Gaya hidup›Kesihatan
Pasar Raja Bot Ditutup 14 Hari Untuk Proses Sanitasi, Saringan COVID-19 Terhadap Peniaga
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Pasar Raja Bot di Chow Kit di sini, akan ditutup bermula esok sehingga 13 Mei bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan saringan COVID-19 terhadap peniaganya. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata penutupan pasar itu selama 14 hari adalah atas arahan Kementerian Kesihatan (KKM). “Berikutan […]
Doktor Indonesia Jadi Korban COVID-19, ‘Posting’ Terakhir Buat Tunang Undang Sebak
Seorang doktor muda yang di Indonesia dilaporkan telah meninggal dunia akibat wabak Covid-19. Apa yang lebih menyedihkan, Michael Robert Marampe dikatakan sedang dalam persiapan untuk majlis perkahwinan dengan tunangnya, Tri Novia Septiani . Seminggu sebelum disahkan meninggal dunia, mendiang telah memuatnaik sebuah video di Instagram di mana mendiang menjelaskan bahawa dia ialah salah seorang mangsa […]

”Strategi Berbeza, Tapi Hasilnya Amat Hebat”, Pakar Dari China Kagum Dengan Cara Sarawak Bendung COVID-19
KUCHING, 28 April — Sekumpulan lapan pakar perubatan dari China yang kini berada di Sarawak kagum dengan hasil yang dicapai oleh negeri itu dalam usaha membendung pandemik COVID-19. Konsul Jeneral Republik China di Kuching Cheng Guangzhong hari ini berkata pakar terbabit yang diketuai Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional Cina Wilayah Guangdong Dr Li Jun menzahirkan […]
77 Kawasan Disahkan Zon Hijau Covid-19, Hanya Tinggal 12 Daerah Dalam Zon Merah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengesahkan jumlah kawasan merah (Red Zone) Covid-19 telah menurun dan hanya tinggal 9 daerah sahaja yang diklasifikasikan sebagai zon merah. “Daerah dalam zon merah terus berkurang kepada 12 daerah. Zon hijau terus meningkat menjadi 77 daerah. Kita masih belum menang. Keadaan boleh jadi sebaliknya jika kita ingkar arahan […]

Doktor Perjelas Cara Urus Anak Selesema, Elak Bagi Sembarangan Ubat
Gejala batuk dan selesema amat sinonim dalam kalangan kanak-kanak. Simptom seperti sakit tekak, hidung berair dan tersumbat mungkin mengganggu kualiti tidur dan aktiviti seharian kanak-kanak. Situasi ini akan menimbulkan rasa kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan mereka akan cuba mendapatkan rawatan bagi mengembalikan keselesaan dan keceriaan anak-anak. Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga perlu prihatin […]
Luah Anak 11 Tahun Ketagih Filem Lucah, Penceramah Saran Mak Ayah Segera Ambil Tindakan Ini
Umum mengetahui, masalah ketagihan porno ini adalah satu ‘wabak’ yang telah meruntuhkan sahsiah manusia sejak sekian lama. Dari yang dewasa hingga ke kanak-kanak, ia langsung tidak mengenal usia sekalipun jantina. Mungkin bagi golongan dewasa yang ingin berubah untuk kembali ke pangkal jalan, ada banyak kaedah sosial yang boleh diamalkan dalam langkah mencegah ketagihan lebih melarat. […]
KKM Buka Peluang Kepada Orang Ramai Beri Cadangan Untuk Rakyat Malaysia Kekal Sihat Selepas PKP
Kementerian Kesihatan (KKM) membuka peluang kepada orang ramai memberi cadangan atau pandangan untuk rakyat Malaysia kekal sihat selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir. Sebarang cadangan atau pandangan tersebut boleh disalurkan menerusi pautan https://tinyurl.com/soalrakyatpascaCOVID atau terus ke kiriman hebahan tersebut di Facebook/Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Sementara itu, beberapa warganet telah […]
Orang Awam Yang Hadir Ke Pasar Besar Jalan Othman Dari 4 Hingga 18 April Diminta Tampil Isi Borang Saringan Kontak Kes COVID-19 Ini- MBPJ
Salah seorang pekerja di Pasar Besar Jalan Othman (PJ Old Town), Petaling Jaya dikesan dikenal pasti sebagai pesakit positif COVID-19. Majlis Bandaraya Petaling Jaya menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, perkara itu disahkan oleh pihak pejabat kesihatan daerah (PKD). “Orang awam yang telah hadir ke pasar tersebut daripada 4 April hingga 18 April 2020 diminta […]
“Saya Bangga Jadi Suami Kamu”, Isteri Hiba, Temui Nota Terakhir Dititip Suami Baru Meninggal Kerana COVID-19
Hancur hati seorang isteri apabila menemui surat terakhir suaminya yang meninggal dunia akibat koronavirus COVID-19. Katie Coelho menemui surat ditinggalkan mendiang suaminya, Jonathan di dalam telefon setelah mendiang meninggal dunia 22 April lalu di sebuah hospital di Connecticut, Amerika Syarikat. Berikut adalah isi surat tersebut. Saya amat bertuah. Saya berbangga menjadi suami kamu dan ayah […]
“Makan Sikit Masa Berbuka,” Doktor Kongsi Tips Puasa Untuk Pesakit Gastrik
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis). Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu […]

