Berita

Berita
Tujuh Kawasan Di Semenanjung Alami Cuaca Panas Sekurang-kurangnya Tiga Hari
Tujuh Kawasan Di Semenanjung Alami Cuaca Panas Sekurang-kurangnya Tiga Hari KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung. Menurut hantaran di Facebook MetMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah […]
Berita
Guru Diuji Masalah Kesihatan Isteri, Dibenarkan Cuti – KPM
Guru Diuji Masalah Kesihatan Isteri, Dibenarkan Cuti – KPM PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan tindakan segera bagi memberi bantuan terhadap seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti tular di media sosial. Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama isterinya. “KPM prihatin […]
Berita
Serangan Pengganas Ke Atas Syarikat Industri Pertahanan Turkiye, 5 Maut 22 Cedera
Serangan Pengganas Ke Atas Syarikat Industri Pertahanan Turkiye, 5 Maut 22 Cedera ANKARA/ISTANBUL, 24 Okt (Bernama) — Dua pengganas yang menyerang kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Ankara telah “ditewaskan,” manakala lima orang terkorban dan 22 lagi cedera, Agensi Anadolu memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya. “Malangnya, kita kehilangan lima nyawa, jumlah […]
Berita
Pekerja Kilang Maut Langgar Kerbau Di Tampin
Pekerja Kilang Maut Langgar Kerbau Di Tampin TAMPIN, 24 Okt (Bernama) — Seorang pekerja kilang maut dipercayai selepas motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau di Kilometer 5 Jalan Tampin-Kuala Pilah berhampiran Kampung Sri Repah, malam tadi. Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata mangsa yang juga seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang dalam […]
Berita
Dulu ‘Meriah’, Kini Umpama ‘Pantai Hantu’ Tiada Pengunjung
Dulu ‘Meriah’, Kini Umpama ‘Pantai Hantu’ Tiada Pengunjung Suatu ketika dahulu, pantai yang terletak di Permatang Damar Laut, Batu Maung ini menjadi tumpuan ramai kerana keindahan pantainya yang bersih serta pemandangan matahari terbenam yang memukau. Dikenali sebagai Pantai Esen, ia sering dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati pesona alam […]
Berita
Serangan Pengganas Sasar Kemudahan Turkish Aerospace Industries Di Ibu Negara Turkiye
Serangan Pengganas Sasar Kemudahan Turkish Aerospace Industries Di Ibu Negara Turkiye ANKARA, 23 Okt (Bernama-Anadolu) — Satu serangan pengganas menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Turkiye, Ankara, kata seorang pegawai kanan Turkiye pada Rabu. Serangan itu mengakibatkan kematian dan kecederaan, menurut Menteri Dalam Negeri Turkiye Ali Yerlikaya di platform X, memetik laporan Agensi […]
Berita
Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga Di 5 Kawasan Semenanjung – METMalaysia
Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga Di 5 Kawasan Semenanjung – METMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini mengeluarkan amaran Cuaca Panas Tahap 1 (berjaga-jaga) di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia selama tiga hari berturut-turut. Menurut METMalaysia, kawasan berkenaan termasuklah (Larut & Matang) Perak, (Gombak dan Petaling) Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan (Maran) Pahang. […]
Berita
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Setelah Bertarung Nyawa Lima Hari
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Setelah Bertarung Nyawa Lima Hari KUALA PILAH, 23 Okt (Bernama) — Seorang pelajar lelaki 14 tahun menghembuskan nafas terakhir setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan membabitkan sebuah kereta semasa melintas jalan di KM 29 Jalan Seremban–Kuala Pilah berdekatan Taman Pemarak Tanjung Ipoh pada 18 Okt lepas. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani […]
Berita
Israel Dakwa Calon Pemimpin Baharu Hizbullah Telah Terkorban
Israel Dakwa Calon Pemimpin Baharu Hizbullah Telah Terkorban Tentera Israel mendakwa telah membunuh Ketua Majlis Eksekutif Hizbullah, Hashem Safieddine, yang juga calon berpotensi menggantikan tempat ketua Hizbullah yang terbunuh, Hassan Nasrallah. Menurutnya, Safieddine telah terkorban dalam satu serangan tiga minggu lalu di pinggir selatan Beirut. Kenyataan tentera Israel pada Selasa menyebut bahawa Ketua Pengarah Perisikan […]
Berita
Tupperware Diisytihar Bankrap
Tupperware Diisytihar Bankrap Tupperware Brands (Tupperware) diisytiharkan telah bankrap, dan bersetuju untuk menjual perniagaannya kepada sekumpulan pemberi pinjaman dengan harga $23.5 juta (kira-kira RM102 juta) secara tunai dan pelepasan hutang melebihi $63 juta (kira-kira RM273 juta). Keputusan ini sekali gus membatalkan rancangan syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular itu untuk melelong asetnya di […]
