Berita

RM349,000 Lesap Mesin ATM Diletup Di Setia Alam
RM349,000 Lesap Mesin ATM Diletup Di Setia Alam SHAH ALAM, 23 Feb (Bernama) — Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Setia Alam dekat sini diletupkan, sebelum wang tunai dianggarkan berjumlah RM349,000 dilarikan. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut, kira-kira jam 6.48 […]

Pelajar Dakwa Telah “Dirasuk” Selepas Tikam Guru Hingga Mati
Pelajar Dakwa Telah “Dirasuk” Selepas Tikam Guru Hingga Mati Seorang pelajar remaja bertindak membunuh seorang guru di sebuah sekolah di barat daya Percancis pada hari Rabu, kata pihak berkuasa. Memetik laporan CNN, guru wanita berusia 50 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan ditikam oleh pelajarnya yang berusia 16 tahun. Menurut rakan penyiaran CNN iaitu BFMTV, […]

Bayi 16 Bulan Tapi Berat 27kg, Hanya Mampu Baring & Duduk
Bayi 16 Bulan Tapi Berat 27Kg, Hanya Mampu Baring & Duduk Hanya mampu duduk dan baring, bayi yang baru sahaja berusia 16 bulan dilaporkan mengalami obesiti selepas beratnya kini sudah mencecah 27 kilogram (kg), lapor Tribun News. Bayi itu dikatakan hanya mampu berdiri untuk tempoh beberapa saat sahaja sebelum duduk semula, dedah ibunya. Menurut ibunya […]

Siti Bainun Akui Bella Cedera Ketika Berada Di Kondiminium
Siti Bainun Akui Bella Cedera Ketika Berada Di Kondiminium KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini mengakui bahawa kecederaan pada Bella berlaku, semasa remaja perempuan sindrom Down itu berada di kondominiumnya di Wangsa Maju di sini. Siti Bainun, 31, berkata dia juga pernah melihat kecederaan tersebut sepanjang […]

Jepun: Harga Telur Ayam Meningkat Akibat Selesema Burung Dan Kos Tinggi
Jepun: Harga Telur Ayam Meningkat Akibat Selesema Burung Dan Kos Tinggi TOKYO, 23 Feb (Bernama) — Jepun mengalami kekurangan telur ayam dan lonjakan harga akibat wabak selesema burung dan peningkatan kos makanan serta buruh, lapor Xinhua memetik media tempatan. Keadaan itu juga menyebabkan harga juadah istimewa dan popular di restoran Jepun turut meningkat. Sehingga Rabu, harga borong telur […]

Calon BN Kekal Guna Lambang Dacing Ketika PRN – Ahmad Zahid
Calon BN Kekal Guna Lambang Dacing Ketika PRN – Ahmad Zahid Kesemua calon parti Barisan Nasional (BN) dilaporkan akan kekal menggunakan lambang dacing ketika bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Lapor Sinar Harian, Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pihaknya belum […]

Pendakwaan Dikenakan Terhadap Saya Kerana Tidak Sokong Muhyiddin – Syed Saddiq
Pendakwaan Dikenakan Terhadap Saya Kerana Tidak Sokong Muhyiddin – Syed Saddiq KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa, pendakwaan terhadapnya di mahkamah adalah kerana tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ketika itu. Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) […]

Para Penyiar Perlu Ada Kawalan Kendiri, Elak Kejadian “Ejekan Terbuka” – Forum Kandungan
Para penyiar harus berusaha untuk menjaga kesejahteraan emosi dan psikologi bintang di skrin mereka CYBERJAYA, 22 FEBRUARI 2023 —Para penyiar digalakkan untuk mengamalkan kawalan kendiri sewaktu proses produksi mereka bagi mengelakkan peristiwa “ejekan terbuka”, kata Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan). Dalam zaman tular ini, penghinaan boleh mencecah ribuan dalam masa yang singkat […]

Guna “Coin” Khas Dibeli Di Shopee, Ibarat Menzalimi Peniaga Dobi
Guna “Coin” Khas Dibeli Di Shopee, Ibarat Menzalimi Peniaga Dobi Kini, perniagaan dobi layan diri seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini disebabkan faktor kebanyakan masyarakat kita yang sudah tidak memiliki masa yang cukup untuk membuat cucian pakaian secara harian. Lebih berbaloi, mesin dobi di pusat dobi layan diri ini juga digandingkan bersama mesin-mesin pengering. Ini […]

Remaja Curi Tabung Surau Diperintah Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney
Remaja Curi Tabung Surau Diperintah Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Seorang remaja lelaki yang sebelum ini tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid, diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas dia mengaku salah mencuri wang tabung surau, tahun lepas. Majistret Nur […]

