Gaya hidup›Kesihatan
Jumlah Terkini Kes COVID-19 Di Malaysia Dan Beberapa Negara Dunia
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Berikut adalah maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara di dunia pada 10 pagi hari ini. Di dunia, terdapat 169,118,995 kes COVID-19 disahkan, termasuk 3,519,175 kematian seperti dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 28 Mei. Sebanyak 1,546,316,352 dos vaksin telah diberikan pada 26 Mei. Amerika Syarikat […]

(Video) Dikatakan Mampu Legakan Sakit, Rakaman Senaman ‘Buaian’ Ini Buat Ramai ’Sakit Leher’ Melihatnya
Pernahkah anda lihat atau mencuba senaman leher yang menggunakan alat khas? Mungkin kita biasa gunakan alat khas di gim tetapi aktiviti senaman yang akan dikongsikan ini lebih sesuai dikatakan sebagai ‘buaian leher’! Begitulah yang terdapat di Shenyang Shi, China apabila alat seperti buaian ini dikhaskan untuk menggantungkan leher sahaja. Menurut sumber Daily Mail, trend pelik […]
Doktor Terpaksa Buat Pilihan Sukar, Utamakan Katil ICU Bagi Pesakit Berpotensi Sembuh – Dr Noor Hisham
Dek kerana peningkatan kes COVID-19 yang berganda, kapasiti kesihatan di negara kita turut terjejas. Terkini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham sendiri mengakui bahawa bilangan kes aktif COVID-19 kini melebihi kemampuan para petugas kesihatan. Katanya, para doktor terpaksa mengutamakan rawatan kepada pesakit yang memiliki peluang sembuh lebih tinggi berbanding mereka yang sebaliknya. “Apabila […]
COVID-19: Sentiasa Patuhi SOP Ketika Rai Pesta Kaamatan – Dr Joachim
KOTA KINABALU, 29 Mei (Bernama) — Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam mengingatkan rakyat di Sabah agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika meraikan Pesta Kaamatan esok dan Isnin ini. Beliau berkata rakyat disaran agar tidak mengadakan aktiviti perkumpulan secara fizikal seperti berhimpun bersama keluarga dan rakan sepanjang sambutan perayaan itu bagi memastikan COVID-19 tidak menjangkiti orang tersayang. “Justeru semua masyarakat dijemput untuk […]

98 Kematian Akibat COVID-19, Satu Detik Hitam Buat Malaysia – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — “Hari ini merupakan satu detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian COVID-19 yang tertinggi sejak pandemik ini bermula,” demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menyuarakan keresahannya, beliau berkata pertambahan 98 kes kematian COVID-19 itu menyaksikan angka korban akibat wabak tersebut kini berjumlah 2,650 […]
Lebih 1 Juta Individu Lengkap Dua Dos Vaksin COVID Setakat Semalam
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 di negara ini telah melebihi 1 juta orang iaitu 1,014,342 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata seramai 1,771,810 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di […]
KKM Dedah Senarai Negeri Catat Sub-Kluster Perayaan Sambutan Aidilfitri Termasuk Kelantan Dengan 5 Kluster
Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan negeri-negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang dipercayai berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri. Negeri-negeri tersebut adalah Sabah dengan 7 kluster, diikuti Kelantan (5), serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan WP Labuan dengan 2 kluster. Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri: ✅ Sabah – […]
Rapid KL Saran Penumpang Jalani Saringan Ekoran Pengakuan Positif COVID-19 Di Twitter
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Penumpang yang menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang dari Wangsa Maju pada waktu puncak pagi semalam disaran membuat saringan kesihatan jika terdapat gejala berkaitan COVID-19. Pengendali perkhidmatan LRT, MRT dan monorel Rapid KL iaitu Rapid Rail Sdn Bhd menerusi kenyataan hari […]

TERKINI COVID-19: Paling Tinggi Pernah Direkodkan, 98 Kes Kematian Baharu Termasuk Lelaki 18 Tahun
Putrajaya, 29 Mei – Sebanyak 98 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan kumulatif kes kematian di Malaysia 2,650. Menurut Kenyataan Akhbar KPK 29 Mei 2021, 98 kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan 14 buah negeri. Sebanyak 98 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 27 kes di Selangor, masing-masing 14 kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan […]
“Abah Saya Aliran Pondok, Tapi..,” Bapa Punya Semangat Nak Ambil Vaksin, Lagi Laju ‘Refer’ ke Doktor Berbanding Anaknya
Berdasarkan laporan, puluhan ribu individu disahkan gagal hadir ke janji temu vaksin termasuk hampir 10,000 di Kelantan, Kedah (10,827), Johor (14,144), Perak (9,000) dan Negeri Sembilan (6,200) biarpun sudah mendapat tarikh vaksinasi. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman, antara alasan yang diberikan ialah tidak mengetahui tarikh janji temu, tidak sihat, berada […]
COVID: Jabatan Penjara Tangguh Lawatan Sempena Pesta Kaamatan, Gawai
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Jabatan Penjara menangguhkan sesi lawatan sempena Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) serta Perayaan Hari Gawai yang melibatkan ahli keluarga, peguam dan lain-lain pihak bagi mencegah penularan wabak COVID-19 dalam penjara. Jabatan itu dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan bagi tujuan penggantian kepada sesi perjumpaan sempena perayaan berkenaan, mereka adalah dibenarkan menggunakan telefon prabayar atau sidang video. “Pihak keluarga hendaklah […]
COVID: Hospital Labuan Beroperasi Pada Kapasiti Maksimum Untuk Pesakit Berisiko Tinggi
LABUAN, 29 Mei (Bernama) — Kadar penggunaan katil untuk rawatan COVID-19 di Hospital Nukleus Labuan telah mencapai kapasiti maksimum, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari. Beliau berkata satu-satunya pilihan yang ada adalah untuk memaksimumkan (kapasiti) dan menggunakan sepenuhnya ruang hospital untuk menampung pesakit berisiko tinggi COVID-19 yang meningkat setiap hari. “Walaupun terdapat peningkatan harian dalam jumlah kes […]