Tak Minum Air Manis Langsung, Gadis Hilang Berat Badan 10kg Ketika Bulan Ramadan Tahun Lepas
Memandangkan bulan Ramadan tahun ini masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menghalang untuk seseorang tampil bergaya di pagi raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Ramai yang mengimpikan untuk memilik tubuh badan yang ideal dan menarik. Jadi, mereka tidak lepaskan peluang untuk mula menjaga makan pada bulan Ramadan ini. Ada juga yang masih […]
Terdapat 139 Pengembara Warganegara Malaysia Yang Pulang Dari Luar Negara Positif Covid-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa seramai 139 orang warganegara Malaysia yang ditempatkan di stesen kuarantin selepas pulang daripada luar negara disahkan positif Covid-19. Menerusi satu ciapan yang dinyatakan oleh KKM, sejumlah 12,672 orang yang ditempatkan di stesen kuarantin tersebut telah menjalani ujian Covid-19 setakat 24 April 2020, 5 petang. Dan daripada jumlah itu, seramai […]
Umat Islam Di P. Pinang Boleh Solat Aidilfitri Di Rumah
Umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri pada Hari Raya nanti di rumah masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri berkata solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan […]
Malaysia Belum Bersedia Tarik Balik PKP
Malaysia belum bersedia untuk menarik balik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh terdekat ekoran beberapa faktor yang masih kurang memuaskan dan perlu ditangani, kata Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Datuk Dr Amar Singh HSS. Menurut bekas Ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak itu, daripada enam kriteria untuk keluar PKP yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia […]
Ramadan Ketika PKP Pupuk Sikap Masyarakat Bersederhana – Mufti Melaka
Menjalani ibadat pada bulan Ramadan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mampu memupuk sikap bersederhana ketika melakukan segala urusan dalam kalangan masyarakat, kata Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil. Beliau berkata suasana sambutan bulan suci itu yang amat berbeza tahun ini dapat mengajar masyarakat untuk menjadi pengguna lebih bijak dan tidak terlalu kedekut serta tidak terlalu membazir ketika […]
Sifar Pesakit COVID-19 Di Hospital Wuhan
Jumlah pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital di Wuhan, China, wilayah paling teruk dilanda wabak itu, menurun kepada sifar, kata seorang pegawai kesihatan pada Ahad lapor agensi berita Xinhua. Kejayaan itu hasil usaha keras pekerja perubatan di Wuhan dan mereka yang dihantar untuk membantu memerangi virus maut itu, kata jurucakap Suruhanjaya Kesihatan China Mi Feng […]
Lapan Negeri Catat Sifar Kes Baharu Covid-19 Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengumumkan bahawa terdapat sebanyak 38 kes Covid-19 baharu dilaporkan sehingga jam 12 tengahari hari ini. Bagi pecahan kes mengikut negeri, KKM memaklumkan bahawa tiada kes positif baharu di Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan WP Labuan. Sebanyak 38 kes baharu dilaporkan sehingga 12pm, 26 April dan pecahan kes mengikut […]
COVID-19 : Jumlah Kes Di Singapura Melepasi 13,000 Orang
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini melaporkan 931 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlahnya 13,624 kes. Dalam satu kenyataan di sini, MOH memaklumkan peningkatan itu disumbangkan oleh majoriti kes melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja manakala hanya 15 kes melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap. Daripada jumlah semalam iaitu 12,693 kes, Singapura mengklasifikasi 10,525 […]
TERKINI: KKM Sahkan 38 Kes Baharu Covid-19 Dan Tiada Kematian Terbaru
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 38 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan hari ini. Pertambahan 38 kes yang dilaporkan itu sekali gus menjadikan jumlah jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 5,780 kes. Dimaklumkan juga, terdapat seramai 36 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 15 daripadanya kini memerlukan alat bantuan […]
TERKINI: Lagi 100 Pesakit Telah Sembuh Dan Discaj Hospital, Jumlah Keseluruhan 3,862
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 100 kes Covid-19 telah pulih dan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 3,862 kes bersamaan dengan 66.82.% dari jumlah keseluruhan kes positif. https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236/10156978894556237/?type=3&theater https://www.facebook.com/373560576236/videos/273426523818141/ Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia