Berita

NVIDIA Setuju Labur, Bantu Malaysia Bangunkan Ekosistem & Pusat Data AI
Malaysia Bakal Menerima Pelaburan Besar Bagi Mewujudkan Teknologi AI Malaysia dilaporkan bakal menerima pelaburan dalam mewujudkan teknologi Kecerdesan Buatan (AI) daripada syarikat teknologi multinasional, NVIDIA. Perkara itu dikongsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran terbarunya di laman X sebentar tadi. Menurutnya, perkara itu berjaya direalisasikan selepas perbincangan penuh makna bersama Ketua Pegawai […]

Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Belanja Skill Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram
Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli seberat 68.94 kilogram semasa sedang bercuti di Sepanyol, lapor Daily Mail. Kejayaan itu sekaligus melayakkan, Joshua Davenport, 11, merangkul rekod Eropah kategori ikan air tawar terbesar yang pernah ditangkap oleh seorang kanak-kanak. Difahamkan, […]

Henti Komen Kes Kematian Zayn Rayyan – Polis Selangor
Henti Komen Kes Kematian Zayn Rayyan – Polis Selangor KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Polis menasihatkan orang orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selasa lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ini susulan […]

MB Terengganu Turun Ke Stadium Malam Ini, Ingatkan Penyokong Jangan Lupa Solat
MB Terengganu Turun Ke Stadium Malam Ini, Ingatkan Penyokong Jangan Lupa Solat Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilapor akan turut hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu FC. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya sebentar tadi. Menerusi hantaran tersebut, […]

Gelagat Final Piala Malaysia, Penyokong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin
Gelagat Final Piala Malaysia, Penyokong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin Bahang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 kian terasa. Penyokong pasukan yang bertanding, JDT dan Terengganu FC dilihat sudah mula membanjiri perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Menurut Stadium Astro, kawasan di sekitar perkarangan SNBJ sudah pun mula sesak dan meriah dengan kehadiran penyokong. […]

Ditinggalkan Pada 1937, Kamera Milik Pendaki Berjaya Ditemui Semula 85 Tahun Kemudian
Ditinggalkan Pada 1937, Kamera Milik Pendaki Berjaya Ditemui Semula 85 Tahun Kemudian Kamera yang dipasang dan ditinggalkan oleh seorang pendaki di kawasan pergunungan Yukon di Kanada pada 1937 berjaya ditemui semula 85 tahun kemudian. Menurut Unilad, selepas dianalisis, kamera itu didapati sempat merakam beberapa gambar panorama yang sangat indah. Kamera berkenaan dimiliki oleh seorang pendaki […]

Timbalan Menteri Indonesia Letak Jawatan Ekoran Dakwaan Rasuah
Timbalan Menteri Indonesia Letak Jawatan Ekoran Dakwaan Rasuah JAKARTA, 8 Dis (Bernama) — Presiden Joko Widodo menerima peletakan jawatan timbalan menteri Edward Omar Sharif Hiariej yang kini disiasat oleh agensi antirasuah KPK. Timbalan menteri undang-undang dan hak asasi manusia itu secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Isnin. “Presiden menerima surat peletakan jawatan Edward Omar hari ini,” […]

Rayuan Individu Layak Terima eMadani Tapi Permohonan Ditolak Sedang Dipertimbang – Ahmad Maslan
Rayuan Individu Layak Terima eMadani Tapi Permohonan Ditolak Sedang Dipertimbang – Ahmad Maslan PONTIAN — Rayuan individu yang layak menerima kredit eMadani tetapi permohonannya ditolak sedang dipertimbangkan semula oleh Kementerian Kewangan, lapor Sinar Harian. Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, pengumuman mengenai rayuan eMadani tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Jelasnya, keluhan […]

Perkeso Sahkan Laman Sesawang Digodam, Operasi Harian Tidak Terjejas
Perkeso Sahkan Laman Sesawang Digodam, Operasi Harian Tidak Terjejas KUALA LUMPUR — Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memaklumkan bahawa sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang pertubuhan itu telah diserang penggodam sejak Sabtu. PERKESO dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan perkara tersebut. Berikutan itu, pertubuhan itu memaklumkan telah menggerakkan pelan pengurusan krisis yang diaktifkan pada hari yang […]

Polis Mohon Bantuan Kesan Pelajar Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang
Polis Mohon Bantuan Kesan Pelajar Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam […]

