Gaya hidup›Kesihatan
Kuwait, Saudi Arabia Dijangka ‘Bersih’ COVID-19 Sepenuhnya Januari 2021? Lihat Kajian Dikeluarkan SUTD Ini
Hampir sebulan lebih kita ‘terkandas’ di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lalu dan rata-rata tidak sabar menjalani kehidupan seperti biasa. Masyarakat di Malaysia mahupun di seluruh dunia tertunggu-tunggu bilakah wabak COVID-19 ini akan berakhir. Pun begitu, para pakar melalui satu kajian dari Singapore University of Technology and Design (STUD) telah […]
Statistik Terkini Rakyat Malaysia Dari Luar Negara Positif COVID-19 – KKM
Sebanyak 72 kes daripada 94 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang dilaporkan hari ini, telah dikenalpasti sebagai kes import daripada pelajar Malaysia. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua pelajar seramai 72 orang itu membawa pulang kes tersebut dari Indonesia. Manakala, jumlah selebihnya sebanyak 22 kes merupakan kes jangkitan tempatan. Sehingga 29 April 2020 pukul […]

Lebih 70% Kematian Kes COVID-19 Di Malaysia Hidap Penyakit Lain – Pakar
KUALA LUMPUR, April 29 — Lebih 70 peratus kes kematian COVID-19 di Malaysia mempunyai satu atau lebih penyakit tidak berjangkit (NCD), kata seorang pakar perubatan senaman Prof Dr Lee Chee Pheng. Beliau berkata risiko dijangkiti COVID-19 lebih tinggi pada orang yang lemah imunnya dan dalam keadaan kronik seperti masalah jantung dan paru-paru serta diabetes. “Tekanan emosi, kurang tidur dan keletihan fizikal, […]
SOP Termasuk Kebenaran Solat Jumaat & Jemaah Terawih Dibincang Esok- Ismail Sabri
Putrajaya, 29 April – Kebenaran untuk solat Jumaat dan solat berjemaah terawih ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dibincangkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi. Menurutnya, semua kementerian bakal menyertai perbincangan pada esok hari bagi menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang terperinci menurut kementerian mereka. “Esok menteri agama turut […]
Ingkar PKP: Doktor Didenda RM800 Keluar Rumah Untuk Hilangkan Serangan Panik
Seorang doktor yang keluar rumah atas alasan menghilangkan serangan panik, didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas doktor berusia 41, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan, sekiranya dia gagal membayar […]
PKP: Pemandu Lori Didenda RM3,450, Alih Penghadang Batu MPS, Ingkar PKP
Akibat melakukan khianat dengan mengalihkan penghadang batu milik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang pemandu lori didenda RM3,450, oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini. Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas Yap Cheng Ho, 29, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya. […]
Tiada Hukuman Dua Darjat Bagi Yang Langgar PKP – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, menerusi sidang media hari ini berkata bahawa tiada siapa yang mengatasi undang-undang di negara ini dan kerajaan bersikap adil kepada semua. Merujuk kepada kes individu VVIP, Datuk Seri Ismail Sabri berkata sesiapa yang melanggar undang-undang akan diambil tindakan tanpa mengira sebarang kedudukan. Beliau menjawab persoalan dan kekeliruan […]
Vietnam Buka Semula Kawasan Pelancongan Sempena Cuti Umum
HANOI, 29 April (Bernama) — Beberapa kawasan pelancongan popular di Vietnam bakal dibuka semula sempena cuti National Reunification Day (30 April) dan May Day (1 Mei), selepas negara ini melonggarkan peraturan penjarakan sosial, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Lembaga pengurusan ‘My Son Cultural Site’ di wilayah tengah Quang Nam berkata tempat itu akan dibuka dari […]
Pergerakan Lebih 10 Kilometer Dibenarkan Jika Terdapat Keperluan Tertentu
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklukam bahawa pergerakan melebihi 10 kilometer dibenarkan jika terdapat keperluan tertentu. Menurutnya dalam sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan telah mewartakan bahawa pergerakan melebihi 10km atas sebab tertentu adalah dibenarkan. “Kalini ini, kita wartakan dengan lebih jelas iaitu perkara-perkara yang kita benarkan adalah […]
PKP: Hukuman Penjara 30 Hari Terhadap Ibu Tunggal Diganti Denda RM1,000
SHAH ALAM, 29 April (Bernama) — Seorang ibu tunggal menarik nafas lega selepas hukuman penjara 30 hari yang dijatuhkan ke atasnya kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), digantikan dengan denda RM1,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Norsharidah Awang mengetepikan hukuman penjara yang dibuat oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, selepas membenarkan permohonan semakan yang […]
Zon Hijau Terus Bertambah Kepada 85, Zon Merah Kekal 12 Daerah Bagi Kes Aktif
