehilangan tuannya secara tiba-tiba, seekor kucing berlari laju bagi memeriksa keadaan tuannya itu. Sayang betul nampak? Pemilik kucing berkenaan AizenKamil yang memuat naik video berkenaan di Twitter, hanya ingin melihat reaksi kucing peliharaannya yang dikenali sebagai Chopot itu. Dia melakukan satu gimik menggunakan sehelai kain dengan berlari menyembunyikan diri sebelum […]

Jepun : Jumlah Kematian Akibat Taufan Hagibis Meningkat 74 Orang
Tokyo : Taufan Hagibis yang melanda tengah dan timur Jepun pada Sabtu dan Ahad, meragut sekurang-kurangnya 74 nyawa, 218 cedera manakala 12 lagi dilaporkan hilang, lapor agensi berita Xinhua. Sebanyak 146 kes tanah runtuh dilaporkan di 19 buah wilayah dan kira-kira 10,000 rumah dilanda banjir. Menurut Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan dan agensi-agensi kerajaan […]

Desas-Desus Syed Mokhtar ‘Selamatkan’ Utusan, Bekas Kakitangan Perjelas Cerita Sebenar
Syarikat penerbitan akhbar Utusan Melayu (M) Sdn Bhd telah ‘gulung tikar’ secara rasminya pada minggu lalu yang menyaksikan 800 orang pekerja meletak jawatan. Rantaian daripada isu itu, media sosial tular beberapa hari ini dengan desas-desus Syed Mokhtar Albukhary yang membeli syarikat Utusan Melayu dan memberikan bayangan bahawa Utusan Melayu akan terus ‘hidup’. Mungkin ada sesetengah […]
Kajian Antarabangsa Dakwa Malaysia ”Top 10” Negara Paling Banyak Laporan Kes Buli Siber Di Dunia 2018
Isu buli siber bukanlah perkara yang ringan. Kita telah menyaksikan bagaimana buli siber telah meragut nyawa beberapa mangsa buli yang akhirnya bertindak membunuh diri sama ada di dalam atau luar negara. Kajian menunjukkan penderaan emosi memberi kesan yang sama dengan penderaan fizikal dari segi impaknya kerana ia boleh menjurus kepada masalah mental seperti depresi dan post-traumatic […]

1.4 Juta Tiada MyKad Walaupun Usia Lebih 12 Tahun
Putrajaya : Kira-kira 1.4 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 12 tahun dan memiliki sijil kelahiran didapati masih tidak memiliki kad pengenalan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Mereka tidak memiliki MyKad walaupun sepatutnya memilikinya kerana sudah berusia lebih 12 tahun. Saya menyeru sesiapa (warganegara Malaysia) yang tidak ada kad pengenalan untuk memilikinya […]
Lagi Siswa UM Ditahan Semasa Konvokesyen, Jumpa Pelakad, Hasut Graduan Lain Di Facebook
Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai satu rakaman seorang graduan yang melancarkan protes ketika Majlis Istiadat Konvokesyen. Graduan tersebut yang menayangkan plakad yang tertera frasa ‘Tolak Rasis” dan “Undur VC” dianggap tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol serta kelancarannya. Terbaru, hasil pemeriksaan oleh pihak Universiti Malaya (UM), seorang lagi graduan dipercayai telah cuba […]
(Video) Kerana Terlalu Rindu, Lelaki Dipercayai Gali Kubur Ibu, Bawa Pulang Jenazah Ke Rumah
Kerana terlalu rindukan ibunya, seorang pemuda dikatakan sanggup menggali semula kubur dan membawa pulang jenazah ibunya yang baru saja dikebumikan 40 hari lalu di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur. Pemuda tersebut telah mengusung jenazah ibunya di dalam guni dan dibawa pulang ke rumahnya selama dua hari, namun setelah dipujuk oleh kakaknya, pemuda tersebut membawa jenazah ibunya […]

