Berita

Seram Sejuk, Wanita Terkejut Tangan Misteri ‘Ketiga’ Tiba-tiba Muncul Dalam Gambar
Seram Sejuk, Wanita Terkejut Tangan Misteri ‘Ketiga’ Tiba-tiba Muncul Dalam Gambar Seorang wanita Thailand terpaksa meminta bantuan kepakaran daripada beberapa jurugambar dan penyunting gambar untuk meneliti foto miliknya, baru-baru ini. Menurut The Thiger, wanita berkenaan memuat naik sekeping gambar potret milik kakaknya di TikTok, @ppynnpk pada 20 November lalu. Gambar potret tersebut menunjukkan seorang wanita […]

Lebih 9,000 Guru Baharu Mula Berkhidmat Tahun Depan
Lebih 9,000 Guru Baharu Mula Berkhidmat Tahun Depan KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Lebih 9,000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan Januari 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying. Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sudah memperoleh jumlah perjawatan guru baharu itu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan mereka akan melapor diri […]

KKR Salur Peruntukan Selenggara Laluan Persekutuan Di Pelabuhan Klang Tahun Depan
KKR Salur Peruntukan Selenggara Laluan Persekutuan Di Pelabuhan Klang Tahun Depan KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan akan memberi fokus kepada penyaluran peruntukan RM50 juta bagi menyelenggara Laluan Persekutuan yang sering digunakan oleh kenderaan berat di sekitar jalan Pelabuhan Klang, Selangor, tahun depan. KKR dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyaluran secara […]

Mawar Rashid & Raf Yaakob Sahkan Setuju Berpisah Atas Dasar Tiada Persefahaman
Mawar Rashid & Raf Yaakob Sahkan Setuju Berpisah Atas Dasar Tiada Persefahaman Spekulasi berhubung status terkini pelakon terkenal Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengesahkan bahawa mereka berdua bersetuju untuk berpisah. Perkara itu dimaklumkan olehnya dan Raf dalam satu perkongsian di Instagram Story hari ini. Mawar Rashid atau Wan Mawar […]

Inisiatif Bandar Mesra Usia Dijalankan Secara Berperingkat Di P.Pinang
Inisiatif Bandar Mesra Usia Dijalankan Secara Berperingkat Di P.Pinang GEORGE TOWN, 23 Nov (Bernama) — Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini diberitahu kerajaan negeri telah memperkenalkan inisiatif Bandar Mesra Usia yang dijalankan secara berperingkat bagi mewujudkan persekitaran yang mesra untuk semua lapisan masyarakat khususnya warga emas. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal […]

Selangor Pertimbang Perluas Jom Shopping Untuk Perayaan Krismas
Selangor Pertimbang Perluas Jom Shopping Untuk Perayaan Krismas SHAH ALAM, 23 Nov (Bernama) –– Kerajaan Selangor akan mempertimbang untuk memperluaskan Program Pemberian Bantuan Secara Baucar untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan (Program Jom Shopping) bagi perayaan Krismas. Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri V. Papparaidu berkata setakat ini, pemberian baucar hanya dilaksanakan kepada tiga perayaan […]

Situasi Covid-19 Di Malaysia Masih Terkawal – KKM
Situasi Covid-19 Di Malaysia Masih Terkawal – KKM PUTRAJAYA, 23 Nov (Bernama) — Kes COVID-19 meningkat 28 peratus kepada 2,305 kes pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) iaitu bagi tempoh 12 Nov hingga 18 Nov berbanding 1,801 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (KKM). Beliau berkata kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit […]

SPRM Beku Akaun Aman Palestin
SPRM Beku Akaun Aman Palestin PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat Pertubuhan Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan adalah RM15,868,762.00. SPRM dalam satu kenyataan berkata siasatan berhubung dakwaan pertubuhan itu menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai telah dijalankan sejak 17 […]

Tenang Mengadap Laut Bergelora, Tempat “Healing” Lain Macam Lelaki Ini Jadi Viral
Siap Boleh Nampak Pelantar Minyak ‘Naik Turun’, Tempat Healing Pak Cik Ini Sangat Rare Budaya ‘healing‘ dilihat sebagai satu aktiviti yang tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa sekarang. Antara perkara yang penting dalam aktiviti ‘healing‘ adalah suasana persekitaran yang membantu individu tersebut untuk mendapatkan ketenangan. Lazimnya, ramai yang pergi ke tempat-tempat yang memiliki […]

PIBG, Sekolah Perlu Saling Kerjasama Naik Taraf Tandas
PIBG, Sekolah Perlu Saling Kerjasama Naik Taraf Tandas MELAKA, 23 Nov (Bernama ) — Pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk peruntukan sekali beri sebanyak RM70,000 bagi menaik taraf dan penyelenggaraan tandas di sekolah oleh kerajaan tidak seharusnya ‘mematikan’ kerjasama antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan […]

Kutipan Cecah RM91.6 Juta Tapi Kemana Pergi Duit Zakat Negeri Sembilan?
Kutipan Cecah RM91.6 Juta Tapi Kemana Pergi Duit Zakat Negeri Sembilan? Bila sebut pasal zakat, tiada apa-apa pemodenan di dunia ini boleh mengubah bahawa mengeluarkan zakat itu wajib hukumnya seperti yang termaktub dalam rukun Islam yang keempat. Setiap tahun pusat kutipan zakat setiap negeri akan mengumumkan jumlah kutipan zakat dan masih ada segelintir netizen mempertikaikan […]

