Jenayah Archives - Siakap Keli Sebaran Berita Sejurus Ia Berlaku Fri, 09 May 2025 13:08:37 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://sk-bucket.sgp1.digitaloceanspaces.com/2018/09/cropped-ok-32x32.png Jenayah Archives - Siakap Keli 32 32 Mayat Bayi Ditemukan Terapung Di Sungai Belakang Restoran https://siakapkeli.my/2025/05/09/mayat-bayi-ditemukan-terapung-di-sungai-belakang-restoran/ Fri, 09 May 2025 13:08:37 +0000 https://siakapkeli.my/?p=687310 Mayat Bayi Ditemukan Terapung Di Sungai Belakang Restoran KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Mayat bayi yang masih belum dikenal pasti jantina ditemukan terapung di sebatang sungai di belakang sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini hari ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur menerima laporan berhubung perkara itu […]

The post Mayat Bayi Ditemukan Terapung Di Sungai Belakang Restoran appeared first on Siakap Keli.

]]>
Mayat Bayi Ditemukan Terapung Di Sungai Belakang Restoran

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Mayat bayi yang masih belum dikenal pasti jantina ditemukan terapung di sebatang sungai di belakang sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur menerima laporan berhubung perkara itu sekitar 3 petang melalui panggilan kecemasan MERS999.

“Susulan itu, seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Anggota bomba melakukan kerja-kerja mengangkat mayat dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan PGO JPBM Kuala Lumpur.

Sementara itu, Komander Operasi Sahruddin Mat Noor ketika dihubungi Bernama berkata mayat bayi malang tersebut dipercayai hanyut sebelum ditemukan tersangkut di sungai terbabit.

“Jantina bayi itu tidak dapat dikenal pasti kerana keadaannya yang kurang sempurna,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata siasatan awal mendapati saksi di tempat kejadian menemukan objek seperti mayat tersangkut pada batu di dalam sungai terbabit sebelum menghubungi polis pada 2.05 petang.

“Hasil siasatan mendapati jasad tersebut merupakan bayi lelaki dan masih bertali pusat.

“Proses bedah siasat akan dijalankan esok pada 1 tengah hari di Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat dengan sulit.

Sumber: Bernama

BACA: Panasonic Sasar Berhentikan 10,000 Pekerja Di Seluruh Dunia

BACA:Ambil Tahu: Ini Had Masa Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk

The post Mayat Bayi Ditemukan Terapung Di Sungai Belakang Restoran appeared first on Siakap Keli.

]]>
SPRM Nafi Tohmahan Video Tular Berhubung Kes Pamela Ling https://siakapkeli.my/2025/05/09/sprm-nafi-tohmahan-video-tular-berhubung-kes-pamela-ling/ Fri, 09 May 2025 11:18:45 +0000 https://siakapkeli.my/?p=687303 SPRM Nafi Tohmahan Video Tular Berhubung Kes Pamela Ling PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tohmahan yang tular menerusi satu video TikTok mendakwa seorang pegawai kanan suruhanjaya itu telah mendesak Datin Seri Pamela Ling Yueh untuk menyelesaikan isu perceraian dengan suaminya semasa disiasat. SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan […]

The post SPRM Nafi Tohmahan Video Tular Berhubung Kes Pamela Ling appeared first on Siakap Keli.

]]>
SPRM Nafi Tohmahan Video Tular Berhubung Kes Pamela Ling

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tohmahan yang tular menerusi satu video TikTok mendakwa seorang pegawai kanan suruhanjaya itu telah mendesak Datin Seri Pamela Ling Yueh untuk menyelesaikan isu perceraian dengan suaminya semasa disiasat.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan dalaman menunjukkan pegawai berkenaan tidak terbabit langsung dalam penyiasatan kes terhadap Ling dan tidak pernah berjumpa wanita itu.

“Pegawai itu telah membuat laporan polis dan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung kandungan video tersebut, yang disifatkan sebagai fitnah dan berniat jahat.

