Berita

Bekas MB Kedah Syed Razak Meninggal Dunia
Bekas MB Kedah Syed Razak Meninggal Dunia ALOR SETAR, 8 Mac (Bernama) — Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain meninggal dunia kira-kira 10.30 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani. Allahyarham yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah kelapan pada 1999 hingga 2005 menghembuskan nafas terakhir kerana masalah kesihatan pada usia 79 tahun. […]

Harga Runcit Minyak Masak Sawit Tulen Kemasan Botol Kekal-KPDN
PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) — Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Mac hingga 7 April ini, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). KPDN berkata harga minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2 kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg […]

Pelakon, Tiga Rakan Didakwa Edar Dadah
Pelakon, Tiga Rakan Didakwa Edar Dadah KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Seorang pelakon dan tiga rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada 10 Jan lepas atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di sebuah kedai vape. Pertuduhan ke atas pelakon drama ‘Hati Tanpa Rasa’ termasuk tiga orang rakannya, dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai […]

Nilai Kerosakan Gempa Di Turkiye & Syria Cecah RM452 Bilion
Nilai Kerosakan Gempa Di Turkiye & Syria Cecah RM452 Bilion ISTANBUL — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (PBB) semalam memaklumkan bahawa nilai kerosakan akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria pada bulan lepas mencecah RM452 bilion ($100 bilion), lapor AFP. Perkara itu diumumkan sendiri oleh anggota Program Pembangunan PBB (UNDP), Louisa Vinton. “Nilai kerosakan sahaja […]

Keluarga Atlet Lawan Pedang Terengganu Terima Pampasan
Keluarga Atlet Lawan Pedang Terengganu Terima Pampasan KUALA NERUS, 8 Mac (Bernama) — Keluarga atlet lawan pedang Terengganu, Allahyarham Muhammad Amirul Zulkafli yang meninggal dunia akibat lemas pada 2020, menerima pampasan daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) berjumlah RM50,000 hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu Wan Sukairi Wan […]

Permohonan Permit Umrah Ramadan 1444H Kini Dibuka
Permohonan Permit Umrah Ramadan 1444H Kini Dibuka KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi pada Rabu mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H kini dibuka. Kementerian itu menerusi kenyataan dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, permohonan itu terbuka kepada semua warga Saudi dan warga asing […]

Penduduk Wilayah Persekutuan Paling Tinggi Alami Kemurungan
Penduduk Wilayah Persekutuan Paling Tinggi Alami Kemurungan KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Penduduk Wilayah Persekutuan adalah negeri yang paling ramai mengalami masalah kemurungan dan kebimbangan (anxiety) melampau disebabkan beberapa faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi. Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata berdasarkan saringan yang dijalankan pada 2022, antara faktor lain yang menyumbang kepada […]

Kucing Selera T20, Netizen ‘Rayu’ PM Perkenal ‘Menu Rahmeow’
Kucing Selera T20, Netizen ‘Rayu’ PM Perkenal ‘Menu Rahmeow’ Buat rakyat Malaysia, pelaksanaan Menu Rahmah dilihat kena dengan masanya dan mampu mengurangkan beban perbelanjaan mereka yang berpendapatan rendah. Hidangan yang mengandungi porsi nasi, sumber protein (ayam, ikan, daging dan sebagainya) dan sayuran ini dilihat lengkap dan boleh didapati pada harga sekitar RM5 sahaja. Pelaksanaan inisiatif […]

Nilai Ringgit Lemah Berbanding Dolar AS Pada Sesi Pembukaan Urus Niaga
Nilai Ringgit Lemah Berbanding Dolar AS Pada Sesi Pembukaan Urus Niaga KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Nilai ringgit kembali dibuka rendah berbanding dolar AS selepas mencatatkan kenaikan pada hari-hari sebelumnya apabila dolar AS mengukuh, didorong oleh laporan monetari separuh tahun kepada kongres oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang lebih memihak kepada menaikkan kadar faedah. […]

Kadar Kemalangan Tempat Kerja Menurun Pada 2022, PERKESO Teruskan OPS Cegah Dengan Pendekatan Mesra Majikan
KUALA LUMPUR, 7 MAC 2023 – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini melancarkan Ops Cegah 2023, satu program yang menggunakan pendekatan mesra majikan (soft approach) bagi meningkatkan kesedaran majikan dan pekerja terhadap pentingnya amalan budaya pencegahan kemalangan pekerjaan. Dengan tema ‘Kebersamaan Mengurangi Risiko Kecederaan dan Kematian Pekerja’, Ops Cegah 2023 akan dijalankan selama dua minggu […]

Lokasi Judi Sabung Ayam Diserbu, Tujuh Lelaki Ditahan
Lokasi Judi Sabung Ayam Diserbu, Tujuh Lelaki Ditahan Kuala Langat– Tujuh lelaki berjaya ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan judi sabung ayam di kawasan lombong di Bandar Saujana Putra Ahad lalu. Memetik laporan Sinar Harian, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin selaku Pemangku Ketua Daerah Kuala Langat berkata serbuan ke atas kawasan itu dilakukan kira-kira pada […]