Harimau Malaya Dijangka Naik 7 Anak Tangga Dalam Ranking FIFA
Harimau Malaya Dijangka Naik 7 Anak Tangga Dalam Ranking FIFA Skuad kebangsaan Harimau Malaya dijangka akan lompat tujuh anak tangga dalam kemas kini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Perubahan kedudukan itu berlaku selepas kejayaan pasukan kebangsaan menewaskan Kygyzstan dan Taiwan dalam aksi Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027. Memetik […]

Hebat, Satelit Terkecil Di Dunia Buatan Malaysia Dilancarkan Ke Orbit Februari 2024
Hebat, Satelit Terkecil Di Dunia Buatan Malaysia Dilancarkan Ke Orbit Februari 2024 Satelit terkecil di dunia buatan Malaysia dilapor akan dilancarkan ke orbit Bumi pada Februari 2024 tahun hadapan. Perkara itu diumumkan oleh pemilik syarikat yang menghasilkan satelit tersebut, Indepencde X Aerospace, Izmir Yamin di laman Facebook miliknya. “Selepas bertahun-tahun bekerja keras, kami teruja untuk […]

Ramai Graduan Pilih Kerja Kampung, Boleh Jana Pendapatan 5 Angka Sebulan
Ramai sangka kerja kampung tak banyak untung. Kalau korang nak tahu, dengan perkembangan teknologi sekarang ni, peladang dan penternak antara golongan yang kaya di negara kita. Mereka bukan sahaja tak perlu risau isu bekalan beras atau daging, tapi pendapatan bulanan golongan peladang dan penternak ni boleh mencecah lima angka sebulan. Malah, mereka juga boleh menjana […]

Popular Dengan Watak Nanami Dalam JJK, Kenjiro Tsuda Jadi Pelakon Suara Garakakus Dalam Mechamato
Popular Dengan Watak Nanami Dalam JJK, Kenjiro Tsuda Jadi Pelakon Suara Garakakus Dalam Mechamato Filem animasi terkenal Malaysia, Mechamoto yang dilaporkan bakal ditayangkan di Jepun pada Januari depan telah menjadi buah mulut daripada peminat animasi terbabit. Apa yang menarik mengenai Mechamato untuk pasaran Jepun ini adalah penglibatan seorang pelakon suara terkenal negara tersebut, Kenjiro Tsuda. […]

Satu Keluarga Cemas, Diacu Parang Ketika Tidur & Disamun RM40,000
Satu Keluarga Cemas, Diacu Parang Ketika Tidur & Disamun RM40,000 Satu keluarga telah berdepan dengan situasi cemas apabila penyamun bertopeng telah mengacukan parang ketika sedang tidur di Nilai, awal pagi semalam. Menurut laporan Sinar Harian, keluarga berkenaan dilaporkan telah mengalami kerugian sehingga mencecah RM40,000 dalam insiden yang berlaku di sebuah taman perumahan di Lenggeng. Menurut […]

Kecewa Dengan Diri, Lelaki Nekad Berjalan Kaki 159km, “Saya Nak Buat Satu Pencapaian Hidup”
Kecewa Dengan Diri, Lelaki Nekad Berjalan 159km, “Saya Nak Buat Satu Pencapaian Hidup” Pada minggu lepas, seorang pengguna X telah menggegarkan warga maya apabila menceritakan pengalamannya berjalan kaki dari Damansara Utama sehingga ke Kota A Famosa yang memakan jarak kira-kira 159 kilometer. Pengguna, Manu Ram (@r00dran) dalam hantaran tersebut berkongsi secara terperinci bagaimana dia memulakan […]

Rezeki Musim Banjir, Penduduk Teruja Ikan Tapah Gergasi Seberat 75Kg Tersangkut Pada Pukat
Rezeki Musim Banjir, Penduduk Teruja Ikan Tapah Gergasi Seberat 75Kg Tersangkut Pada Pukat KUALA TERENGGANU — Seekor ikan tapah ‘gergasi’ seberat 75 kilogram (kg) berjaya dibawa naik di Sungai Nerus pada Isnin, lapor Sinar Harian. Difahamkan, kira-kira 30 minit masa yang diperlukan oleh empat orang penduduk dari Kampung Kuala Belara, Manir untuk membawa naik ikan […]

Banjir: 34 Sekolah Ditutup Di Terengganu
Banjir: 34 Sekolah Ditutup Di Terengganu KUALA TERENGGANU, 22 Nov (Bernama) — Sebanyak 34 sekolah di tiga daerah di Terengganu terpaksa ditutup ekoran situasi banjir gelombang pertama yang melanda negeri ini sejak Isnin lepas. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (Sektor Pengurusan Sekolah) Azman Othman @ Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 25 buah sekolah ditutup […]

Polis Terima Satu Lagi Ancaman Bom Sekolah Antarabangsa
Polis Terima Satu Lagi Ancaman Bom Sekolah Antarabangsa KAJANG, 22 Nov (Bernama) — Polis mengesahkan menerima satu lagi laporan ancaman bom di sebuah sekolah antarabangsa di sini kira-kira 8 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata e-mel ancaman bom itu bertarikh 21 Nov, namun hanya disedari pihak sekolah awal pagi ini. Beliau […]