Berita

Jerebu: 145 Buah Sekolah Di Selangor Ditutup Esok
Shah Alam : Sebanyak 145 buah sekolah di daerah Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Petaling Perdana akan ditutup esok akibat keadaan jerebu yang semakin serius di negeri ini. Kementerian Pendidikan, dalam kenyataan terbarunya di sini malam ini, memaklumkan penutupan sekolah itu melibatkan 23 buah sekolah di Sepang, 36 (Hulu Langat), 21 (Kuala Langat), 27 (Klang) […]

Lelaki Simbah Cat Di Masjid Dan Surau Ditahan
Johor Bahru : Polis berjaya menyelesaikan dua kes menyimbah cat berwarna merah ke atas sebuah masjid pada Januari lalu dan sebuah surau di Taman Daya di sini semalam dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 30-an di sebuah kawasan perumahan di taman tersebut, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata, polis […]

(Gambar) Realiti ‘Longgokan’ Makanan Sumbangan, Pihak Tahfiz Sampaikan Peringatan
Tular di media sosial, perkongsian sebuah pusat tahfiz mengenai sumbangan makanan oleh individu kepada anak-anak tahfiz dan ahli jemaah surau. Menerusi gambar yang dimuat naik, tidak dapat dipastikan ia merupakan gambar milik tahfiz tersebut atau tidak, namun, mesej yang ingin disampaikan cukup jelas. Gambar itu menunjukkan ‘selonggok’ makanan tersebut hanya diletakkan di dalam plastik sampah […]

(Gambar) Pendaki Dakwa Lihat Asap Tebal, Lalang Terbakar Di Bukit Broga
Beberapa kawasan di Bukit Broga, Semenyih, didakwa terbakar sejak petang tadi. Susulan itu, tular di laman sosial beberapa individu yang memuatnaik gambar keadaan terkini Bukit Broga. Melalui gambar tersebut, api dilihat marak di beberapa kawasan sekitar namun tidak dapat dipastikan sejauh mana ‘kerosakan’ hutan setakat ini. Walau bagaimanapun, menerusi satu gambar yang dikongsi apa dilihat […]

(Video) Bawa Motor Sampai Terbabas Sebab Tak Nampak Jalan, Lihat Betapa Parahnya Langit Di Indonesia
Keadaan jerebu yang melanda negara rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia ketika ini dilihat semakin membimbangkan. Bukan sahaja Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negara ini dilaporkan semakin meningkat ke paras sangat tidak sihat tetapi beberapa negara jiran turut merasai kesan yang lebih teruk. Terbaru, tular di media sosial rakaman keadaan jerebu di sebuah wilayah di Indonesia […]

TERKINI JEREBU : Semua Sekolah Di Putrajaya Ditutup Esok
Putrajaya : Semua sekolah di Putrajaya akan ditutup esok susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat hari ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Putrajaya, Farizah Ahmad berkata berdasarkan bacaan IPU yang telah melebihi 200 mulai jam 5 petang hari ini, adalah dimaklumkan bahawa semua sekolah Putrajaya akan ditutup pada hari esok. Putrajaya […]

25 Sekolah Di Putrajaya Akan Ditutup Jika Bacaan IPU Melebihi 200
PUTRAJAYA, 16 Sept — Sebanyak 25 sekolah di Putrajaya akan ditangguh tempoh waktu persekolahannya esok jika bacaan Indeks Pencemaran Udara Udara (IPU) melonjak melebihi angka 200, iaitu suasana kualiti udara sangat tidak sihat, demikian menurut Timbalan Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Dr Roslan Hussin. Beliau berkata pihaknya akan sentiasa memantau bacaan IPU dari […]

Jangan Seronok Sangat Kalau Hujan Musim Jerebu, Ini Risiko Yang Perlu Anda Tahu
Kita sudah sedia maklum bahawa negara kita ini sedang dilanda jerebu yang agak teruk hasil daripada pembakaran hutan serta musim kering yang berlaku. Seperti mana yang telah diketahui bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang dicatatkan sehingga hari ini telah menunjukkan bahawa beberapa kawasan mencatatkan bacaan yang sangat tidak sihat. Bacaan IPU yang tinggi telah menyebabkan […]

Bekalan Minyak Saudi Jatuh Akibat Serangan, Trump Arah Keluarkan Simpanan Minyak USA Untuk ”Cover” Pasaran
Sabtu lalu, beberapa siri serangan dron ke atas kilang pembekal minyak terbesar di dunia telah menjejaskan kira-kira 5 peratus bekalan minyak harian global. Berikutan itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meluluskan bekalan kecemasan minyak negara berkenaan dengan jaminan minyak yang banyak dan mencukupi untuk negara tersebut. PLENTY OF OIL! — Donald J. Trump (@realDonaldTrump) September […]

Kerajaan Akan Rampas Tanah Terlibat Dalam Pembakaran Terbuka – BERNAMA
KLANG, 16 Sept (Bernama) — Kerajaan Selangor akan bertindak merampas tanah para petani yang masih degil melakukan pembakaran terbuka di negeri ini yang dilihat semakin berleluasa dari tahun ke tahun. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata tindakan tegas itu perlu dilakukan kerana para petani terutamanya di kawasan Johan Setia di sini masih melakukan perbuatan berkenaan […]

