Berita

Istiqamah Menabung Bawa Tuah Pada Pesara Guru Terpilih Jutawan BSN SSP
Istiqamah Menabung Bawa Tuah Pada Pesara Guru Terpilih Jutawan BSN SSP MELAKA, 18 Jun (Bernama) — Pesara guru Bahari Harun tidak menyangka amalan menabung secara istiqamah bermula usia 17 tahun akhirnya membawa rezeki kepadanya apabila bergelar ‘jutawan segera’ selepas terpilih sebagai pemenang cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) ke-112. Bahari, 60, […]

Mangsa Dan Ahli Keluarga Nahas Di Gerik Alami Trauma – Noraini
Mangsa Dan Ahli Keluarga Nahas Di Gerik Alami Trauma – Noraini JERTIH, 18 Jun (Bernama) — Nahas ngeri membabitkan bas yang dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Gerik, Perak pada 9 Jun lepas bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa, malah turut menjejaskan emosi ahli keluarga mereka. Timbalan Menteri […]

1,200 Peserta Sertai Persidangan & Mesyuarat Kongres Pustakawan Asia Tenggara ke-19
1,200 Peserta Sertai Persidangan & Mesyuarat Kongres Pustakawan Asia Tenggara ke-19 Seramai 1,200 peserta dari seluruh Asia Tenggara dan negara-negara luar telah. menyertai Persidangan dan Mesyuarat Kongres Pustakawan Asia Tenggara ke-19 (CONSAL XIX) yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dari 16 hingga 19 Jun ini. Persidangan itu telah dirasmikan oleh […]

Mahkamah Persekutuan Perintah Public Bank Bayar Ganti Rugi RM90 Juta Kepada NFCorp, Empat Yang Lain
Mahkamah Persekutuan Perintah Public Bank Bayar Ganti Rugi RM90 Juta Kepada NFCorp, Empat Yang Lain PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Public Bank Berhad membayar ganti rugi berjumlah RM90 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Pengerusinya Datuk Mohamad Salleh Ismail, serta tiga syarikat subsidiari kerana melanggar kontrak berkaitan kerahsiaan […]

Letupan, Gegaran Bukan Daripada Aktiviti Kuari – JMG Perak
Letupan, Gegaran Bukan Daripada Aktiviti Kuari – JMG Perak IPOH, 18 Jun (Bernama) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang dilaporkan berlaku kira-kira 10.30 pagi tadi bukan disebabkan oleh aktiviti letupan kuari. Pengarah JMG Perak Nizarulikram Abdul Rahim berkata aktiviti itu hanya boleh dilaksanakan bermula pukul 12 tengah […]

Petronas Memeterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran Untuk Blok 66 Suriname
Petronas Memeterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran Untuk Blok 66 Suriname KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Suriname E&P BV telah memeterai kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dengan Staatsolie Maatschappij Suriname NV dan subsidiari milik penuhnya, Paradise Oil Company NV (POC) untuk Blok 66 Suriname. PSC itu merangkumi komitmen yang kukuh […]

Polis Siasat Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Pagi Tadi
Polis Siasat Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Pagi Tadi IPOH, 18 Jun (Bernama) – Polis sedang menyiasat dakwaan orang ramai mengenai bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di sekitar daerah Ipoh pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin akan […]

Sepanyol Gesa EU Hentikan Penjualan Senjata Kepada Israel
Sepanyol Gesa EU Hentikan Penjualan Senjata Kepada Israel MADRID, 18 Jun (Bernama) — Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares menggesa Kesatuan Eropah (EU) supaya mengenakan larangan penjualan senjata ke atas Israel sebagai langkah untuk menamatkan konflik berterusan di Gaza. Dalam temu bual bersama Bloomberg TV pada Selasa, Albares menegaskan bahawa EU sebagai rakan dagang terbesar […]

PM Anwar Titip Doa Kesihatan Buat Presiden PAS
PM Anwar Titip Doa Kesihatan Buat Presiden PAS KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar tahap kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang beransur pulih. Anwar berkata demikian dalam satu hantaran di X (Twitter), susulan Abdul Hadi yang selamat menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semalam. “Mendoakan kesihatan […]

Iran Arah Rakyatnya Padam WhatsApp, Dakwa Hantar Maklumat Kepada Israel
Iran Arah Rakyatnya Padam WhatsApp, Dakwa Hantar Maklumat Kepada Israel TEHRAN — Televisyen kerajaan Iran, IRIB menggesa rakyatnya memadam dan menghentikan penggunaan aplikasi permesejan WhatsApp pada telefon pintar, dengan mendakwa aplikasi itu menyalurkan maklumat pengguna kepada Israel, lapor CBS News. Dalam kenyataan itu, selain aplikasi WhatsApp, Telegram dan aplikasi lain berasaskan lokasi didakwa menjadi sumber […]

IRGC Dakwa Iran Kini Kawal Ruang Udara Israel
IRGC Dakwa Iran Kini Kawal Ruang Udara Israel TEHRAN, 18 Jun (Bernama) — Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada Rabu mendakwa angkatan tentera Iran kini mempunyai kawalan ke atas ruang udara Israel berikutan gelombang serangan peluru berpandu baharu, lapor Agensi Berita Mehr. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas serangan itu, IRGC memaklumkan operasi itu […]

