Berita

Iran Antara Lima Negara Utama Sebagai Kuasa Besar Teknologi Masa Depan
Iran Antara Lima Negara Utama Sebagai Kuasa Besar Teknologi Masa Depan TEHRAN, 26 April (Bernama-IRNA) — Iran adalah antara lima negara dalam perlumbaan untuk menjadi kuasa besar teknologi masa depan, menurut laporan terbaru oleh Institut Dasar Strategik Australia, lapor IRNA. “Perlumbaan untuk menjadi kuasa teknologi paling penting seterusnya adalah antara UK dan India, kedua-duanya mengisi tempat dalam […]

Kena “Reject” Hampir 100 Kali, Lelaki Akhirnya Berjaya Jadi Peguam
Kena “Reject” Hampir 100 Kali, Lelaki Akhirnya Berjaya Jadi Peguam Seorang lelaki yang pernah ditolak hampir 100 kali dalam temu duga akhirnya berjaya mendapat pekerjaan impiannya sebagai seorang peguam. Walaupun memiliki tiga ijazah termasuk ijazah sarjana, Taz Aldekk, 29, terpaksa menerima hakikat bahawa semua kelayakan tersebut belum mampu menjamin peluang pekerjaan untuknya. Akibat desakan hidup, […]

Tokoh Ulama Berpengaruh Iran, Ayatollah Abbas Ali Soleimani Maut Dibunuh
Tokoh Ulama Berpengaruh Iran, Ayatollah Abbas Ali Soleimani Maut Dibunuh Tokoh ulama berpengaruh Iran, Ayatollah Abbas Ali Soleimani dibunuh dalam satu serangan bersenjata, lapor media tempatan Rabu ini. “Ayatollah Abbas Ali Soleimani dibunuh dalam satu serangan bersenjata dan pelakunya turut diberkas,” lapor agensi berita IRNA dengan memetik sumber rasmi. Difahamkan, serangan tersebut berlaku di bandar Babolsar, […]

Empat Mat Rempit Ditahan Merusuh, Pukul Anggota Polis Bertugas Op Selamat
Empat Mat Rempit Ditahan Merusuh, Pukul Anggota Polis Bertugas Op Selamat JOHOR BAHRU, 26 April (Bernama) — Polis menahan empat individu kerana dipercayai merusuh dan memukul seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Op Selamat di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, pada 23 April lepas. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua […]

Konflik Sudan: Ragut Lebih 400 Nyawa, Apa Yang Berlaku Sebenarnya?
Konflik Sudan: Apa Yang Berlaku Sebenarnya? Sudan ketika ini berdepan dengan konflik bersenjata sejak beberapa minggu yang lalu. Setakat ini, dilaporkan angka korban melibatkan orang awam sudah pun mencecah angka ratusan orang. Pertempuran yang tercetus di ibu negara, Khartoum dan beberapa kawasan lain berpunca dari perebutan kuasa yang berlaku dalam kepimpinan tentera negara. Pertembungan ini […]

Berlumba Dengan Masa, Saintis Gerudi Ais Purba Artik & Simpan Untuk Masa Depan
Berlumba Dengan Masa, Saintis Gerudi Ais Purba Artik & Simpan Untuk Masa Depan Sekumpulan saintis kini sedang berkumpul di Artik bagi memulakan penggerudian untuk mendapatkan sampel ais purba di benua itu. Sampel berkenaan untuk tujuan analisis masa hadapan sebelum ais di kawasan itu mencair akibat perubahan iklim. Penyelidik dari Itali, Perancis dan Norway yang terlibat […]

Ala-Ala GTA, Budak Bawa Lari Bas & Pandu Keliling Singapura
Ala-Ala GTA, Kanak-kanak Lelaki Bawa Lari Bas Keliling Singapura Seorang kanak-kanak lelaki didakwa mencuri dan membawa bas mengelilingi Singapura atas sebab suka-suka, baru-baru ini. Difahamkan, selepas mencuri sebuah bas yang diparkir di Tampine, kanak-kanak berkenaan didakwa memandunya mengelilingi negara berkenaan sebelum terlibat dalam kemalangan dan meninggalkan bas itu. Tindakan kanak-kanak ini yang tidak ubah seperti […]

Yayasan Albukhary Tidak Perlu Merayu Jika Pengecualian Cukai Tidak Dibatalkan – Muhyiddin
Yayasan Albukhary Tidak Perlu Merayu Jika Pengecualian Cukai Tidak Dibatalkan – Muhyiddin KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Yayasan Albukhary tidak perlu membuat rayuan berhubung pengecualian cukai sekiranya ia tidak dibatalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang merupakan agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Dalam […]

