Berita

Hujan Lebat Diramal Landa 4 Negeri Petang Ini
Hujan Lebat Diramal Landa 4 Negeri Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal landa empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 4 petang ini. Menerusi amaran yang dikeluarkan di laman Facebook, seluruh negeri Melaka dan WP Labuan dijangka alami hujan lebat. Di Semenanjung, hanya beberapa […]

85 Peratus Penjawat Awam Telah Tandatangan Opsyen SSPA – KSN
85 Peratus Penjawat Awam Telah Tandatangan Opsyen SSPA – KSN PUTRAJAYA, 26 November (Bernama) — Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini, menjelang pelaksanaan sistem itu yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Dis ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. […]

Wanita Dilapor Maut Selepas Terima Rawatan Laser
Wanita Dilapor Maut Selepas Terima Rawatan Laser Seorang wanita dilaporkan maut selepas 10 hari menjalani rawatan laser untuk menghilangkan tanda lahir dan bintik pada kulitnya. Difahamkan, mangsa yang berusia 27 tahun berasal dari Tianjin, sebuah bandar di utara China. Menurut suaminya, mangsa mempunyai banyak bintik pada tubuhnya, termasuk beberapa yang gelap dan bersaiz besar. Mangsa […]

Payung Pantai Lebih Cantik Dan Tersusun Di Telok Kemang Bermula 16 Disember
Payung Pantai Lebih Cantik Dan Tersusun Di Telok Kemang Bermula 16 Disember SEREMBAN, 26 November (Bernama) — Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) akan menyediakan kawasan khas untuk penempatan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun melibatkan sebahagian kecil Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang pada 16 Disember ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan […]

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu, Simpan Dalam Peti Sejuk
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu, Simpan Dalam Peti Sejuk KUALA LUMPUR, 26 November (Bernama) — Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya yang mayat wanita itu ditemukan di dalam peti sejuk pada 12 November lepas. Tertuduh, 53, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ […]

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Dua Negeri
Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Dua Negeri Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dengan tiga peringkat iaitu tahap bahaya, buruk dan waspada. Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran hujan berterusan pada tahap bahaya dikeluarkan bagi beberapa kawasan di dua negeri. Daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Jerantut, […]

Kemalangan Di Setiu: Tiga Beranak Maut Baru Pulang Majlis Konvokesyen Anak Bongsu
Kemalangan Di Setiu: Tiga Beranak Maut Baru Pulang Majlis Konvokesyen Anak Bongsu KOTA BHARU — Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi Isnin, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak mereka di Universiti Antarabangsa UNITAR di Putrajaya. Yusnani Che Soh, 50, iaitu adik ipar kepada seorang daripada […]

Kim Swee Jurulatih Baharu Kelab Indonesia, Persis Solo
Kim Swee Jurulatih Baharu Kelab Indonesia, Persis Solo KUALA LUMPUR, 26 November (Bernama) — Bekas pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo. Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh Persis Solo menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu awal pagi […]

Pang Ron-Su Yin Lonjak 5 Anak Tangga Dalam Ranking BWF
Pang Ron-Su Yin Lonjak 5 Anak Tangga Dalam Ranking BWF Kejayaan sebagai naib juara di Masters China 2024 menjadi pemangkin kepada beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF). Pasangan ini berjaya mendaki lima anak tangga, naik daripada kedudukan ke-23 ke tangga ke-18 dunia selepas […]

Sonny Bill Williams Dilantik Pro-Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary
Sonny Bill Williams Dilantik Pro-Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary ALOR SETAR (Bernama) – Pemenang Piala Dunia Ragbi dua kali bersama New Zealand pada 2011 dan 2015, Sonny Bill Williams dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Nov lepas. Pengumuman pelantikan bekas bintang All Blacks kelahiran Auckland itu dimuat naik […]

Dua Kanak-kanak Maut, Lemas Ketika Mandi Kolam
Dua Kanak-kanak Maut, Lemas Ketika Mandi Kolam Dua kanak-kanak berusia tujuh tahun dilaporkan mati lemas selepas jasad mereka ditemukan di dasar kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri. Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku ketika kedua-dua mangsa mandi mandi di sebuah kolam di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli kira-kira jam 5 petang pada Ahad. Ketua Polis Daerah […]

Abjad Paling Tua Di Dunia Ditemukan Di Syria
Abjad Paling Tua Di Dunia Ditemukan Di Syria DAMASKUS, 25 Nov (Bernama-Prensa Latina) — Penemuan luar biasa di kawasan Tel Um Al-Mara, timur Aleppo, utara Syria, membawa kepada penemuan silinder tanah liat sebesar jari yang dipercayai berusia sekitar 2400 SM, lapor Prensa Latina. Menurut media tempatan, kawasan itu turut mendedahkan penemuan makam dari Zaman Gangsa, […]