(Video) Lelaki ”Modified” Myvi Jadi Tesla, Kawal ”Features” Guna Telefon Bimbit, Kereta Siap Boleh Bergerak Tanpa Pemandu
Sempena Hari Malaysia, seorang anak muda yang merupakan programmer, Roshen Maghann, 21 telah berkongsi hasil inovasi kereta tempatan yang diubahsuai sebahagian fungsinya menyerupai kereta buatan Tesla. Tesla merupakan syarikat inovasi yang terkenal dengan keupayaannya menghasilkan kenderaan elektrik yang canggih dan berkualiti tinggi. Antara kereta keluaran syarikat ini yang paling popular ialah Tesla Model X, kenderaan […]

Bayi Malang Meninggal Dunia Akibat Masalah Pernafasan, Dipercayai Berpunca Daripada Jerebu
Palembang, Indonesia – Seorang bayi yang berusia empat bulan telah dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan saluran pernafasan di Palembang, Sumatra Selatan, semalam (15/9). Kebakaran hutan yang telah membuatkan asap jerebu membelenggu seluruh rantau Asia Tenggara itu dipercayai merupakan punca kepada kematian bayi tersebut. Bayi yang bernama Elsa Pitaloka itu difahamkan mengalami sesak nafas sebelum menghembuskan […]

(Gambar)”Seluar Dalam, Coli Buruk, Kasut Koyak” NGO Kesal Orang Ramai Derma ‘Sampah’ Untuk Kebajikan
Sedekah mempunyai adab-adab yang tersendiri antaranya berniat ikhlas, mengutamakan sedekah wajib (zakat), bersedekah dengan harta yang halal dan tidak menyakiti hati penerima. Keikhlasan dalam bersedekah boleh dimanifestasi melalui pemberian barangan yang baik kepada penerima. Namun, ada segelintir golongan yang ‘bersedekah’ bukan untuk menyumbang, tetapi lebih tepat untuk melupuskan barangan yang tidak diingini bak kata wakil […]

Putrajaya Antara Lima Kawasan Catat IPU Sangat Tidak Sihat
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Putrajaya menjadi kawasan terbaharu mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat pagi ini, dengan empat lagi kawasan turut mencatatkan IPU yang melebihi 201. Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga 9 pagi ini, Putrajaya mencatatkan bacaan 203 berbanding 199 pada pukul 7 pagi tadi. […]

”Locked And Loaded”, Trump Bagi ”Hint” Angkatan Perang USA Bersedia Bertindak, Tunggu Respon Arab Saudi
Washington – Presiden Donald Trump memberi isyarat akan melancarkan gerakan tentera sebagai tindak balas ke atas serangan terhadap pembekal minyak terbesar dunia di Arab Saudi pada Sabtu lepas. “Bekalan minyak Arab Saudi telah diserang. Ada sebab untuk mempercayai bahawa kita tahu dalangnya, “locked and loaded” bergantung kepada pengesahan Arab Saudi tentang pelakunya, dan kita akan […]

Pelajar Tingkatan Dua Cipta Peranti Anti Dera, Anti Strok Haba
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Siapa sangka pelajar berusia 14 tahun boleh membangunkan peranti inovatif yang mungkin dapat menangani isu sejagat seperti penderaan kanak-kanak dan pencegahan strok haba. Pelajar Tingkatan 2 Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Ariff Amir Ali, kini bekerja keras untuk menyiapkan rekaannya itu, sebuah prototaip untuk membantu membendung kes penderaan kanak-kanak dan strok haba. Menurut Ariff, […]

(Video)Tular Rakaman Kilang Proses Minyak Terbesar Dunia Milik Arab Saudi Dibom, Harga Minyak Dunia Diramal Naik
Harga minyak yang diniagakan rendah selama beberapa bulan ini, dijangka akan melonjak naik dan akan mempengaruhi harga minyak dunia ketika pasaran dibuka hari ini berikutan Arab Saudi terpaksa membaiki infrastruktur fasiliti minyak gara-gara serangan yang berlaku pada hujung minggu lalu. Serangan yang mensasarkan fasiliti minyak Arab Saudi itu telah menjejaskan separuh daripada kapasiti simpanan minyak […]

”Free Sugar Tak Bermakna Takda Gula”, KKM Kongsi 36 Nama Lain Gula Yang Dalam Produk Makanan
Makanan dan minuman manis memang sedap, tapi jika diambil berlebihan, besar akibatnya. Menjaga pemakanan sebelum sakit lebih mudah berbanding terpaksa menjaga makan ketika sudah jatuh sakit. Salah satu cara menjaga pemakanan ialah dengan mengelakkan makanan yang mengandungi gula tambahan. Banyak produk makanan atau minuman yang mendakwa tidak mengandungi gula, tapi sebenarnya masih mengandungi gula – […]

”Kena ‘Naik’ 7 Pagi, ‘Turun’ 7 Malam”, Rupanya Ini 20 Perkara Mengenai Jalur Gemilang Orang Malaysia Tak Pernah Dengar
Baru-baru ini, isu memasang bendera terbalik dilihat banyak tular di media sosial. Bendera adalah suatu lambang maruah bagi sesebuah negara itu. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan cinta akan negara, kita seharusnya menjaga serta menghormati akan bendera negara kita ini. Malahan, semasa kedatangan British pada zaman dahulu pun, perkara pertama yang dibuat oleh pihak […]

Catat Kutipan Antara Yang Tertinggi Di Malaysia, Pelakon Filem PASKAL Dakwa Belum Terima Bonus Yang Dijanjikan
Nama Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang sememangnya dikenali semakin dijulang naik oleh masyarakat setelah mereka melihat sendiri tugas serta aksi para anggota ketika menjalankan misi menyelamat dalam filem PASKAL The Movie. Filem ini memaparkan semula kepayahan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Khas Laut atau PASKAL dalam misi merampas kembali kapal dagang MV […]