“Beliau juga menafikan segala tuduhan dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut terhadap penyebar kandungan fitnah tersebut,” menurut kenyataan itu.

BACA: Sekurang-kurangnya Lapan Suspek Terlibat Dalam Penculikan Pamela Ling – Ketua Polis KL

SPRM menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan berunsur fitnah kerana ia boleh mengelirukan masyarakat dan mengganggu siasatan kes yang kini disiasat sebagai kes orang hilang oleh pihak polis.

Pada 9 April, Ling, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan, untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan dan polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa hari ini dilapor berkata polis masih dalam proses merakam keterangan saksi lain termasuk anak Ling.

Setakat semalam, 16 individu termasuk suami Ling sudah dirakam percakapan namun anaknya yang berada di Singapura belum direkodkan keterangan.

Sumber: BERNAMA

The post SPRM Nafi Tohmahan Video Tular Berhubung Kes Pamela Ling appeared first on Siakap Keli.

]]>
Suami Wanita Yang Maut Tercampak Dari Van Ditahan https://siakapkeli.my/2025/05/07/suami-wanita-yang-maut-tercampak-dari-van-ditahan/ Wed, 07 May 2025 08:13:45 +0000 https://siakapkeli.my/?p=686749 Suami Wanita Yang Maut Tercampak Dari Van Ditahan KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Polis menahan suami kepada wanita yang maut dipercayai tercampak dari sebuah van di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya, semalam. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata lelaki berusia 50 […]

The post Suami Wanita Yang Maut Tercampak Dari Van Ditahan appeared first on Siakap Keli.

]]>
Suami Wanita Yang Maut Tercampak Dari Van Ditahan

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Polis menahan suami kepada wanita yang maut dipercayai tercampak dari sebuah van di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata lelaki berusia 50 tahun itu, ditahan kira-kira 6 petang semalam di sekitar bandar Kinrara, di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kematian dengan cuai.

“Berdasar siasatan awal, suspek mengaku berlaku pertengkaran mulut dengan isteri (mangsa) ketika dalam perjalanan balik ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Wanita Maut Tercampak Dari Van Di Lebuhraya KESAS

Aidil berkata pasangan itu telah berkahwin selama 20 tahun dan mempunyai dua orang anak.

“Ujian air kencing pada suspek menunjukkan keputusan positif bagi dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzodiazepine, selain mempunyai satu rekod jenayah dan dua rekod berkaitan dadah,” katanya.

Suspek juga mendakwa mangsa turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis meth.

Aidil berkata siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan mendapatkan keterangan lanjut daripada saksi-saksi berkenaan.

Sumber: BERNAMA

The post Suami Wanita Yang Maut Tercampak Dari Van Ditahan appeared first on Siakap Keli.

]]>
Warga Emas Maut Terkena Tembakan Senapang Buatan Sendiri https://siakapkeli.my/2025/05/06/warga-emas-maut-terkena-tembakan-senapang-buatan-sendiri/ Tue, 06 May 2025 02:02:23 +0000 https://siakapkeli.my/?p=686362 Warga Emas Maut Terkena Tembakan Senapang Buatan Sendiri KUANTAN, 6 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut akibat terkena tembakan senapang patah buatan sendiri ketika melakukan aktiviti memburu bersama enam rakannya di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin, Ahad lepas. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden yang […]

The post Warga Emas Maut Terkena Tembakan Senapang Buatan Sendiri appeared first on Siakap Keli.

]]>
Warga Emas Maut Terkena Tembakan Senapang Buatan Sendiri

KUANTAN, 6 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut akibat terkena tembakan senapang patah buatan sendiri ketika melakukan aktiviti memburu bersama enam rakannya di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin, Ahad lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden yang menimpa mangsa berusia 62 tahun itu pada hari sama.

