Berita

Berita
Didapati Bersalah Merogol, Dani Alves Dijatuhi Hukuman Penjara
Didapati Bersalah Merogol, Dani Alves Dijatuhi Hukuman Penjara Mahkamah di Sepanyol memutuskan bekas pemain Barcelona dan skuad kebangsaan Brazil, Dani Alves bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kelab malam, lapor BBC. Susulan itu, Alves dijatuhkan hukuman penjara selama empat setengah tahun selepas disabitkan bersalah dalam perbicaraan. Sebelum ini, pemain berusia 40 tahun itu […]
Berita
Seorang Anggota Tentera Maut, Lima Lagi Cedera Lori Dinaiki Terbalik
JITRA, 22 Feb (Bernama) — Seorang anggota tentera maut manakala lima lagi cedera selepas lori tentera yang membawa muatan makanan, terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Kampung Bukit Kechik Changlun, dekat sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu DSP Chien Chunng Tsaur berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, pada 1.30 tengah […]
Berita
Bawa Anak Berkhatan Di Fasiliti Berdaftar Dengan KKM – Dr DZulkefly
Bawa Anak Berkhatan Di Fasiliti Berdaftar Dengan KKM – Dr DZulkefly Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pihaknya memandang serius mengenai peningkatan bilangan kes rujukan ke hospital-hospital KKM bagi kanak-kanak yang mengalami komplikasi selepas berkhatan. Justeru, ibu bapa dinasihatkan untuk membawa anak-anak berkhatan di fasiliti yang berdaftar dengan KKM. Menterinya, Datuk Seri Dr DZulkefly Ahmad berkata […]
Berita
Pengguna Panik & Terjatuh, Eskalator Tiba-tiba Bergerak Lawan Arah
Pengguna Panik & Terjatuh, Eskalator Tiba-tiba Bergerak Lawan Arah Sebuah video yang menunjukkan eskalator tiba-tiba bertukar arah lalu menyebabkan beberapa pengguna terjatuh menjadi tular di media sosial. Memetik CNN Indonesia, kejadian itu dipercayai berlaku di Stesen Kereta Api Elektrik (KRL) Manggarai, Jakarta Selatan pada Rabu, semalam. Menurut portal berkenaan, eskalator yang menghubungkan antara platform 11/12 […]
Berita
Siasatan Kes Zayn Rayyan Tidak Pernah Dihentikan – Pengarah JSJ Bukit Aman
Siasatan Kes Zayn Rayyan Tidak Pernah Dihentikan – Pengarah JSJ Bukit Aman KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang kini sudah memasuki lebih dua bulan selepas tragedi itu berlaku di Damansara Damai, Petaling Jaya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit […]
Berita
Bufet Sajian Senja Tampilkan Juadah Istimewa Sempena Ramadan Ini
Bufet Sajian Senja Tampilkan Juadah Istimewa Sempena Ramadan Ini Bufet sajian Senja yang dibawakan oleh Hyatt Place Kuala Lumpur pada bulan Ramadan menampilkan hidangan yang menarik berdasarkan budaya Malaysia yang bakal dimulakan pada 14 Mac hingga 5 April ini. Pengurusnya, Bennett Peter berkata Sajian Senja muhibbah klasik menjanjikan hidangan mewah tempatan kegemaran semua orang dalam […]
Berita
KPWKM Lancar Pusat Sokongan Sosial Setempat Transit Pertama Di Malaysia
Pusat Sokongan Sosial Setempat Transit Pertama Di Malaysia Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Shukri telah merasmikan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Transit pertama di Malaysia, beberapa hari lepas. Menurut KPWKM, PSSS Transit di Kelantan merupakan inisiatif kementerian itu melalui Yayasan Kebajikan Negara, bagi menangani isu psikososial dalam masyarakat. “Pusat ini […]
Berita
Program Graduan Kijang Dibuka, Tawar Peluang Bertugas Di BNM
Program Graduan Kijang Dibuka, Tawar Peluang Bertugas Di BNM Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyertai Program Graduan Kijang. Program berkenaan difahamkan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang cara pengurusan di BNM. Menurut BNM, program itu juga akan memberikan pendedahan yang unik kepada peranan Bank Negara Malaysia […]
Berita
Tiga Fosil Haiwan Prasejarah Yang Berbeza Ditemui Di Khon Kaen
Tiga Fosil Haiwan Prasejarah Yang Berbeza Ditemui Di Khon Kaen BANGKOK — Sebanyak tiga fosil haiwan prasejarah ditemukan di wilayah Tambon Muang Wan di daerah Nam Phong, Khon Kaen Thailand, lapor The Thaiger. Penemuan itu dilakukan pasukan ahli paleontologi dari Jabatan Sumber Mineral yang diketuai oleh Sasa-On Khansubha bersama Muzium Dinosaur Sirindhorn di Kalasin. Berdasarkan […]
Berita
Lelaki Raih RM500 Mengemis 4-5 Jam Di Pasar Malam, Miliki Proton X70
Lelaki Raih RM500 Mengemis 4-5 Jam Di Pasar Malam, Miliki Proton X70 Seorang lelaki diberi amaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Maran selepas didapati menjadikan aktviti mengemis di Pasar Malam Sri Jaya sebagai sumber pendapatannya. Apa yang mengejutkan, lelaki berkenaan turut memiliki kenderaan Proton X70 Premium. Perkara itu didedahkan oleh JKM Maran menerusi satu hantaran […]