TalentCorp Adakan Dialog Industri Untuk Tangani Cabaran Dalam Ekosistem Bakat Malaysia
KUALA LUMPUR, 7 Mac – Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) hari ini mengadakan Dialog Bersama Industri dengan bertemakan “Malaysia Madani: Menangani Cabaran Dalam Ekosistem Bakat” yang dihadiri oleh 20 Pemimpin Industri daripada sektor swasta. Sesi dialog yang dipengerusikan oleh YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada Ahli Majlis Industry-Talent […]

Tips Guna Pewangi Gel Dah Kering, Boleh Buat Pewangi Tandas
Tips Guna Pewangi Gel Dah Kering, Boleh Buat Pewangi Tandas Ada banyak pewangi bilik atau ruang ditawarkan di pasaran. Salah satu yang menjadi pilihan orang ramai adalah pewangi berasaskan gel. Kalau anda juga peminat pewangi berasaskan gel, kandungan artikel ini mungkin bermanfaat untuk anda. Rata-rata, pewangi berasaskan gel ini biasanya mampu bertahan dalam tempoh kurang […]

Peserta Mengamuk Bakar ‘Moto’, Berang Dengan Penganjur
Peserta Mengamuk Bakar ‘Moto’, Berang Dengan Penganjur Sebuah video yang memaparkan insiden rusuhan dan beberapa motosikal dibakar dalam sebuah acara pemotoran di Ranca Upas. berdekatan Bandung menjadi tular baru-baru ini. Kejadian berkenaan dipercayai berlaku 5 Mac lepas di wilayah Jawa Barat, lapor Detik News. Memetik laporan Detik lagi, insiden berkenaan menunjukkan sekumpulan lelaki melepaskan amarah […]

Lelaki Dipercayai Cuba Tikam Pramugari Ditahan
Lelaki Dipercayai Cuba Tikam Pramugari Ditahan AMERIKA SYARIKAT — Seorang lelaki ditahan selepas didakwa cuba membuka pintu pesawat dan menikam salah seorang pramugari, lapor CNN. Menurut Jabatan Kehakiman, suspek berusia 33 tahun itu melakukan tindakan itu dalam sebuah pesawat United Airlines dari Los Angelas ke Boston. Kejadian itu disedari ketika salah seorang kru melihat pintu […]

Calon Pemilihan UMNO Usah Terpengaruh Dengan Kumpulan Cuba Gugat Kerajaan – Ahmad Zahid
Calon Pemilihan UMNO Usah Terpengaruh Dengan Kumpulan Cuba Gugat Kerajaan – Ahmad Zahid KOTA KINABALU, 7 Mac (Bernama) — Ahli UMNO, termasuk calon yang bertanding dalam pemilihan parti, terutama bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO diingatkan agar tidak terpengaruh dengan kumpulan yang mahu menggugat kerajaan semasa. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau […]

Bank Islam Tawar Moratorium Hingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir
Bank Islam Tawar Moratorium Hingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) mengumumkan pelaksanan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan kemudahan pembiayaan perumahan, peribadi dan kenderaan yang terjejas dengan bencana banjir. Bagaimanapun, permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga tempoh enam bulan itu tertakluk kepada terma dan syarat […]

Peniaga Tepi Jalan Maut Terkena Tayar Lori Tercabut
Peniaga Tepi Jalan Maut Terkena Tayar Lori Tercabut BANDAR PERMAISURI, 7 Mac (Bernama) — Seorang peniaga maut selepas terkena tayar lori yang tercabut di Kilometer 43 Jalan Pantai, Kuala Terengganu-Kampung Raja, dekat sini hari ini. Dalam insiden kira-kira 5 petang tadi, mangsa Muhammad Airiel Rizman Mohamad Nazari, 18, yang berasal dari Kampung Mengabang Panjang, Kuala […]

Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Bertahan Sehingga Tamat Penggal – Anwar
Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Bertahan Sehingga Tamat Penggal – Anwar PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan dapat terus bertahan sehingga tamat penggal pentadbirannya. Berucap di hadapan 100 pegawai diplomatik di sini hari ini, Anwar jelas kelihatan langsung tidak terganggu dengan dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Ahadi […]

Doktor Sahkan Lepuh Kanser Biden Berjaya Dikeluarkan
Doktor Sahkan Lepuh Kanser Biden Berjaya Dikeluarkan Pakar perubatan White House memaklumkan lepuh kulit kanser telah berjaya dikeluarkan dari dada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada 16 Februari dan tiada rawatan lanjut diperlukan, lapor CBS News. Doktor peribadinya, Dr. Kevin O’Connor berkata lepuh itu dikesan semasa pemeriksaan fizikal dan dikeluarkan di Pusat Perubatan Tentera […]