Dah Tahu Nak ‘Pergi’, Ayah Tulis 19 Kad Ucapan Hari Lahir Khas Buat Anak
Ketiadaan sosok ayah untuk meraikan setiap hari lahir adalah perit untuk ‘ditelan’ oleh seorang anak. Sedar akan hakikat ini, seorang ayah di Taiwan telah sedaya upaya untuk menulis 19 kad ucapan hari lahir untuk anaknya sebelum meninggal dunia disebabkan kanser hati. Kad ucapan itu tidak dibuka dan dibaca oleh sesiapa sehingga anaknya sudah menjangkau umur […]

Tiada Undang-Undang Sekat Majikan Ambil Wanita Hamil Bekerja – Mahfuz
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Tiada sebarang undang-undang memperuntukkan majikan untuk tidak mengambil wanita hamil bekerja, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun berkata aduan boleh dibuat kepada kementeriannya jika berlaku diskriminasi jantina dalam permohonan pekerjaan. “Kami akan bertindak menghubungi pihak majikan dan membuat perundingan dan memberi nasihat supaya perkara […]

Muat Naik Gambar Keluarga Tanpa Isteri, ‘Caption’ Aliff Syukri Cetus Pertanyaan Netizen
Datuk Seri Aliff Syukri dan pasangannya Datin Seri Nur Shahida tidak perlu diperkenalkan lagi. Jutawan kosmetik tersebut yang sering dikaitkan dengan kontroversi panas seringkali menjadi tumpuan ramai. Kebahagiaan antara pasangan itu yang bakal menimang cahaya mata kelima turut dipertontonkan melalui video-video lucu mereka berdua. Namun, baru-baru ini kedua-duanya sering dilihat memuat naik perkongsian luahan sedih seolah […]
Dikecam Buat ‘Content Dewasa’, YouTuber Padam Video, Mohon Maaf Kepada Netizen
Laman Youtube sememangnya dipenuhi dengan pelbagai video-video menarik yang boleh ditonton oleh semua orang dengan percuma. Berikutan itu, ramai individu yang mengambil kesempatan untuk menjana pendapatan melalui laman tersebut. Disebabkan itu, lahirlah sebilangan Youtubers terkenal yang mengetengahkan idea masing-masing melalui laman berkenaan. Baru-baru ini, tular sebuah video daripada seorang Youtubers terkenal yang memaparkan adegan kurang […]
“Pelihara Kesucian Agama Lebih Penting Dari Menang Debat”, Netizen Puji Peserta, Kecam Tajuk Debat Kontroversi
Baru-baru ini kecoh apabila timbul isu penganjur Debat Tun Razak memilih tajuk kontroversi yang menyentuh sensitiviti umat Islam berkaitan dakwaan Islam tidak menghalang homoseksual dan Al-Quran perlu ditulis semula atas alasan kononnya ia mempunyai kandungan yang boleh disalah tafsir secara ekstrem. Berikutan itu, ramai pihak tampil memberi komentar masing-masing dan mengecam penganjur program berkenaan yang […]
“Serius Aku Tak Boleh Terima”, Azhan Rani Selar Kenyataan Pensyarah
Sejak beberapa hari lalu, timbul satu kontrovesi apabila seorang pensyarah ekonomi daripada salah sebuah universiti tempatan mendakwa bahawa pekerjaan sebagai penghantar makanan merupakan satu pekerjaan yang tidak bermaruah. Kenyataan tersebut bagaimanapun telah menimbulkan reaksi kesal dan marah daripada pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan netizen. Isu ini bukan sahaja diperdebatkan dalam kalangan netizen, malah turut memberi […]
(Video) “Asas PUBG Ada Kat Pakcik Ni”, Gelagat Pak Cik Lintas Jalan Buat Netizen Terhibur
Selain daripada kesesakan lalu lintas, terdapat juga pelbagai ragam pengguna yang boleh kita lihat di atas jalan raya. Ada sesetengah gelagat pengguna boleh buatkan kita terhibur sehingga boleh lupa ‘stress’ terpaksa menghadapi kesesakan. Menerusi satu rakaman video viral di media sosial, seorang lelaki dilihat sedang melintas jalan dan melakukan aksi yang membuatkan ramai orang terhibur. […]