Berita

Starbucks Malaysia Lancarkan Kedai Bahasa Isyarat Pertama Di Borneo, Tawarkan Pekerjaan Kepada Golongan OKU Pendengaran
KUCHING, SARAWAK (17 Ogos 2023) – Hari ini, Starbucks Malaysia dengan bangganya mengumumkan pembukaan ‘Starbucks Signing Store’ atau Kedai Bahasa Isyarat pertamanya di Borneo, terletak di Vivacity Megamall, Kuching. Kedai ini menandakan tonggak penting di pasaran sebagai Kedai Bahasa Isyarat ketiga di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kedai ini bertujuan untuk meningkatkan masyarakat […]

Auto Rasa Macam Olimpik, Hari Sukan Sekolah Meriah Diulas Zainal Abidin Rawop
Auto Rasa Macam Olimpik, Hari Sukan Sekolah Meriah Diulas Zainal Abidin Rawop Hari sukan sekolah merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap warga sekolah, khususnya para murid-murid yang gemar bersukan. Selain menghilangkan rasa stres belajar, hari sukan sekolah berperanan untuk mencari bakat ‘terpendam’ dalam kalangan murid di sekolah. Mana tahu, terdapat kebarangkalian bahawa adanya permata […]

Presiden ISTAF Charouck Meninggal Dunia
Presiden ISTAF Charouck Meninggal Dunia KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Arena sepak takraw dunia hari ini menerima perkhabaran duka susulan pemergian Presiden Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Charouck Arirachakaran, yang meninggal dunia di kediamannya di Bangkok, hari ini. Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, berkata mendiang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 91 tahun pada kira-kira jam 4 petang tadi (waktu […]

Nahas Pesawat: Polis Ambil Alih Siasatan Jika Wujud ‘Foul-Play’
Nahas Pesawat: Polis Ambil Alih Siasatan Jika Wujud ‘Foul-Play’ KLANG, 21 Ogos (Bernama) — Polis akan mengambil alih siasatan terhadap kejadian nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, pada Khamis lepas sekiranya terdapat unsur jenayah ataupun ‘foul play’. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan akan dijalankan sekiranya dimaklumkan berlaku unsur tersebut oleh Biro Siasatan […]

Sultan Selangor Tegur Ahli Politik Guna Kata Kesat & Biadap, “Mana Hilang Budi Bahasa?”
Sultan Selangor Tegur Ahli Politik Guna Kata Kesat & Biadap, “Mana Hilang Budi Bahasa?” Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur sikap sesetengah wakil rakyat yang menggunakan kata-kata kesat dan biadap, selain turut mengheret institusi raja ke dalam ceramah. Lapor Awani, baginda mengingatkan supaya ahli-ahli politik yang mempunyai kemasyhuran tidak memperlekehkan sesiapa yang tidak sefahaman […]

“Jadi Ada Kesinambungan…” Zoo Negara Cari Pasangan Betina Untuk Oyen
“Jadi Ada Kesinambungan…” Zoo Negara Cari Pasangan Betina Untuk Oyen Siapa sahaja yang tidak mengenali binatang berbulus, Oren atau lebih dikenali Oyen yang sering berkeliaran dengan kapibara di Zoo Negara? Disebabkan sering melepak di kawasan yang dikhususkan untuk kapibara, pihak Zoo Negara membuat keputusan untuk menjadikan Oyen sebagai ‘penduduk’ tetap di kandang itu. Dahulunya, papan […]

Makan Karipap Guna Sarung Tangan, Jep Sepahtu Mengaku Hidap OCD
Makan Karipap Guna Sarung Tangan, Jep Sepahtu Mengaku Hidap OCD Pelawak terkenal, Jep Sepahtu mendedahkan bahawa dirinya menghidap penyakit yang dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Perkara itu hanya diketahui selepas dia diusik oleh penyampai radio, Linda Onn kerana memegang sebiji kuih karipap dengan menggunakan sarung tangan plastik. “Jep pusing sini kejap, pusing kejap nak […]

Cukup-cukuplah Berpolitik, Fikir Masa Depan Negeri, Rakyat – Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar semua ahli politik berhenti berpolitik, sebaliknya memberikan fokus kepada masa depan rakyat, negeri dan negara, lapor Awani. Titah baginda, dirinya sendiri turut berasa sudah ‘penat’ dengan senario politik hari ini yang masih belum reda saban hari. Sebaliknya baginda berharap agar Selangor bangkit dari segi pertumbuhan ekonomi dan perpaduan […]

KKM Kesan Tiga Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual
KKM Kesan Tiga Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual. KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan bahawa produk yang dikenal pasti adalah BL Ledehh Day Cream 2 (mengandungi Merkuri), BL Ledehh Night Cream (mengandungi Merkuri) dan For U Night Cream 15 gram […]

