Berita

Rafizi: Ini 4 Sebab Kenapa Kerajaan Tak Benar Keluar KWSP
Baru-baru ini, topik berkaitan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hangat diperkatakan oleh beberapa pihak terutamanya Ahli Parlimen Pembangkang yang mahu usul itu dibenarkan oleh kerajaan. Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh selepas pembangkang tidak berpuas hati apabila permintaan untuk membahaskan isu pengeluaran KWSP bersasar ditolak dan bertindak untuk keluar dewan. Oleh hal yang […]

Polis Buru Suspek Samun 70 iPhone, Tetak Pengawal Keselamatan
Polis Buru Suspek Samun 70 iPhone, Tetak Pengawal Keselamatan TELUK INTAN, 3 April (Bernama) — Polis Hilir Perak memburu suspek yang melarikan kira-kira 70 unit telefon pintar iPhone bernilai hampir RM300,000 dalam kejadian samun di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, di sini awal pagi semalam. Ketua Polis Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam […]

Tidak Benar Keluar KWSP, Kerajaan Bertanggungjawab Lindungi Rakyat – Rafizi
Tidak Benar Keluar KWSP, Kerajaan Bertanggungjawab Lindungi Rakyat – Rafizi KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi rakyat terutamanya golongan yang berisiko seperti pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua. Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata oleh sebab itu kerajaan tidak membenarkan permohonan untuk mengeluarkan caruman KWSP […]

KWSP: ‘Rakyat Susah, Resah, Ada Yang Nak Jual Buah Pinggang’ – Dakwa WAF
KWSP: ‘Rakyat Susah, Resah, Ada Yang Nak Jual Buah Pinggang’ – Dakwa Wan Ahmad Fayhsal Rakyat begitu susah sehingga ada yang mahu menjual buah pinggangnya (demi meneruskan hidup), namun inisiatif kerajaan masih menjadi persoalan bagi sesetengah pihak. Demikian dakwaan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengenai isu pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja […]

Teguran Buat Khairul Aming: Dr Rafidah Mohon Maaf
Teguran Buat Khairul Aming: Dr Rafidah Mohon Maaf Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu ciapan didakwa sebagai teguran yang dibuat oleh pakar kesihatan, Dr Rafidah Abdullah berkenaan dengan kuantiti minyak masak yang digunakan Khairul Aming dalam masakannya. Dr Rafidah kemudiannya menyatakan permohonan maaf selepas dirinya dianggap ‘menuduh’ pempengaruh itu membuat resepi yang boleh […]

Generator Gas Beg Udara Kemungkinan Rosak, 2,767 Unit Audi Dipanggil Balik
Generator Gas Beg Udara Kemungkinan Rosak, 2,767 Unit Audi Dipanggil Balik Sebanyak 2,767 buah unit kenderaan Audi daripada beberapa jenis model dipanggil semula secara sukarela ekoran wujud masalah yang berkemungkinan berlaku melibatkan beg udara. Pengarah Urusan PHS Automotive Malaysia (PHSAM), Erik Winter berkata, panggilan semula itu melibatkan beberapa model Audi yang dipasang dengan beg udara […]

Saman Fitnah: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan MB Kedah, Tambah Ganti Rugi Kepada RM120,000
Saman Fitnah: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan MB Kedah, Tambah Ganti Rugi Kepada RM120,000 PUTRAJAYA, 3 April (Bernama) — Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar jumlah ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Wira Mahfuz Omar berhubung saman fitnah. Ini selepas panel tiga hakim terdiri daripada […]

Legenda Bola Sepak Diuji Hidap Kanser Paru-Paru
Legenda Bola Sepak Diuji Hidap Kanser Paru-Paru KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Legenda bola sepak negara Khalid Ali berdepan ujian tidak terduga apabila disahkan menghidap kanser paru-paru, baru-baru ini. Menceritakan detik sebelum disahkan menghidap penyakit berkenaan, bekas pemain tengah skuad kebangsaan era 80-an itu berkata tahap oksigen dalam badan pernah menurun kepada 40 peratus […]

Jabatan, Agensi Kerajaan Diminta Anjur Majlis Ilmu Sepanjang Ramadan
Jabatan, Agensi Kerajaan Diminta Anjur Majlis Ilmu Sepanjang Ramadan PUTRAJAYA, 3 April (Bernama) — Semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian diminta untuk menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat al-Quran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata beliau telah mengusulkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd […]

Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan Rakyat, Protes Tidak Bahas Isu KWSP
Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan Rakyat, Protes Tidak Bahas Isu KWSP KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Permulaan persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan selepas tidak berpuas hati apabila permintaan untuk membahaskan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar ditolak. Antara yang kelihatan meninggalkan Dewan Rakyat […]