“Ketika kejadian senapang patah buatan sendiri itu dikatakan telah meletup dan terkena jari kelengkeng tangan kanan lelaki itu sebelum kena sisi dada sebelah kanannya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

BACA: Tertembak Diri Sendiri, Petani Putus Empat Jari & Patah Tulang Rusuk

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini semalam, mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan tembakan pada dada dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, Yahaya berkata pihaknya telah menahan enam lelaki termasuk seorang Orang Asli berusia 35 hingga 67 tahun kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemburuan haram selain merampas lima senapang patah buatan sendiri dan satu senapang patah jenis Benelli Armi-Urbino bersama 25 butir peluru penabur.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana individu memiliki sebarang senjata api buatan sendiri atau pemilikan tanpa lesen sah.

“Ditegaskan mana-mana individu yang memiliki senjata api buatan sendiri atau tanpa lesen yang sah agar segera menyerahkan kepada pihak polis sebelum tindakan tegas diambil,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Warga Emas Maut Terkena Tembakan Senapang Buatan Sendiri appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kes Bunuh Di Semenyih: Wanita, Anak Saudara Lemas Akibat Beg Plastik https://siakapkeli.my/2025/05/06/kes-bunuh-di-semenyih-wanita-anak-saudara-lemas-akibat-beg-plastik/ Tue, 06 May 2025 00:56:24 +0000 https://siakapkeli.my/?p=686331 Kes Bunuh Di Semenyih: Wanita, Anak Saudara Lemas Akibat Beg Plastik KLANG, (Bernama) — Polis mengesahkan kematian seorang wanita dan anak saudaranya di sebuah rumah di Semenyih, April lepas adalah disebabkan kelemasan akibat beg plastik. Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata dapatan itu diperoleh selepas pihaknya menerima laporan bedah siasat yang […]

The post Kes Bunuh Di Semenyih: Wanita, Anak Saudara Lemas Akibat Beg Plastik appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kes Bunuh Di Semenyih: Wanita, Anak Saudara Lemas Akibat Beg Plastik

KLANG, (Bernama) — Polis mengesahkan kematian seorang wanita dan anak saudaranya di sebuah rumah di Semenyih, April lepas adalah disebabkan kelemasan akibat beg plastik.

Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata dapatan itu diperoleh selepas pihaknya menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mayat mangsa.

“Hasil bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan lemas akibat beg plastik.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan semalam.

Pada 26 April lepas, bau busuk di sebuah rumah di Semenyih membawa kepada penemuan mayat dua bersaudara berusia 53 dan 25 tahun itu, yang dipercayai dibunuh.

Sumber: BERNAMA

BACA: Dua Pelumba Supersport Maut

The post Kes Bunuh Di Semenyih: Wanita, Anak Saudara Lemas Akibat Beg Plastik appeared first on Siakap Keli.

]]>
13 Mangsa Culik Ditemukan Mati Di Peru https://siakapkeli.my/2025/05/05/13-mangsa-culik-ditemukan-mati-di-peru/ Mon, 05 May 2025 06:49:39 +0000 https://siakapkeli.my/?p=686213 13 Mangsa Culik Ditemukan Mati Di Peru – Kementerian Dalam Negeri  MEXICO CITY, 5 Mei (Bernama-dpa) — Seramai 13 individu yang diculik di utara Peru pada 26 April lalu ditemukan mati beberapa hari selepas insiden itu, lapor agensi berita Jerman dpa. Kementerian Dalam Negeri Peru pada Ahad mengesahkan bahawa kesemua mangsa yang merupakan pelombong dan […]

The post 13 Mangsa Culik Ditemukan Mati Di Peru appeared first on Siakap Keli.

]]>
13 Mangsa Culik Ditemukan Mati Di Peru – Kementerian Dalam Negeri 

MEXICO CITY, 5 Mei (Bernama-dpa) — Seramai 13 individu yang diculik di utara Peru pada 26 April lalu ditemukan mati beberapa hari selepas insiden itu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Kementerian Dalam Negeri Peru pada Ahad mengesahkan bahawa kesemua mangsa yang merupakan pelombong dan pengawal keselamatan di sebuah lombong emas di wilayah pergunungan Pataz ditemukan dalam keadaan diikat di dalam sebuah lubang.

Syarikat perlombongan, Poderosa memaklumkan bahawa kesemua mangsa bekerja dengan syarikat kontraktor dan telah diculik sekumpulan pelombong haram yang mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah, dipercayai cuba merampas kawalan ke atas lombong emas itu.

Wilayah La Libertad, berada di bawah perintah darurat sejak lebih setahun lalu susulan keganasan dan tahap keselamatan yang membimbangkan.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa pasukan khas elit anti jenayah terancang serta unit siasatan penculikan dan pemerasan akan digerakkan ke lokasi kejadian bersama beberapa agensi penguatkuasaan lain.

Sumber: BERNAMA-dpa

The post 13 Mangsa Culik Ditemukan Mati Di Peru appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kehilangan Pamela Ling: 12 Saksi Diambil Keterangan – Polis https://siakapkeli.my/2025/05/04/kehilangan-pamela-ling-12-saksi-diambil-keterangan-polis/ Sun, 04 May 2025 09:05:13 +0000 https://siakapkeli.my/?p=686021 Kehilangan Pamela Ling: 12 Saksi Diambil Keterangan – Polis KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) — Polis telah mengambil keterangan 12 saksi berhubung kes kehilangan Pamela Ling Yueh yang dipercayai diculik ketika dalam perjalanan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata […]

The post Kehilangan Pamela Ling: 12 Saksi Diambil Keterangan – Polis appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kehilangan Pamela Ling: 12 Saksi Diambil Keterangan – Polis

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) — Polis telah mengambil keterangan 12 saksi berhubung kes kehilangan Pamela Ling Yueh yang dipercayai diculik ketika dalam perjalanan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mereka yang dirakam keterangan itu termasuk ahli keluarga, pegawai SPRM dan peguam mangsa bagi membantu siasatan.

“Setakat ini belum ada petunjuk atau perkembangan lokasi keberadaannya,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Ling, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM pada 9 April lepas untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan dan polis menerima laporan berhubung kehilangan pada 3.02 petang hari yang sama.

Adik mangsa, Simon Ling Wan Siong memaklumkam kakaknya telah menghantar pesanan WhatsApp kepada peguamnya pada 1.57 tengah hari mengatakan bahawa wanita itu dalam perjalanan ke SPRM di Putrajaya dan dijangka tiba pada 2.08 petang dengan menaiki kereta perkhidmatan e-hailing.

BACA: Polis Siasat Kes Kehilangan Wanita Sebelum Sempat Hadir Ke Pejabat SPRM 

Walaupun pelbagai cara dilakukan oleh keluarga dan peguamnya untuk menghubungi mangsa selepas 2 petang, panggilan telefon tidak dijawab dan pesanan WhatsApp tidak delivered.

Grab Malaysia juga mengesahkan bahawa perjalanan terbabit telah ditandakan sebagai selesai, tetapi tiada maklumat lanjut yang diperoleh selepas itu.

Rusdi sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan tuntutan wang tebusan berkait kehilangan wanita dan menyiasat kes berkenaan sebagai kes yang disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan seseorang dengan niat untuk mengurungnya secara salah.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Wan Siong melalui talian 012-8866799 atau bapa mangsa Ling Kie Yii 012-8867979.

Sumber: BERNAMA

The post Kehilangan Pamela Ling: 12 Saksi Diambil Keterangan – Polis appeared first on Siakap Keli.

]]>
Polis Sita Aset Hampir RM1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah https://siakapkeli.my/2025/05/01/polis-sita-aset-hampir-rm1-juta-disyaki-hasil-pengedaran-dadah/ Thu, 01 May 2025 03:58:47 +0000 https://siakapkeli.my/?p=685463 Polis Sita Aset Hampir RM1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah KUALA TERENGGANU, 1 Mei (Bernama) — Polis Terengganu menyita tiga kereta, wang tunai serta pelbagai barangan kemas bernilai RM981,500 yang disyaki hasil daripada kegiatan pengedaran dadah. Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata ia susulan penahanan seorang lelaki tempatan bersama rampasan dadah jenis syabu […]

The post Polis Sita Aset Hampir RM1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah appeared first on Siakap Keli.