Berita
29,000 Jururawat Singapura Bakal Terima ‘Bonus’ RM356,000
29,000 Jururawat Singapura Bakal Terima ‘Bonus’ RM356,000 Kira-kira 29,000 jururawat di Singapura dilapor bakal menerima bayaran sebanyak $100,000 (RM356,000) sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Berita gembira berkenaan diumumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung baru-baru ini. Menurut The Straits Times, bayaran itu diberi di bawah skim pengekalan jangka panjang baharu buat jururawat di negara […]
Luar Negara
Buaya Albino Terpaksa Jalani Pembedahan, Tertelan 70 Keping Syiling 
Buaya Albino Terpaksa Jalani Pembedahan, Tertelan 70 Keping Syiling NEBRASKA — Seekor buaya jenis albino berusia 36 tahun berdepan nasib malang selepas terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan 70 keping syiling dari dalam perut, lapor BBC. Buaya yang diberikan nama Thibodaux itu merupakan reptilia yang jarang ditemui dan merupakan salah seekor daripada 10 buaya yang ditempatkan di […]
Berita
Menteri Hal Ehwal Agama Siasat Isu Eksploitasi Nasab Suci Nabi
Menteri Hal Ehwal Agama Siasat Isu Eksploitasi Nasab Suci Nabi PUTRAJAYA — Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyiasat pendedahan yang dinyatakan dalam laporan akhbar tempatan bertajuk “Eksploitasi Nasab Suci Nabi”. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Haji Mokhtar berkata […]
Polis Tahan Lelaki Tunjuk Aksi “Drift”, Rempuh Kenderaan Lain
Polis Tahan Lelaki Tunjuk Aksi “Drift”, Rempuh Kenderaan Lain BATU PAHAT — Tindakan seorang lelaki melakukan aksi ‘drift‘ memakan diri apabila ditahan pihak polis selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sehingga melanggar sebuah kenderaan yang diparkir di Jalan Desa Botani 1, Taman Desa semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata […]
Berita
Messi Minta Maaf, Jelaskan Sebab Sebenar Tak Main Di Hong Kong
Messi Minta Maaf, Jelaskan Sebab Sebenar Tak Main Di Hong Kong Pemain bola sepak prolifik, Lionel Messi telah memohon maaf dan menjelaskan mengapa beliau tidak menyertai perlawanan persahabatan Inter Miami-Hong Kong baru-baru ini. Beliau telah membuat hantaran video menjelaskan perkara tersebut menerusi platform media sosial terbesar di China, Weibo. Sebelum itu, Messi dilaporkan tidak bermain […]
Berita
Satelit ERS-2 Bakal Jatuh Ke Bumi Selepas Hampir 30 Tahun Di Angkasa
Satelit ERS-2 Bakal Jatuh Ke Bumi Selepas Hampir 30 Tahun Di Angkasa LONDON, 21 Feb (Bernama-dpa) — Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) pada Rabu menjangkakan satelit European Remote Sensing ERS-2 akan terhempas ke Bumi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). ERS-2 telah dilancarkan pada 1995 menyusuli satelit ERS-1 yang telah dilancarkan empat tahun sebelumnya. Kedua-dua satelit […]
Berita
Lebih 25,000 Pengunjung “Banjiri” Melaka Semalam
Lebih 25,000 Pengunjung “Banjiri” Melaka Semalam Puluhan ribu pengunjung dilaporkan membanjiri negeri Melaka bersempena hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Ke-68 pada 20 Februari (Selasa) semalam. Menurut Muzium & Galeri Melaka dalam satu perkongsian di Facebook rasmi, seramai 28,648 orang pengunjung hadir berkunjung ke rangkaian muzium-muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka […]
Berita
Meninggal Dalam Kereta: Wanita Dipercayai Berehat Tanpa Buka Tingkap Kereta
Meninggal Dalam Kereta: Wanita Dipercayai Berehat Tanpa Buka Tingkap Kereta IPOH — Seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir berhadapan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam didapati tertidur ketika menjaga bapa yang sakit di wad hospital berkenaan. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata mangsa […]
Berita
Cara Mohon Kursus Sijil Veterinar Malaysia, Yuran Percuma & Elaun RM200 Sebulan
Cara Mohon Kursus Sijil Veterinar Malaysia, Yuran Percuma & Elaun RM200 Sebulan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempelawa rakyat Malaysia yang berminat untuk mengambil kursus Sijil Veterinar Malaysia (SVM) secara percuma. Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi jabatan tersebut. Menurut laman web jabatan berkenaa, pengambilan SVM […]
Berita
Geng Subuh Macam Jumaat: Masjid Putra Jemput Sonny Bill Williams
Geng Subuh Macam Jumaat: Masjid Putra Jemput Sonny Bill Williams Kempen Subuh Macam Jumaat terus disemarakkan dalam kalangan kariah masjid selepas ia mula diperkenalkan selebriti terkenal Alif Satar sejak tahun lalu. Gelombang kempen itu diteruskan lagi kali ini oleh Masjid Putra dengan menampilkan legenda ragbi, Sonny Bill Williams pada 25 Februari (Ahad) ini. Dalam satu […]