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan jumlah pecahan kes mengikut negeri setakat jam 12 pm, 28 April 2020. Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, terdapat 12 daerah yang masih kekal sebagai zon merah berdasarkan bilangan kes aktif. Pun begitu, KKM […]
Gara-Gara Pesakit Dipercayai Tidak Jujur, Seorang Doktor Meninggal Dunia Akibat Covid-19
Rakyat Indonesia dan Ikatan Doktor Indonesia (IDI) sekali lagi berduka apabila seorang doktor muda meninggal dunia akibat Covid-19, lapor Detik news. Berita duka itu disampaikan oleh IDI menerusi laman media sosial. Sebelum meninggal dunia, Dr Berkatnu Indrawan Janguk sempat menjalani rawatan intensif di bilik ICU di Hospital Soewandhi Surabaya sejak seminggu yang lalu. Memetik laporan […]
“Bayi Berisiko Dapat Sawan,” Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Buat Ibu Bapa Kesan Penyakit Kuning Pada Bayi
Penyakit kuning dan bayi sememangnya adalah suatu perkara yang tidak asing lagi. Kebanyakan ibu bapa yang pertama kali dikurniakan cahaya mata pasti tidak tahu perkara yang perlu dilakukan untuk bayi mereka untuk menangani situasi tersebut. Menurut seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari, penyakit kuning ini juga boleh berisiko untuk bayi itu mendapat sawan dan pelbagai […]
Setakat Ini, Tiada Kes Pesakit Covid-19 Yang Telah Pulih Dan Dijangkiti Semula Di Malaysia – KP Kesihatan
Dalam sidang media perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ada menyatakan setakat ini tiada kes pesakit Covid-19 yang telah pulih dijangkiti semula di negara ini. Setakat ini, tiada kes pesakit #COVID19 yang telah pulih dan dijangkiti semula di negara ini walaupun ada kebarangkalian kebolehjangkitan semula. […]
Pesakit Covid-19 Trauma Akibat Cemuhan Netizen
Setiap kali terbaca mengenai identiti pesakit COVID-19 yang didedah dan ditularkan menerusi media sosial, Ching (bukan nama sebenar) bekas pesakit COVID-19, sememangnya amat terkesan dan memahami perasaan mangsa. Manakan tidak, beliau pernah melalui detik hitam itu, apabila dirinya disahkan positif COVID-19, kira-kira dua bulan lalu. Perkara yang amat ditakuti dan membebankan beliau ketika itu, bukan […]
Wad Mula Lengang, Amalan Bekas Pesakit Covid-19 Muliakan Agama Buat ‘Nurse’ Rasa Rindu
Sejak akhir-akhir ini, kita dapat melihat bahawa ada penurunan dalam laporan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah. Penurunan ini sedikit sebanyak berjaya membuktikan bahawa langkah yang di ambil bagi mengekang penularan wabak ini adalah tepat sekali. Tidak kurang juga bilangan pesakit yang telah pulih dan discaj dari […]

PKP Fasa 4: Negara Memasuki Fasa Pemulihan Covid-19, Perlu Komitmen Jitu Kerajaan & Rakyat
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Sedar tak sedar, Malaysia sudah pun memasuki fasa keempat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan negara kini berada dalam fasa pemulihan COVID-19. Dengan keluk pandemik yang berjaya diratakan, serta peningkatan kes pulih COVID-19, keberkesanaan pelaksanaan tiga fasa PKP sebelum ini beransur-ansur dapat dilihat hasil tindakan proaktif dan agresif kerajaan membendung penularan pandemik […]
Lelaki Di Amerika Dilapor Minum Pencuci Kerana Percaya Khabar Angin Boleh Lawan COVID-19
Seorang lelaki di Kansas dilaporkan telah meminum cecair pencuci, dipercayai gara-gara mengikut ‘saranan’ Presiden Donald Trump untuk ‘meminum disinfektan’ sebagai rawatan koronavirus. Kejadian itu telah disahkan pegawai kesihatan negeri, Dr Lee Norman dalam satu sidang media pada Isnin lalu, lapor Daily Mail. Menurutnya, lelaki yang dirahsiakan identitinya berkata, dia meminum produk itu disebabkan ‘nasihat yang […]
Dipercayai Hadapi Tekanan Melampau Jadi “Frontliner” Kekang COVID-19, Doktor Ditemui Bunuh Diri
Seorang pengarah perubatan di sebuah jabatan kecemasan hospital di Manhattan, Amerika Syarikat (US) dilaporkan membunuh diri, dipercayai kerana tekanan akibat pandemik COVID-19. Doktor tersebut yang juga petugas barisan hadapan COVID-19 ditemui mati di Charlottesville, kata jurucakap untuk jabatan polis tempatan, Tyler Hawn kepada Daily News. “Pihak polis menerima panggilan kecemasan perubatan pada Ahad, dalam masa […]
Dakwa Ketepatan Hanya 5 Peratus, India Dilapor Batal Tempahan Kit Ujian Pantas COVID-19 Dari China
Kerajaan India menarik semula tempahan kira-kira setengah juta kit ujian COVID-19 dari China setelah mendakwa kadar ketepatannya hanya 5 peratus. Beberapa kit yang ‘rosak’ tersebut telah pun digunakan di beberapa negeri sebelum ditarik semula oleh pihak kerajaan. Pegawai kesihatan di beberapa negeri melaporkan, bukan sahaja kadar ketepatan kit ujian tersebut hanya 5.4 peratus sahaja, bahkan […]