Panggilan Video Isteri Selamatkan Suami Dalam Kejadian Rompakan Pelantar Minyak Di Pasir Gudang
Panggilan Video Isteri Selamatkan Suami Dalam Kejadian Rompakan Pelantar Minyak Di Pasir Gudang KOTA TINGGI, 26 April (Bernama) — Panggilan video isteri kepada seorang daripada kru pelantar minyak di Pelabuhan Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, menjadi penyelamat apabila suami dan rakan sekerjanya menjadi mangsa rompakan sekumpulan lelaki di pelantar tersebut, Isnin lepas. Timbalan Ketua Pengarah […]

4 Suspek Diberkas, Dipercayai Rompak Pelantar Minyak Di Tanjung Langsat
Empat orang suspek ditahan kerana dipercayai merompak sebuah pelantar di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor dua hari lepas. Memetik Sinar Harian, empat orang lelaki termasuk dua beradik warga tempatan telah diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada Selasa. Suspek ditahan ketika melakukan rompakan di pelantar minyak yang berada di kedudukan 0.7 batu nautika, timur laut […]

Tadika Pasti, Dua Premis Bangunan Di Kg Jalan Kebun Terbakar
Tadika Pasti, Dua Premis Bangunan Di Kg Jalan Kebun Terbakar SHAH ALAM, 26 April (Bernama) — Sebuah bangunan tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Kg Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini musnah dalam kebakaran tengah hari tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.37 tengah hari dan […]

30 Warga Malaysia Selamat Tinggalkan Sudan Menuju Ke Jeddah
30 Warga Malaysia Selamat Tinggalkan Sudan Menuju Ke Jeddah 30 warganegara Malaysia telah selamat berlepas dari Port Sudan ke Jeddah, Arab Saudi. Mereka diselamatkan oleh kapal Tentera Laut Arab Saudi selepas perjalanan panjang selama 30 jam melalui darat bermula dari Khartoum. Perjalanan melintasi Laut Merah dijangka mengambil sekurang-kurangnya 12 jam. Perkara ini disahkan sendiri oleh […]

Polis Buru Dua Suspek Buat “Wheelie”
Polis Buru Dua Suspek Buat “Wheelie” Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan dua suspek yang didapati melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Rosdi Bin Daud berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu telah membuat serbuan di sebuah rumah di Peringat dan telah merampas sebuah […]

Polis Tahan Empat Individu Terlibat Kes Larikan Lelaki Di Alor Setar
Polis Tahan Empat Individu Terlibat Kes Larikan Lelaki Di Alor Setar ALOR SETAR, 26 April (Bernama) — Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita secara berasingan semalam, dipercayai terlibat dalam kes melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana di sini pada Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat […]

Profesor Wanita Melayu Pertama, Fatimah Hamid Don Meninggal Dunia
Profesor Wanita Melayu Pertama, Fatimah Hamid Don Meninggal Dunia KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Profesor wanita Melayu pertama, Puan Sri Profesor Dr Fatimah Hamid Don meninggal dunia pada usia 89 tahun awal pagi ini. Anak Allahyarham, Dr Fawziah Tan Sri Ishak berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 2.35 pagi ketika dalam fasa pemulihan selepas mengalami strok sejak setahun lepas, di Hospital […]

Padah Merempit Ketika Aidilfitri, Empat Remaja Ditahan Polis
Padah Merempit Ketika Aidilfitri, Empat Remaja Ditahan Polis Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah berjaya menahan empat remaja yang melakukan aksi rempit di sekitar ibu negara pada Selasa, lapor Sinar Harian. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi Op Selamat 20/2023 yang bermula jam 1.30 pagi […]

Gandingan Capybara Dan ‘Si Penyamar’ Lonjak Bilangan Pengunjung Zoo Negara
Gandingan Capybara Dan ‘Si Penyamar’ Lonjak Bilangan Pengunjung Zoo Negara KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Cuaca tengah hari itu panas serta lembap. Kelihatan beberapa orang pengunjung Zoo Negara berjalan santai, sebelum berhenti sejenak untuk melihat sekumpulan capybara mengunyah pucuk dan daun di atas papan kayu, terletak sekitar dua meter dari tanah. Capybara adalah spesies […]

KKM Arah Dua Produk Mi Segera Ditarik Balik Dari Pasaran
KKM Arah Dua Produk Mi Segera Ditarik Balik Dari Pasaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan dua produk Mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Alai dan Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial ditarik balik secara sukarela dari pasaran tempatan. Arahan tersebut dikeluarkan susulan daripada Pihak Berkuasa Taiwan mengesan ethylene oxide terdapat di dalam kedua-dua […]

Remaja 15 Tahun Tertinggal Di RnR Tapah
Remaja 15 Tahun Tertinggal Di RnR Tapah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia (JSPT PDRM) semalam melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun tertinggal oleh ibu bapanya di Petronas Hentian Rehat dan Rawat Tapah (Arah Utara). Ibu bapanya tidak sedar bahawa anak mereka itu tiada di dalam kenderaan ketika meneruskan perjalanan. Petuga EMPV Sektor 7 […]

Lelaki Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang
Lelaki Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang SUNGAI PETANI, 26 April (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Waja yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di hadapan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa S.Karthigesu, 52, yang […]