Datuk Bandar Wanita Mexico Kedua Ditembak Mati Dalam Tempoh Dua Hari
Datuk Bandar Wanita Mexico Kedua Ditembak Mati Dalam Tempoh Dua Hari MEXICO CITY, 18 Jun – Seorang datuk bandar wanita Mexico ditembak mati pada Selasa di negeri barat Michoacan, dua hari selepas datuk bandar wanita di sebuah bandar di selatan negara itu dibunuh dalam pejabatnya, lapor AFP. Datuk Bandar Tepalcatepec, Martha Laura Mendoza, dibunuh bersama […]

Iran Dakwa Guna Peluru Berpandu Hipersonik Serang Israel
Iran Dakwa Guna Peluru Berpandu Hipersonik Serang Israel TEHRAN — Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa bahawa telah menggunakan peluru berpandu hipersonik dalam serangan terbaharu ke atas Israel, ketika konflik bersenjata antara kedua-dua negara terus memasuki hari keenam, lapor AFP. “Gelombang ke-11 the proud Operation Honest Promise 3 telah dilancarkan menggunakan peluru berpandu Fattah-1,” […]

Operasi Pencegahan Iran Berakhir, Serangan Balas Menanti – Mousavi
Operasi Pencegahan Iran Berakhir, Serangan Balas Menanti – Mousavi TEHRAN, 18 Jun (Bernama) — Pengerusi Ketua Turus Angkatan Bersenjata Iran, Mejar Jeneral Abdolrahim Mousavi pada Selasa menegaskan bahawa operasi ketenteraan yang dilancarkan sejak Jumaat lalu bertujuan memberi amaran sebagai amaran pencegahan, dan tindakan hukuman akan menyusul tidak lama lagi. “Operasi ini berfungsi sebagai amaran pencegahan, […]

Cetus Spekulasi, Trump Dakwa ‘Kuasai’ Ruang Udara Iran
Cetus Spekulasi, Trump Dakwa ‘Kuasai’ Ruang Udara Iran “Kami kini mempunyai kawalan penuh dan menyeluruh ke atas ruang udara Iran,” kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi platform Truth Social. Beliau berkata demikian disusuli pujian terhadap keberkesanan senjata buatan AS walaupun tidak menyebut Israel secara khusus. “Tiada siapa yang melakukannya dengan lebih baik daripada […]

Iran Serang Balas, Siren Kecemasan ‘Bergema’ Di Israel
Iran Serang Balas, Siren Kecemasan ‘Bergema’ Di Israel Suasana panik menyelubungi bandar Tel Aviv dan beberapa kawasan di utara Israel apabila siren kecemasan dibunyikan pada Selasa, berikutan amaran mengenai pelancaran peluru berpandu dari Iran. “Dalam tempoh yang singkat tadi, siren dibunyikan di beberapa kawasan di seluruh Israel selepas sistem pertahanan negara mengesan pelancaran peluru berpandu […]

Remaja Sebabkan Lima Kematian Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Selama Enam Tahun, Denda RM1,500
Remaja Sebabkan Lima Kematian Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Selama Enam Tahun, Denda RM1,500 KUCHING, 17 Jun (Bernama) — Mahkamah Majistret hari ini mengarahkan seorang remaja lelaki menjalani pemulihan di Sekolah Henry Gurney selama enam tahun kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan lima kematian dalam satu kemalangan di sini pada Januari lepas. Majistret Ling Hui […]

Serangan Israel Telah ‘Sangat Melemahkan’ Kepimpinan Iran – Canselor Jerman
Serangan Israel Telah ‘Sangat Melemahkan’ Kepimpinan Iran – Canselor Jerman Canselor Jerman, Friedrich Merz, menyatakan bahawa serangan Israel terhadap Iran sejak beberapa hari lalu telah melemahkan Iran secara ketara, sekali gus menimbulkan ketidaktentuan terhadap masa depan Iran. Dalam satu temu bual bersama stesen televisyen Jerman, Welt TV semasa Sidang Kemuncak G7 di Kanada, Merz berkata […]

Meski Kecewa, Ini Kata Presiden VFF Soal Pemain Warisan Vietnam
Meski Kecewa, Ini Kata Presiden VFF Soal Pemain Warisan Vietnam Presiden Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF), Tran Quoc Tuan mengakui kecewa dengan kekalahan skuad kebangsaan Vietnam kepada Malaysia dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027. Namun, beliau menegaskan bahawa penggunaan pemain warisan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pertimbangan menyeluruh. “Secara jujur, saya tidak dapat tidur selama […]

Beberapa Letupan Kuat Kedengaran Di Tengah Iran
Beberapa Letupan Kuat Kedengaran Di Tengah Iran Media Iran melaporkan beberapa letupan kuat telah kedengaran pada Selasa di bandar Isfahan yang terletak di tengah negara itu, kawasan yang turut menempatkan beberapa kemudahan nuklear penting. Menurut agensi berita Mehr, letupan-letupan itu berlaku di bahagian timur dan utara Isfahan, dan sistem pertahanan udara Iran telah diaktifkan bagi […]