“Dia Tak Pernah Kacau Orang,” Pengasuh Sifatkan Zayn Rayyan Anak Yang Baik
“Dia Tak Pernah Kacau Orang,” Pengasuh Sifatkan Zayn Rayyan Anak Yang Baik Kehilangan Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berusia enam tahun meninggalkan kesan yang mendalam terhadap orang ramai khususnya kenalan rapat keluarga mangsa termasuk pengasuhnya, Auni Afiqah Abas. Auni dalam satu temu bual ringkas berkata dia menyifatkan Zayn seorang kanak-kanak-kanak yang baik. “Masih terasa macam […]

Remaja Autisme Ditemui Meninggal Dunia Dalam Rumah
Remaja Autisme Ditemui Meninggal Dunia Dalam Rumah KUANTAN — Mayat seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU), 15, yang dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu ditemui di dalam sebuah bilik di rumah keluarganya di Kampung Padang Tenggala, Temerloh pada Selasa lalu, lapor Sinar Harian. Difahamkan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring oleh abangnya yang […]

Jenazah Zayn Rayyan Selamat Dikebumikan
Jenazah Zayn Rayyan Selamat Dikebumikan PETALING JAYA, (Bernama) — Jenazah kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini malam tadi. Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan yang dihadiri oleh ibu bapa, keluarga terdekat dan kenalan rapat kanak-kanak itu. Menantu kepada pengasuh Zayn Rayyan, Zaiton Abd […]

Zayn Rayyan Dipercayai Dibunuh Di Lokasi Lain Sebelum Mayat Diletakkan Di Anak Sungai
Zayn Rayyan Dipercayai Dibunuh Di Lokasi Lain Sebelum Mayat Diletakkan Di Anak Sungai PETALING JAYA, 7 Dis (Bernama) — Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai di Damansara Damai dekat sini dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya diletakkan di anak sungai terbabit. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit […]

Tiga Kanak-Kanak Ditemukan Lemas Di Kolam Buatan Di Kudat
Tiga Kanak-Kanak Ditemukan Lemas Di Kolam Buatan Di Kudat KOTA KINABALU, 7 Dis (Bernama) — Tiga kanak-kanak berusia antara 7 hingga 11 tahun ditemukan lemas ketika mandi di dalam sebuah kolam buatan di Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Ishak Jabas berkata berdasarkan maklumat awal, dua kanak-kanak lelaki terbabit […]

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Siasat Punca Kematian Adik Zayn Rayyan
Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Siasat Punca Kematian Adik Zayn Rayyan Polis dilaporkan telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas bagi menyiasat punca kematian adik Zayn Rayyan Abdul Matiin, lapor BERNAMA. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasukan berkenaan terdiri daripada pegawai dan anggota dari Jabatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Selain itu, ibu […]

Skor Rendah Daripada Purata, Kedudukan Malaysia Dalam PISA 2022 Merosot
Skor Rendah Daripada Purata, Kedudukan Malaysia Dalam PISA 2022 Merosot Kedudukan Malaysia dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022 bagi skor Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dilapor merosot. Laporan berkenaan mengukur tahap literasi dalam tiga domain iaitu Saintifik, Matematik dan Bacaan. Dalam penilaian domain Saintifik, Malaysia sekadar berada di kedudukan ke-52 dunia selepas mencatatkan […]

Gempa Bumi Kuat Berukuran 7.0 Magnitud Gegar Kepulauan Vanuatu
Gempa Bumi Kuat Berukuran 7.0 Magnitud Gegarkan Kepulauan Vanuatu Gempa bumi kuat berukuran 7.0 magnitud dilapor telah melanda Kepulauan Vanuatu pada jam 8.56 malam tadi. Menerusi kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 124 kilometer dan pusat gempa terletak pada jarak 894 km Barat dari Nadi, Fiji. Bagaimanapun, gempa […]

Keadaan Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Kurang Memuaskan, PSM Mohon Maaf
Keadaan Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Kurang Memuaskan, PSM Mohon Maaf Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf susulan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia, Jumaat ini. Permohonan maaf itu dibuat menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebooknya sebentar tadi. Menurut kenyataan itu, permohonaan […]

Telur Sepapan RM80 & 1 Liter Petrol RM55, Harga Barang Di Gaza Dilapor Melambung Tinggi
1 Kilo Tomato RM20 & 1 Liter Petrol RM55, Harga Barang Di Gaza Dilapor Melambung Tinggi Selepas dua bulan konflik meletus di Gaza, harga barang keperluan terutamanya barang mentah untuk penyediaan makanan disana dilapor naik melambung tinggi. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) MyCare yang berkongsi hantaran daripada Pengurus Besar MyCare di […]