“Rangsang Daya Lawan Jangkitan..,” Ini Sebenarnya Definisi Vaksin Yang Mungkin Ada Belum Tahu
Sebagaimana yang kita sudah maklum, vaksin dijadikan sebagai usaha untuk mencegah penularan wabak virus COVID-19 ketika ini. Baru-baru ini juga, orang ramai di negeri yang tertentu dibenarkan untuk mendaftar vaksin AstraZeneca bagi pusingan kedua secara dalam talian. Walaupun fungsinya sudah diketahui umum, mungkin ada di kalangan kita yang masih belum memahami erti vaksin dalam kata […]

“Ada Pantang Larang Tak Doktor?” Ini Antara Soalan-Soalan Lazim Kerap Ditanya Ketika Di PPV
Peningkatan kes COVID-19 kini makin menjadi-jadi dan membuatkan rakyat semakin bimbang. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mencegah virus ini, salah satunya ialah vaksin. Kini, vaksin telah banyak diedarkan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri. Pun begitu, pelbagai pertanyaan mengenai vaksin yang berlegar di media sosial. Mungkin kurang kepastian yang menyebabkan perkara ini terjadi. Antara […]

Bau Kaki Penyebab Malu Nak Buka Kasut? Ini Cara Untuk Atasinya
Setiap orang seharusnya menjaga kebersihan diri dengan membersihkan diri setiap hari, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang bersih dan kemas. Namun, kadang-kadang datang penyakit disebabkan hormon pada badan dan sebagainya akan menjadikan tubuh kita berbau. Mungkin kita akan memikirkan bau badan hanya di bahagian bawah lengan sahaja kan, tetapi ternyata kaki juga boleh menjadi punca […]
Kabinet Akan Putuskan Sama Ada Jemaah Dibenarkan Tunai Haji – Ahmad Marzuk
KOTA BHARU, 29 Mei (Bernama) — Satu mesyuarat Kabinet bakal diadakan dalam tempoh terdekat untuk memutuskan sama ada kerajaan akan meneruskan penghantaran jemaah haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Beliau berkata pihaknya turut difahamkan sudah ada beberapa negara yang telah memutuskan untuk tidak menghantar jemaah menunaikan haji […]

“Hakikatnya Kita Yang Salah,” Tulisan Pengarah Kesihatan Terengganu Berkaitan ‘Kluster Raya’ Raih Perhatian, 29 Ribu Kali Dikongsikan
Umat Islam baru sahaja meraikan perayaan Aidilfitri pada 13 Mei lepas. Namun, oleh disebabkan SOP Aidilfitri telah dijalankan sebelum perayaan menjelma hingga tiba Syawal, maka aktiviti menziarah dan rentas negeri tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ada segelintir rakyat yang sanggup melanggar SOP yang diarahkan sehingga kini telah meningkatnya kes disebabkan kluster raya. Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr […]
70,000 Anggota Dikerah, Lebih 800 SJR Ketika PKP Penuh Bermula 1 Jun – Hamzah
Polis Diraja Malaysia akan meningkatkan bilangan Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara kepada lebih 800 SJR berbanding hampir 600 SJR pada sebelum ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam satu kenyataan, berkata ianya bagi memastikan aspek penguatkuasaan dan pematuhan SOP dapat dilaksanakan secara berkesan. Susulan daripada itu, kekuatan anggota Polis Diraja Malaysia […]
Sembilan Individu Dikompaun RM65,000 Raikan Majlis Hari Lahir
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Akibat meraikan sambutan hari lahir di sebuah pejabat di Pusat Dagangan NZX, Ara Damansara, di sini semalam, sembilan kakitangan pejabat berkenaan dikenakan kompaun RM65,000 keseluruhannya kerana melanggar prosedur operasi standarad (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Lapan individu dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang manakala penganjur majlis itu dikenakan kompaun RM25,000. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad […]
TERKINI: Sudah Lepasi Angka 9k, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 9,020
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 9,020 kes Covid-19 baharu yang dilaporkan pada hari ini. 9,020 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 558,534 kes. Kes baharu COVID-19 pada hari ini dilaporkan adalah yang paling tinggi […]