Berita
Fenomena Hujan Batu Dipercayai Landa Daerah Kemaman Sebentar Tadi
Fenomena Hujan Batu Dilapor Melanda Daerah Kemaman Sebentar Tadi Satu fenomena hujan batu dipercayai melanda daerah Kemaman, Terengganu di sini, sekitar jam 3 petang tadi. Difahamkan, fenomena yang jarang berlaku itu disertakan dengan hujan lebat dan angin kencang. Menerusi perkongsian video beberapa pengguna media sosial, memaparkan ketulan kecil ais batu yang bertaburan di atas jalan. […]
Berita
Baru Sahaja Bergelar ‘Bapa’, Anggota Tentera Dilapor Meninggal Dunia Ketika Sesi Latihan
Baru Sahaja Bergelar ‘Bapa’, Anggota Tentera Dilapor Meninggal Dunia Ketika Sesi Latihan Seorang anggota tentera yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung, dilaporkan telah meninggal dunia ketika menjalani latihan di Kem Terendak, Melaka pada Selasa. Allahyarham LBdr, Mohd Izuan Hafiz Mohd Supian, 26, dari pasukan 361 Bti RAD (Para) dipercayai mengalami dehidrasi semasa sesi latihan […]
Berita
Belanjawan 2025: 44 Buah Sekolah Baharu Bakal Dibina
Belanjawan 2025: 44 Buah Sekolah Baharu Bakal Dibina Sektor pendidikan negara terus menjadi keutamaan kerajaan apabila menjadi penerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan baru-baru ini. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak RM64.1 bilion disediakan oleh kerajaan untuk Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2025. Ia merupakan kenaikan lebih RM5 bilion berbanding peruntukan terdahulu, […]
Berita
Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 5 Negeri Petang Ini
Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 5 Negeri Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 5 negeri bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini. Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook, cuaca buruk bakal melanda daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu. Keadaan tersebut turut bakal dialami mereka […]
Berita
Kejayaan SMART Di IRC Pakistan Bukti Pasukan Penyelamat Malaysia Diiktiraf Dunia – Ahmad Zahid
Kejayaan SMART Di IRC Pakistan Bukti Pasukan Penyelamat Malaysia Diiktiraf Dunia – Ahmad Zahid KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) memenangi tempat kedua keseluruhan di Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) sempena Asia Pacific Earthquake Exercise 2024 di Pakistan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan tahniahnya […]
Berita
MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Trami
MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Trami KOTA KINABALU, 23 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Trami yang dikesan berlaku 1,281 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang berlaku di Sabah. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 15.7 utara dan […]
Berita
Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Dikurnia Gelaran Profesor Diraja
Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Dikurnia Gelaran Profesor Diraja KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan profesor diraja kepada tokoh intelek Islam Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Istana Negara di sini. Syed Muhammad Naquib, 93, menerima pengiktirafan gelaran tertinggi dalam kalangan […]
Berita
Pengurniaan Profesor Diraja Jadi Pemangkin, Inspirasi Kepada Ahli Akademik – Zambry
Pengurniaan Profesor Diraja Jadi Pemangkin, Inspirasi Kepada Ahli Akademik – Zambry KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Pengurniaan bersejarah gelaran Profesor Diraja kepada Pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada seluruh rakyat terutama ahli akademik Malaysia. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr […]
Berita
Akan Datang, Pengguna Boleh Tambah Lagu Di Status WhatsApp
Akan Datang, Pengguna Boleh Tambah Lagu Di Status WhatsApp Penyedia platform komunikasi milik konglomerat Meta, WhatsApp kini dalam proses menguji kemas kini terbaru yang bakal membenarkan penggunanya menambah lagu menerusi kemas kini status mereka, lapor WA Beta Info. Menerusi satu perkongsian di laman X, ciri muzik untuk kemas kini status itu masih dalam proses pembangunan. […]
Berita
KPDN Kedah Kesan 580 Kenderaan Isi Minyak Berulang Dalam Sehari
KPDN Kedah Kesan 580 Kenderaan Isi Minyak Berulang Dalam Sehari BUKIT KAYU HITAM, 23 Okt (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mengesan 580 kenderaan membuat pengisian minyak secara berulang dalam sehari di beberapa stesen berbeza berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di sini. Pengarahnya Muhammad Nizam Jamaludin berkata pihaknya mengesan kegiatan itu […]