]]>
Polis Sita Aset Hampir RM1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah

KUALA TERENGGANU, 1 Mei (Bernama) — Polis Terengganu menyita tiga kereta, wang tunai serta pelbagai barangan kemas bernilai RM981,500 yang disyaki hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata ia susulan penahanan seorang lelaki tempatan bersama rampasan dadah jenis syabu seberat 1.02 kilogram bernilai RM32,000 pada 28 April lepas.

Beliau berkata suspek berusia 35 tahun yang juga peniaga kedai kosmetik ditahan dalam serbuan di sebuah premis tidak beroperasi di Kampung Paya Keladi di sini, kira-kira 8.40 malam.

“Aset yang disita termasuk Toyota Alphard, Mini Cooper Countryman dan Range Rover, wang tunai berjumlah RM7,700, serta beberapa barangan kemas seperti gelang tangan, rantai leher dan gelang kaki emas.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh suspek menemukan satu plastik hijau mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.02 kilogram, dipercayai untuk edaran kepada kira-kira 6,000 penagih di daerah Kuala Terengganu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Khairi berkata siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Bagaimanapun, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Nimetazepam.

“Suspek kini direman tujuh hari bermula 29 April hingga 5 Mei ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket yang masih bebas.

Sumber: BERNAMA

BACA: Subsidi Telur Ayam Ditamatkan Secara Berfasa Bermula Hari Ini

BACA: Kenyataan Fitnah: Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara

The post Polis Sita Aset Hampir RM1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kenyataan Fitnah: Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara https://siakapkeli.my/2025/04/30/kenyataan-fitnah-papagomo-mohon-maaf-kepada-ketua-polis-negara/ Wed, 30 Apr 2025 12:46:00 +0000 https://siakapkeli.my/?p=685353 Kenyataan Fitnah: Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain atas kenyataan fitnah yang dibuat awal tahun ini. Permohonan maaf berkenaan berkaitan dua hantaran media pada […]

The post Kenyataan Fitnah: Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kenyataan Fitnah: Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain atas kenyataan fitnah yang dibuat awal tahun ini.

Permohonan maaf berkenaan berkaitan dua hantaran media pada Januari, walaupun terdapat perintah mahkamah bertarikh 31 Disember lepas yang melarang penulis blog itu daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Menyampaikan keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong berkata permohonan maaf yang dibacakan di mahkamah juga mesti disiarkan di platform YouTube, TikTok, X dan Telegram selama sekurang-kurangnya tujuh hari. Mahkamah turut memerintahkan Papagomo membayar kos sebanyak RM5,000.

Terdahulu, Wan Muhammad Azri ketika membaca penyataan maaf menyatakan kekesalan terhadap tindakannya serta mengakui kenyataannya pada 14 Januari telah menghina Razarudin.

Beliau juga memohon maaf kerana memuat naik imej KPN yang telah diubah suai pada keesokan harinya di platform sama.

“Saya juga berjanji untuk tidak mengulangi penggunaan kata-kata kesat terhadap plaintif (Razarudin),” katanya.

Mahkamah pada asalnya dijadualkan mendengar prosiding menghina mahkamah yang dimulakan oleh Razarudin terhadap penulis blog berkenaan, namun kedua-dua pihak dinasihatkan untuk mencapai penyelesaian yang membawa kepada permohonan maaf oleh Wan Muhammad Azri dan tindakan membersihkan penghinaan terhadap mahkamah.

Peguam Raam Kumar mewakili KPN manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Wan Muhammad Azri. Razarudin tidak hadir dalam prosiding berkenaan.

Mahkamah pada Februari memberi kebenaran kepada Razarudin untuk memulakan prosiding komital terhadap Wan Muhammad Azri kerana didakwa melanggar injunksi mahkamah bertarikh 10 Jan.

