Berita

Warong Pok Nong Celup Tepung Ditutup Sementara
Warong Pok Nong Celup Tepung Ditutup Sementara Warung makanan laut celup tepung yang terkenal di Terengganu, Warong Pok Nong Celup Tepung, sememangnya destinasi wajib bagi peminat makanan laut. Sudah beroperasi lebih dua dekad, warung di Jalan Pantai, Kampung Telipot itu popular dengan menu istimewanya, termasuk ikan celup tepung, sotong celup tepung dan udang celup tepung. […]

Polis Berhak Periksa Telefon Orang Awam Jika Ada Syak Wasangka Munasabah – Razarudin
Polis Berhak Periksa Telefon Orang Awam Jika Ada Syak Wasangka Munasabah – Razarudin KUALA LUMPUR (Bernama) — Polis mempunyai hak untuk memeriksa telefon bimbit orang awam sekiranya ada syak wasangka atau maklumat berhubung seseorang disyaki melakukan kesalahan. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata perkara berkenaan termaktub di bawah Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur […]

Gempa Bumi 6.9 Magnitud Landa Barat Daya Jepun, Tsunami Setinggi 20cm
Gempa Bumi 6.9 Magnitud Landa Barat Daya Jepun, Tsunami Setinggi 20cm TOKYO, 13 Jan (Bernama) — Gempa bumi dengan magnitud awal 6.4 melanda barat daya Jepun pada Isnin, dengan amaran tsunami dikeluarkan bagi wilayah Miyazaki dan Kochi, lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan agensi cuaca Jepun. Agensi Meteorologi Jepun (JMA) kemudian menyemak semula magnitud […]

Lelaki Hilang Selepas Dibawa Arus Semasa Berenang Menyeberang Sungai
Lelaki Hilang Selepas Dibawa Arus Semasa Berenang Menyeberang Sungai SIBU, 13 Jan (Bernama) — Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata kejadian berlaku sekitar pukul […]

JAKIM Beri Penjelasan Isu Produk Sandwich Diragui Tanda Halal
JAKIM Beri Penjelasan Isu Produk Sandwich Diragui Tanda Halal KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk ‘Ham and Cheese Sandwich’ tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini di laman rasmi X (Twitter). Ia susulan Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima banyak pertanyaan di […]

Dokumen Tambahan: Kerajaan Akan Fail Permohonan Larangan Bersuara Dalam Kes Najib
Dokumen Tambahan: Kerajaan Akan Fail Permohonan Larangan Bersuara Dalam Kes Najib KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Kerajaan akan memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung dakwaannya mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara […]

Polis Rakam Keterangan Khairy Jamaluddin Hari Ini
Polis Rakam Keterangan Khairy Jamaluddin Hari Ini KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Polis akan merakam keterangan bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin petang ini, berhubung kenyataannya mengenai kewujudan dokumen tambahan membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pasukan Unit Siasatan […]

BAP Diagih Mulai Hari Ini Beri Manfaat Kepada 5.2 Juta Murid
BAP Diagih Mulai Hari Ini Beri Manfaat Kepada 5.2 Juta Murid JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) — Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak Rm150 untuk setiap murid Tahun Satu hingga Tingkatan Enam bagi sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini. Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata peruntukan RM791.25 juta yang diberikan secara one-off (sekali bayar) itu […]

Warga Malaysia Antara Yang Cedera Insiden Letupan Bom Berhampiran Balai Polis
Warga Malaysia Antara Yang Cedera Insiden Letupan Bom Berhampiran Balai Polis PATTANI, 13 Jan (Bernama) — Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, Selatan Thailand, pada pagi Isnin. Insiden itu berlaku pada kira-kira 8 pagi selepas majlis perbarisan anggota polis di balai berkenaan, […]

Seramai 8,909 Pelajar Ditawarkan Lanjut Pelajaran Di MRSM Tahun Ini
Seramai 8,909 Pelajar Ditawarkan Lanjut Pelajaran Di MRSM Tahun Ini KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Seramai 8,909 pelajar ditawarkan tempat bagi melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu dan Empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi kemasukan sesi 2025, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata pemohon yang berjaya telah memenuhi kelayakan minimum termasuk melepasi Ujian Kecenderungan […]

Bayi 6 Bulan Maut, Dipercayai Dibunuh Ibu Kandung Dengan Tragis
Bayi 6 Bulan Maut, Dipercayai Dibunuh Ibu Kandung Dengan Tragis Seorang wanita yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak kandungnya tergamak meragut nyawa si kecil yang baru berusia enam bulan. Kejadian ini dilaporkan berlaku pada Sabtu, sekitar jam 4 pagi, di Desa Way Areng, Kecamatan Mataram Baru, Lampung Timur, Indonesia. Difahamkan, suspek nekad berbuat demikian kerana dipercayai […]

Kenderaan Masuk Laluan Bertentangan Punca Enam Maut Di Semporna – Polis
Kenderaan Masuk Laluan Bertentangan Punca Enam Maut Di Semporna – Polis SEMPORNA, 13 Jan (Bernama) — Kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Jalan Semporna-Tawau di sini semalam berpunca akibat kereta dinaiki mangsa memasuki laluan bertentangan, kata Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol. Beliau berkata kereta dipandu lelaki berumur 34 yang dinaiki enam orang berumur antara enam bulan […]

Peruntukan Pembangunan Bola Sepak Malaysia Ditingkatkan Kepada RM30 Juta – PM Anwar
Peruntukan Pembangunan Bola Sepak Malaysia Ditingkatkan Kepada RM30 Juta – PM Anwar KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Peruntukan RM15 juta yang diumumkan pada Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak digandakan kepada RM30 juta dengan RM15 juta akan dibiayai pihak swasta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata […]

Enam Maut Dalam Kemalangan Di Semporna-Tawau
Enam Maut Dalam Kemalangan Di Semporna-Tawau SEMPORNA, 12 Jan (Bernama) — Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau di sini petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Madzlan Sarman ketika dihubungi berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, seorang kanak-kanak perempuan, dan seorang bayi lelaki. […]

Khabib Nurmagomedov Dihalau Keluar Daripada Pesawat
Khabib Nurmagomedov Dihalau Keluar Daripada Pesawat Bekas juara dunia Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov dipercayai diarah keluar daripada sebuah pesawat susulan terlibat dalam perselisihan faham dengan salah seorang pramugari. Memetik The Sun, insiden itu berlaku dalam sebuah pesawat yang dijadual berlepas dari Las Vegas ke Los Angeles. Kejadian itu berlaku apabila bekas petarung dari […]

Gelombang Kedua Banjir Di Johor Dijangka Bermula Rabu Hingga Sabtu Ini
Gelombang Kedua Banjir Di Johor Dijangka Bermula Rabu Hingga Sabtu Ini JOHOR BAHRU — Negeri di selatan tanah air iaitu Johor dijangka dilanda gelombang kedua bencana banjir antara Rabu hingga Sabtu depan, lapor Astro AWANI. Perkara itu diberitahu oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Beliau berkata demikian sewaktu […]

PLKN 3.0 Dilaksanakan Tiga Siri Tahun Ini Di Dua Kem
PLKN 3.0 Dilaksanakan Tiga Siri Tahun Ini Di Dua Kem KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bermula pada tahun ini selepas tujuh tahun dimansuhkan, akan dilaksanakan dalam tiga siri di dua kem. Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan PLKN 3.0 Siri 1/2025 diadakan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala […]

Periuk Api Antikereta Kebal “Tersilap Hantar” Ke Gudang Perabot
Periuk Api Antikereta Kebal “Tersilap Hantar” Ke Gudang Perabot WARSAW, 12 Jan (Bernama-dpa) — Kira-kira 240 periuk api antikereta kebal yang terlepas daripada pemeriksaan tentera Poland, secara tidak sengaja dihantar ke gudang sebuah syarikat perabot di negara itu, lapor agensi berita Jerman (dpa). Empat anggota tentera yang bertanggungjawab atas kecuaian itu berdepan hukuman penjara selama […]

62 Rumah, Masjid Musnah Dalam Kebakaran
62 Rumah, Masjid Musnah Dalam Kebakaran TAWAU, 12 Jan (Bernama) — Sebanyak 62 rumah dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di penempatan atas air di Kampung Sri Aman 2 di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 7.46 pagi. “Rumah-rumah di kawasan itu terlalu […]

Orang Ramai Dinasihati Waspada Kehadiran Ubur-Ubur Api Di Pantai
Orang Ramai Dinasihati Waspada Kehadiran Ubur-Ubur Api Di Pantai MARANG, 12 Jan (Bernama) — Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati kehadiran ratusan ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang kini terdampar di Pantai Rhu Muda di sini. Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Roswati Md Amin berkata spesies yang diklasifikasikan di bawah kumpulan hydrozoan marin itu […]