“Dah Dekat Disember…”, Salah Kecewa, Masih Tiada Apa-apa Tawaran Dari Liverpool
“Dah Bulan Disember…”, Salah Kecewa, Masih Tiada Apa-apa Tawaran Dari Liverpool Bintang bola sepak Mesir yang kini beraksi bersama Liverpool, Mohamed Salah tidak dapat menyembunyikan kekecewaan ketika diaju persoalan berhubung masa depannya bersama kelab itu. Menurut Salah, beliau setakat ini masih belum menerima apa-apa tawaran untuk menyambung kontrak daripada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. […]

Pesawat Kargo Terhempas Ketika Mahu Mendarat, Terkena Rumah
Pesawat Kargo Terhempas Ketika Mahu Mendarat, Terkena Rumah Sebuah pesawat kargo milik DHL dilapor terhempas berdekatan Lapangan Terbang Vinius, Lithuania pada pagi Isnin. Menurut AFP, tragedi melibatkan pesawat dalam perjalanan dari Jerman itu menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut. “Pesawat itu dijadualkan untuk mendarat di Vinius tetapi terhempas beberapa kilometer dari lapangan terbang itu,” kata Ketua Unit […]

Maybank: Perkhidmatan DuitNow Transfer & DuitNow QR Tergendala Sementara Waktu
Maybank: Perkhidmatan DuitNow Transfer & DuitNow QR Tergendala Sementara Waktu Perkhidmatan DuitNow Transfer dan DuitNow QR ke bank lain buat sementara waktu tidak dapat digunakan pada aplikasi MAE, laman web M2U dan M2U Biz (web dan aplikasi). Untuk sementara waktu, pelanggan dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan IBG (Interbank Giro) bagi sebarang pemindahan dana, menurut kenyataan Maybank. […]

Empat Beranak Terlibat Kemalangan, Tiga Dilapor Maut
Empat Beranak Terlibat Kemalangan, Tiga Dilapor Maut Empat beranak terlibat kemalangan apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai hilang kawalan. Dalam nahas terbabit, mangsa, Nur Ardiena Kamarudin, 30, serta ibunya, Maimunah Mat Isa, 54, dan ayahnya, Kamarudin Ibrahim, 55, disahkan meninggal dunia. Manakala, seorang lagi ahli keluarga mangsa iaitu […]

Jabatan Imigresen Perkenal eSP Mulai Januari 2025 – Saifuddin Nasution
Jabatan Imigresen Perkenal eSP Mulai Januari 2025 – Saifuddin Nasution Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bakal memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025 dalam menyokong usaha transformasi penyampaian perkhidmatan ke arah pendigitalan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan bahawa eSP adalah dokumen khas yang dikeluarkan kepada warga asing. Dokumen ini memberikan […]

Kemuka BNCKHT Dalam Portal MyTax Secara Mandatori Tahun Depan – LHDN
Kemuka BNCKHT Dalam Portal MyTax Secara Mandatori Tahun Depan – LHDN PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) — Pengemukaan Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) secara elektronik melalui e-CKHT dalam portal MyTax adalah mandatori bermula 1 Januari 2025. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia boleh dilakukan dengan melayari https://mytax.hasil.gov.my/ dan log masuk ke […]

Lelaki ‘Mati’ Hidup Semula Sebelum Mayatnya Dibakar
Lelaki ‘Mati’ Hidup Semula Sebelum Mayatnya Dibakar Seorang lelaki berusia 25 tahun yang disahkan meninggal dunia tiba-tiba kembali bernafas ketika jasadnya diletakkan di atas kayu pembakaran mayat sebelum upacara kremasi. Difahamkan, mangsa dengan masalah pendengaran dan pertuturan yang hidup sebatang kara itu berasal dari daerah Jhunjhunu, India. Menurut laporan awal, kejadian bermula pada Khamis apabila […]

Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan Menghembuskan Nafas Terakhir Petang Tadi
Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan Menghembuskan Nafas Terakhir Petang Tadi Tokoh muzik legenda, Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun hari ini, lapor Bernama TV. Pemergian penggubah lagu itu dimaklumkan sendiri oleh anaknya Sabariah. Difahamkan, Allahyarham kembali ke Rahmatullah di kediamannya pukul 3.15 petang tadi. https://x.com/BernamaTV/status/1860626005909819581?t=r2BWbvoajopIgn7-KDfzKA&s=07&fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR0i0qt_QrxVHGlQ1FFdvO4UASrQpJw5lPQ2CVkKwDU0NvZIlFoagX2rb2g_aem_FQIE9y07Z3kBpxnHaTPN7A Untuk […]