Injunksi berkenaan melarang Wan Muhammad Azri atau wakilnya daripada menerbit atau menyiarkan kenyataan fitnah di semua platform media sosial yang ditujukan kepada Razarudin, sama ada dalam kapasiti rasmi sebagai KPN mahupun secara peribadi. Ini termasuk secara bertulis, lisan, video, platform dalam talian atau aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram.

Mahkamah turut memerintahkan Wan Muhammad Azri untuk menarik balik dan memadam video yang dimuat naik pada 14, 15, 20 dan 22 Disember 2024 di akaun YouTube, TikTok, Facebook, Telegram dan X miliknya yang memfitnah.

Pada 26 Disember tahun lepas, Razarudin memfailkan saman RM3 juta terhadap Wan Muhammad Azri atas dakwaan memfitnah yang turut membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Bernama

BACA: Ambil Tahu, Ada 5 Sebab Subsidi Telur Ayam Ditamatkan

BACA: 1 Mei Penuh Makna, Ketahui Sejarah Di Sebalik Hari Pekerja

The post Kenyataan Fitnah: Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara appeared first on Siakap Keli.

]]>
Petugas MPD Didakwa Guna Kedudukan Beri Tender Kepada Syarikat Ahli Keluarga, Rakan https://siakapkeli.my/2025/04/30/petugas-mpd-didakwa-guna-kedudukan-beri-tender-kepada-syarikat-ahli-keluarga-rakan/ Wed, 30 Apr 2025 09:26:47 +0000 https://siakapkeli.my/?p=685321 Petugas MPD Didakwa Guna Kedudukan Beri Tender Kepada Syarikat Ahli Keluarga, Rakan KUALA TERENGGANU, 30 April (Bernama) — Seorang petugas Majlis Perbandaran Dungun (MPD) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya memberi tender kerja-kerja pembersihan kepada syarikat milik ahli keluarga dan rakannya, membabitkan nilai suapan hampir RM5 […]

The post Petugas MPD Didakwa Guna Kedudukan Beri Tender Kepada Syarikat Ahli Keluarga, Rakan appeared first on Siakap Keli.

]]>
Petugas MPD Didakwa Guna Kedudukan Beri Tender Kepada Syarikat Ahli Keluarga, Rakan

KUALA TERENGGANU, 30 April (Bernama) — Seorang petugas Majlis Perbandaran Dungun (MPD) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya memberi tender kerja-kerja pembersihan kepada syarikat milik ahli keluarga dan rakannya, membabitkan nilai suapan hampir RM5 juta.

Tertuduh, 41, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Berdasarkan keempat-empat pertuduhan, tertuduh yang ketika itu berkhidmat sebagai penolong juruukur bahan di MPD telah menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Jawatankuasa Urus Setia Sebut Harga (Bekalan dan Perkhidmatan) – Jawatankuasa Kewangan, dengan mengesyorkan tiga syarikat berbeza yang dimiliki bapanya, abang dan sekutunya untuk dianugerahkan kontrak pekerjaan pembersihan awam dan kerja-kerja berkaitan selama dua tahun, masing-masing bernilai RM1.2 juta, RM1.21 juta, RM1.45 juta dan RM1.13 juta.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di MPD antara 16 Dis 2018 dan 9 Mac 2021 mengikut Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan untuk tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sementara itu, isteri tertuduh yang berusia 47 tahun, turut mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Mengikut semua pertuduhan, wanita itu didakwa dengan secara tidak jujur telah menggunakan satu dokumen yang dia ketahui palsu sebagai tulen iaitu sijil akuan pendaftaran syarikat dan penyata akaun membabitkan tiga syarikat berbeza antara 17 Dis 2020 dan 10 Jan 2021.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tempat sama mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 seksyen sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohd Azhar membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat-syarat seperti yang dikenakan ke atas suaminya serta 12 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ezuain Farhana Ahmad manakala pasangan berkenaan diwakili peguam Ghazali Ismail.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Kenali Sejarah Nama Negeri & Asal-usul Kesultanan Terengganu

The post Petugas MPD Didakwa Guna Kedudukan Beri Tender Kepada Syarikat Ahli Keluarga, Rakan appeared first on Siakap Keli.

]]>