Gaya hidup›Kesihatan
127 Orang Dilaporkan Maut Setakat 3 Oktober, KKM Senaraikan 30 “Hotspot” Denggi
PUTRAJAYA, 7 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan seramai 127 individu telah meninggal dunia akibat Denggi setakat 3 Oktober baru-baru ini. KKM menerusi satu kenyataan di Twitter memaklumkan, jumlah tersebut adalah termasuk dua kes kematian terbaharu di Johor pada minggu epid ke-40, iaitu dari 27 September hingga 3 Oktober. “Tiada vaksin dan tiada rawatan khusus […]
Kementerian Sumber Manusia Sahkan Seorang Kakitangan Positif COVID-19
PUTRAJAYA, 7 Okt (Bernama) — Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini memaklumkan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19 pada Ahad lepas dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Sehubungan itu, kementerian mengambil langkah-langkah pencegahan segera penularan jangkitan COVID-19 dengan mengemukakan senarai kontak rapat kakitangan berkenaan kepada Kementerian Kesihatan (KKM), serta melakukan proses disinfeksi ke […]
Pembantu Kanan Trump, Stephen Miller Dijangkiti COVID-19
WASHINGTON, 7 Okt (Bernama) — Penasihat kanan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Stephen Miller pula dilaporkan positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai Rumah Putih pada Selasa. “Sejak lima hari lalu saya sudah mula bekerja dari luar dan mengasingkan diri, diuji negatif setiap hari sehingga semalam. Hari ini, saya didapati positif COVID-19 dan […]
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali Jalani Kuarantin Di Rumah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara mengesahkan sedang menjalani kuarantin kendiri sehingga 16 Oktober ini. Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas menghadiri satu mesyuarat yang turut didatangi seorang individu yang didapati positif pada 3 Oktober 2020. Pun begitu, ujian awal COVID-19 mendapati dirinya negatif virus […]
Dakwaan PM Muhyiddin Langgar Arahan KKM Tidak Benar- Pejabat PM
Menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimaklumkan tidak diberikan gelang pengawasan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tambah kenyataan yang dimuatnaik di Twitter, beliau dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri (self-quarantine) dan memantau status kesihatan kendiri (self-health monitoring) di rumah setiap hari selama 14 hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera setelah […]
Trump Tidak Tunjuk Sebarang Gejala, Kata Doktor
WASHINGTON, 7 Okt (Bernama) — Presiden Donald Trump dilaporkan tidak mempunyai sebarang gejala, sehari selepas kembali ke Rumah Putih, lapor agensi berita Xinhua, memetik doktornya pada Selasa. Sebelum ini Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menjalani rawatan di hopsital selama tiga hari selepas dijangkiti COVID-19. Doktor di Rumah Putih Sean Conley berkata dalam memo terbarunya, pasukan […]
‘Laki Bini’ Sepakat Amal Diet Ini Sejak Februari, Kongsi Hasil Berjaya Turun 13 Kg
Perjalanan mendapatkan berat badan yang ideal lebih mudah dan menyeronokkan apabila ada teman untuk berdiet. Seperti pasangan Eka Harun dan suaminya, mereka bersama-sama berjaya menurunkan berat badan sekitar 13 kilogram sejak mula berdiet pada Februari. Kongsi Eka, dia mula berdiet kerana mengikuti jejak langkah suaminya di samping mengikut saranan doktor agar mendapat haid yang teratur. […]
Risau Kes COVID-19 Makin Naik, Doktor Ini Kongsikan 5 Perkara Perlu Dijaga Agar Imuniti Anak Kekal Kuat
Keadaan COVID-19 di Malaysia masih lagi berada pada tahap membimbangkan dengan rekod yang dicatatkan baru-baru ini sangat tinggi sejak virus tersebut melanda negara. Susulan itu, orang ramai mula risau terhadap kesihatan masing-masing. Paling menakutkan apabila memikirkan jika virus itu merebak kepada anak-anak kecil. Dalam keadaan ini, pastinya ramai ibu bapa yang risau untuk melepaskan anak […]
Bapa Dilapor Terkena Serangan Jantung Dipercayai Ketika Cuba Bantu Anak Selesaikan Masalah Matematik
Seorang lelaki di China yang berusia 45 tahun dilaporkan mengalami serangan jantung selepas berasa sangat marah ketika menolong anaknya menyelesaikan kerja rumah matematiknya. Menurut portal Oddity Central, lelaki tersebut telah membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah sejak bulan lalu, namun pada dua minggu yang lalu dia mula mengalami simptom sakit yang ringan pada bahagian dadanya setiap […]
1126 Kes Aktif Covid-19 Libatkan Banduan, Kakitangan Penjara Dicatat Di Seluruh Negara – KP Jabatan Penjara
KUALA LUMPUR, 6 Okt – Sebanyak 1,126 kes aktif COVID-19 melibatkan banduan dan kakitangan penjara dicatatkan di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar. Beliau berkata penularan dalam kalangan banduan itu bermula di Penjara Tawau, Sabah apabila seorang banduan yang baharu diterima dari Lahad Datu disahkan positif COVID-19 pada 2 Okt lepas. “Kluster seterusnya pula […]