Kekal Bertahan, Aksi Lipas ‘Melekat’ Di Luar Tingkap Kapal Terbang Curi Tumpuan
Kekal Bertahan, Aksi Lipas ‘Melekat’ Di Luar Tingkap Kapal Terbang Curi Tumpuan YUNNAN — Seekor lipas dipercayai ‘melekat’ pada cermin tingkap sebuah kapal terbang baru- baru ini lapor Dim Sum Daily. Difahamkan, kejadian itu disedari oleh salah seorang penumpang ketika menaiki pesawat itu. Adegan tak diduga itu nyata mencuit hati ramai warganet. Menurut laporan media […]

10 ADUN Angkat Sumpah Exco Kedah
10 ADUN Angkat Sumpah Exco Kedah ALOR SETAR, 21 Ogos (Bernama) — Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) termasuk tujuh muka baharu hari ini. Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, […]

Speaker Pahang Serah Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR
Speaker Pahang Serah Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR KUANTAN, 21 Ogos (Bernama) — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin hari ini menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun. Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli […]

Bot ‘Pulang’ Tanpa Penumpang, Dua Pemancing Dikhuatiri Hilang Di Labuan
Bot ‘Pulang’ Tanpa Penumpang, Dua Pemancing Dikhuatiri Hilang Di Labuan LABUAN, 21 Ogos (Bernama) — Dua pemuda dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka untuk keluar memancing ditemukan terapung tanpa anak kapal berdekatan jeti Kiamsam awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan memberitahu Bernama operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bagi mencari […]

Amirudin Angkat Sumpah MB Selangor Bagi Penggal Kedua
Amirudin Angkat Sumpah MB Selangor Bagi Penggal Kedua KLANG, 21 Ogos (Bernama) — Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari hari ini secara rasmi dilantik sebagai Menteri Besar negeri ini bagi penggal kedua. Amirudin, 43, mengangkat sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berlangsung di Balairung Seri, […]

Nak Luang Lebih Masa Dengan Keluarga, Hairul Azreen Umum Berhenti Berlakon
Nak Luang Lebih Masa Dengan Keluarga, Hairul Azreen Umum Berhenti Berlakon Pelakon lelaki popular, Hairul Azreen hari ini mengumumkan bahawa dia bakal bersara dalam bidang lakonan. Pengumuman itu nyata mengejutkan para penyampai radio sewaktu dia memberikan ucapan dalam rancangan radio Era FM awal pagi ini. Jelasnya, dia telah berpuas hati dengan pencapaiannya dalam bidang tersebut […]

PM Jalani Pembedahan Kecil Gigi Di HKL
PM Jalani Pembedahan Kecil Gigi Di HKL KUALA LUMPUR, (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di Hospital Kuala Lumpur di sini. Anwar, yang juga Menteri Kewangan, memaklumkan perkara itu menerusi hantaran ringkas di laman Facebook semalam. BACA JUGA: PM Anwar Gagal Tahan Sebak, Air Mata Menitis Ketika Melawat Keluarga […]

Jangan Mudah Koyak – MB Kelantan
Jangan Mudah Koyak – MB Kelantan “Kita kalau hendak terlibat dalam politik jangan mudah koyak,” demikian nasihat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kepada pihak lawan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PN). Kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau mengulas tindakan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Kota Lama yang menuntut permohonan […]

Sape Bakal Dipamer Di Muzium Sukan Asia China
Sape Bakal Dipamer Di Muzium Sukan Asia China KUCHING, 20 Ogos (Bernama) — Sape atau sampe, sejenis alat muzik tradisional petik bertali yang dimainkan oleh masyarakat Orang Ulu di Sarawak, telah dipilih untuk dipamerkan sebagai antara kraf budaya Malaysia di Muzium Sukan Asia di Hangzhou, China. Timbalan Pengarah Komunikasi Pemasaran dan Pengaktifan Proton Holdings Bhd (Proton) Steven Zhou […]

“Dah Lewat Tempoh Pendaftaran” FAM Nafi Kenyataan Zamsaham
FAM Nafi Kenyataan Zamsaham, Sudah Lewati Tempoh Pendaftaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman adalah tidak benar, sebaliknya pasukan bola sepak itu yang melewati tempoh pendaftaran yang ditetapkan. Setiausaha Agung FAM Noor Azman Hj Rahman berkata FAM telah mencuba sehabis baik untuk membantu Kelantan FC. “Ini kerana, […]

Klasik, Remy Ishak Pilih Nama Bercirikan Kemelayuan Untuk Anak Lelaki
Klasik, Remy Ishak Pilih Nama Bercirikan Kemelayuan Untuk Anak Lelakinya Meletakkan nama anak lelakinya sebagai Tuah Alam, pelakon Remy Ishak mendedahkan mahu memilih dan mengetengahkan nama yang berasaskan unsur Melayu. Lapor Sinar Harian, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei mengatakan impian untuk menamakan anak dengan unsur kemelayuan telah difikirkan sejak dia bujang lagi. Ujarnya, perkara […]