Gaya hidup›Kesihatan
TERKINI: Kekal Di Paras Angka 4k, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Turun Lagi
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kes baharu COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini adalah 4,298 kes. Menerusi ciapan di akaun rasmi Twitter Bernama, angka tersebut telah menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,658,772 kes. Dalam masa yang sama, kes baharu yang dicatatkan hari ini dilaporkan menurun lagi sebanyak 4,298 kes berbanding semalam 4,896 kes dan kelmarin 5,551 […]

Lain Dari Kebiasaan, Ramai Teruja Lihat Plasma Darah Berwarna ‘Hijau’ Ini
Makan pil perancang keluarga, darah boleh bertukar jadi warna hijau? Mana pergi darah merah? Macam mana darah merah boleh bertukar jadi warna hijau? Atau…adakah darah hijau seperti dalam gambar di bawah ini adalah milik makhluk asing yang turun ke bumi? Sebenarnya apa yang anda lihat ini bukanlah darah alien, tetapi ia adalah tindak balas biologi […]

Wanita Menderita Spina Bifida Menang Saman Doktor, Dakwa Kelahirannya Tidak Patut Berlaku
LONDON– Seorang wanita berjaya memenanngi tuntutaN saman bernilai jutaan pound terhadap doktor yang pernah merawat ibunya ketika mengandungkannya kerana membenarkan proses kelahiran berlaku. Evie Toombes yang berusia 20 tahun itu disahkan menghidap Lipomylomeningocoele (LMM) ketika dia dilahirkan dan dia perlu lebih bergantung pada kerusi roda apabila dia semakin tua. Toombes menghidap spina bifida dan terpaksa […]
8 Sampel Ujian RT-PCR Termasuk Kes Omicron Pertama Didapati Negatif
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Keputusan sampel ujian Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) terhadap pengembara bukan warganegara dari Afrika Selatan yang direkodkan sebagai kes pertama positif COVID-19 varian Omicron di negara ini hari ini adalah negatif. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan sama juga adalah negatif terhadap tujuh kontak […]

Rasa Sakit Nak Bersalin, Ahli Parlimen New Zealand Berbasikal Ke Hospital Untuk Lahirkan Anak
Seorang ahli parlimen di New Zealand telah menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia selepas berita berkenaannya berbasikal ke hospital untuk melahirkan tular pada hari Ahad yang lalu. Menurut sebuah perkongsian dalam media sosialnya, Julie Anne Genter, 41, menaiki basikal pada hari Ahad dan menuju ke hospital ketika dia mengalami sakit hendak bersalin. Walaupun begitu, dia […]
Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Diarah Tutup – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya diarahkan tutup sementara berikutan 135 kes baharu positif COVID-19 yang membabitkan warga sekolah berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata arahan tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi. […]
24 Pelajar Lelaki Maktab Mahmud Sik Positif COVID-19
ALOR SETAR, 3 Dis (Bernama) — Seramai 24 pelajar lelaki Maktab Mahmud Sik di Taman Pelangi Jaya dekat Sik, disahkan positif COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, telah melaporkan satu kluster institusi pendidikan yang baharu dikenali sebagai Kluster Dah Pelangi. “Setakat ini sebanyak 24 kes […]
31 Pelajar, 3 Pensyarah Kolej Matrikulasi N.Sembilan Disahkan Positif COVID-19
SEREMBAN, 3 Dis (Bernama) — Sebanyak 34 kes positif COVID-19 dikesan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Kuala Pilah dekat sini membabitkan 31 pelajar dan tiga pensyarah. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, seramai 105 warga kolej yang merupakan kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin […]

Omicron: Pengembara Dari 26 Negara Tidak Dibenar Sertai GPL
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Kementerian Kesihatan mengeluarkan larangan kepada pengembara dari 26 negara yang dikenal pasti telah melaporkan penularan varian Omicron, daripada menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negara tersebut adalah United Kingdom, Portugal, Belanda, Australia, Kanada, Korea Selatan, Hong Kong (SAR China), Israel, Itali, Jerman, Denmark, Sweden, Nigeria dan Belgium. Negara lain ialah Jepun, […]
COVID-19: 150 Pelajar SSP, Cyberjaya Jadi Kontak Rapat Dipindah Ke IAB
SEREMBAN, 2 Dis (Bernama) — Seramai 150 pelajar tingkatan lima Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya yang menjadi kontak rapat kepada pelajar sekolah berkenaan yang positif COVID-19 dipindahkan ke Institut Aminuddin Baki (IAB), Bandar Enstek, dekat sini malam ini. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia bagi memastikan pemantauan dapat dilakukan dengan lebih dekat oleh pasukan perubatan […]
TERKINI: Singapura Kesan Dua Kes Import COVID-19 Dengan Ujian Awal Positif Bagi Varian Omicron – MOH
Terkini, Singapura dilaporkan telah mengesan dua kes kes import COVID-19 dengan ujian awal positif bagi varian Omicron. Perkara itu dimaklumkan oleh Ministry Of Health Singapore (MOH) pada hari ini, seperti yang dikongsikan oleh Bernama di laman Twitter. Singapura mengesan dua kes import #COVID-19 dengan ujian awal positif bagi varian Omicron – MOH@KKMPutrajaya pic.twitter.com/9xIiVGqSJY — BERNAMA […]
Enam Pelajar MRSM Sultan Azlan Shah Disah Positif COVID-19
PARIT BUNTAR, 2 Dis (Bernama) — Seramai enam pelajar tingkatan lima di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, dilaporkan positif COVID-19 seperti yang disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin. Menurutnya kes berkenaan berlaku pada 29 Nov dan ia dimasukkan di bawah Kluster Jalan […]

Jumlah Kumulatif 139 Individu Disahkan Positif Covid-19 Di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor megnesahkan kejadian kluster Covid-19 yang membabitkan pelajar dan guru di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Sepang sudah berlaku sejak 24 November lalu. Kes indeks merupakan seorang guru di sekolah tersebut. Guru terbabit didapati bergejala pada 22 November 2021 dan disahkan positif Covid-19 pada 24 November 2021. Beliau menerusi satu kenyataan media hari […]
Varian Omicron: Arab Saudi Sahkan Kes Pertama Dikesan Pada Pelancong Datang Dari Afrika Utara
Arab Saudi sahkan kes pertama varian baharu Covid-19, Omicron pada Rabu Lalu. Memetik daripada laporan Arab News, kes berkenaan dikesan daripada seorang pelancong dari negara Afrika Utara yang tiba di negara tersebut. Individu tersebut telah mendapat vaksinasi sepenuhnya dan sedang menjalani kuarantin. Justeru, orang yang pernah berjumpa dengan wanita ini juga sedang menjalani kuarantin kendiri. […]

Betul Ke Stres Boleh Jadi Punca Banyak Masalah, Termasuk Rambut Gugur Dan Botak?
Semakin kita dewasa, semakin banyak masalah yang boleh berlaku kepada badan kita. Antara masalah yang paling selalu menjadi punca kepeningan kepala masyarakat dewasa ialah keguguran rambut. Tapi tahukah anda antara salah satu sebab rambut selalu gugur adalah tekanan dan tahap stres yang tinggi. Persoalannya, bagaimana rambut boleh gugur dan botak akibat stress? Jom teruskan membaca! […]
65 Pelajar SBP Di Cyberjaya Dijangkiti COVID-19
PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) — Seramai 65 pelajar tingkatan satu dan dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya didapati dijangkiti COVID-19. Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan di laman Twitter Radzi Jidin Comms @DRJComms iaitu laman Twitter rasmi pasukan komunikasi Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Menurut ciapan yang dikeluarkan malam ini, Radzi telah hadir ke sekolah berkenaan bagi meninjau situasi […]
Risiko Tinggi, Enam Penyakit Tulang Dan Sendi Ini Perlu ‘Diawasi’ Jika Ada Diabetes
Sakit sendi atau masalah sendi boleh berlaku kepada semua golongan, lebih-lebih lagi golongan yang berusia dan mereka yang menghidap penyakit tertentu. Khususnya bagi mereka yang mempunyai diabetis, mereka sebenarnya berisiko lebih tinggi untuk mendapat beberapa masalah sendi dan juga tulang. Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda mengetahui akibat diabetis terhadap tulang dan sendi anda. […]
Pernah Minta Kerja Tapi Kena “Reject”, Lelaki Nekad Amal Diet Ini & Hilang 118kg, Kini Tampil Lebih Bergaya
Setiap kali ada yang berkongsikan mengenai kejayaan menurunkan badan, mesti ramai di antara kita yang turut terinspirasi dan berhasrat untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Namun, mungkin ramai juga yang ‘kecundang di tengah jalan’ dan tidak mendapatkan hasil seperti yang diinginkan terutama bagi yang mempunyai berat badan yang dikategorikan sebagai obesiti. Manakan tidak, bukan mudah […]
KKM Umum 3.6 Juta Keluarga Malaysia B40 Akan Terima Set Pakej Penjagaan COVID-19 Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara secara percuma sedang giat dilaksanakan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook rasmi KKM, setiap keluarga B40 akan menerima beberapa peralatan kesihatan yang termaktub di dalam PPC. “Setiap keluarga akan menerima 4 unit kit […]
Tiada Varian Omicron Dikesan Melalui Kajian Penjujukan Genom Setakat Ini – Adham
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia sehingga kini. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata hasil itu diperoleh berikutan aktiviti kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI). “Sehingga semalam, sebanyak 5,651 sampel […]