Gaya hidup›Kesihatan

Kesihatan
Puluhan Gajah Tunggangan Pelancong Dilaporkan ‘Dibebaskan’ Berikutan Kesan Covid-19
Ketika manusia bertungkus lumus memerangi wabak pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia, wabak ini juga telah memberi nafas baru buat puluhan gajah yang digunakan untuk tunggangan pelancong di utara Thailand. Di Maesa Elephant Camp, Chiang Mai, sektor pelancongan telah mendapat tempias yang hebat berikutan dengan penularan wabak Covid-19. Pelbagai perniagaan serta pengusaha terpaksa menutup perniagaan […]
Luar Negara
75 Peratus Rakyat China Sokong Larangan Tidak Makan Anjing
Hampir 75 peratus rakyat China menyokong keputusan yang dibuat oleh bandar selatan Shenzhen untuk melarang rakyatnya memakan daging anjing. Ianya bersesuaian dengan isyarat yang diberi oleh pembuat dasar yang memungkinkan untuk menghentikan amalan kontroversi itu kerana pandemik Covid-19. Tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh laman web berasaskan berita Hong Kong, ifeng.com, mendapat 378 juta undian […]
Berita
COVID-19: Kes Kematian Ke-77 Tidak Sertai Perhimpunan Di Seri Petaling – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah malam ini memaklumkan terdapat ralat mengenai kes kematian ke-77 (kes pesakit ke-2,797) akibat COVID-19 seperti diumumkannya pada sidang media mengenai perkembangan terkini wabak itu di Putrajaya, petang tadi Dr Noor Hisham dalam hantaran terbaharu di laman Facebook beliau malam ini, berkata kes pesakit ke-2,797 itu bukan merupakan […]
Kesihatan
Ketua Kampung Di Indonesia Wakafkan Tanah Untuk Kebumikan Jenazah Pesakit Covid-19 Yang Tak Diterima Penduduk
Seorang ketua kampung di Desa Talunombo, Sampuran, wilayah Wonosobo, Jawa Tengah, Indonesia menjadi tular selepas dia bertindak mendermakan gajinya selama sebulan dan mewakafkan tanah miliknya untuk pengebumian mangsa Covid-19. Badarudin, ketua kampung Desa Talunombo, telah menjadi tular setelah sebuah video berkenaan kenyataannya itu dimuat naik di media sosial. Dalam video tersebut, Badarudin telah menyatakan keprihatinannya […]
Kesihatan
Bilangan Kes Sembuh Melebihi Kes Baru, ‘Frontliner’ Zahir Rasa Gembira Setiap Kali Diumumkan Begitu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang media harian Covid-19 yang dilakukan hari ini telah mengumumkan bahawa jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan virus Covid-19 hari ini telah melebihi bilangan kes baru yang dilaporkan. Pengumuman itu adalah suatu berita gembira bagi kalangan kakitangan KKM yang bertungkus lumus dalam memerangi wabak ini. Seorang doktor bernama Ahmad Luqman […]
Kesihatan
Bimbang Dijangkiti, Petugas Hospital ‘Ditinggalkan’ Sementara Isteri Dan Anak Lepas Mandikan Jenazah Pesakit Covid-19
Penularan kes Covid-19 di Indonesia semakin meruncing dengan kes kematian kini meningkat kepada 399 orang. Namun, ada kisah memilukan yang berlaku di sebuah hospital di Lampung yang meruntun hati. Seorang petugas jenazah di Hospital Abdul Moeloek ditinggalkan oleh isteri dan anak-anaknya kerana takut dijangkiti Covid-19 darinya. Petugas jenazah itu sememangnya pernah memandikan jenazah pesakit yang […]
Kesihatan
Lelaki Bawa Dadah Ke Balai Polis Merayu Supaya Ditahan Kerana Kelaparan
Seorang lelaki bertindak nekad masuk ke dalam balai polis di Phuket pada Sabtu sambil membawa sebiji pil methamphetamine, merayu supaya ditahan kerana kelaparan. Timbalan Ketua Balai Polis Wichit, Lt Kol Thammasant Boonsong, berkata bahawa beliau dan anggota polis yang lain terkejut apabila lelaki tersebut memasuki balai polis berkenaan sambil menunjukkan pil itu dan merayu supaya […]
Kesihatan
COVID-19 : KKM Kenal Pasti Kluster PUI Bali – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 13 April — Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti satu lagi kluster baharu iaitu ‘kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Bali’ yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster itu melibatkan kes ke-4,684 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia serta merupakan kontak rapat kes […]
Kesihatan
Sekumpulan Pelancong Dihukum Tulis ‘Saya Minta Maaf’ Sebanyak 500 Kali Lepas Langgar Perintah Berkurung
Disebabkan oleh penularan Covid-19, India juga telah menguatkuasakan perintah berkurung sejak akhir bulan Mac yang lalu. Penduduk hanya dibenarkan untuk keluar dari rumah jika ada keperluan yang mustahak. Namun, tidak semua yang patuh kepada perintah berkurung itu. Sekumpulan pelancong asing dipercayai melanggar perintah tersebut di sebuah bandar di India dan dihukum untuk menulis ‘Saya minta […]
Kesihatan
Mayat Ditemui Tergantung Di Pulau Gaya Positif COVID-19
Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti dan dipercayai warga asing, yang ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya di sini, pada 6 April lepas, didapati positif COVID-19. Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata, kesemua 12 anggota polis yang bertugas mengendalikan mayat berkenaan, sudah diarahkan menjalani saringan kesihatan. […]
Berita
“Kita Semua Sebuah Keluarga,” Ebit Lew Sebak Agihkan Bantuan Sampai Menangis
Umum telah mengetahui bahawa negara kita kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid-19. Virus ini telah menyebabkan banyak negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian jangkitan yang dibawa virus maut ini. Susulan daripada itu, pelbagai sektor ekonomi terpaksa ditutup dan orang ramai tidak dibenarkan keluar daripada rumah melainkan ada […]
Luar Negara
Kematian Akibat COVID-19 Di Indonesia Hampiri Angka 400
JAKARTA, 13 April (Bernama) — Kematian akibat COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 399 orang, dengan lebih 200 kematian itu berlaku di Jakarta. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, sebanyak 26 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 316 kes positif […]
Kesihatan
25 Kluster Dan Sub Kluster Dikenal Pasti Setakat Ini – KP Kesihatan
Menerusi satu sidang media harian Covid-19 yang diadakan sebentar tadi, Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 25 kluster dan sub kluster yang telah dikenal pasti. Menurutnya, kluster yang paling besar daripada kesemua kluster adalah kluster perhimpunan di Sri Petaling iaitu kira-kira 40%. Kluster yang lain pula sudah pun dikenal pasti, dan KKM hanya mengumumkan […]
Kesihatan
TERKINI: 134 Lagi Kes Baharu Dan 1 Kematian Dicatatkan
Menerusi sidang media hari ini, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 134 kes baharu Covid-19 dilaporkan. Ia menjadikan kes keseluruhan Covid-19 adalah 4, 817. Menurutnya, terdapat 2, 464 kes yang aktif dan 66 pesakit sedang dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi serta 36 orang memerlukan bantuan pernafasan. Dr Noor Hisham juga mengumumkan terdapat satu kes […]
Kesihatan
TERKINI: 168 Lagi Pesakit Telah Sembuh Dan Discaj Hospital
Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak 168 pesakit ini telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 2,276 orang atau 47% daripada jumlah keseluruhan. #COVID19Malaysia Perkembangan terkini di Malaysia 13 April 2020. […]
Berita
Lemon Dan Kunyit Tidak Berkesan Cegah Covid-19 – WHO
Ketika negara kita sedang berjuang melawan virus Covid-19, ada diantara kita yang ‘disogok’ informasi tanpa fakta sehingga ada yang terus percaya. Ada yang kata makan buah mahupun sesuatu jenis sayur itu mampu merawat Covid-19, namun sejauh manakah kebenaran itu? World Health Organization (WHO) dalam satu posting Twitter mereka menjawab ura-ura yang mendakwa bahawa kunyit dan […]
Berita
Tiada Pencerobohan Pendatang Tanpa Izin Dikesan Di Sempadan Negara – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 13 April — Tiada pencerobohan pendatang tanpa izin dikesan di sempadan negara termasuk di jalan-jalan tikus setakat ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa di seluruh negara. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil maklum, ramai yang menyuarakan kerisauan mengenai kawalan di sempadan dan jalan tikus, namun beliau memberi […]
Kesihatan
“Tudung PPE Dipakai Tanpa Kira Jantina, Agama”, Profesor Bidas Kritikan Netizen Isu Viral ‘Projek Tudung’
Pakaian perlindungan diri (PPE) berfungsi untuk mengelakkan petugas dari terkena jangkitan virus ketika mengendalikan pesakit. Oleh itu, ia dicipta untuk melindungi seluruh tubuh termasuk rambut, leher dan tangan si pemakai. Baru-baru ini, timbul isu apabila sesetengah pihak mempertikai pemberian tudung kepada staf kesihatan yang didakwa digunakan dari tabung COVID-19 kutipan dari orang awam. “Adakah tudung […]
Kesihatan
“Mereka Tidak Minta Dijangkiti,” KKM Seru Jauhi Pandangan Negatif Pesakit Covid-19
Jika dilihat, jumlah kes COVID-19 di Malaysia telah mencecah kepada 4,683 kes. Hal ini perlu diambil serius seluruh rakyat Malaysia dalam mencegah virus daripada terus merebak. Dalam pada itu, mungkin ada segelintir daripada kita yang berpandangan negatif kepada pesakit-pesakit yang dijangkiti. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham, masyarakat seharusnya perlu mengelakkan perasaan itu […]
Gaya hidup
Semua PPR Zon Merah & Zon Kuning Di Seluruh Negara Telah Selesai Disanitasi – MKN
SEMUA kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di zon merah dan zon kuning di seluruh negara telah selesai disanitasi. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, proses sanitasi ke kawasan-kawasan PPR tersebut melibatkan 37,686 unit. “Semalam juga, sembilan kawasan guna sama skim Strata kos rendah dan sederhana rendah zon merah di Selangor telah disanitasi. […]