Filipina: Empat Mayat Ditemukan Di Lokasi Pesawat Ringan Terhempas Berhampiran Gunung Berapi
Filipina: Empat Mayat Ditemukan Di Lokasi Pesawat Ringan Terhempas Berhampiran Gunung Berapi MANILA, 23 Feb (Bernama) — Pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada bangkai pesawat ringan yang terhempas berhampiran kawah gunung berapi di tenggara Manila enam hari lalu, kata seorang pegawai tempatan pada Khamis. Pesawat Cessna 340A itu dalam perjalanan menuju ke Manila dan terhempas beberapa minit selepas […]

Empat Nyaris Maut Selepas Kereta Terbakar Dalam Kemalangan
Empat Nyaris Maut Selepas Kereta Terbakar Dalam Kemalangan Sebuah kereta jenis Perodua Axia dilaporkan terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3 Jambatan Pulau Pinang, berhampiran kawasan perusahaan Perai, awal pagi tadi. Walau bagaimanapun, empat mangsa yang berada di dalam kenderaan itu berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam, kira-kira pukul 1 pagi tadi. Memetik laporan […]

Ini Rekod Dunia Bagi Pelukan Paling Banyak Dalam Masa Satu Minit
Ini Rekod Dunia Bagi Pelukan Paling Banyak Dalam Masa Satu Minit Pelukan merupakan satu bahasa badan yang universal bagi melambangkan kasih sayang. Biasanya, pelukan diberikan ketika kita gembira atau pun memujuk rakan kita yang berada dalam kesedihan. Menurut BBC, pelukan terbukti dapat memberikan manfaat kepada kesihatan. Perbuatan ini dapat memberikan peningkatan ketara terhadap tahap hormon […]

Jana Wibawa: SPRM Jangka 3-4 Kertas Siasatan Siap Dalam Masa Terdekat
PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Siasatan berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) masih dijalankan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. Beliau berkata SPRM sedang menyiapkan ‘tiga atau empat kertas siasatan lagi’ berkaitan kes Jana Wibawa sebelum dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut. “Siasatan masih berjalan. Ada […]

Barcelona Lawan United, Pertembungan ‘Gergasi’ Sebenar
Barcelona Lawan Manchester United, Pertembungan ‘Gergasi’ Sebenar Awal pagi esok, pasukan Manchester United dijadualkan akan bertemu pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona. Ini adalah pertembungan timbal balik dalam saingan UEFA Europa League. Untuk perlawanan pertama, keputusan seri 2-2 mengikat kedua-dua pasukan hebat ini. Jaringan United dijaringkan oleh Marcus Rashford dan gol sendiri dari Jules Kounde. Manakala, gol […]

Cubaan Seludup Daging Babi Sejuk Beku Di KLIA Gagal
Cubaan Seludup Daging Babi Sejuk Beku Di KLIA Gagal PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Cubaan seludup daging babi sejuk beku menggunakan taktik menyembunyikan hasilan haiwan itu dalam 100 kotak gabus digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo pada Selasa lepas. Pengarah Maqis Selangor Mohd Sobri Md Hashim […]

Pasar Raya UK Berdepan Kekurangan Bekalan Sayur
Pasar Raya UK Berdepan Kekurangan Bekalan Sayur LONDON, 23 Feb (Bernama) — Pasar raya di seluruh Britain dipenuhi rak kosong ekoran bekalan produk segar semakin sukar didapati, hingga menyebabkan buah-buahan dan sayur-sayuran dicatu. Rangkaian pasar raya UK termasuk Asda, Morrisons, Iceland, M&S (Marks dan Spencer) Aldi dan Tesco kini berdepan kekurangan bekalan beberapa jenis sayur […]

Tepukan Penghargaan Iringi Perjalanan Pulang Pasukan SMART
Tepukan Penghargaan Iringi Perjalanan Pulang Pasukan SMART ISTANBUL — Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kumpulan MAS-01 menerima tepukan penghargaan dan ucapan terima kasih ketika ingin meninggalkan negara itu di Lapangan Terbang Gazientep, Turkiye semalam. Dalam video yang dimuat naik oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), memaparkan perjalanan anggota SMART diiringi sorakan dan laungan […]

Pemikir Islam Tersohor, Mohd Kamal Hassan Meninggal Dunia
Pemikir Islam Tersohor, Mohd Kamal Hassan Meninggal Dunia Tokoh pemikir Islam terkemuka di Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia pada Khamis. Memetik Sinar Harian, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun. Berita pemergiannya itu telah dimaklumkan sendiri oleh anaknya kepada Astro Awani. Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi daripada prosedur […]

Kajian Di UK Dedah Kerja Empat Hari Lebih Produktif
Kajian Di UK Dedah Kerja Empat Hari Lebih Produktif Satu kajian yang dijalankan di United Kingdom mendedahkan bahawa kerja selama empat hari lebih produktif berbanding lima hari, lapor AFP. Kajian tersebut telah dilakukan oleh kumpulan 4 Day Week Global bersama badan pemikir Autonomi, Universiti Cambridge dan Kolej Boston di Amerika Syarikat. Kajian ini mula dilakukan […]