Covid-19: Indonesia Catat 4,056 Kes Positif Baharu
JAKARTA, 6 Okt – Indonesia mencatatkan 4,056 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini 311,176. Berdasarkan data Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam laman twitter rasminya @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 140,305 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 […]
Satu Daripada 10 Mungkin Dijangkiti COVID-19, Dunia Menuju Waktu Sukar – WHO
GENEVA, 6 Okt (BERNAMA-NNN-AGENCIES) — Kira-kira satu daripada 10 orang mungkin dijangkiti virus COVID-19, menyebabkan sebahagian besar penduduk dunia terdedah terhadap kesan jangkitan itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pakar kecemasan WHO Mike Ryan ketika berucap kepada Lembaga Eksekutif badan kesihatan dunia itu, mengatakan Amerika Syarikat (AS) membuat tuduhan kecil terhadap China, apa yang disebutnya sebagai “kegagalan” […]
Sekatan Perjalanan Keluar Dari Sabah Dikuatkuasakan Bermula 7 Oktober 2020 – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 6 Okt – Bermula esok hingga 20 Okt depan, sekatan perjalanan keluar dari Sabah akan dikuatkuasakan berikutan peningkatan kes COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, sekatan perjalanan itu meliputi perjalanan dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan. “Bagaimanapun terdapat pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu yang melibatkan kes […]
PKPB Kota Kinabalu, Penampang Dan Putatan Hingga 20 Oktober
KOTA KINABALU, 6 Okt — Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di sini bermula 12.01 tengah malam ini akan berkuat kuasa hingga 20 Okt, demikian menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB oleh Majlis Keselamatan Negara. Menurut SOP itu, sepanjang tempoh tersebut penduduk tidak dibenarkan keluar kawasan itu dan majikan perlu membenarkan pekerja […]
Lelaki Gelang Merah Jambu Ditahan Langgar HSO Beli-Belah Di Bandar Hilir
MELAKA, 6 Okt (Bernama) — Seorang lelaki memakai gelang berwarna merah jambu ditahan polis dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) ketika membeli-belah di sebuah pasar raya di Bandar Hilir di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata bertindak atas maklumat, pada pukul 9.30 malam sepasukan anggota polis telah […]
“Amerika, Jangan Biarkan COVID-19 Menguasai Anda” – Trump
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin memberitahu rakyat Amerika agar tidak membiarkan COVID-19 “menguasai anda” setelah tiba di Rumah Putih dari Pusat Perubatan Walter Reed, lokasi beliau menerima rawatan COVID-19, lapor agensi Anadolu. Menerusi video dari kediaman presiden yang disiarkan di Twitter, Trump berkata beliau “banyak belajar” mengenai COVID-19 semasa berada di hospital tentera di […]
Perutusan Khas PM Mengenai Situasi Semasa COVID-19 6 Petang Ini
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, petang ini. Muhyiddin akan menyampaikan perutusan itu dari kediamannya dan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 petang. Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini. Perdana Menteri kini sedang menjalani […]
Dr Noor Hisham Buat Sidang Media Secara Maya Dari Rumah Hari Ini
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Menjalani kuarantin di rumah jelas tidak menghalang Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan perkembangan semasa situasi COVID-19 kepada rakyat Malaysia dengan beliau dijadualkan memanfaatkan laman sosial untuk berbuat demikian hari ini. Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan (KKM), “Jeneral Perang” mereka dijangka mengadakan sidang media secara langsung melalui […]
Panduan Terkini CDC Maklumkan COVID-19 Sesekali Boleh Tersebar Melalui Udara
WASHINGTON, 6 Okt (Bernama) — Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pada Isnin mengeluarkan panduan terkini yang menyatakan COVID-19 kadangkala boleh tersebar melalui penularan udara, lapor agensi berita Sputnik. “Beberapa jangkitan boleh disebarkan dengan cara terdedah kepada virus daripada titisan kecil dan zarah-zarah yang dapat bertahan lama di udara selama beberapa minit hingga berjam-jam,” kata […]
Trump Keluar Hospital Kembali Ke Rumah Putih
WASHINGTON, 6 Okt (Bernama) — Presiden Donald Trump meninggalkan Pusat Perubatan Walter Reed dan menuju ke Rumah Putih untuk terus menjalani pemulihan selepas dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Sputnik. Trump dilihat berjalan meninggalkan pusat perubatan itu pada Isnin petang dengan memakai pelitup muka sambil melambai kepada pihak media. Di Rumah Putih, Trump menanggalkan pelitup mukanya […]