“Dah Terbangkan 30,000 Jemaah,” Emraz Travel Perjelas, Bincang Dengan TH Isu Penggantungan Lesen
“Dah Terbangkan 30,000 Jemaah,” Emraz Travel Perjelas, Bincang Dengan TH Isu Penggantungan Lesen PUTRAJAYA — Emraz Travel & Tours Sdn Bhd dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung isu Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH). Ketua Pegawai Eksekutif Emraz, Datuk Dr. Haji Zulkarnain Endut menerusi kenyataan itu […]

Dalam Radar, Julian Nagelsmann Dipercayai Calon Utama Ganti Graham
Dalam Radar, Julian Nagelsmann Dipercayai Calon Utama Ganti Graham Bekas jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann dilapor menjadi calon utama yang berada dalam radar Chelsea untuk menggantikan Graham Potter yang baru sahaja dipecat oleh Kelab Liga Perdana Inggeris itu. Menurut wartawan sukan, Fabrizio Romano, perbincangan mengenai Nagelsmann dipercayai telah dibuat. “Nagelsmann telah disebut dalam perbincangan dalaman […]

Rasmi, Graham Potter Tinggalkan Chelsea
Rasmi, Graham Potter Tinggalkan Chelsea LONDON — Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea Football Club (FC) mengumumkan jurulatih pasukan, Graham Potter telah meninggalkan kelab tersebut. The Blues dalam satu kenyataan rasmi berkata, kedua-dua belah pihak telah memberikan kerjasama baik berhubung perkara tersebut. Ia bagi membolehkan segala proses berjalan dengan lancar. Graham Potter Tinggalkan Chelsea Skuad […]

Dua Lelaki Cemas Terperangkap Di Ruangan Mesin ATM Bank Di Mersing
Dua Lelaki Cemas Terperangkap Di Ruangan Mesin ATM Bank Di Mersing MERSING, 2 April (Bernama) — Dua lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap kira-kira setengah jam di ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank, di sini tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu […]

Durian Musang King Ditanam Di Vietnam Lebih Mahal Daripada Harga Import
Durian Musang King Ditanam Di Vietnam Lebih Mahal Daripada Harga Import Harga sekilogram Durian Musang King yang ditanam di Vietnam kini berharga RM282 hingga RM338, 20 peratus lebih tinggi daripada harga import dalam varieti yang sama, lapor Vn Express. Difahamkan, harga tersebut telah meningkat 10 peratus sejak setahun lalu. Musang King yang berasal dari Malaysia […]

Tiket Bas Balik Raya Laris, Ke Pantai Timur Dah “Sold Out”
Tiket Bas Balik Raya Laris, Ke Pantai Timur Dah “Sold Out” IPOH — Bersempena musim perayaan Aidilfitri ini, jualan tiket bas ekspress bagi kebanyakan negeri di semenanjung dilaporkan laku keras dan hampir habis dijual di Terminal Meru Raya, lapor Sinar Harian. Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Sinar Harian semalam, jualan tiket bas menuju ke Pantai […]

Mayat Budak Dua Tahun Dilapor Ditemui Dalam Mulut Buaya
Mayat Budak Dua Tahun Dilapor Ditemui Dalam Mulut Buaya Amerika Syarikat- Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui di dalam mulut buaya di Florida pada Jumaat lalu, lapor CNN. Ketua Polis St. Petersburg, Anthony Holloway berkata kanak-kanak berusia dua tahun itu dilaporkan hilang selepas ibunya juga ditemui mati dengan beberapa […]

Peniaga Dinasihat Tidak Buat Promosi Mengelirukan – Polis
Peniaga Dinasihat Tidak Buat Promosi Mengelirukan – Polis SHAH ALAM, 2 April (Bernama) — Peniaga dinasihatkan sentiasa peka dan dielakkan membuat promosi yang boleh mengelirukan orang ramai terutamanya pada musim perayaan, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim. Mohd Iqbal berkata ia berikutan kekecohan yang berlaku di sebuah kedai pakaian di Seksyen […]

Puting Beliung Landa AS, 21 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini
Puting Beliung Landa AS, 21 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini WASHINGTON — Angka kematian yang direkodkan susulan puting beliung yang melanda selatan-tengah dan timur Amerika Syarikat kini meningkat kepada 21 orang, lapor AFP. Difahamkan, puluhan yang lain turut mengalami kecederaan dalam bencana yang berlaku sejak Jumaat lalu itu. Kematian mengikut kawasan Di Tennessee, jurucakap agensi […]

Aktiviti Ekonomi Dijangka Berkembang Pada 2023, Pembaharuan Pasaran Buruh Perlu Dipercepatkan
Aktiviti Ekonomi Dijangka Berkembang Pada 2023, Pembaharuan Pasaran Buruh Perlu Dipercepatkan KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) — Pengembangan berterusan dalam kegiatan ekonomi pada tahun ini dijangka berlaku walaupun pada kadar yang lebih rendah berbanding 2022, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Oleh itu, kelesuan dalam pasaran pekerja (kekurangan dalam permintaan terhadap pekerja berbanding dengan bekalan pekerja […]